Uploaded by workout.rr36g

CONTOH KARANG LAPORAN STUDYWITHADMIN

advertisement
KARANGAN LAPORAN
Sekolah anda telah menganjurkan kejohanan mrentas
desa peringkat sekolah . Sebagai setiausaha kejohanan ,
anda telah diminta untuk menulis laporan berkaitan
kejohanan tersebut .
Tulis laporan anda itu selengkapnya
Laporan Kejohanan Merentas Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Matahari
Sekolah Menengah Kebangsaan Matahari telah mengadakan kejohanan merentas
desa pada 6 Februari 20XX yang lalu . Tujuan kejohanan ini adalah untuk memilih
wakil sekolah bagi kejohanan peringkat daerah di samping memupuk budaya hidup
sihat dalam kalangan murid-murid sekolah ini. Semua murid telah menyertai
kejohanan ini. Sebelum hari kejohanan, murid-murid telah menjalani latihan
selama sebulan dengan bimbingan guru rumah sukan masing-masing
Acara ini telah dimulakan tepat pada pukul 7.30 pagi. Pengetua sekolah, Puan
Hajah Suri binti Hakimi telah melepaskan para peserta. Kejohanan kali ini
dibahagikan kepada enam kategori mengikut umur para peserta. Puan Pengetua
melepaskan para peserta perempuan dahulu mengikut kategori yang telah
ditetapkan. Peserta perempuan perlu menempuh trek sejauh lima kilometer
manakala peserta lelaki pula menempuh trek sejauh 10 kilometer. Sepanjang
larian, para peserta telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk
memenangi pertandingan tersebut
Kejohanan merentas desa ini telah dilaksanakan dengan sempurna dan
berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Keseluruhannya, para peserta begitu
gembira den bersemangat untuk menamatkan larian mereka. Walaupun peserta
perempuan te!oh dilepaskan terlebih dahulu, namun peserta lelaki berjaya
menamatkan larian bersama - sama dengan peserta perempuan. Sepanjang
perjalanan acara ini, tidak ada kecederoan atau kecemasan yang serius berlaku
acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik – baik sahaja tamat larian .
Sebelum pulang , para peserta telah diberikan makanan dan air mineral untuk
menghilangkan dahaga . Semoga acara ini terus menjadi acara tahunan sekolah
Laporan disediakan oleh ,
Lia maisarah
( LIA MAISARAH BINTI AHMAD )
Setiausaha Kejohanan Merentas Desa ,
Sekolah Menengah Kebangsaan Matahari
10 FEBRUARI 20XX
Download