Uploaded by patricksenget

Menara Merdeka 118

advertisement
Menara Merdeka 118 milik PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. di bawah Permodalan
Nasional Berhad (PNB) menjadi bangunan tertinggi di Malaysia setelah selesai pembinaan
lantainya yang ke-118. Menara ini mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 644 meter.
Nama “Merdeka” dipilih bersempena lokasinya yang terletak berhadapan tapak warisan
Stadium Merdeka yang menyaksikan detik sejarah terpenting bagi Malaysia iaitu
pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957.
Dari segi reka bentuk, puncak menara Merdeka 118 merupakan simbolik kepada bentuk
tangan Bapa Kemerdekaan Negara iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
ketika melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali.
Fakta Menarik Menara Merdeka 118.
1. The View at 118 merupakan dek tertinggi di Asia Tenggara.
2. Terdapat hotel yang terletak di tingkat 17 teratas menara iaitu Hotel Park Hyatt.
3. Menara ini juga mengandungi sebuah muzium tekstil yang mengetengahkan warisan
tekstil dunia Melayu.
4. Masjid Merdeka ini mampu menampung seramai 3000 jemaah pada satu-satu masa.
Pembinaan menara ini bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan baharu malah lebih
bermakna apabila digabungkan dengan usaha pemuliharaan tapak warisan negara. Menurut
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Encik Ahmad Zulqarnain Onn, PNB amat
menitikberatkan kepentingan mengekalkan dan memulihara warisan kebangsaan yang juga
merupakan identiti negara agar tidak lapuk ditelan zaman dan seterusnya dapat diwarisi
oleh generasi akan datang.
SOALAN
Antara berikut merupakan kemudahan yang terdapat di dalam menara KECUALI
a)
b)
c)
d)
Masjid
Hotel
Sekolah
Muzium
“PNB amat menitikberatkan kepentingan mengekalkan dan memulihara warisan
kebangsaan yang juga merupakan identiti negara agar tidak hilang ditelan zaman dan
seterusnya dapat diwarisi oleh generasi akan datang. “
Peribahasa yang sesuai bagi frasa yang dihitamkan adalah:
a) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
b) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
c) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Pada pendapat anda, apakah makna nombor 118 pada nama menara tersebut? (KBAT)
__________________________________
Download