Uploaded by xianhern2007

AKAUN MODUL 1 F4 STUDYWITHADMIN

advertisement
Perakaunan merupakan perekodan urus niaga kewangan yang berlaku
dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan secara sistematik
termasuk prestasi perniagaan, kedudukan kewangan, perancangan dan
analisis kewangan.
•
•
•
•
Simpan kira merupakan proses perakaunan yang meliputi aktiviti
engumpul, menyusun, menyimpan, merekod dan melapor rekodrekod perakaunan.
Perakaunan mencakupi bidang yang lebih luas iaitu meliputi aktiviti
mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, melapor,
menganalisis, mentafsir, merancang, menilai dan merumus.
Kitaran Perakaunan merupakan tatacara penyediaan rekod
perakaunan yang bermula daripada dokumen sumber hingga
catatan penutupan akaun.
Dalam Kitaran Perakaunan yang lengkap terdapat lapan peringkat
penyediaan rekod perakaunan bagi sesuatu tempoh perakaunan
STUDYWITHADMIN – NS
DOKUMEN PERNIAGAAN
•
•
Terdiri daripada dokumen sumber dan dokumen bukan sumber
yang difailkan secara sistematik untuk memudahkan rujukan pada
masa hadapan.
Bukti bertulis bagi sesuatu urus niaga
BUKU CATATAN PERTAMA
•
•
•
Buku yang digunakan untuk merekodkan butiran urus niaga.
Apabila dokumen sumber diterima dan dikeluarkan, maklumat
seperti tarikh, amaun dan butiran akan direkodkan dalam Buku
Catatan Pertama.
Terdiri daripada Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai dan Buku
Tunai Runcit
STUDYWITHADMIN – NS
LEJAR
•
Catatan dalam Buku Catatan Pertama akan dipindahkan ke dalam
lejar dengan menggunakan Sistem Catatan Bergu.
IMBANGAN DUGA
•
•
Senarai baki bagi semua akaun dalam lejar.
Baki akhir setiap akaun dalam lejar akan disenaraikan dalam
Imbangan Duga untuk menguji ketepatan catatan bergu.
PELARASAN
•
•
Urus niaga yang diselaraskan pada arikh imbangan dalam Jurnal Am
dan lejar seperti pelarasan hasil dan belanja, susut nilai aset,
peruntukan hutang ragu dan ketinggalan catatan.
Pelarasan akan dibuat dalam Jurnal Am dan dipindahkan ke dalam
lejar untuk menentukan baki terkini bagi akaun-akaun berkenaan.
IMBANGAN DUGA TERSELARAS
•
•
Senarai baki bagi semua akaun termasuk akaun yang telah
diselaraskan pada tarikh imbangan.
Imbangan Duga Terselaras bertujuan untuk menguji ketepatan
catatan bergu dalam lejar.
CATATAN PENUTUPAN
•
•
Catatan Jurnal Am dan lejar untuk merekodkan penutupan semua
akaun hasil dan akaun belanja.
Pada peringkat ini, akaun hasil dan akaun belanja akan dipindahkan
ke dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.
STUDYWITHADMIN – NS
PENYATA KEWANGAN
Penyata yang disediakan untuk menghitung untung rugi perniagaan
bagi suatu tempoh dan untuk melihat kedudukan kewangan
perniagaan pada tarikh tertentu.
Lazimnya disediakan pada akhir tempoh perakaunan.
•
•
PERAKAUNAN KEWANGAN
•
•
STUDYWITHADMIN – NS
Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk
Penyata Kewangan.
Penyata Kewangan digunakan oleh pengguna dalaman dan luaran
untuk membuat keputusan.
PERAKAUNAN PENGURUSAN
•
•
Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman.
Antara skop kerja ialah kawalan, perancangan dan pengurusan
pengeluaran.
PENGAUDITAN
•
•
Meliputi kerja memeriksa dokumen perniagaan dan rekod
kewangan untuk mengesahkan rekod maklumat perakaunan
adalah betul dan tepat.
Juruaudit memastikan Penyata Kewangan yang disediakan
mematuhi piawaian perakaunan yang diterima umum.
PERCUKAIAN
•
•
Merancang hal-hal percukaian dan menyediakan penyata cukai
bagi pihak syarikat.
Penasihat cukai akan memberikan nasihat dalam hal-hal
pengurusan percukaian perniagaan.
