Uploaded by SABRINI BT ABDUL NASIR KPM-Guru

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1

advertisement
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1
SK BALOK BARU SESI 2023/2024
Tarikh: 13 APRIL 2023
Masa: 8.15 pagi
Tempat: DEWAN BUNGA RAYA SK BALOK BARU
KETIBAAN
JEMPUTAN
Diumumkan ketibaan Yang Berusaha En Rosidi b Ahmad GB SKBB diiringi Barisan pentadbir
sekolah ke tempat duduk utama.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani
SALUTASI
Yang Berusaha, En. Rosidi b Ahmad, Guru Besar SK Balok Baru
Yang Dihormati Pn Maziah bt Mohamed, GPK Pentadbiran
En Ahmad Nizam b Abdul Samad, GPK Hal Ehwal Murid
En Mohd Norddin b Abdullah GPK Kokurikulum
Rakan rakan Guru
Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa
yang akan diketuai oleh EN HISHAM BIN MOHAMED Dipersilakan.
** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.
NYANYIAN LAGU
NEGARAKU DAN
LAGU NEGERI
PAHANG
Meneruskan persada acara marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku diikuti lagu
Negeri Pahang. Hadirin diminta bersedia.
Sebelum acara kita teruskan semua murid dipersilakan untuk duduk dalam keadaan sopan.
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Transisi dan Guru
Penyayang Tahun 1 SK Balok Baru bagi sesi 2023/2024.
Tujuan Program Transisi Murid Tahun 1 adalah untuk membantu kanak- kanak menghadapi
perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika kepada pendidikan lebih
formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid diharap
telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-kawan baru
dalam masa yang singkat.
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
UCAPAN
PERASMIAN
PENUTUPAN
Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan perasmian
penutupan daripada Yang Berusaha En Rosidi b Ahmad GB SKBB. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.
**Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Tuan Guru Besar menyampaikan
ucapan perasmian sebentar tadi.
Majlis pada hari ini diserikan lagi dengan persembahan dari wakil murid tahun 1 Ikhlas.
Dipersilakan
PERSEMBAHAN
Begitulah tadi persembahan dari murid tahun 1 yang penuh dengan nasihat dan teladan buat
semua. Semoga akan terbentuknya anak baik lagi cerdik di skbb ini.
Kini kita telah tiba di kemuncak acara pada hari ini, iaitu acara penyampaian hadiah.
Bagi menyempurnakan acara majlis mempersilakan PN _______________ bagi mengiringi En
Rosidi b Ahmad Gb SKBB untuk berada di atas pentas.
PENYAMPAIAN
HADIAH
Terima kasih diucapkan atas penyempurnaan acara sebantar tadi.
Kerjasama tuan puan sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.
PENUTUPAN
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua barisan
pentadbir sekolah, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Penutupan Program Transisi dan Guru
Penyayang Tahun 1, para guru dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
bagi menjayakan majlis ini.
Download