TEKS 1 TAJUK : UTUSAN YANG MULIA (DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 (SEMAKAN) Bismillahirrahmaniirahim… CATATAN Hamdalah ًَم َه ًا َه ما أ...ّلِل َشُكر دا و ح ُبع َ .د Assalamualaikum w.b.t saya titipkan buat semua. Apa khabar kawan-kawan hari ini? Alhamdulillah semuanya sihat sahaja. Kawan-kawan, mungkin ada di antara kita yang tidak mengetahui. Ada seorang insan mulia yang sangat rindukan kita. Insan mulia ini pernah bercerita kepada sahabatsahabatnya bahawa dia rindukan kita. Kata insan mulia ini, Kemahiran bercerita dan berinteraksi “Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku”. Persoalannya, siapakah insan mulia ini? Rasulullah... denganmu kami bangun Rasulullah.. dunia kan tersenyum Pepecahan akan disatukan Kerna... Engkaulah Cinta... Isi utama Nyanyian Ya … dialah junjungan besar kita, Muhammad SAW yang sentiasa merindukan umat akhir zaman. Nabi Muhammad merupakan rasul terakhir yang diutuskan kepada umat manusia yang membawa wahyu untuk disampaikan kepada kita semua. Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Anbiya’ ayat 107: Penerangan Dalil dan terjemahan ًَ َْْس َه ََ ة ْم َح َّل ر َ إ َاك لن َر ما أ و ْل َ َ َ َين الم َلع Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. Huraian dalil Firman Allah ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Muhammad merupakan utusan mulia dan kita wajib beriman dengannya. 1 Kita semua mengaku yang kita ialah umat Nabi Muhammad kan? Apakah bukti keimanan kita dengan Nabi? Begini caranya… Selagi upaya ku turuti ajarannya Apa terdaya ku amalkan sunnahnya Moga di dunia mendapat berkat Di akhirat sana beroleh syafaat Kemahiran berinteraksi Pantun / nasyid Kawan-kawan, Jangan kita lupakan perjuangan Rasulullah membawa syiar Islam sehingga kita dapat menikmati nikmat iman dan Islam hari ini. Dalam menelusuri dakwah, Baginda dicaci juga ditohmah, Dikatakan penyihir dan juga pendusta, Penduduk Mekah pulaukan baginda, Ugutan bunuh juga diterima, Sewaktu Di Taif ujian bertambah, Semua ejekan perlu ditadah, Dibaling batu hingga cedera, Darah mengalir di tubuh baginda. Sajak Sirah Namun, Rasulullah berdakwah penuh keikhlasan, dugaan ditempuh dengan kesabaran, tingginya nilai keimanan, sehinggakan Islam mekar sepanjang zaman. Sehinggakan pengarang dari Barat, Michael H Hart telah meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai manusia pada kedudukan paling teratas dan berpengaruh dalam bukunya berjudul 100 Most Influential People in The World. Fakta Tetapi pada hari ini.. Mengumpat, membuka keaiban orang lain, hasad dengki, buruk sangka dan sebagainya sudah menjadi penyakit dan barah di dalam hati umat manusia. Kawan-kawan pernah dengar kan istilah “Makcik dan Pakcik Bawang”? Istilah ini merujuk kepada orang-orang yang suka mencari dan menceritakan keburukan dan kesalahan orang lain sama ada secara lisan mahupun di alam maya. Jika benar kita Isu semasa mencintai Rasulullah, sepatutnya istilah ini tidak timbul Kawan-kawan Pada minggu ini kita dikejutkan dengan penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w oleh 2 orang ahli politik india, hal ini boleh mencetuskan sengketa dan ketegangan jikalau tidak ditentang. 2 Ayuh,.. kita bangkit pertahankan RASULULLAH SAW dan buktikanlah cinta kita yang sebenar kepada Rasulullah. Serangkap pantun mengundur diri, sebagai renungan sebelum PENUTUP saya Nabi Muhammad utusan mulia, Agung namanya sepanjang masa, Jadikan baginda sebagai idola, Bukan menyanjung artis Korea. Pantun Sekian… Aqulu qauli haza, wa astagfirullahi wali walakum. Assalamualaikum w.b.t. 3