Kesan Buruk Peperangan Kepada Negara dan Rakyat yang Terlibat 1. Rakyat di sesebuah negara yang berperang akan diancam kematian - peperangan menyebabkan banyak nyawa orang awam melayang baik yang dewasa, kanak-kanak, mahupun warga tua - ramai juga akan mengalami kecacatan akibat kecedaraan semasa perang - banyak juga yang mati akibat penyakit yang begitu mudah merebak semasa peperangan berlaku. 2. Kemusnahan besar harta benda persendirian dan awam - rosak - runtuh - terbakar kerugian mencecah angka berbilion-bilion dolar Amerika. 3. Peningkatan pelbagai masalah sosial - gejala depresi/ tekanan perasaan / traumatism meningkat- terutama dalam kalangan kanak-kanak - menjejaskan pembangunan sumber manusia pada masa depan - masalah lain peningkatan jenayah ,cth rogol,curi - rakyat sentiasa berada dalam ketakutan - banyak kegiatan harian akan terjejas. 4. Pembangunan sektor pendidikan terancam - kadar keciciran akan meningkat kerana sekolah terpaksa ditutup - pendidikan tinggi terganggu - universiti tutup juga - paling terjejas golongan kanank-kanak jika perang berpanjangan - kerana prasarana pendidikan tidak dapat disediakan. 5.Menjejaskan banyak sektor ekonomi - perindustrian - pertanian - pelancongan perkhidmatan - perdagangan - menimbulkan krisi ekonomi seperti inflasi dan pengangguran. 6. Krisis makanan dan kesihatan akan dialami oleh rakyat negara yang terlibat - kurang bahan makanan dan bekalan ubat-ubatan - kebuluran dan penularan penyakit berlaku - taraf kesihatan merosot - ramai dapat penyakit akibat kurang zat - cth zaman Jepun di Malaya pada tahun 1941-1945. JELASKAN KESAN-KESAN PEPERANGAN TERHADAP MASYARAKAT ASIA. Kuasa imperialisme Barat seperti Portugis,Belanda , Inggeris , Perancis, Sepanyol , Jerman, dan Amerika Syarikat datang ke timur adalah dengan tiga tujuan asas iaitu gold , glory dan god. Kedatangan mereka telah menimbulkna persaingan sengit dalam menguasai sumber di Asia. Anggapan bahawa tamadun timur adalah mundur oleh orang barat telah mendorong kuasa barat mengambil kesempatan untuk campur tangan. Tindakan barat ini boleh diibaratkan seperti menangguk di air yang keruh kerana tiada sifat ikhlas orang barat melainkan untuk kepentingan mereka sendiri. Akhirnya , campur tangna ini berkesudahan dihujung mata pedang ( peperangan ) yang menyaksiokan orang timur dan terpaksa menandatangani perjanjian. Sifat rakus orang barat telah banyak meninggalkan kesan terhadap masyarakat Asia. Antara peperangan yang melibatkan orang barat dan orang timur ialah perang Inggeris-Burma, perang Candu , perang Russia-Jepun , perang Jawa , perang Dahagi India dan perang di Indochina. Peperangan ini telah memberi kesan utama dari aspek polotik, ekonomi dan sosial masyarakat Asia. Dari aspek polotik , masyarakat Asia telah mengalami pelbagai reformasi impak daripada peperangan ini berlaku. Antaranya ialah kebanyakan negaranegara Asia mula diletakkan di bawah sistem pentadbiran baru oleh penjajah. Raja dan para pembesar telah kehilangan takhta dan kuasanya. Ada pula rajaraja yang diberi mandat untuk memegang tampuk pemerintahan negara oleh penjajah hanyalah menjadi boneka sahaja. Hal ini telah dilihat ke atas beberapa buah negara seperti Burma, Indonesia dan India. Sebagai contoh semasa peperangan Jawa meletus yang telah berlaku di Indonesia, Belanda telah mempergunakan Sultan Surakarta iaitu Pakubuwono VII untuk melemahkan pasukan pemberontak pimpinan Dipo Negoro yang selaku seorang putera raja dari kerajaan Jogjakarta yang menyebabkan beliau dibuang negeri ke utara Sulawesi. Tindakan ini telah mengakhiri pemerintahan beraja di Jogjakarta selepas menandatangani perjanjian. Sistem pemerintahan negara tersebut telah disusun semula dan diletakkan di bawah penguasaan penjajah. Masyarakat terpaksa menerima seoramg penasihat dalam mengendalikan pentadbiran negara. Selain