Uploaded by SANDRA YOHANA

173978867-Isu2-Dalam-Pengurusan-d-Sekolah

advertisement
Pengenalan
Sekolah Mengikut Morphet, John dan Reller (1982), matlamat sesebuah
organisasai itu bukan untuk mengadakan keadaan yang mempertingkatkan
kecekapan pengurusan dan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan yang dapat
mempertimbangkan kecekapan organisasi bagi mencapai matlamatnya. merupakan
sebuah organisasi pendidikan yang diselenggarakan oleh golongan pendidik yang
berinteraksi melalui suatu proses berstruktur untuk mencapai hasrat dan Falsafah
Pendidikan Negara. Pendidikan dapat menghasilkan individu yang akan menikmati
gaya hidup lebih selesa dan memuaskan. Ini hanya akan dapat diperoleh sekiranya
sesebuah sekolah atau organisasi itu diuruskan dengan baik. Justeru itu sekolah
sebagai sebuah organisasi mempunyai tujuan, matlamat dan hasrat yang hendak
dicapainya merupakan kriteria utama yang perlu wujud dalam organisasi sekolah.
Dasar hendaklah dibentuk dengan baik dan tersusun kerana ia merupakan asas yang
kukuh terhadap pengurusan yang berkesan. Pengurusan yang cekap hanya dapat
ditadbir dan diuruskan oleh seorang ketua iaitu pengetua atau guru besar. Pengetua
atau guru besar yang mampu mengurus dan menyelesaikan masalah yang wujud,
maka pengurusan sekolah akan berjalan dengan berkesan. Justeru itu, pengetua atau
guru besar merupakan orang penting untuk menangani masalah pengurusan sekolah
yang dihadapi pada masa kini.
Definisi Pengurusan
Terdapat berbagai definisi yang dapat diberikan bagi istilah pengurusan.
Pengurusan boleh disamaertikan dengan pentadbiran yang bermaksud
melaksanakan tindakan dan keputusan yang telah dipersetujui oleh sesuatu pihak
atasan mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Mengikut Denyer (1977),
pengurusan ialah proses mengarah dan mengawal sesuatu institusi yang melibatkan
perancangan dan pengarahan terhadap tugas-tugas kakitangan. Ia juga merupakan
arahan dan kawalan kepada empat faktor iaitu manusia, kewangan, bahan mentah
dan alatan. Stoner (1984) pula menyatakan pengurusan sebagai satu proses untuk
merancang, mengelola, mengarah dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan
penggunaan sumber-sumber organisasi yang lain untuk mencapai matlamat
organisasi yang telah ditentukan. Bagi UNESCO (1980), pengurusan diertikan sebagai
suatu proses sosial yang dibentuk untuk memastikan kerjasama, penglibatan,
campurtangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang efektif terhadap
sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Daripada definisi tersebut dapatlah
dirumuskan bahawa pengurusan itu adalah oleh, dengan dan melalui manusia untuk
manusia bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Jamaludin
(1983), berpendapat bahawa dalam konteks pengurusan pendidikan di sekolah
khususnya pengetua, penolong kanan, penyelia dan semua kakitangan penting
mengurus manusia bukan bahan atau peralatan. Bahan dan peralatan adalah elemen
sampingan yang digunakan untuk kepentingan pengajaran dan pembelajaran. Oleh
yang demikian pengetua, penolong kanan,penyelia petang dan kakitangan penting
sekolah perlu mendapat kerjasama, penglibatan, campurtangan dan penyertaan
mereka bagi mencapai apa jua matlamat yang ingin ditetapkan oleh pihak sekolah.
Hubungan manusia yang baik, komunikasi dua hala, motivasi dan corak kepimpinan
yang cemerlang diperlukan. Mengikut Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1994),
terdapat lima aspek pengurusan iaitu penentuan matlamat, perancangan,
penyelenggaraan sumber, pengawalan proses pelaksanaan dan penentuan piawaian.
Perancangan tanpa matlamat menjadikan sesuatu aktiviti tidak munasabah.
Demikian juga dengan aspek kawalan mutu, penentuan piawai dan penyelenggaraan
sumber. Semuanya saling bergantungan antara satu sama lain.