STUDYWITHADMIN – NS
•
Profesional merujuk kepada seseorang yang memiliki kepakaran
dalam bidang tertentu dan menunjukkan komitmen dan minat yang
mendalam terhadap kerjayanya
Akauntan merupakan golongan profesional dalam masyarakat
kerana akauntan memiliki kemahiran yang khusus untuk mengurus
kewangan perniagaan, membuat pelaporan dan memberi
pandangan untuk meningkatkan prestasi perniagaan
•
•
•
•
•
•
Akauntan
Juruaudit
Pengurus Dana
Penasihat Kewangan
Ketua Pegawai
Kewangan
•
•
•
•
•
•
•
•
•
perancangan dan pengurusan strategik
pengimplementasian polisi
Penambahbaikan polisi
Pengurusan bajet dan kewangan
Penyelesai masalah
Perundingan
pembuat keputusan
pembimbing dan mentor
pembangunan sumber manusia
•
STUDYWITHADMIN – NS
INTEGRITI
KREDIBILITI
AKAUNTABILITI
Akauntan perlu
bersikap jujur dala
semua hubunga
profesional denga
pihak luar supay
tidak dikaitkan
dengan laporan
kewangan atau
apaapa bentuk
komunikasi tentang
perakaunan yang
mengandungi
kenyataan palsu dan
mengelirukan
Keupayaan
akauntan untuk
menyampaikan
Maklumat
perakaunan secara
adil dan objektif
kepada semua pihak
yang berkepentingan
dalam perniagaan
Tanggungjawab
individu atau jabatan
untuk melaksanakan
fungsi tertentu dalam
perakaunan.
STUDYWITHADMIN – NS
•
•
Etika bermaksud prinsip-prinsip akhlak atau nilai moral yang
menjadi pegangan seseorang semasa menjalankan tugas.
International Federation of Accountants (IFAC) telah
memperkenalkan Kod Etika Akauntan Profesional yang
menggariskan lima ciri etika dalam profesion perakaunan
KOMPETENSI
INTEGRITI
KERAHSIAAN
OBJEKTIVITI
Akauntan harus profesional, berkemahiran dan
berkeupayaan untuk memberi perkhidmatan
perakaunan yang terbaik terhadap pelanggan
Akauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam
hubungan profesional dengan pihak lain supaya
tidak berlaku kekeliruan dan pemalsuan
kenyataan.
Akauntan tidak boleh mendedahkan sebarang
maklumat yang diperoleh kepada mana-mana
pihak yang tidak berkaitan.
Semasa menjalankan tugas, seseorang akauntan
tidak boleh berkompromi dan berat sebelah serta
tidak terpengaruh oleh manamana pihak yang
berkepentingan
STUDYWITHADMIN – NS
SIFAT
PROFESIONAL
Akauntan perlu mematuhi semua undang-undang
dan peraturan berkaitan serta mengelakkan segala
tindakan yang boleh menjejaskan profesion ini
STUDYWITHADMIN – NS
STUDYWITHADMIN – NS
SEJARAH PERAKAUNAN
•
•
•
Pada tahun 400 SM, rekod perakaunan telah
dibuat dengan menggunakan papyrus (kertas)
dan calamus (pen) di Mesir
•
•
Rekod perakaunan yang paling awal didapati
di Babylonia pada tahun 3500 SM.
Catatan tersebut dibuat dalam bentuk
kepingan tanah liat.
Sistem Catatan Bergu bermula di Itali dan
dipopularkan oleh Luca Pacioli pada abad ke14 untuk memenuhi keadaan ekonomi yang
semakin berkembang
Selepas Revolusi Perindustrian di England
pada abad ke-17 dan 18, perakaunan kos
telah diperkenalkan bagi memenuhi proses
pengeluaran firma yang berkembang pesat
studywithadmin - ns
•
Jawatankuasa Piawaian Perakaunan
Antarabangsa (IASC) ditubuhkan pada tahun
1973 untuk menggalakkan penggunaan
piawaian asas dalam perakaunan.
PERKEMBANGAN PROSES PERAKAUNAN SECARA
MANUAL DAN PERI SIAN BERKOMPUTER
•
•
•
•
•
Proses perakaunan telah melalui pelbagai perkembangan bermula
dengan kaedah perakaunan manual hingga kini apabila perisian
berkomputer digunakan secara meluas.
