Guru : Pekebun di Ladang Manusiawi. Inilah harinya kita memugar kembali perkebunan ilmu di daerah jaya ini kita adalah pancangan hasrat pewaris tamadun ilmu penerus sahsiah terbilang intelek menjulang. Inilah harinya kita memangkas setiap waham segala prasangka seluruh lelah segenap jemu masih kukuh tegakkah akar semangat? masih kemas kejapkah dahan azam? langkahan di destinasi ilmu ini tidak semudah terpaan mereka ada jiwa hampir lusuh ada jasmani kian lelah ada minda kian lesu. Sebelum ribut ini berhenti merusuh mari kita kumpulkan semula setiap aksara setiap angka segenap kata segenap logika yang hampir tercicir kerana itulah tanggungan kita untuk dibawa ke hari muka. Duri-duri cabaran ini jangan sesekali dibiarkan merobek harapan sulur-sulur bakti kita asuh menjalar tinggi mengawan sehingga pucuk-pucuk jaya mengintai sejalur sinar menembus kelabu awan itulah kita pekebun di ladang manusiawi. Adi Muzaffar Jitra Jun 2021