Kesimpulannya, pengurusan merupakan satu cara bagi mencapai matlamat
melalui pengendalian input yang terdiri daripada kakitangan, kewangan, bahan
mentah dan teknologi dengan tepat. Pengurus memerlukan input-input ini untuk
mencapai matlamat, kerana pengurus tidak boleh bertindak dan mencapai matlamat
organisasi melalui dirinya sahaja. Faktorfaktor penting yang diperlukan ialah
perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan daya usaha kakitangan
serta sumbersumber lain ke arah perlaksanaan tugas yang cekap dan efektif dengan
cara yang ekonomi.
Prinsip Pengurusan Sekolah
Setiap sekolah mempunyai struktur organisasinya sendiri dan ia akan
menghubungkaitkan setiap jawatan dan kakitangan tertentu dengan matlamat
organisasi Struktur yang digunakan mungkin juga akan menerangkan carta organisasi
dan panduan-panduan tugas kerana ia mengandungi maklumat tertentu tentang
matlamat, kakitangan, aktiviti-aktiviti dan hubungan setiap satu dengan yang lain.
Justeru itu untuk menjadikan sesebuah sekolah lebih cekap dan efektif, beberapa
panduan pengurusan dan pentadbiran bolehlah diikuti. Menurut Yauch (1949),
prinsip-prinsip am untuk mengurus sesebuah sekolah adalah seperti berikut :
1. Amalan demokrasi merupakan perhatian utama, jadi pertimbangan penting yang
pengetua perlu lakukan ialah untuk mengurus guru secara individu dan kolektif.
2. Masalah manusia yang dianggap kecil selalunya memerlukan perhatian dan
pertimbangan yang luas.
3. Pengetua hendaklah mengamalkan ciri-ciri kepimpinan demokratik.
4. Kakitangan pengajaran yang profesional adalah kumpulan sosial yang kompleks
dan memerlukan pakar untuk memenuhi keperluan dan keinginan mereka.
5. Pengetua bertanggungjawab untuk memudahkan interaksi antara kakitangan.
6. Kesemua individu yang terlibat dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan
peluang menentukan corak tindakan yang perlu dilaksanakannya.
Ciri-ciri Guru Besar
Pernah dikatakan, “bahawa bagaimana guru besar, begitulah Justeru itu
pengurus adalah golongan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar
pendidikan negara, tetapi tanggungjawab tersebut juga haruslah bersesuaian dengan
keperluan serta kehendak masyarakat di daerahnya. Oleh hal yang demikian, p guru
Guru besar mestilah berikhtiar dengan sedaya upaya yang boleh bagi mencapai
tujuan tersebut. Untuk mencapai matlamat yang diimpikan, seseorang guru besar
sekolah hendaklah melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan
seharusnya mempunyai pandangan menyeluruh mengenai tugasnya itu. Pengurus
juga harus mempunyai sikap positif dan sentiasa bersedia menerima teguran yang
membina dari mana-mana pihak. Berfikiran terbuka juga merupakan tunjang
kekuatan seseorang pentadbir sekolah. Segala idea dan saranan yang dikemukakan
perlu dibincangkan bersama dari semua aspek.
Peranan Guru Besar
Guru besar sebagai ketua eksekutif di institusi sekolah mempunyai kuasa
autoriti untuk melaksanakan segala keputusan yang diarahkan oleh pihak Jabatan
Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan khususnya. Thierauf (1977) dan
Stoner (1984) mengutarakan empat aktiviti utama dalam bidang pengurusan.
Aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan itu melibatkan perancangan, pengelolaan,
pengarahan dan kawalan. Dari itu, semua proses ini perlu diperkembang dan
diintegrasikan bagi membentuk dan mewujudkan pengurusan di sekolah supaya
menjadi lebih berkesan lagi. Pengetua juga sentiasa bertanggungjawab untuk
memastikan segala pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah terancang.
Mengikut Ghazali (1985), perancangan melibatkan aktiviti dan menentukan tindakan
masa depan bagi penggunaan secara optimum. Perancangan merupakan jambatan
yang menghubungkan antara keadaan yang ada sekarang ini dengan sesuatu yang
hendak dicapai pada suatu masa akan datang.
Morgan dan Hall (1982) pula menjelaskan perananpengetua atau guru besar seperti
berikut :
1. Profesional pendidikan iaitu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran
teknikal mengenai pendidikan.
2. Pengurusan operasi iaitu tugas-tugas operasi seperti perancangan, organisasi,
mengawal dan koordinasi, pengagihan tugas kakitangan, penilaian pengajaran dalam
bilik darjah, kawalan dan penyeliaan sumber fizikal.