itu, kita boleh lihat akibat daripada perang British-Burma yang berlarutan sehingga berlaku tiga siri peperangan antara British dan Burma pada abad ke-19. Burma telah mengalami kekalahan tiga kali berturut-turut dan memberi kesempatan kepada British untuk menguasai Burma. Kekalahan Burma pada siri pertama peperangan British –Burma telah menyebabkan Burma kehilangan hak dan kuasa di beberapa wilayah seperti Arakan , Tenassenim , Assam , Manipur dan Cachar melalui perjanjian Yandabo. Ini diikuti dalam kekalahan Burma dalam siri kedua peperangan British-Burma ( 1852 ) yang meryebabkan British menguasai seluruh wilayah di Burma hilir iaitu dari pelabuhan Rongoon ke Toungao. Dan nasib yang sama menimpa Burma dalam peperangan British-Burma yang ketiga iaitu ( 1855-1856 ) yang meyebabkan British mengambil alih wilayah Burma hulu dan menguasai seluruh Burma dan memulakan pemerintahan British di Burma. Kejayaan British ini telah meyebabkan berakhirnya pemerintahan beraja dinasti Konbeang yang diasaskan oleh Alaungpaya ( 1752-1856 ). Peperangan yang berlaku juga telah memberikan kesan yang cukup penting iaitu masyarakat Asia terpaksa menandatangani perjanjian. Perjanjianperjanijian yang ditandatangani telah menyebabkan masyarakat Asia kehilangan wilayah-wilayah dan tanah jajahan. Hak milik mereka tela dirampas oleh kuasakuasa asing. Sebagai contoh kesan daripada peperangan Inggeris-Burma, perjanjian Yandabo telah ditandatangani. Akibatnya masyarakat Burma kehilangan hak keatas tanah dan wilayah sehinggalah Perang Inggeris-Burma ketiga ( 1855-1856 ) yang mengakibatkan seluruh Burma ditakluk oleh Inggeris. Begitu juga kesan perang Jepun-China ( 1894-1895 ) yang mengakibatkan kuasa imperialis menjadikan negara China seperti kek yang telah dibahagi-bahagikan sesama mereka. Berdasarkan bukti tersebut jelaslah peperangan hanya menyebabkan masyarakat di negara-negara Asia kehilangan kuasa. Ini keran perjanjian yang ditandatangani antara mereka hanyalah mengenyangkan golongan penjajah sebaliknya masyarakat Asia terus menahan kelaparan. Dalam aspek polotik juga, peperangan yang telah berlaku meyebabkan segelintir negara Asia mengubah dasar dan pemikiran untuk kepentingan polotik antaranya ialah Siam dan Jepun. Di Siam pada permulaannya melaksanakan dasar pemencilan atau dasar tutup pintu sejak abad ke 17 terhadap penjajah barat. Walaupun raja Rama II (1808-1825) dan Rama III ( 1825-1852 ) menjalinkan hubungna dengan kuasa barat seperti Inggeris dan Perancis melalui perjanjnian seperti perjanjian Burney. Siam tetap menghadkan segala hubungan dengan barat , sehingga meyebabkan kuasa barat merasa tertekan. Raja Rama III merasa curiga keatas niat dan takut akan memberi kesan politik dan sosial seperti yang berlaku di negara Asia lain yang menagmbil dasar buka pintu. Namun demikian Raja Rama III iaitu Raja Mongkut ( 1852-1868 ) mengambil keputusan untuk membuka pintu perdagangan kepada dunia barat. Baginda bertindak demikian keran melihat situasi kuasa barat yang menggunakan dasar kekrasan untuk menjajah negara-negara Asia yang enggan membuka pintu. Baginda sedar jika mahu mengekalkan kemerdekaan Siam , dasar pintu tertutup harus di tamatkan dan negara Siam dibuka kepada hubungan perdagangan dan diplomatik barat. Antara langkah baginda ialah dengan menandatangani satu perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan barat iaitu perjanjian Bowring pada 18 April 1853. Selain itu juga, melalui perjanjian yang telah ditandatangani antara kuasa barat dengan negara Asia telah menyebabkan negara Asia terpaksa menerima penasihat dari barat untuk membantu sistem pentadbiran negara-negara Asia.contonya boleh dilihat di negara Burma, setelah kekalahan Burma keatas British sebanyak tiga kali. British telah mengambil alih pentadbiran Burma dan menempatkan seorang resident British dan