Uploaded by Saidatulfatehah Jamaludin

HARI GURU & HARI RAYA 2023

advertisement
TEKS PENGACARAAN
SAMBUTAN HARI GURU & HARI RAYA
SK SUNGAI RUSA 2023
ATUR CARA
8.30 pagi
-
Semua guru & murid berkumpul
9.00 pagi
-
Ucapan aluan pengacara majlis
-
Bacaan Doa
-
Nyanyian lagu
9.10 pagi
i) Negaraku
ii) Negeri Perak
iii) Sekolah
iv) Kami Guru Malaysia
9.30 pagi
-
Ikrar Hari Guru
-
Bacaan Perutusan (Guru Besar)
kepada SK Sungai Rusa
Penyampaian sijil penghargaan daripada wakil PPD Hilir Perak
9.40 pagi
-
Ucapan wakil murid
9.50 pagi
-
Penyanmpaian hadiah
i) Tukaran hadiah guru
ii) Hadiah guru daripada KEBIRUS
iii) Hadiah hari guru daripada murid
10.00 – 12.30tghri
-
Jamuan Hari Raya
12.30 – 1.00tghri
-
Gotong - royong
1.40 tghri
-
Bersurai dan balik
TEKS PENGACARAAN
SAMBUTAN HARI GURU & HARI RAYA
SK SUNGAI RUSA 2023
MC
QUE
ANN
Mengumumkan perarakan masuk para guru SK Sungai Rusa, para jemputan
masuk ke Dewan Saujana.
Hadirin dipersilakan berdiri.
Aishah
KETIBAAN
TETAMU
Para pelajar diminta memberikan tepukan yang gemuruh kepada barisan guru
kita yang dikasihi.
(Lepas jemputan duduk)
Hadirin dipersilakan duduk.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Bunga tanjung di tengah pekan,
Tiupan bayu mencelah suria,
Kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.
Yang Berusaha,
En. Khairul Anuar Bin Lokman,
Penolong Pegawai Pendidikan (Pendidikan Islam),
Daerah Hilir Perak,
Yang Berusaha,
Pn. Norliza Bt Itam@Idris,
Guru Besar,
SK Sungai Rusa,
Aishah
SALUTASI
Yang Dihormati,
Tn Hj Rohmatin Bin Kader,
Yang Di-Pertua PIBG,
SK Sungai Rusa,
Cik Tan Kai Lynn,
Guru Kanan Pentadbiran,
Pn. Noor Azean Bt Shuib,
Guru Kanan Hal Ehwal Murid
En. Azuan Bin Ismail,
Guru Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa,
AJK-AJK PIBG, ibubapa penjaga
Dan Murid-murid yang dikasihi sekalian,
TEKS PENGACARAAN
SAMBUTAN HARI GURU & HARI RAYA
SK SUNGAI RUSA 2023
Hadirin sekalian,
Aishah
UCAPAN
ALUAN
16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara. Menyedari hakikat
bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka pada
hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru dengan cara kita.
Ikan merah dijual di pekan,
Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca cerah turut mengizinkan,
Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.
Aishah
BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis ini, dijemput Ustaz Azuan Bin Ismail untuk memimpin
bacaan doa.
Dipersilakan...
(Lepas selesai doa)
Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini
akan berjalan dengan lancar.
Amani
NYANYIAN
LAGU
Acara diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri
Perak dan Lagu Sekolah
Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai lambang
kecintaan kita kepada sekolah dan negara.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Amani
LAGU KAMI
GURU
MALAYSIA &
IKRAR HARI
GURU
sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa mendengar laungan Ikrar Guru dan
nyanyian lagu Guru Malaysia. Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru
untuk bersama-sama ke hadapan pentas bagi melafazkan Ikrar dan menyanyikan
lagu Guru Malaysia.
Hadirin dipersilakan duduk.
BACAAN
PERUTUSAN
Amani
Ada granat dimakan lintah,
Lintah ditembak terkena panah,
Sebuah amanat adalah perintah,
Harus dilaksanakan dengan Amanah.
Bagi mendalami kemeriahan Sambutan Hari Guru, majlis diteruskan dengan
penyampaian perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang
TEKS PENGACARAAN
SAMBUTAN HARI GURU & HARI RAYA
SK SUNGAI RUSA 2023
akan disampaikan oleh Puan Noor Azean Binti Shuib, Guru Kanan Hal Ehwal
Murid SK Sungai Rusa.
Dengan ini majlis mempersilakan.
(selesai ucapan)
Seterusnya, bacaan perutusan oleh Menteri Pendidikan Malaysia yang akan
disampaikan oleh Yang Berusaha, Puan Norliza Bt Itam@Idris, Guru Besar SK
Sungai Rusa.