3. Pengurusan manusia itu tugas-tugas memberi motivasi kepada kakitangan
akademik dan pelajar khususnya perkembangan staf, penyelesaian konflik dan
komunikasi.
4. Pengurusan luaran iaitu perhubungan di antara sekolah dengan komuniti dan
akuantibiliti yang merujuk kepada tugas mengekalkan hubungan baik dengan
komuniti persekitaran akuantibiliti kepada superasistem pendidikan.
Masalah Pengurusan Pejabat
Setiap organisasi pendidikan sering kali menghadapi masalah pengurusan
terutamanya dalam era globalisasi pada masa kini ke arah pendidikan bertaraf dunia
yang mesti diselesaikan oleh pengetua atau guru besar. Merekalah orang yang
bertanggungjawab untuk mencari punca-punca masalah yang timbul disebabkan
kepimpinan dan pengurusan yang tidak cekap.
Di antara masalah-masalah pengurusan yang selalu dihadapi oleh guru besar
akan diterangkan satu persatu dengan lebih jelas lagi. Masalah pengurusan yang
utama dihadapi oleh guru besar ialah pengurusan pejabat yang tidak cekap.
Pengurusan pejabat merupakan suatu aspek yang penting dalam pentadbiran
sekolah kerana ia merupakan tempat berurusnya pelbagai aktiviti yang bercorak
pengurusan dan pentadbiran dan tempat mengawal sekolahnya . Kenyataan ini
sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada kita betapa besarnya
tanggungjawab seseorang guru besar dalam urusan untuk melahirkan corak
sekolahnya itu, sama ada untuk kebaikan ataupun sebaliknya dan menentukan
kejayaan seluruh proses untuk mencapai matlamat aktiviti yang dirancang.
Pengurusan pejabat mempunyai perkaitan dengan mengatur dan menyusun pejabat
dan menyediakan peraturan dan kaedah untuk membuat sesuatu kerja itu dengan
lebih cekap dan berjalan dengan licin. Pengurusan pejabat termasuklah kaedah
membayar gaji, cara mengurus fail peribadi pekerja, borang-borang untuk merekod
dan menyampaikan makulumat, susunan kerusi meja di dalam pejabat, sistem fail
dan lain-lain lagi. Justeru itu pengurusan pejabat yang tidak cekap akan
menyebabkan proses pengurusan tidak berjalan dengan cekap dan lancar kerana
permulaan pengurusan bermula dari pejabat.
Isu Hubungan Pentabir Dengan Kakitangan
Hubungan manusia amat penting bagi menjamin kestabilan dan keharmonian
sesuatu sistem pendidikan. Justeru itu pengetualah orang yang bertanggungjawab
untuk mewujudkan suasana yang harmoni di antara pengetua dengan orang
bawahannya. Pentabir yang tidak mahir dalam hubungan interpersonal akan
menghadapi masalah untuk mendapatkan kerjasama daripada para guru. Pentabir
juga sering kelihatan mengabaikan hubungan manusia apabila dilantik ke jawatan
tersebut kerana mungkin mereka memikirkan bahawa jawatan yang disandang itu
berfungsi sebagai pentadbir sekolah lebih daripada peranan sebagai pengurus
pendidikan. Kadangkala terdapat juga pentabir yang tidak profesional di mana
mereka menegur atau memarahi guru tidak mengira tempat dan ini menyebabkan
guru atau kakitangan lain berasa malu, kecil hati dan marah terhadap pengetua
tersebut. Bagi guru-guru yang tidak berpuas hati dengan Guru besar sukar bagi
mereka untuk bekerjasama dan berkomunikasi dengan Guru Besar untuk
meningkatkan pencapaian prestasi di sekolah. Guru-guru ini akan lebih banyak
mendiamkan diri dan mengikut apa sahaja arahan dengan pasif kerana minatnya
terhadap suasana pekerjaan di tempat tugasnya telah menurun.
Isu Pengurusan Kewangan
Sistem perlantikan Guru besar tidak berdasarkan latihan dan kepakaran.
Mereka yang di lantik tidak diberikan kursus, tetapi belajar mentadbir secara cuba
jaya. Dalam keadaan demikian, Guru besar banyak bergantung kepada kerani yang
berpengalaman dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan kewangan di sekolah.
Oleh sebab Guru Besar kurang berpengalaman, maka terdapat sekolah-sekolah yang
tidak menyediakan belanjawan sekolah. Guru Besar tidak merancang terlebih dahulu
tentang sumber-sumber pendapatan dan keperluan-keperluan perbelanjaan.