melantik seorang duta Burma ke Calcutta. Begitu juga di Vietnam, pentadbiran perancis telah meletakkan seorang penasihat di vietnam. Ini telah mencabar kedaulatan negara-negara Asia. Manakala jika dilihat daripada aspek akonomi, kebanyakan masyarakat Asia telah banyak menanggung kesengsaraan akibat peperangan. Peperangna yang meletus telah meragut banyak jiwa. Malahan wabak penyakit pula yang datang mengundang akibat kekurang sumber makanan yang berzat. Ditambah pula dengan berlakunya kemelesetan ekonomi. Contohnya di Indonesia bagi menjana semula ekonomi di sini, kerajaan Belanda telah memansuhkan undangundang pembatalan kontrak sewa tanah dan memperkenalkan sistem tanaman paksa yang jelas manunjukkan penindasan masyarakat Asia oleh penjajah. Ternyata tindakan Belanda ini hanyalah menguntungkan sebelah pihak sahaja sedangkan masyarakat terus melarat. Kekalahan negara-negara Asia keatas kuasa barat juga telah meyebabkan negara barat mengambil tindakan sesukahatinya dengan memaksa negara Asia membayar ganti rugi sebagai pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung semasa peperangan. Di Burma, pihak Inggeris telah memaksa Burma supaya membayar pampasan sebanyak 10 juta rupee kepada Inggeris. Di China pula semasa perang candu berlaku, pihak Inggeris telah banyak kerugian akibat tindakan China yang merampas candu daripada Inggeris. Kekalahan China keatas Inggeris dalam perang candu telah memberi kesempatan kepada Inggeris untuk memaksa China untuk membayar ganti rugi keatas candu yang dirampas. Begitu juga kekalahan China keatas British, dalam perang British-China telah memaksa China membayar ganti rugi kepada British dan Perancis. Ini telah merugikan pihak China dam pemberontakan Boxer, ini juga telah dipaksa oleh British supaya membayar ganti rugi sebanyak 450 juta tael dan jika gagal berbuat demikian dalam masa 40 tahun nilai ini akan digandakan. Ini menyebabkan ekonomi China mengalami kemelesetan yang teruk dan dikuasai orang asing sahaja. Selain itu juga peperangan terlah mengakibatkan kuasa asing memonopoli beberapa sumber negara Asia. Sebagai contoh boleh dilihat di negara Burma, British telah menguasai kawasan-kawasan hutan Burma yang kaya dengan kayu jati yang mahal. Terutamanya di kawasan utara Pegu. Selain itu juga kebanyakan pedagang terpaksa melalui kawasaan yang dikuasai oleh British untuk berdagang. Di Vietnam pula pihak Perancis, telah merampas kawasan pertanian utama Vietnam yang merupakan hasil utama negara Vietnam. Mankala di China, British telah memasukkan barangan import dari barat yang mempunyai mutu yang lebih baik dan harga lebih murah berbanding barangan China. Ini menyebabkan barangan China tidak mendapat tempat dan bersaing dengan barangan dari Barat. Sekaligus melemahkan ekonomi China sehingga meletuskan pemberontakan Boxer. Dalam aspek ekonomi juga, peperangan telah membuatkan negaranegara Asia yang menjalankan ekonomi tertutup terpaksa membuka pelabuhannya kepada para pedagang barat. Di Vietnam, Perancis telah mendesak Vietnam membuka tiga pelabuhannya seperti Da Ning , Delat dan Queng Yen kepada para pedagang daripada Perancis. Begitu juga di China, British telah mendesak China membuka pelabuhan utamanya seperti Canton , Amoy , Foo Chow , Ningpo , dan Shang Hua kepada pedagang barat. Tindakan ini jelas telah merubah pendirian China dan Vietnam yang menjalankan dasar pintu tertutup terhadap kuasa asing. Seterusnya, peperangan juga memberi kesan kepada aspek sosial. Ini termasuklah dari aspek keagamaan , perpespektif masyarakat dan kebudayaan. Peperangan yang berlaku antara orang barat dengan Asia kebanyakannya berkesudahan dengan kekalahan dipihak orang Asia. Kekalahan ini telah memberi kesempatan kepada orang barat menuntut hak seperti penyebaran agama Kristian. Dengan ini masyarakat Asia terpaksa menerima kemasukan