هللا اكبر هللا اكبر وهلل الحمد MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN, Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Persiapkanlah bekalan yang secukupnya menuju hari akhirat dan ingatlah bahawa sebaik-baik bekalan itu ialah takwa. Mudahmudahan kita sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT di dunia mahupun di akhirat. Kita sangat bersyukur kerana masih lagi dikurniakan nikmat iman dan Islam juga dapat menyambut Aidiladha pada hari ini. Setinggi kesyukuran juga kerana setelah dua tahun kita tidak dapat merayakan Aidiladha dengan sempurna, maka pada tahun ini dalam fasa peralihan endemik, dengan kelonggaran-kelonggaran SOP, kita dapat melaksanakan Solat Sunat Aidiladha dan akan melaksanakan ibadah korban selepas ini. Bersyukurlah kepada Allah SWT dan dalam masa yang sama, teruskan bertaubat dan bermunajat kepada Allah SWT agar Allah SWT menjauhkan kita semua dari sebarang bentuk wabak penyakit, bencana, kesusahan, serta menyelamatkan kita dari perselisihan yang sia-sia dan kenaikan harga barang yang melampau. Pada hari ini juga, saudara-saudara kita sedang melaksanakan ibadah haji di Makkah alMukarramah. Mereka di sana dengan pakaian putih ihramnya, datang dari seluruh belahan dunia, tanpa mengira bangsa, warna kulit dan status sosial, sama-sama berkumpul untuk satu tujuan yang sama, iaitu memenuhi panggilan Allah SWT untuk menjadi tetamu-Nya dan bertauhid mengesakan Allah SWT. Sama-sama juga kita doakan saudara-saudara kita yang terpilih pada tahun ini supaya beroleh haji yang mabrur dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Kita doakan juga kepada saudara-saudara kita yang lain agar diberi kesempatan untuk dapat menunaikan ibadah haji pada masa akan datang. Insya-Allah. وهلل الحمد هللا اكبر هللا اكبر MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN, Hari ini, umat Islam dari seluruh pelusuk dunia pergi ke Makkah al-Mukarramah dan kawasan sekitarnya untuk menunaikan kefardhuan ibadat haji yang merupakan Rukun Islam yang kelima. Ibadah Haji merupakan satu kewajipan yang telah ditentukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim yang berkemampuan, sama seperti kewajipan mengerjakan Rukun Islam yang lain seperti solat, puasa dan zakat. Apa yang membezakannya dengan rukun Islam yang lain ialah ibadat haji wajib dikerjakan sekali sahaja seumur hidup. Perintah menunaikan ibadah haji ini termaktub dalam al-Quran melalui firman Allah SWT dalam Surah ali Imran, ayat 97: ٌ َت بَ ِيّ َٰن ٌ ٌۢ َفِي ِه َءا َٰي ِ َّ ِ يم ۖ َو َمن َد َخلَهُۥ َكانَ َء ِامنًا ۗ َو اس ِ َّّلِل َعلَى ٱلن َ ت َّمقَا ُم ِإب َٰ َْر ِه َ َ ت َم ِن ٱ ْست ً س ِب ِ ِح ُّج ْٱلبَ ْي َى َع ِن ْٱل َٰعَلَ ِمين َ طا َ ع ِإلَ ْي ِه ٌّ ِٱّلِل َغن َ َّ يًل ۚ َو َمن َكفَ َر فَإِ َّن Maksudnya: “Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk”. Tuntutan wajib bagi menunaikan ibadat haji ke atas setiap umat Islam juga telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam al-Nasa’ie yang berbunyi: “Rasulullah SAW pernah berkhutbah di hadapan kami dan berkata : Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, telah difardukan haji ke atas kamu. Lalu al-Aqra’ bin Habis bangun bertanya: Wahai Rasulullah, adakah ibadah haji itu wajib pada tiap-tiap tahun? Rasulullah bersabda: Kalau aku katakan (begitu) ia akan jadi wajib, kalau wajib (setiap tahun) kamu tidak mampu menunaikannya. Haji yang wajib hanyalah satu kali sahaja, sesiapa yang tambah (lebih sekali haji) maka ia menjadi tatawwu (sunat)” وهلل الحمد هللا اكبر هللا اكبر MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN, Ketika saudara-saudara kita sedang berjihad menunaikan fardu haji di Makkah alMukarramah, kita pula dianugerahkan satu ibadah