Perbelanjaan tanpa perancangan telah menyebabkan wang bantuan untuk sesuatu
mata pelajaran tertentu disalurkan untuk tujuan lain. Selain itu terdapat juga
pembelian alatan dibuat tanpa menggunakan borang-borang pesanan di mana Guru
Besar mengambil barang-barang dahulu dari pembekal dan pesanan dibuat
kemudian. Manakala bayaran pula dibuat tanpa baucer dan dokumen-dokumen
sokongan untuk membuktikan ketepatan harga. Peruntukan Bantuan Tahunan yang
diberikan kepada setiap sekolah ketika ini ditentukan berdasarkan tajuk atau vot
tertentu serta bilangan murid di dalam sesebuah sekolah. Keadaan ini tidak sesuai
diamalkan sekarang kerana sekolah mengalami kesukaran untuk memindahkan
peruntukan daripada satu vot kepada vot lain kerana perlu memohon kepada
Jabatan Pendidikan Negeri terlebih dahulu. Justeru itu pengetua yang tidak
mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas dalam bidang perakaunan
menyebabkan beliau tidak dapat merancang, mengurus, mengawal dan menentukan
pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.
Isu Kemerosotan Disiplin dan Salah Laku Pelajar
Pihak pengurusan sekolah juga terpaksa menghadapi masalah disiplin pelajar
terutamanya sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan murid yang ramai. Masalah
ini sering berlaku di sekolah bandar kerana mereka selalu terdedah dengan perkaraperkara yang tidak baik. Di samping itu murid-murid juga terdiri dari latar belakang
dan taraf hidup yang berbeza di antara satu sama lain. Dengan ini masalah salah laku
pelajar pada masa kini sememangnya merisaukan banyak pihak terutamanya ibu
bapa, masyarakat dan negara. Perkara ini menimbulkan masalah disiplin seperti
menyertai kumpulan samseng, merokok, mencuri, merosakkan harta sekolah,
mengugut guru dan pelajar, bergaduh, memukul pelajar, ponteng sekolah dan
sebagainya merupakan perkara biasa yang banyak berlaku di sekolah rendah
mahupun menengah. Faktor utama masalah disiplin disebabkan kurangnya didikan
ibu bapa di rumah kerana didikan awal bermula dari rumah. Mengikut Hussein
Mahmood (1980), mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar
adalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. Persekitaran rumah tangga
banyak mempengaruhi perkembangan tingkah laku kanak-kanak dan remaja.
Sebahagian besar yang menyumbang kepada masalah disiplin di sekolah adalah juga
berpunca daripada kehidupan keluarga sendiri. Dalam usaha menangani masalah
disiplin, para guru dan pentadbir sekolah juga sering merasa bahawa diri mereka
tidak dilindungi oleh undang-undang.
Isu Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran
Pihak pengurusan sekolah sering kali menghadapi cabaran untuk
memperlengkapkan dan memelihara kemudahan sekolah supaya sentiasa berada
dalam keadaan yang memuaskan supaya proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar. Walau bagaimana pun masalah ini tidak dapat dielakkan disebabkan
sikap vendalisme pelajar yang suka merosakkan kerusi, meja, papan kenyataan,
kotak suis, dan sebagainya untuk mencari kepuasan, melepaskan geram atau
inginkan perhatian daripada rakan-rakan atau guru kerana marahkan guru
berkenaan. Bilik darjah juga tidak mempunyai peralatan yang lengkap seperti
ketiadaan lampu yang tidak berfungsi, kipas yang telah uzur dan tidak berfungsi dan
penggunaan papan hitam dan kapur yang boleh menimbulkan masalah kesihatan
kepada guru dan pelajar. Selain itu pengurusan sekolah juga menghadapi masalah
kekurangan bilik darjah disebabkan bilangan pelajar yang terlalu ramai dan ini
menyebabkan jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas mencapai 45 hingga 50 orang.
