Uploaded by Citra Wathi

MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK MELALUI KESELAMATAN JALAN RAYA 2

advertisement
MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK MELALUI KESELAMATAN JALAN RAYA
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri kehidupan masyarakat
Malaysia Madani. Semangat patriotik memainkan peranan yang sangat penting dalam diri
setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini.
Dalam memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat negara kita pada masa ini telah
semakin luntur. Hal ini terjadi kerana sikap masing-masing orang yang sibuk dengan urusan
sendiri dan menyebabkan kita tidak menghiraukan perkara lain. Menurut kita, apa yang
penting bagi kehidupan adalah bekerja untuk mengumpulkan kekayaan serta ingin
mendapatkan wang bagi menambahkan pendapat kita sahaja. Justeru, kita mungkin terlupa
dan tidak menitikberatkan langsung semangat patriotik sehingga tidak memperdulikan
sambutan Hari Kebangsaan. Sebagai contoh, Kibaran Jalur Gemilang pada motosikal
mahupun kenderaan lain pada saat ini jarang sekali atau sudah tidak lagi kelihatan di atas
jalan raya. Jika ada pun, hanya boleh dikira dengan jari. Hal ini amat membimbangkan dan
kita berharap agar semangat patriotik dalam keselamatan jalan raya perlu ditingkatkan.
Perbuatan menunjukkan patriotisme atau menjadi patriotik, antara keperluan untuk menjadi
warganegara yang baik. Selain itu, kita perlu memupuk semangat patriotik untuk dijadikan
amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat demi
kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme yang dikenali sebagai
masyarakat majmuk. Setiap kali rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan pada 31
Ogos, semua pihak berfikir tentang cara sambutan tersebut. Oleh kerana itu, kita perlu
memupuk semangat patriotik melalui keselamatan jalan raya seperti kata peribahasa Melayu,
“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.”
Sebagaimana yang kita ketahui, sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan
untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada
caranya adalah dengan mengadakan Konvoi Perpaduan Malaysia Madani yang bertujuan
untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan dalam jiwa setiap lapisan masyarakat.
Selanjutnya, konvoi itu juga bertujuan untuk menyuburkan tanggungjawab terhadap
keamanan negara serta menghargai kemakmuran yang diwarisi daripada pemimpin
terdahulu. Sebagai contoh, konvoi yang akan disertai oleh 66 orang yang juga turut
melambangkan 66 tahun kemerdekaan negara dengan mengagihkan Jalur Gemilang dan
menyantuni rakyat di sepanjang laluan. Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Che Roslan Che Daud, berkata, “Kita akan serahkan Jalur
Gemilang di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) supaya dapat bersama-sama mengibarkan
Jalur Gemilang seiring hasrat kerajaan. ” Beliau juga akan mengetuai konvoi itu di mana
pelbagai aktiviti turut diisi sepanjang perjalanan termasuk kempen budi bicara, penyampaian
bakul Rahmah dan gotong-royong. Program dua hari itu disertai oleh 30 penunggang
motosikal berkuasa tinggi termasuk 10 wanita, dan 36 urus setia. Bermula di Putrajaya, konvoi
itu akan melalui Sepang di Selangor, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan berakhir di Alor Gajah,
Melaka. Seperti yang telah dinyatakan, program itu akan menaikkan semangat patriotik rakyat
Malaysia terutama anak muda.
Sebagai lanjutan daripada usaha memupuk semangat patriotik melalui keselamatan jalan
raya juga dilakukan melalui pelaksanaan kempen kesedaran keselamatan jalan raya dan
mengibar bendera di pelbagai lokasi di Malaysia. Program ini juga memiliki satu matlamat iaitu
memberi kesedaran kepada pengguna dan seterusnya menaikkan semangat patriotisme
kepada semua pengguna jalan raya. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk
mengelakkan kemalangan di sepanjang kawasan pembinaan dan baik pulih jalan raya di
lebuhraya. Bersempena dengan sambutan cuti perayaan setiap tahun, orang ramai juga
dinasihatkan agar mengamalkan pemanduan berhemah, merancang perjalanan dengan
sempurna bagi mengelakkan memandu dalam keadaan tergesah-gesah dan memastikan
kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan.
Dari sudut lain, pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat juga
memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memupuk semangat patriotik. Hal ini
dapat melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah kerana telah mempelajari dan
memahami tentang keselamatan jalan raya. Tamsilnya, pembelajaran tentang papan tanda di
sepanjang jalan raya yang boleh diaplikasikan apabila memandu kenderaan sendiri. Dengan
berbuat demikian, akan menyelamatkan pemandu daripada penyalahgunaan jalan raya.
Undang-undang, penguatkuasaan serta penganjuran kempen kesedaran keselamatan jalan
raya tidak akan memberikan makna dan kesan sekiranya pengguna jalan raya masih
mengamalkan sikap tidak berhemah, tidak berdisiplin dan beretika semasa menggunakan
jalan raya. Perkara yang jelas berbahaya akan merisikokan keselamatan diri kita dan juga
pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, pendidikan berkenaan keselamatan jalan raya dapat
memupuk semangat patriotik untuk melahirkan pemandu yang berhemah persis kata mutiara
biar lambat, asal selamat.
Sebagai kesimpulannya, memupuk semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan
warganegara yang cinta akan negaranya dan pastinya akan memainkan peranan yang
penting dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya dan meningkatkan
kesedaran tentang keselamatan jalan raya. Pengguna juga perlu disedarkan tentang
tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya melalui kempen-kempen keselamatan
jalan raya oleh pihak tertentu seperti bak kata pepatah “ janganlah sudah terhantuk baru
hendak tengadah ” kerana apabila sesuatu kemalangan sudah berlaku, tiada guna
menyesalinya lagi kerana “ nasi sudah menjadi bubur. ” Oleh itu, seseorang yang memiliki
semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk menjaga keselamatan jalan raya
sehingga, semua pihak hendaklah bersama-sama berganding bahu bagi memainkan peranan
masing-masing agar semangat patriotik dapat disuburkan dan dipupuk melalui keselamatan
jalan raya.
Download