agama Kristian kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah dimerterai selepas peperangan. Sebagai contoh amalan Kow Tow di China iaitu penyembahan maharaja semasa menghadap telah dihapuskan tetapi agama Kristian dibenarkan penyebarannya. Perkara ini juga telah terjadi di negaranegra Asia lain. Pengaruh agama yang datang dari barat telah menyebabkan sistem kepercayaan dan amalan tradisi masyarakat tempatan mula tergugat. Nilai adat resam mula semakin rapuh dan dilupakan. Begitu juga dengan nilainilai agama. Nilai moral masyarakat turut dicemari akibat peperanga yang berlaku. Contohnya, beberapa adat di India seperti Suttee , Thugee dan pembunuhan bayi perempuan telah dihapuskan sama sekali. Malah balu-balu hindu juga dibenarkan berkahwin semula. Ini jelas menunjukkan peperangan memberi kesan ke atas sosial masyarakat Asia. Masyarakat Asia juga menghadapi masalah serangan wabak penyakit dan kebuluran kesan peperangan. Banyak jiwa yang terkorban dan menjadi mangsa peperangan. Penderitaan dan kesengsaraan yang btertimpa keatas masyarakat Asia telah mendorong untuk bergerak bangun menentang kuasa penjajah. Setelah berlakunya peperangan mereka mulai sedar untuk mempertahankan diri dan tanah air. Dengan ini timbulah semangat nasionalisme dikalangan masyarakat Asia. Ditambah pula akibat peperangan Russia-Jepun, dimana masyarakat Asia telah mengambil iktibar bahawa orang timur bolah tewaskan orang barat. Ataskesedaran inilah pelajar-pelajar tempatan mula dihantar untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan akhirnya lahirlah tokoh-tokoh reformasi. Disini dapat dilihat, bahawa peperangan juga telah memberi sumbangan kepada masyarakat Asia. Kesimpulannya, peperangan sememangnya telah memberi pelbagai intipati sama ada positif mahupun negatif. Perspektif masyarakat Asia terhadap peperangan akhirnya telah berjaya mencorak tamadun masyarakat Asia. State bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan kedaulatan negara. Ini kerana dilemma keselamatan yang berlaku hasil daripada tindakan state sama ada dalam meningkatkan aspek pertahanan atau menyebarkan ideology negara. Bagi negara yang baru memperoleh kemerdekaan isu kedaulatan merupakan asas utama dalam soal keselamatan negara. Ini kerana elemen ini merupakan perkara asas dalam sesebuah negara kerana satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan negara untuk tidak terus dijajah atau di‘jajah’. Kedaulatan merujuk pada kuasa tertinggi tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Konsep ini mula diperkenalkan seiring dengan proses pertumbuhan negara moden. Dalam erti kata lain kedaulatan merujuk pada kuasa tertinggi yang dimiliki sebuah institusi dalam masyarakat, politik, dan sosial dalam membuat keputusan berkaitan perkara yang berhubung dengan pentadbiran dan politik. John Bodin (1530-1596) menerusi bukunya ‘Six Books Cancerning The State ’ menegaskan kedaulatan adalah kuasa tertinggi yang terdapat dalam sesuatu kesatuan negara iaitu kuasa tertinggi ke atas warganegara dan rakyat wilayah itu. Kuasa tertinggi merujuk kuasa yang dimiliki oleh golongan raja atau pemerintah yang memiliki kuasa daulat (mutlak).[6] Perbincangan yang melibatkan kedaulatan secara tidak lansung juga melibatkan aspek keselamatan negara apabila state melihat tindakan negara lain secara aktif mahupun pasif sememangnya boleh memberi ancaman pada kedaulatan apabila menjejaskan strukur keselamatan yang sedia ada wujud. Ini dapat dilihat menerusi konfrantasi Indonesia Malaysia 19631966. Disebabkan belum ada aktor non-state, jadi state bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan dalam state kerana tekanan yang diterima state secara tidak lansung memberi tekanan pada domestik. Tekanan lebih diterima oleh state kerana domestik akan meletakkan tanggungjawab menjaga kebajikan kepada kerajaan