Kekurangan bilik darjah menyebabkan wujud pula kelas terapung dan keadaan ini
sudah pasti menjejaskan masa pembelajaran dan minat pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Isu Kekurangan Guru
Masalah kekurangan guru di sesebuah sekolah bandar mahu pun di luar
bandar sering kali timbul disebabkan setiap tahun ada sahaja guru yang akan
memohon tukar bila sampai masanya, berkursus, bersalin, sakit atau melanjutkan
pelajaran. Perkara ini amat sukar di atasi dalam masa yang singkat. Ini menyebabkan
ada kelas yang terpaksa dipecahkan dan digabungkan sementara belum ada guru
pengganti. Bilangan pelajar dalam sesebuah kelas akan bertambah dan kemungkinan
ada yang akan ketinggalan dalam pelajaran. Untuk memudahkan pihak pengurusan,
pengetua mendapatkan khidmat guru sandaran tidak terlatih. Walau bagaimana pun
timbul pula masalah lain di mana guru ini tidak mempunyai kemahiran dan
pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan pelajar
kurang memahami pengajaran yang disampaikan. Secara tidak langsung beban guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan bertambah dan waktu rehat juga
akan berkurangan kerana terpaksa menggantikan guru berkenaan.
Isu Hubungan Sekolah Dengan Masyarakat Luar
Masalah hubungan sekolah dengan masyarakat luar terutamanya dengan ibu
bapa kurang memuaskan. Ini disebabkan terdapat ibu bapa yang tidak pernah hadir
ke sekolah walaupun terdapat berbagai aktiviti diadakan oleh pihak sekolah. Mereka
hanya hadir pada hari pertama sesi persekolahan dan menganggap tanggungjawab
menjaga dan mendidik anak mereka di sekolah adalah tanggungjawab guru dan
pihak pengurusan sekolah. Justeru itu masalah disiplin, pelajaran, aktiviti sekolah
dan kewangan sekolah merupakan masalah utama di sesebuah sekolah. Pihak
pengurusan sekolah seharusnya pandai membuat hubungan dengan komuniti di
persekitaran sekolah terutamanya masyarakat di luar dan ibu bapa pelajar. Jika
perhubungan sekolah dengan masyarakat sekitar dan ibu bapa pelajar baik maka
tidak mustahil pihak sekolah mendapat sokongan untuk mengawal disiplin pelajar,
meningkatkan mutu pelajaran, sambutan dalam aktiviti yang dijalankan dan
sumbangan derma bagi meningkatkan lagi perlaksanaan program yang dirancang
berjalan dengan lancar.
CADANGAN DAN CARA MENGATASI
Untuk mencapai matlamat pengurusan sekolah yang berkesan dan bertaraf
dunia selaras dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini, Guru besar
perlu mengambil langkah-langkah yang lebih bijak dan segera supaya pengurusan
dan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar.
Di antara langkahlangkahyang boleh diambil untuk mengatasi masalahmasalah tersebut ialah :
1. Untuk mengatasi masalah pengurusan pejabat, guru besar mestilah
menumpukan perhatiannya terhadap tugas pentadbiran dan urusan pejabat dengan
memberi perhatian terhadap pengurusan kakitangan, pengendalian alat-alat,
perabot, dan sebagainya. Pejabat merupakan tempat mengeluarkan arahan, tempat
menyimpan segala dokumen dan tempat menyediakan laporan dan menerima
maklum balas, di samping membuat kerja-kerja biasa setiap hari. Guru Besar juga
hendaklah menyediakan sistem fail untuk menyimpan segala rekod dan dokumen
dalam kabinet yang dibuat daripada logam kerana ia tidak mudah terbakar dan rosak
bagi mempastikan keselamatannya. Dengan ini pejabat hendaklah disusun dengan
sistematik agar dapat memberi keselesaan kepada semua kakitangannya kerana
pengurusan pejabat merupakan aktivitim yang berterusan dan memerlukan
pentadbir yang berfikiran positif dan proaktif bagi menuju kecemerlangan
pengurusan.
2. Perhubungan manusia yang baik di antara pengetua dengan orang-orang di
bawah jagaan mereka amat penting jika ingin menjadi pengetua yang berkesan
dalam pengurusan sekolah. Beberapa perkara perlu diambil perhatian demi menjaga
hubungan yang baik yang amat perlu dibuat oleh setiap Guru besar dari tercetusnya
konflik. Di antaranya ialah :
i Jangan sekali-kali merendahkan imej orang lain kerana manusia
mempunyai perasaan dan harga diri.
ii Jangan mengkritik orang lain di hadapan khalayak ramai kerana
perbuatan ini amat memalukan seseorang.
