TEKS PENGACARA TAKLIMAT PEMUGARAN LITERASI DAN NUMERASI 2021 SK INDERA MAHKOTA BIL Aluan PERKARA CATATAN Kompang bergema pusaka bangsa, Dipalu oleh sianak muda, Hadir tuan puan meriah suasana Kami menyambut dengan gembira بسم هللا الرحمن الرحيم الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Yang Berusaha En. Mohd Shuhaimi Bin Mohd Nordin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, Yang Dihormati Puan Zaripah Binti Rosull, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Guru-guru Jawatankuasa Taklimat Pemugaran literasi dan numerasi, serta ibu bapa bagi murid tahap 1 yang rahmati sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul dalam suasana norma baru secara dalam talian untuk menjayakan majlis taklimat berkaitan Modul Pemugaran Literasi dan Numerasi bagi murid2 tahap 1 yang terlibat dalam program ini. Bacaan Doa Warga maya yang dikasihi sekalian, Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa. Dengan ini, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Rashidy bin Mat Hussain untuk memimpin bacaan doa. Dengan hormatnya dipersilakan… **************BACAAN DOA******************* Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Mohd Rashid b.Mat Hussain atas pimpinan doa itu tadi. 1 Hadirin yang dihormati sekalian, Sedikit infomasi berkaitan program ini. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Modul Pemugaran Literasi dan Numerasi yang dijangka akan diedarkan ke sekolah-sekolah seluruh Negara pada bulan September 2021. Program ini akan akan dilaksanakan oleh Guru Pemulihan Khas di sekolah.Guru melaksanakan pdp atau pdpr menggunakan modul tersebut dan kemudian melaksanakan ujian pelepasan menggunakan instrument yang bersesuaian. Murid yang menguasai literasi dan numerasi setelah mengikuti program ini akan meneruskan pembelajaran di kelas perdana manakala murid yang belum menguasai pula akan meneruskan aktiviti pemugaran literasi dan numerasi. Suka dimaklumkan bahawa taklimat ini bertujuan menerangkan kepada ibu bapa murid pemulihan khas mengenai peranan ibu bapa dalam program Pemugaran literasi dan Numerasi supaya matlamat program pemugaran ini tercapai dengan jayanya. Ucapan Besar Tanpa melengahkan masa,Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En.Mohd Shuhaimi Bin Mohd Nordin untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. Guru Warga dewan yang dimuliakan, Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berusaha En. Mohd Shuhaimi Bin Mohd Nordin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. **************UCAPAN GB************* Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berusaha En. Mohd Shuhaimi Bin Mohd Nordin atas ucapan sebentar tadi. Ucapan GPK 1 Tuan-tuan dan puan2 sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Pn.Zaripah Bt Rosull ,Guru Penolong kanan Pentadbiran untuk menyampaikan -Taklimat Modul Pemugaran Literasi dan Numerasi Dan -Pelaksanaan agihan modul.Dipersilakan. **********Ucapan perasmian******************* Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn.Zaripah Bt Rosull guru penolong kanan Pentadbiran di atas taklimat sebentar tadi. 2 Soal-jawab Penutup Seterusnya, saya buka kepada ibu bapa sekalian untuk sesi soal-jawab,jika ada pertanyaan boleh mengemukan soalan .dipersilakan. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Untuk itu, saya mewakili seluruh jawatankuasa program ini memohon ampun dan maaf jika di sepanjang majlis ini berlansung terdapat silap dan salah yang tidak disengajakan. saya sudahi majlis kita pada pagi ini dengan kalam yang mulia wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 3