Majlis mempersilakan.
(selesai ucapan)
Terima kasih diucapkan kepada Cik Tan Kai Lynn dan Puan Norliza atas bacaan
perutusan tersebut.
Semoga para guru akan terus berjuang mendidik kami dengan tekun dan sabar
menghadapi karenah kami. Terimalah kami dengan seadanya dan usahlah
dibandingkan dengan murid-murid yang bersekolah di sekolah yang bertaraf
dunia.
Majlis seterusnya ingin menjemput Penolong Pegawai Pendidikan (Pendidikan
Islam), Daerah Hilir Perak, bagi menyampaikan sijil penghargaan daripada pihak
Pejabat Pendidikan Hilir Perak kepada warga SK Sungai Rusa.
Majlis dengan ini mempersilakan En Khairul Anuar Bin Lokman untuk tampil ke
atas pentas.
Amani
PENYAMPAIAN
SIJIL
Dijemput guru besar SK Sungai Rusa untuk menerima sijil penghargaan.
PENGHARGAAN
(sijil diberi)
Terima kasih diucapkan kepada En Khairul Anuar atas penyampaian sijil
penghargaan itu tadi. Kami warga SK Sungai Rusa mengucapkan ribuan terima
kasih atas penghargaan yang diberikan.
Amani
UCAPAN WAKIL
MURID
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh wakil murid. Dipersilakan Ketua
Pengawas SK Sungai Rusa, saudara Izzul Islam Arshadat Bin Ahmad untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
(selesai ucapan)
Terima kasih diucapkan atas ucapan tersebut.
TEKS PENGACARAAN
SAMBUTAN HARI GURU & HARI RAYA
SK SUNGAI RUSA 2023
Ikan sembilang, sepat dan kelah.
Guna bubu biasa di hujung,
Tibalah masa pertukaran hadiah,
Bukti jasamu kami sanjung.
Bagi memeriahkan majlis kita pada pagi ini, bermulalah sesi penyampaian hadiah
yang pertama iaitu sesi pertukaran hadiah antara guru.
Majlis menjemput Tn Hj Rohmatin Bin Kader untuk mengiringi En Khairul
Anuar bin Lokman bagi menyampaikan hadiah kepada para guru dan staf.
Nabila
Dipersilakan bagi hadiah yang pertama buat, Puan Norliza Bt Itam@Idris.
Seterusnya :
PENYAMPAIAN
- Cik Tan Kai Lynn
HADIAH
- Pn Noor Azean
- Ustaz Azuan
- Pertukaran
- Encik Norazhar
antara guru
- Ustaz Ahmad Khairul Nizam
- En Muhammad Atiff
- En Muhammad Amir Aiman
- Pn Azizah
- Pn Shabarina
- Pn Saidatulfatehah
- Pn Noor Maslin
- Pn Norhayati
- Pn Salijawati
- En Amirul Azam
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Rohmatin dan En Khairul Anuar atas
penyampaian hadiah itu tadi
Nabila
Nabila
PENYAMPAIAN
HADIAH
- Kelab
Kebirus
PENYAMPAIAN
HADIAH
- Daripada
murid
Seterusnya penyampaian hadiah daripada Kelab Guru dan Staf (KEBIRUS).
Para guru dan staf diminta berada di tempat masing-masing. Hadiah akan
diserahkan oleh wakil murid.
Bagi menghargai jasa para guru sekalian, dipersilakan murid-murid untuk
menyampaikan hadiah bersempena hari guru kepada guru-guru. Dengan ini,
diminta semua guru untuk berada di hadapan pentas untuk memudahkan para
murid menyampaikan hadiah.
Dimulakan dengan murid Prasekolah
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
TEKS PENGACARAAN
SAMBUTAN HARI GURU & HARI RAYA
SK SUNGAI RUSA 2023
Tahun 5
Tahun 6
Indah selendang kebaya nyonya,
Sekali imbas puteri kayangan,
Usah dipandang pada harganya,
Ingatan ikhlas tanda kenangan.
Begitulah acara penyampaian hadiah kepada para guru dan staf, kelab KEBIRUS
dan para murid. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua atas penghargaan
yang diberikan.
Nabila
Demikianlah tadi selesai sudah majlis sambutan hari guru.
Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
Aishah
PENUTUP
MAJLIS
SAMBUTAN
HARI GURU
Amani
Majlis seterusnya akan diteruskan dengan majlis jamuan hari raya. Kami
serahkan semula kepada guru yang bertugas.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di bawah saji,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan dikutuk diumpat keji.
Pohon kuini dahannya patah,
Di situ tempat bermain kenari,
Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan saya mengundur diri.
Sekian, wassalamualaikum wbt.
Download