Uploaded by marhishamtap

TEKS PENGACARA KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH

advertisement
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
PERKARA/PEMBACA
PENGUMUMAN KETIBAAN
PENGUMUMAN
CATATAN
Mengumumkan ketibaan,
Yang DihormatiEncik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis
Perbandaran Pasir Gudang diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai,
Encik Hairul Nizam bin Zainol Abidin, Yang Dipertua PIBG Sk Kota Masai, barisan pentadbir dan ahli
jawatankuasa PIBG.
PERARAKAN MASUK
PERBARISAN RUMAH SUKAN
Hadirin,
Marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada perarakan lintas hormat perbarisan rumah
sukan.Sebelum itu,pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Encik Nazarul bin
Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudangdiiringi
Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masaiuntuk menyempurnakan perarakan
lintas hormat.Dipersilakan.
Perarakan lintas hormat ini diketuai dengan pembawa bendera kejohanan yang dipimpin oleh
Saudara Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz dari kelas 6 Bestari.
Hadirin di hormati ,
Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjendari rumah sukan coklat dengan
keunggulan pahlawan Megat Terawis. Berlandaskan motto pasukan
"____________________________________________________________________________"
Pasukan Coklat.
*********
Menyusul di belakang ialah kontinjen dari rumah ungu dengan perwira sejati Rosli Dhobi.
Dengan motto
"_________________________________________________________________________"
pasukan rumah ungu .
Coklat-gimnastik
Ungu
Hijau
Merah
Meron
Biru
Kuning
Merah Jambu
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
************
Menyusul seterusnya adalah dari kontinjen rumah meronbertunjangkan perwira bangsa dato
bahaman. Dengan bertunjangkan motto
"________________________________________________________________________"
Pasukan rumah meron .
***********
Tampil seterusnya, adalah kontinjen dari rumah biru yang setia bersama pahlawan Mat Kilau
berteraskan motto pasukan
Pasukan rumah biru .
************
Kontijen seterusnya yang memeriahkan acara perbarisan pada pagi ini adalah dari rumah
merah jambu berlaksamanakan perwira Rentap. Berpegang kepada motto pasukan
"_________________________________________________________________________"
Pasukan rumah merah jambu .
************
Kontinjen seterusnya, dari rumah merah dengan kemegahan pahlawan Dol Said.
Dengan motto pasukan
"_________________________________________________________________________"
Pasukan rumah merah .
.
************
Seterusnya, kontinjen dari rumah Hijau berjuang bersama pahlawan Tok Janggut. Bersama
motto
" _______________________________________________________________________"
Pasukan Hijau .
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
************
Dan kontijen terakhir ialah kontinjen dari rumah kuning dengan pejuang bangsa Pahlawan Mat
Salleh. Dengan motto
" ___________________________________________________________________________"
pasukan kuning .
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai
Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Cikgu Haji
Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masaiatas kesudian menyempurnakan perarakan
lintas hormat sebentar tadi.
KATA SALUTASI
Melati tumbuh kuntum sekata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu illahi
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Yang Dihormati,
Encik Nazarul bin Jaafar,
Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Yang Berusaha,
Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie,
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
Guru besar SK Kota Masai;
Yang dihormati,
En. Hairul Nizam bin Zainol Abidin,
Yang dipertua PIBG SK Kota Masai;
Barisan guru penolong kanan, para guru, dif-dif jemputan, tuan - tuan, puan - puan serta
hadirin yang dimuliakan.
Sesungguhnya kami, amat berbesar hati serta menghulurkan salam menyambut mesra
kehadiran tuan puan serta dif-dif jemputan ke Hari Kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan SK
Kota Masai kali ke-16 bagi Tahun 2020.
NYANYIAN LAGU
Hadirin yang dihormati,
Seterusnya adalah nyanyian " LAGU BANGSA JOHOR" dan " LAGU SEKOLAH"
Hadirin dipersilakan berdiri.
*Hadirin dipersilakan duduk.
BACAAN DOA
Hadirin yang dihormati,
Awal pertama, marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana
dengan izin dan inayahnya dapat kita bersama-sama menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan
SK Kota Masai kali ke-16 pada hari ini.
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Muhammad
Yasir bin Zainal Abidin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal Abidinatas
pimpinan bacaan doa itu tadi.
MENAIKKAN BENDERA
KEJOHANAN DAN IKRAR
KEJOHANAN
Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.
( MURID AKAN MENAIKKAN BENDERA)
Seterusnya, dipersilakan SAUDARA Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz untuk memimpin bacaan ikrar
kejohanan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan terima kasih kepada SAUDARA Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuzatas pimpinan
ikrar kejohanan sebentar tadi.
UCAPAN ALUAN GURU BESAR
Hadirin yang dimuliakan,
Mudik di sungai mendayung sampan
Sampan didayung ke laut dalam
Sudilah lah tuan memberi ucapan
Kata aluan pemanis kalam
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru
Besar Sk Kota Masai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
-
Majlis mengucapkan terima kasih.