yang sangat dituntut untuk melaksanakannya iaitu ibadah korban. Kalimah Korban berasal dari Bahasa Arab yang membawa maksud mendekatkan. Manakala menurut istilah syara’, korban ialah sembelihan binatang ternakan seperti unta, lembu, kambing dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah ini dilakukan pada Hari Raya Adha dan hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hajj ayat 37 yang bermaksud: س َّخ َرهَا لَ ُك ْم َ ٱّلِل لُ ُحو ُم َها َو ََل ِد َما ٓ ُؤهَا َو َٰلَ ِكن َينَالُهُ ٱلت َّ ْق َو َٰى ِمن ُك ْم ۚ َك َٰ َذ ِل َك َ َّ لَن َينَا َل ّ ِ علَ َٰى َما َه َد َٰى ُك ْم ۗ َو َب َش ِر ْٱل ُم ْح ِسنِين َ ٱّلِل َ َّ ِْلت ُ َكبِّ ُروا “Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu, Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuknya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya”. Ayat ini menyeru manusia kepada ketaatan yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Hal ini kerana pengorbanan dan pengabdian diri itulah yang menjadi tunjang utama dalam ajaran Islam. Tarbiyah pengorbanan bertujuan melatih umat Islam supaya membiasakan diri berkorban sesuatu yang dimiliki agar lebih bersyukur dan suka berkongsi rezeki dengan orang lain. Di samping kita meraikan syiar korban ini, seharusnya sebagai umat Muhammad SAW, sangat wajarlah kita menyantuni sunnah dalam ibadah korban. Ibadah korban bukanlah sekadar sembelihan biasa malah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Maka bagi merealisasikan syariat yang murni ini, sunnah dalam pelaksanaan korban usahlah ditinggalkan. Sunnah dalam ibadah korban ini sangat penting untuk diamalkan bagi menjamin kesempurnaan dan keberkatan ibadah korban. هللا اكبر هللا اكبر وهلل الحمد MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN, Seperkara yang ingin saya tekankan dalam khutbah kali ini ialah urusan pengendalian dan pengagihan daging korban. Harus diingat bahawa daging yang diagihkan mestilah mengutamakan fakir miskin dan yang berhak menerimanya. Inilah saatnya kita berkongsi rezeki dan nikmat yang diperolehi kerana mungkin ada dari kalangan saudara seagama kita jarang atau bahkan tidak mampu untuk membeli daging. Dalam kesempatan hari ini, khatib ingin mengajak para Jemaah sekalian untuk menghayati falsafah yang berkait dengan pelaksanaan ibadah korban: Pertama: Menanamkan rasa syukur kepada Allah SWT atas segala kurniaan yang telah diberikan. Allah SWT juga menjamin pertambahan rezeki bagi sesiapa yang mensyukuri nikmat-Nya. Kedua: Menyemai semangat untuk berkorban harta, masa, dan tenaga demi kemaslahatan ummah dan mencapai keredhaan Allah SWT. Ketiga: Meningkatkan kepedulian sosial terhadap sesama umat Islam. Sesuai dengan maksud hadis bahawa tangan yang di atas lebih baik dari yang di bawah (yang memberi lebih baik (beroleh ganjaran) daripada yang menerima. Rezeki yang ada dikongsi bersama lebih-lebih kepada mereka yang berhak menerimanya. Keempat: Mengajar supaya berlaku ihsan walaupun terhadap haiwan. Tatacara dan sunnah dalam sembelihan menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan ihsan dan kebajikan walaupun terhadap haiwan. Kelima: Melatih diri bersikap ikhlas dan berintegriti dalam melakukan sesuatu urusan. هللا اكبر هللا اكبر وهلل الحمد MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN, Imam al-Bukhari merekodkan sebuah hadis qudsi dari Nabi SAW yang berbunyi: ،إذا تقرب العبد إلي شبرا تقربت إليه ذراعا: عن النبي ﷺ فيما يرويه عن ربه قال فعن أنس وإذا أتاني يمشي أتيته هرولة،وإذا تقرب إلي ذراعا تقربت منه باعا Maksudnya: “Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal nescaya Aku akan mendekatinya sehasta dan apabila hamba-Ku datang kepada-Ku dengan berjalan nescaya Aku akan mendatanginya berlari”