Pelbagai perisian perakaunan telah dibangunkan dan dipasarkan di
serata dunia. Di Malaysia, terdapat dua perisian perakaunan yang
lazim digunakan dalam perniagaan iaitu UBS dan SAGE.
Boleh diakses oleh individu yang diberikan kuasa sahaja kerana
kata laluan digunakan untuk memastikan kerahsiaan dan
keselamatan rekod kewangan.
Mempunyai fungsi data sokongan dalam cakera padat komputer
ataupun di dalam penyimpanan atas talian dan ini mengurangkan
risiko kerosakan dan kehilangan data
Segala pembetulan kesilapan dapat dilakukan dengan mudah
kerana sistem ini akan mengemas kini semua data yang berkaitan
dan menjana pelaporan yang telah dibetulkan dengan mudah dan
jitu.
studywithadmin - ns
KEPENTINGAN SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN (SMP)
KEPADA ENTITI PERNIAGAAN
•
•
•
•
•
Mengumpul dan menyimpan data mengenai transaksi perniagaan.
Memproses data untuk menjana maklumat yang berguna kepada
pengguna Penyata Kewangan dan pembuat keputusan.
Menyediakan kawalan secukupnya untuk menjaga keselamatan aset
perniagaan.
Membolehkan juruaudit memahami sistem yang diguna untuk
menghasilkan Penyata Kewangan.
Membolehkan pakar dalam bidang percukaian merancang hal-hal
berkaitan percukaian dengan tepat dan yakin.
studywithadmin - ns
•
•
•
Penyata Kewangan merupakan rekod formal yang mengandungi
maklumat kewangan sesebuah perniagaan.
Penyata Kewangan ini disediakan dengan struktur dan format
pelaporan yang digariskan dalam Piawaian Pelaporan Kewangan
(Financial Reporting Standard).
Pengguna akan dapat melihat kedudukan kewangan sesebuah
perniagaan dengan jelas seperti jumlah jualan tahunan, kedudukan
aset, keuntungan atau kerugian perniagaan dan sebagainya
STUDYWITHADMIN - NS
Penyata Pendapatan juga
dikenali sebagai Akaun
Perdagangan dan Untung
Rugi
Penyata Kedudukan
Kewangan
STUDYWITHADMIN - NS
•
•
Penyata Kewangan menggambarkan keadaan dan perjalanan
perniagaan sesebuah syarikat.
Penyata Kewangan yang disediakan dengan baik akan memastikan
maklumat di dalamnya berguna kepada pelbagai pengguna
Kerelevanan
Kerelevanan
•
•
STUDYWITHADMIN - NS
Maklumat dalam Penyata Kewangan harus relevan dengan
keperluan pengguna.
Maklumat ini dapat mempengaruhi keputusan ekonomi yang
dibuat oleh pengguna
Perwakilan
Perwakilanbenar
benar
•
•
Maklumat dalam Penyata Kewangan mesti bebas daripada
kesilapan material dan tiada unsur berat sebelah serta
pelaporannya tidak mengelirukan.
Oleh itu, semua data atau maklumat perlu didedahkan secara
jujur tanpa berselindung dan pelaporan harus disediakan dengan
cermat
Kebolehbandingan
Kebolehbandingan
•
•
Maklumat dalam Penyata Kewangan tahun semasa mesti boleh
dibandingkan dengan maklumat kewangan yang dikemukakan
bagi tempoh perakaunan yang lepas.
Pengguna boleh mengenal pasti trend dalam kedudukan prestasi
dan kewangan bagi entiti berkenaan.
Kebolehfahaman
Kebolehfahaman
•
•
Maklumat mesti mudah difahami oleh pengguna Penyata
Kewangan dan maklumat itu perlu dipersembahkan dengan jelas.
Jika terdapat maklumat tambahan untuk memberikan penerangan
lanjutan tentang sesuatu butiran, maklumat tersebut harus
dinyatakan dengan jelas dalam bahagian nota
Kebolehsahan
Kebolehsahan
•
Jika maklumat dalam Penyata Kewangan boleh disahkan, ini
memberi jaminan kepada pengguna bahawa maklumat dalam
Penyata Kewangan tersebut boleh dipercayai
Pemasaan
Pemasaan
•
•
•
•
Ketepatan masa adalah sangat penting kerana maklumat yang
disampaikan tepat pada masanya adalah lebih relevan kepada
pengguna.