sebagaimana tanggungjawab yang telah diberikan. Ini sebagaimana tekanan yang diterima oleh Jerman setelah berakhirnya Perang Dunia I. setelah mengalami kekalahan Jerman dipaksa untuk menandatangani perjanjian Versailles pada 12 November 1918. Melalui perjanjian ini, Jerman dipaksa mengaku kesalahan mereka dan dipertanggungjawabkan untuk membayar sebahagian perbelanjaan perang dan ganti rugi kemusnahan kepada negara pemenang. Perjanjian ini telah menjadi politik besar di Jerman apabila timbul rasa tidak puas hati rakyat apabila sebahagian besar pendapatan negara digunakan untuk membayar hutang perang sehingga rakyat hidup dalam kebuluran. Jumlah pampasan yang perlu dibayar adalah sebanyak US$ 32 bilion beserta faedah. Bayaran yang perlu dibayar setahun adalah US$500 juta, ditambah dengan 26 peratus caj tambahan ke atas eksport. Kesan dari penjanjian ini juga Jerman terpaksa melepaskan beberapa wilayah dan koloni utamanya dan menggadai pemilikan sumber aslinya kepada korporat antarabangsa. Konsensi perdagangan antarabangsa juga dilepaskan bagi mengumpul wang bagi membayar hutang. Tekanan yang diterima oleh Jerman menyebabkan pihak bangun menentang kerajaan yang sedia ada dan telah membawa kepada Perang Dunia II apabila Hitler membangunkan industri Jerman dalam masa yang singkat iaitu selama lima tahun sejak rampasan kuasa berlaku.[8] Dari keadaan ini, kita memahami tekanan dari antarabangsa memberi tekanan pada State terlebih dahulu sebelum tekanan tersebut dirasai oleh domestik. Keadaan berbeza pula setelah berlaku proses globalisasi pada masa kini yang merubah bentuk ancaman itu sendiri. tambahan pula, sebagai aktor utama tanggungjawab sepenuhnya terletak pada state dalam mengurus ancaman yang melanda pada dekat ini. Konflik pada masa kini Untuk melihat konflik pada hari ini memberi ancaman lebih kepada individu mahupun negara berbanding pada zaman dahulu adalah perlu untuk mengkaji bagaimana konflik hari terjadi dan faktor yang menyebabkan konflik tersebut berlaku. Konflik pada hari ini lebih dilihat memberi ancaman kepada individu berbanding negara atas dasar beberapa faktor yang berlaku ekoran daripada evolusi yang berlaku berbanding konflik yang terjadi pada zaman dahulu. Perubahan yang berlaku dalam masyarakat telah menyebabkan konflik-konflik yang berlaku dalam dunia kini juga turut bertukar wajah. Antara perkara yang menyebabkan perubahan ini ialah peningkatan peranan individual dimana individu perlu bebas dari kuasa arbitari negara,kezaliman dan ketakutan. [9] yang mana telah ditekankan dalam ideologi liberal selepas Perang Dunia Kedua untuk mempromosikan hak setiap individu dalam setiap perkara yang berlaku. Sejarah Eropah telah berubah akibat kemunculan peranan individual ini di mana manusia semakin kurang menerima ikatan kekeluargaan dan masyarakat seperti yang berlaku dalam masyarakat di Timur. Mereka melihat dunia dan diri dalam perspektif dunia masyarakat mereka sendiri sehingga sanggup untuk mengekspresikan individualiti mereka dalam bersaing dengan yang lain walaupun memberi kesan yang negatif kepada masyarakat sekeliling.[10] Ancaman kepada individu juga meningkat daripada konflik yang berlaku disebabkan globalisasi yang berlaku. Globalisasi telah menyebabkan masyarakat berfikir bahawa semua budaya, kaum dan hak setiap individu adalah sama. Peranan media dan internet dalam dunia moden telah meningkatkan kesedaran terhadap hak yang dimiliki oleh setiap individu.Dengan evolusi yang berlaku dalam dunia moden kini, ancaman yang datang turut berubah serta pada tahap yang berbeza. Ancaman-ancaman non-tradisional ini kini dilihat sebagai faktor yang mampu memberi impak kepada negara dan seterusnya individu dari aspek politik,ekonomi dan juga sosial. Keselamatan terhadap tenaga, makanan serta air merupakan contoh ancaman non-tradisional yang kini