iii Jangan lupa menunjukkan perhatian anda sebagai seorang
Gur besar kepada orang bawahan walaupun sekali-sekala kerana tugas
yang lebih besar ialah di luar pejabat iaitu mengelola, merancang,
menyelia, memberi kepimpinan kepada guru, staf sokongan dan murid
khususnya untuk meninjau masalah, memberi tunjuk-ajar, khidmat
nasihat dan panduan.
iv Jangan biarkan orang menganggap pengetua sebagai seorang yang
tidak memperdulikan hal kebajikan orang bawahan.
v Jangan amalkan sikap pilih kasih.
vi Membantu orang bawahan memajukan dan meningkatkan diri dalam
kerjaya mereka.
vii Jangan mendengar khabar angin dan fitnah. Sebaliknya pengetua
hendaklah lebih peka dan menyiasat sendiri punca masalah yang timbul.
viii Jangan marah atau mengutuk seseorang itu di belakang atau pada
orang lain.
3. Guru Besar sekolah memainkan peranan penting dalammenguruskan
kewangan sekolah dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam
perintah kewangan. Oleh itu pengetua mestila mempunyai pengetahuan dalam
bidang perakaunan untuk membolehkan Guru besar membuat perancangan
kewangan di samping menyelia kerja-kerja pengurusan dengan berkesan. Di samping
itu Guru Besar bolehlah mencadangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri supaya
Peruntukan Bantuan Tahunan yang akan diberikan kepada setiap sekolah bagi setiap
tajuk atau vot ditentukan oleh pihak sekolah. Ini akan memudahka sekolah
memindahkan wang yang berlebihan kepada vot yang memerlukan banyak belanja.
Selain itu Guru Besar juga boleh mendapatkan kerjasama dari penolong kanan, ketua
jabatan dan kerani sekolah di samping mengikuti kursus dalam pengurusan
kewangan yang akan dapat meningkatkan kemahiran dalam hal-hal kewangan
sekolah.
Menurut laporan Seminar Kebangsaan Mengenai Disiplin Sekolah-sekolah
(1978), disiplin merupakan suatu system peraturan dan tatatertib yang ditetapkan
oleh sesuatu badan atau kelompok yang dilaksanakan agar memudahkan perjalanan
proses pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan. Justeru itu untuk
mengatasi masalah disiplin pelajar, pengetua mestilah tegas menjalankan hukuman
yang setimpal terhadap pelajar yang melanggar disiplin sekolah supaya ia menjadi
pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Bilangan pengawas dan guru disiplin
boleh ditambah untuk mengatasi masalah ini terutamanya sekolah yang mempunyai
pelajar yang ramai. Pelajar yang dilantik sebagai pengawas mestilah mempunyai ciriciri kepimpinan yang baik. Guru kaunseling juga boleh memberikan bimbingan dan
nasihat kepada murid-murid tersebut supaya mereka tidak melakukan perbuatan
yang melanggar disiplin sekolah seperti Program Sekolah Selamat dan Program
Pendidikan Mencegah Dadah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga memainkan
peranan penting dalam usaha menangani masalah disiplin dengan merancang
berbagai aktiviti positif yang dapat mengeratkan lagi hubungan sekolah dengan
masyarakat sekitar. Bagi sekolah yang berisiko tinggi akan ditempatkan seorang
anggota polis berpangkat Inspektor bag menjamin keselamatan dan membendung
daripada berlakunya kes juvana.
4. Masalah pengurusan bilik darjah yang tidak mempunyai peralatan yang
lengkap dan masih menggunakan papan hitam bolehlah digantikan dengan papan
putih. Ini amat bersesuaian untuk mencapai mutu pendidikan bertaraf dunia dan
kesihatan guru dan pelajar akan lebih terjamin. Guru Besar hendaklah melantik guru
yang berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan berkala terhadap sistem letrik dan
yang berkaitan supaya berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan bagi
menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam keadaan yang selesa.
Untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah, pihak pengurusan hendaklah
memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan untuk memohon pembinaan bangunan
tambahan tetapi sejak kebelakangan masalah ini telah dapat di atasi dengan
terbinanya beberapa buah sekolah baru untuk menampung jumlah pelajar yang
semakin ramai.