Kelewatan dalam penyediaan maklumat kewangan menyebabkan
Penyata Kewangan tersebut kurang relevan untuk membuat
keputusan.
Sebagaimana yang kita ketahui, setiap jenis perniagaan
menawarkan jualan dan perkhidmatan yang berbeza.
Oleh yang demikian, butiran dalam Penyata Kewangan bagi
perniagaan turut berbeza.
STUDYWITHADMIN - NS
STUDYWITHADMIN - NS
Pada asasnya, pemilik perniagaan merupakan orang yang
bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata Kewangan.
Penyata Kewangan ini disediakan oleh pemilik sendiri atau
pekerjanya.
Pemilik perniagaan juga boleh menggunakan khidmat luar yang
mempunyai kepakaran dalam bidang perakaunan.
•
•
•
STUDYWITHADMIN - NS
Pemilik
Pemilikperniagaan
perniagaan
•
•
•
Bagi perniagaan kecil-kecilan, majikan sendiri akan mengurus
dan menyediakan laporan kewangan.
Pemilik mampu mengendalikan dan menyelenggara semua rekod
kewangan kerana volum perniagaan adalah rendah dan masih lagi
dapat ditangani.
Hal ini menjadi satu kelebihan kepada pemilik kerana pemilik
akan mengetahui semua urus niaga dan rekod kewangan dengan
jelas agar risiko penyelewengan oleh pekerja dapat dikawal
Pekerja
Pekerjasendiri
sendiri
•
•
Bagi perniagaan yang volum perniagaannya tinggi, majikan tidak
mampu lagi mengurus dan mengendalikan akaun dan Penyata
Kewangan kerana menghadapi kekangan dari segi masa dan
tenaga.
Oleh yang demikian, majikan akan mengupah pekerja untuk
mengurus dan mengendalikan akaun dan Penyata Kewangan
sama ada secara sepenuh masa ataupun secara separuh masa.
Pihak
Pihakluar
luar
•
•
•
•
•
•
STUDYWITHADMIN - NS
Bagi perniagaan yang tidak mempunyai akauntan, mereka akan
melantik akauntan bertauliah dari luar untuk mengendalikan
laporan kewangannya.
Peniaga akan membekalkan maklumat perakaunan kepada
akauntan luar supaya akauntan memahami operasi perniagaan.
Seterusnya, akauntan dapat menyediakan laporan kewangan
dengan tepat dan relevan.
Penyata Kewangan disediakan dalam format pelaporan yang
sistematik dan mudah difahami.
Dengan ini, maklumat yang terkandung dalam Penyata Kewangan
dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak.
Pihak yang menggunakan maklumat dalam Penyata Kewangan
dikenali sebagai pengguna Penyata Kewangan
Pihak yang memiliki perniagaan dan pihak yang bekerja dalam
perniagaan berkenaan.
Pemilik
Pemilikperniagaan
perniagaan
•
•
•
Merujuk Penyata Kewangan untuk mengetahui sama ada
perniagaan memperoleh untung atau rugi.
Jumlah keuntungan atau kerugian dapat dikenal pasti.
Mengenal pasti semua sumber hasil perniagaan dan perbelanjaan
perniagaan.
Pihak
Pihakpengurusan
pengurusan
luar
•
•
Menggunakan data dalam Penyata Kewangan sebagai rujukan
untuk merancang aktiviti perniagaan pada masa hadapan.
Data ini akan dianalisis bagi membolehkan strategi dibuat untuk
mengembangkan perniagaan atau membaiki kelemahan.
Pekerja
pekerja
•
•
Berdasarkan Penyata Kewangan pekerja dapat mengetahui
keuntungan perniagaan, kestabilan operasi perniagaan,
keupayaan perniagaan untuk membayar gaji dan menawarkan
faedah sampingan.
Pekerja turut melihat kedudukan kewangan perniagaan untuk
menilai kemampuan perniagaan dapat berkembang pada masa
hadapan dan meninjau peluang untuk menjawat jawatan yang
lebih tinggi dalam organisasi
STUDYWITHADMIN - NS
Pengguna luaran merupakan pihak ketiga yang menggunakan
maklumat Penyata Kewangan.