menjadi perhatian dunia dalam mengekalkan kelangsungan negara dalam sistem antarabangsa. Analisis Bagi menjawab persoalan sama ada konflik yang berlaku pada hari ini lebih mengancam ‘State’ ataupun ‘Individu’ berbanding konflik yang berlaku pada era dahulu, ia merujuk kepada persoalan siapa yang lebih terancam diantara kedua-dua aktor ini. Untuk melihat persoalan ini, penulis berpendapat kedua aktor ini saling bergantung diantara satu sama dalam terjadinya sesuatu peristiwa namun dalam dunia yang berubah kini ancaman terhadap individu lebih dominan berbanding ancaman terhadap state. Bagi membincangkan dengan lebih kritis,gambarajah dibawah ini dapat menjelaskan bagaimana kedua-dua aktor ini saling berkait: Berdasarkan kebergantungan gambarajah kedua-dua diatas kedua-dua dapatlah aktor ini dilihat bagaimana berdasarkan isu keselamatan, ini kerana apa yang berlaku kepada State mampu memberi ancaman juga kepada Individu begitu juga sebaliknya apa yang berlaku kepada Individu mampu memberi ancaman kepada State. Untuk melihat dengan lebih jelas tentang kebergantungan ini penulis akan menerangan situasi ini sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Sebelum berlakunya Perang Dunia Pertama dan Kedua, faktor yang mendorong berlakunya ancaman keselamatan lebih terkesan kepada aktor State kerana sebelum terjadinya peperangan negara sering bersaing di antara satu sama lain untuk mengurangkan lagi bentuk ancaman dari negara lain. Dalam situasi ini konsep yang sesuai yang digambarkan dalam keadaan ini adalah konsep balance of power atau keseimbangan kuasa yang digunakan untuk menunjukkan tahap kekuatan kepada sesebuah negara.[11] Dalam erti kata yang lain keseimbangan kuasa yang cuba dimaksudkan dalam teori ini adalah bagaimana keupayaan sesebuah negara dalam membangunkan senjata dan ketenteraan untuk berhadapan pelbagai bentuk ancaman. Dalam situasi ini State masih tidak lagi melihat faktor ancaman kepada individu, ini kerana State hanya melihat dan menekankan faktor keselamatan kepada negara untuk berlindung dari pelbagai bentuk ancaman dan kesan yang berlaku dari situasi ini adalah negara namun dalam meneliti aspek ini, penulis berpendapat individu juga akan terkesan dengan situasi yang berlaku. Ini kerana dalam situasi ini individu juga dilihat amat terkesan dengan apa yang sudah berlaku walaupun kesan yang dilalui dilihat sebagai kesan sampingan jika berlaku peperangan. Sebagai contoh yang diambil, Semasa berlaku perang dunia pertama kekalahan Jerman dalam perang dunia pertama mereka terpaksa menanggung beban hutang yang banyak kesan dari kekalahan tersebut.[12] Namun sedar atau tidak rakyat dan individu juga terkesan didalam situasi tersebut, ini kerana beban hutang yang ditanggung oleh Jerman ini telah menjatuhkan kadar pertumbuhan ekonomi negara dan membuatkan masyarakat dan individu terkesan dengan beban hutang tersebut. Namun berbeza bentuk ancaman yang berlaku hari ini, kerana sehingga tamat Perang Dunia Kedua keselamatan yang dikatakan hanya memberi tumpuan kepada aspek ketenteraan dan politik sesebuah negara turut mengalami perubahan. Perubahan ini telah menunjukkan aktor yang penting di dalam sistem antarabangsa tidak hanya meliputi negara (state) sahaja bahkan aktor-aktor bukan negara (non-state) seperti individu juga memainkan peranan penting mendefinisi dan mengekalkan nilai dan faktor keselamatan kepada sesebuah negara, dimana faktor keselamatan yang dilihat bukan hanya kepada aspek ketenteraan sahaja kerana faktor globalisasi telah menjadikan aktor bukan negara dilihat sebagai aktor yang memainkan peranan yang penting dalam keadaan dunia yang lebih terbuka dan tidak mempunyai sempadan. Sebagai contoh yang boleh dilihat untuk meneliti perubahan kepada aktor ini telah menyebabkan aktor State kurang ditekankan adalah keselamatan manusia (Human