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
UCAPAN PERASMIAN
Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,
Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami
Seterusnya majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya mempersilakan Yang Dihormati Encik
Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir
Gudang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Kejohanan Olahraga
Tahunan SK Kota Masai kali ke-16 bagi Tahun 2020.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
(Gimik Perasmian)
Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai Kali ke-16
Tahun 2020. Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik
Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir
Gudang atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
KEPADA PERASMI
Tuan-tuan dan puan-puan,
Burung Nuri dipandang dara,
Hingga di beranda di tengah laman,
Cenderamata diberi seikhlas jiwa,
Sebagai tanda buat kenangan.
Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersilakan, Cikgu Haji Zainuddin bin
Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masaiuntuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
Perbandaran Pasir Gudang . Dipersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar atas kesudian
menerima cenderamata sebentar tadi.
Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cikgu Haji Zainuddin bin
Haji Mohd Alie atas penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi.
PERARAKAN KELUAR
PERBARISAN
PERSEMBAHAN SENAMROBIK
Hadirin yang dihormati,
Acara seterusnya adalah perarakan keluar kontinjen perbarisan.
Hadirin yang dihormati,
Kelihatan di atas padang pasukan aerobik sekolah sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan.
Dengan itu, sama-sama kita saksikan persembahan aerobik dari murid-murid SK Kota Masai.
Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih. Berikan tepukan gemuruh sekali lagi buat pasukan aerobik sekolah
atas persembahan yang menarik itu tadi.
Untuk makluman hadirin, persembahan aerobik sebentar tadi telah dipimpin oleh
ACARA 100 M L12 & P12
Hadirin,
Seterusnya, apa kata kita tumpukan perhatian kepada acara yang akan berlangsung sebentar
sahaja lagi iaitu acara 100M L12 akhir dan acara 100M P12 akhir.
PENYAMPAIAN HADIAH
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah.
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L
Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin Haji
Mohd Alie, Guru Besar SK Kota Masai untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.
(Nama pemenang)
-
PEMERIKSAAN KHEMAH
RUMAH SUKAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat menyampaikan
hadiah sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan diteruskan dengan acara lawatan ke khemah rumah
sukan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakanYang Berhormat Tuan
Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram diiringi Ahli
Jawatankuasa PIBG SK Kota Masai untuk menyempurnakan pemeriksaan khemah rumah sukan.
Dipersilakan.
Untuk makluman para hadirin, Tema Kejohanan Sukan pada tahun ini ialah
.
Semua rumah sukan telah berganding bahu dalam menjana idea dan kreativiti demi
memastikan kejayaan rumah sukan masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan
Undangan Negeri Johor Dun Tiram atas penyempurnaan acara itu sebentar tadi.
JAMUAN MAKAN
Hadirin,
Terbang rendah burung merbah,
Hinggap berdua di pohon ara,
Penganan mulia terletak sudah,
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
Dijemput tuan menjamu selera.
Sama-sama kita berikan laluan mesra kepada, Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L
Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram, barisan pentadbir serta dif-dif
jemputan ke laman selera untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Dipersilakan.
ACARA 100M P10, 100M L10,
100M P11, 100M L11
ACARA IBU BAPA
PENYAMPAIAN HADIAH ACARA
100M L&P 10, 100M L&P 11,
IBU BAPA (YDP PIBG &GPK
KOKO)
PERTANDINGAN SORAK
ACARA 4 X 100 M L12, P10, P11,
P12
PENYAMPAIAN HADIAH ACARA
4 X 100M (NYDP PIBG & GPK
HEM)
ACARA 4 X 100M L10, 4X100M
L11, 4X100M L12 JEMPUTAN
PENYAMPAIAN HADIAH ACARA
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
4 X 100M L10, 4X100M L11,
4X100M L12 JEMPUTAN
ACARA TARIK TALI GURU
MAJLIS PENUTUP DAN
PENYAMPAIAN HADIAH
Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi tibalah acara penutup dan penyampaian hadiah bagi acara yang telah
dipertandingkan. Untuk itu semua murid diminta berhimpun ke tengah padang untuk
meneruskan acara. Dipersilakan.
Sekarang adalah acara penyampaian hadiah bagi acara yang baru dipertandingkan sebentar
tadi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha Cikgu Haji
Zainuddin bin Hj Mohd Alie diiringi Cikgu Zaharel bin Atan, Guru penolong kanan kokurikulum
bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.
PENUTUP
Hadirin yang dihormati,
Seterusnya, adalah upacara menurunkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan semua
pentadbir dan tetamu jemputan ke podium untuk acara penurunan dan penyerahan bendera
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
kejohanan. Dipersilakan.
Upacara menurunkan bendera kejohanan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.
Kamimewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala
keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah.
Sama-sama kita akhiriKejohanan Olahrga Tahunan SK Kota Masai kali ke-15 ini dengan
nyanyian lagu ‘Negaraku’
Sekian, terima kasih
Majlis bersurai.......
Download