Pengguna luaran juga dikenali sebagai pengguna sekunder.
•
•
Pihak
Pihakbank
bank
•
•
Menggunakan Penyata Kewangan sesebuah perniagaan untuk
mempertimbangkan kelulusan permohonan perniagaan
mendapatkan pinjaman bank.
Melihat keupayaan perniagaan dalam pengurusan kredit dan juga
dalam pembayaran hutang.
Pembekal
Pembekal
•
•
•
Laporan kewangan digunakan untuk menilai keupayaan dan
kecekapan dalam pengurusan hutang perniagaan sebelum
memberikan kemudahan kredit atau memberikan pinjaman
kepada perniagaan berkenaan.
Hal ini adalah penting untuk mengelakkan berlakunya hutang
lapuk yang akan merugikan
pembekal.
Agensi
Agensikerajaan
kerajaan
•
•
•
•
STUDYWITHADMIN - NS
Penyata Kewangan diperlukan oleh agensi kerajaan untuk tujuan
semakan dan percukaian.
Antara agensi yang memerlukan Penyata Kewangan perniagaan
ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentaksir
dan memungut cukai pendapatan.
Penyata Kewangan digunakan oleh LHDN untuk tujuan
pentaksiran cukai
Pemegang
Pemegangsaham
saham
•
•
Pelabur, bakal pelabur dan orang awam menggunakan Penyata
Kewangan untuk menilai kemampuan sesebuah perniagaan
menjanakan keuntungan.
Mereka akan membandingkan Penyata Kewangan bagi beberapa
buah perniagaan untuk memilih perniagaan yang paling
berpotensi menjana keuntungan bagi pihak mereka.
STUDYWITHADMIN - NS
ANDAIAN PERAKAUNAN
Andaian perakaunan perlu dibuat untuk mengurangkan kekeliruan
ketika mengendalikan rekod perakaunan dan menghasilkan Penyata
Kewangan
ENTITI BERASINGAN
Andaian ini menyatakan bahawa perniagaan perlu menyimpan
rekod transaksinya berasingan daripada rekod transaksi peribadi
pemiliknya, unitunit perniagaan atau urus niaga perniagaan lain di
bawah milikannya.
STUDYWITHADMIN - NS
Contoh entiti berasingan
•
•
•
Puan Karen memiliki sebuah pusat tuisyen di Kuching.
Walaupun beliau menikmati keuntungan pusat tuisyen
sepenuhnya tetapi beliau tidak mencampuradukkan
perbelanjaan peribadi dengan perbelanjaan pusat tuisyennya.
Sekiranya beliau perlu menggunakan wang pusat tuisyen untuk
perbelanjaan peribadi, beliau akan merekodkannya sebagai
ambilan dalam Buku Tunai
USAHA BERTERUSAN
•
•
•
Andaian ini menyatakan bahawa semua aktiviti kewangan
perniagaan diandaikan beroperasi untuk tempoh masa yang
tidak terbatas.
Hal ini membolehkan perniagaan beroperasi dengan tujuan ke
arah jangka panjang.
Andaian ini adalah sangat kritikal kerana tidak ada titik akhir
dalam jangka hayat perniagaan
Contoh usaha perterusan
•
Encik Razak mengandaikan syarikat logistik yang baru
ditubuhkannya akan terus beroperasi bagi suatu jangka masa
yang tidak terbatas dan aset perniagaan akan terus digunakan
untuk menjana pendapatan kepada perniagaan
WANG SEBAGAI UKURAN
•
•
•
Andaian ini menyatakan bahawa maklumat Penyata Kewangan
mesti dinyatakan dalam nilai mata wang yang diguna pakai di
sesebuah negara.
Sebagai contoh, Malaysia menggunakan Ringgit Malaysia
sebagai unit ukuran.
Oleh itu, adalah wajar untuk menggunakan asas yang sama
bagi tujuan perakaunan
STUDYWITHADMIN - NS
Contoh wang sebagai ukuran
•
Pak Akob seorang pengusaha kedai makan merekodkan
perkara yang hanya dapat dinyatakan dalam nilai wang seperti
hasil jualan nasi, belian inventori makanan dan caj pemasangan
Internet di premis
TEMPOH PERAKAUNAN
•
•
Andaian ini membolehkan pembahagian operasi dan aktiviti
perniagaan kepada tempoh masa yang ditentukan oleh pemilik
perniagaan untuk tujuan pelaporan.