Security). Ini kerana konsep keselamatan manusia atau Human secuity telah diperkenalkan oleh United Nations Development Program (UNDP) dalam Human Development Report 1994. [13] Badan PBB berpendapat bahawa konflik yang berlaku hari ini banyak merujuk kepada keadaan dalam negara dibandingan dengan konflik antara negara. UNDP turut menjelaskan bagaimana aspek bentuk ancaman kepada manusia berlaku,ia turut menjelaskan aspek tersebut melalui petikan ini ; “Human security can be said to have two main aspects. It means, first, safety from such chronic threats as hunger, disease and repression. And second, it means protection from\ sudden and hurtful disruptions in the patterns of daily life – whether in homes, in jobs or in communities”. [14] Berdasarakan petikan ini telah menjelaskan bahawa aspek yang dinilai untuk merujuk kepada keselamatan manusia mempunyai dua aspek iaitu pertama adalah keselamatan daripada ancaman kronik seperti kebuluran, penyakit dan penindasan dan kedua, ia bermakna perlindungan daripada gangguan tiba-tiba dan menyakitkan dalam corak kehidupan harian sama ada di rumah, dalam pekerjaan atau dalam komuniti. Antara contoh isu-isu yang sering berlaku pada masa ini yang boleh dilihat mampu memberi ancaman kepada manusia antaranya adalah seperti masalah isu persekitaran. Dari isu persekitaran kehidupan masyarakat, ia merujuk kepada keselamatan persekitaran hidup dan masyarakat. Hal ini bertujuan melindungi masyarakat dari kesan buruk akibat bencana alam kesan daripada kegiatan manusia, dan menurunnya kualiti perseitaran kehidupan manusia dan masyarakat. Di negara yang sedang membangun, masalah pencemaran air boleh dijadikan isu kepada keselamatan negara kerana mampu memberi ancamakan kepada manusia dalam mendapatkan air bersih adalah salah satu bentuk ancaman alam sekitar terbesar. Ini kerana di negara maju, salah satu ancaman utama yang berlaku adalah pencemaran udara. Dimana jika kemusnahan alam yang berlaku hari ini tidak dibendung, akan mengakibatkan peningkatan bencana alam diseluruh dunia sehingga membawa kematian ratusan ribu nyawa manusia lebih tinggi daripada kesan berlakunya konflik peperangan. Contoh yang isu alam sekitar yang telah meragut ratusan ribu nyawa manusia adalah Tsunami yang berlaku di Aceh ada tahun 2004 dan Jepun pada tahun 2011. Selain itu, ancaman jelas lebih kepada individu berbanding state pada zaman kini apabila konflik dan peperangan yang berlaku secara dalaman dalam negara tersebut. Walaupun peperangan tradisional antara dua negara mahupun antara dua blok ideologi telah lama berakhir namun tidak bermakna bahawa keamanan dan stabiliti telah dicapai. Peperangan dalaman negara antara dua puak yang berbeza adalah menjadi ancaman kepada individu apabila ia berlaku dan memberi kesan terhadap individu. Perkara ini menjadi perhatian dunia kerana konflik sivil pada hari ini adalah berada pada tahap yang sama seperti konflik bersenjata (Harbom dan Wallersteen, 2010)[15]. Kebarangkalian untuk tercetusnya konflik sivil adalah lebih tinggi apabila negara yang mempunyai tahap kesihatan dan nutrisi yang teruk menurut Pinstrup-Anderson dan Shimokawa (2008). [16] Perkara ini melihat kembali bagaimana sesebuah negara tersebut ditadbir oleh kerajaan negara tersebut kerana negara-negara di dunia terbahagi kepada negara maju, sedang membangun serta negara lemah dan gagal. Fokus dalam melihat konflik yang berlaku di seluruh dunia pada ketika ini tertumpu kepada negara lemah dan gagal. Perkara ini dikaitkan dengan berlakunya pentadbiran yang lemah, kemunduran ekonomi dan ketidakadilan dalam sesebuah negara seperti mana yang berlaku di negara Afrika, Asia Tengah dan Amerika Tengah. [17] Konflik yang berlaku dalam negara tersebut secara tidak langsung telah melanggar hak asasi rakyat dalam mendapatkan keperluan asas untuk kelangsungan