5. Masalah kekurangan guru masih belum dapat di atasi sehingga hari ini.
Langkah yang bijak untuk mengatasinya, pihak pengurusan boleh mendapatkan
khidmat guru sandaran tidak terlatih sebagai persiapan awal untuk menggantikan
guru yang akan bertukar, sakit, cuti bersalin atau melanjutkan pelajaran supaya
proses pengajaran dan pembelajaran murid berjalan dengan lancar. Pihak
pengurusan juga hendaklah memaklumkan masalah tersebut kepada Jabatan
Pendidikan supaya masalah kekurangan guru dapat di atasi terutamanya setelah
guru-guru terlatih tamat pengajiannya di maktab perguruan atau di pusat pengajian
tinggi dengan secepat mungkin.
5. Masalah hubungan sekolah dengan masyarakat dapat di atasi dengan
peranan yang dimainkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Pihak pengurusan
sekolah dan PIBG mestilah aktif menjalankan aktiviti yang melibatkan ibu bapa
dengan pihak sekolah supaya hubungan tersebut sentiasa terjalin. Pihak sekolah dan
PIBG boleh mengadakan pelbagai aktiviti untuk tujuan tersebut seperti Hari
Keluarga, Sukaneka, Pasaria, Hari Terbuka, Hari Kantin atau gotong royong menanam
pokok bunga dan membersihkan kawasan sekolah. Melalui aktiviti ini hubungan
sekolah dan masyarakat akan lebih erat dan samasama berganding bahu dalam
pembentukan diri pelajar bukan sahaja dari segi pencapaian akademik bahkan juga
dalam pembentukan sasiah pelajar supaya menjadi insan yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara.
KESIMPULAN
Untuk menjadi seorang pengurus pendidikan yang berkesan, seseorang itu
seharusnya terlebih dahulu memahami apakah dia Falsafah Pendidikan Negara yang
telah digubal oleh Kementeria Pendidikan Malaysia. Falsafah Pendidikan Negara
dicipta bagi memberi satu garis panduan supaya institusi sekolah dan system
pendidikan berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang lebih dinamik. Setiap
pengurus pendidikan di sekolah khususnya adalah pendukung dan pelaksana segala
aktiviti yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Oleh yang demikian, Falsafah
Pendidikan Negara seharusnya menjadi rujukan penting bagi apa juga tindakan yang
diambil oleh mereka yang terlibat di dalam pengurusan sekolah. Secara tidak
langsung kita dapat menyahut cabaran wawasan 2020 dalam membentuk sebuah
masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih
mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak
diasaskan kepada negara mahupun individu, tetapi kepada sistem kekeluargaan yang
kukuh lagi mantap. Sekaligus dapat meningkatkan martabat profesion perguruan
kepada tempat yang mulia dan tinggi dari segi darjat dan kedudukannya.
KESIMPULAN
Untuk menjadi seorang pengurus pendidikan yang berkesan, seseorang itu
seharusnya terlebih dahulu memahami apakah dia Falsafah Pendidikan Negara yang
telah digubal oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan juga prinsip-prinsip dan teori pengurusan terutama
dalam bidang pendidikan. Setiap pengurus pendidikan di sekolah khususnya adalah
pendukung dan pelaksana segala aktiviti yang telah ditetapkan olehKementerian.
Oleh yang demikian, Falsafah Pendidikan Negara seharusnya menjadi rujukan
penting bagi apa juga tindakan yang diambil oleh mereka yang terlibat di dalam
pengurusan sekolah serta perlu mahir dlam pengunaan teori dan model-model dlam
pengurasan bagi menjamin matlamat organisasi dpat di capai. Secara tidak langsung
kita dapat menyahut cabaran wawasan 2020 dalam membentuk sebuah masyarakat
berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan
masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada
negara mahupun individu, tetapi kepada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi
mantap. Sekaligus dapat meningkatkan martabat profesion perguruan kepada
tempat yang mulia dan tinggi.
BIBLIOGRAFI
Jamaludin Mohaiadin (1996). Pengurusan Pendidikan Modul 1.
Pulau Pinang : Pusat Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains
Malaysia.
Jamaludin Mohaiadin (1996). Pengurusan Pendidikan Modul 2.
Pulau Pinang : Pusat Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains
Malaysia.
Kamarudin Hj. Kachar (1989). Strategi Pentadbiran Pendidikan.
Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Zahid Mohd Noordin (1994). Wawasan Pendidikan :
Agenda Pengisian. KualaLumpur : Cahaya Pantai Publishing
(M) Sdn. Bhd
Omar Mohd. Hashim (1993). Pendidikan : Persoalan, Penyelesaian
dan Harapan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah Suatu Panduan
Lengkap. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor.
Download