Satu kebaikan andaian tempoh perakaunan ini adalah untuk
membolehkan perbandingan prestasi perniagaan yang lebih
tepat dibuat bagi beberapa tempoh perakaunan.
Contoh tempoh perakaunan
•
•
•
Syarikat Logistik Shamsuddin menetapkan bahawa tempoh
perakaunan adalah bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember
setiap tahun.
Penyata Kewangan perlu disediakan pada 31 Disember setiap
tahun.
Dengan tempoh perakaunan yang tetap (12 bulan), prestasi
perniagaan seperti untung bersih dan kedudukan kewangan
perniagaan dapat dibandingkan dari tahun ke tahun
PRINSIP PERAKAUNAN
STUDYWITHADMIN - NS
Ketekalan
•
•
•
Prinsip ini memastikan wujudnya konsistensi dalam prosedur
perakaunan yang digunakan oleh entiti perniagaan dari satu
tempoh perakaunan ke tempoh perakaunan yang lain.
Hal ini membolehkan perbandingan maklumat perakaunan yang
adil antara dua tempoh perakaunan.
Sebagai contoh, penggunaan kaedah susut nilai aset
bukan semasa perniagaan perlu konsisten pada setiap
tempoh perakaunan
CONTOH KETEKALAN
•
Lembaga Pengarah Kiflee Holding tidak bercadang untuk
menukar kaedah susut nilai aset bukan semasa perniagaan
sebaliknya kaedah susut nilai yang sama akan terus digunakan
pada masa akan datang
Prinsip kos
•
•
Semua aset perniagaan yang diperoleh hendaklah dinilai dan
direkodkan dalam Penyata Kewangan berdasarkan harga
sebenar atau kos asal pembelian, bukannya nilai pasaran
semasa atau nilai masa hadapan.
Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila perniagaan
dalam proses penutupan dan pembubaran
CONTOH PRINSIP KOS
•
Sebuah mesin cetak yang dibeli dengan harga RM900 pada
tahun 2014 masih lagi direkodkan sebagai RM900 dalam
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2016 walaupun
harga pasaran mesin cetak yang sama model telah susut
kepada RM500
STUDYWITHADMIN - NS
Pengiktirafan hasil dan belanja
•
•
Semua hasil (belum terperoleh atau belum terima) dan semua
belanja (prabayar atau belum bayar) perlu diambil kira ketika
menyediakan Penyata Kewangan pada akhir tempoh
perakaunan.
Hal ini adalah untuk membolehkan kita mengetahui untung
bersih sebenar yang dijana oleh perniagaan sepanjang tempoh
perakaunan
CONTOH PENGIKTIRAFAN HASIL DAN BELANJA
•
Kedai Ben menerima bil elektrik pada 30 Disember 2016. Namun
demikian, Ben hanya akan menjelaskan bil berkenaan pada
bulan Januari tahun berikutnya. Walaupun bil itu belum
dijelaskan pada 2016, Ben tetap mengiktiraf bil elektrik
tersebut dan direkodkan dalam Akaun Kadar Bayaran kerana
tahun kewangan Kedai Ben berakhir pada 31 Disember 2016.
BATASAN PERAKAUNAN
KOS MANFAAT
•
•
•
•
Kos penyediaan maklumat hendaklah tidak melebihi daripada
nilai maklumat tersebut kepada pengguna Penyata Kewangan.
Mengkaji sejauh mana pendapatan dapat dijana daripada kos
yang ditanggung jika suatu projek dilaksanakan
Hal ini adalah untuk melihat sejauh mana wang yang
dibelanjakan berkeupayaan untuk mendatangkan pendapatan
kepada perniagaan.
Dengan pendapatan yang optimum dan kos yang minima,
perniagaan akan menikmati untung bersih yang lebih tinggi
dan mengukuhkan kedudukan kewangan perniagaan.
STUDYWITHADMIN - NS
[
]
Organisasi didefinisikan sebagai suatu kelompok orang yang
bekerjasama dan memberikan komitmen untuk mencapai tujuan
yang sama.
STUDYWITHADMIN - NS
•
•
•
•
Milikan Tunggal
Perkongsian
Syarikat Berhad
Koperasi
STUDYWITHADMIN - NS
Download