hidup apabila hidup dipenuhi dengan ketakutan dan trauma akibat perbalahan yang terjadi. Kesimpulan Analisis berdasarkan persoalan yang telah dikemukakan yang menyatakan konflik pada hari ini lebih memberi ancaman kepada individu ataupun state berbanding konflik yang berlaku pada era terdahulu, menjelaskan bahawa ancaman daripada konflik yang berlaku terhadap individu dan state adalah saling berkaitan dan mempengaruhi. Namun dalam konteks zaman sekarang dengan berlaku pelbagai perubahan akibat daripada globalisasi telah menyebabkan ancaman terhadap invidual lebih dominan berbanding ancaman terhadap state. Faktor-faktor yang telah mendorong perkara ini terjadi adalah kerana peningkatan kesedaran terhadap hak sebagai seorang individu yang mana human security menjadi aspek yang penting diketengahkan dalam menjaga hak asasi setiap individu. Selain itu, konflik yang berlaku pada hari ini adalah tertumpu kepada konflik sivil yang berlaku dalam sesebuah negara dan bukan antara dua negara ataupun lebih seperti yang berlaku pada Perang Dunia Pertama dan Kedua. Konflik sivil telah menambahkan signifikan human security yang terjejas akibat daripada perbalahan yang terjadi dalam negara tersebut. Penambahan terhadap elemen security yang tidak hanya melihat kepada traditional security tetapi perkara-perkara seperti sumber semulajadi yang terdapat, perolehan air bersih serta bencana alam. Elemen tersebut adalah penting bagi sesebuah negara untuk memastikan kelangsungan kehidupan rakyat serta memberi impak secara tidak langsung kepada ekonomi. Sekiranya elemen non-traditional security ini diabaikan ia boleh menyebabkan ekonomi negara terjejas dan akan menyebabkan potensi konflik berlaku adalah tinggi. Ruchita Beri, Traditional and Non-Traditional Threats in a Changing Global Order : An Indian Perspective, Institute for Defence Studies and Analyses, India, 2007. Hlm 1. [2] Michael Raab, Concepts of Comprehensive Security, Oriental Institute of the Vienna University, Vienna, 2001. Hlm 2. [3] Ramli Dollah, et. al., Pendatang Filipina Di Sabah : Satu Pemerhatian Dari Sudut Keselamatan, Malaysia, 2003. Hlm 21. [1] [4] Ruhanas Harun, PENINGKATAN KESELAMATAN BERSAMA MELALUI KERJASAMA DUAHALA MALAYSIA DAN NEGARA-NEGARA JIRAN (http://journalarticle.ukm.my/358/1/1.pdf/ dilayari pada 18/5/2015) [5] Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah, ISU-ISU KESELAMATAN SABAH DAN IMPAK KEPADA MALAYSIA (http://jatidseas.um.edu.my/filebank/published_article/437/049%20%20068%20%20Wan %20Sharwaluddin.pdf/ dilayari pada 18/5/2014) [6] Mohd. Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Mohd Izani Mohd Zain, Muhammad Afifi Abdul Razak, KEDAULATAN DAN KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA(http://repo.uum.edu.my/1838/1/21.pdf/ dilayari pada 18/5/2014) [7] Mohd . Noor Yazid, POLITIK ANTARABANGSA ASIA PASIFIK, UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN BHD: 2000, ms 81-82. [8] Sabaruddin Hussein, Konspirasi Yahudi Perang Dan Penaklukan, PTS Islamika SDN BHD: 2012, Ms 26-27. Burchill,S,2001, Theories of International Relations : Liberalism, New York : Palgrave Macmillan,pp.55 [10] Conflict Resolution of Modern World – The Modern World,pp.1 [11] Sheehan Michael, The Balance of Power: History and Theory, New York: Routledge, 1996, hlm.4-5. [12]William R. Keylor, World War I, Detroit: Wayne State University Publication, http://www.is.wayne.edu/MNISSANI/WWI/Encarta.htm, diakses pada 20 Mei 2014. [13] United Nations Development Programme (UNDP), Human Development Report 1994, New York: Oxford UniversityPress, hlm.23. [14] Ibid. [15] Brinkman,H-J & Hendrix ,C.S, July 2011, Food Insecurity d and Violence Conflict: Causes, Conseqences and a Addressing the Challenge, World Food Programme, pp.7 [16] Ibid [17] Minister of Defense, UK, Future Character of Conflict, [9]