1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bertujuan untuk menunjuk jalan kebenaran dan mencari nilai serta menjurus kepada satu kajian mengenai pendidikan dari segi maksud, tujuan dan kaedahnya. Ia merupakan sebuah falsafah aspek yang sangat penting terhadap minda, manusia dan bagaimana pendidikan dan masyarakat dapat berhubung antara satu sama lain. Seperti mana yang dikatakan oleh FPK dalam ayat kedua, huraikan pembentukan rakyat Malaysia yang boleh membentuk Masyarakat yang lebih produktif, berintegriti dan aman damai antara sesama. Dalam ayat kedua Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), segala perancangan dan pelaksanaan program pendidikan di negara ini wajib bertujuan untuk menyediakan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. FPK sangat menekankan terhadap membentuk rakyat yang berilmu pengetahuan agar dapat melahirkan masyarakat menyemai dan membudayakan sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan. Hal ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada orang lain malah kepada diri sendiri juga. Selain itu, dapat melahirkan masyarakat yang bercirikan berfikir secara terbuka. Sekiranya betul-betul diamalkan, para murid juga dapat menrima ilmu dan mengetahui hala tuju demi menuntut ilmu pengetahuan itu sendiri. Seterusnya, berketerampilan. Perkara ini untuk melahirkan individu yang berupaya untuk tampil ke hadapan dengan keterampilan yang sangat baik dan dapat berhubung baik dengan insan lain secara berhemah meliputi dari aspek seperti pemikiran, kepercayaan, dan perasaan serta mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam menjalankan sesuatu amanah yang dipertanggungjawabkan. Bukan itu sahaja, elemen ini menunjukkan bagaimana pandangan seseorang terhadap diri mereka dan orang lain. Dengan itu, murid berketerampilan dan berkebolehan dalam menjalankan sesuatu tugas dengan sempunrna sekiranya elemen ini betul-betul diamalkan dalam organisasi pendidikan. FPK juga menekankan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berakhlak mulia. Di mana mewujudkan rakyat yang mengamalkan nilai-niai murni sepeti bersopan santun, berbudi bahasa, jujur, amanah, dan berintegriti. Unsur utama yang perlu diterapkan oleh rakyat Malaysia agar dapat berfikir, bertindak dan menilai mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Nilai-nilai murni seperti nilai perpaduan, hormat-menghormati, bersabar, toleransi, dan semangat kekitaan perlu ada dalam diri setiap individu dan perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah rendah lagi agar ia sebati di dalam jiwa rakyat Malaysia agar menunjukkan perwatakan yang baik serta dijadikan contoh kepada orang lain dan disegani serta dihormati oleh orang lain. Bertanggungjawab juga salah satu yang ditekankan dalam FPK agar lebih dipercayai dan dihormati dalam pelbagai aspek tanggungjawab seperti tanggungjawab terhadap agama dan keluarga, perlembangan undang-undang, keamanan sejagat dan sebagainya. Dengan itu, seseorang juga dapat mengetahui tanggungjawab sendiri, rakyat Malaysia pasti dapat menjalankan tugas dengan berwibawa, disegani dan dihormati. Elemen ini juga dapat menyedarkan sikap bertanggungjawab ini merupakan suatu amanah dan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya supaya dapat membantu mereka berusaha dengan cekap dan sempurna walaupun beberapa halangan dan cubaan yang perlu dihadapi serta mematuhi segala mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dengan baik. Selanjutnya, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Hal ini dikatakan demikian kerana FPK sangat menekankan kepada konsep ketahanan diri iaitu mampu untuk menghadapi segala dugaan dan halangan yang dihadapi agar mereka berupaya menangani apa-apa sahaja masalah di dalam hidupnya dan mereka dapat berfikir secara waras apabila menghadapi sebarang situasi seperti menilai kesan dan akibat baik dan buruk sesuatu yang dipertimbangkan. Sehubungan dengan itu, seseorang itu pasti mencapai kesejahteraan hidup yang mendorong kepada kesihatan tubuh badan yang sihat serta mental yang baik dalam menjalinkan hubungan perhubungan kepada orang lain. Akhir sekali, memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FPK berhasrat semua individu akan berusaha untuk mempertahankan diri, maruah, bangsa, agama dan negara daripada sebarang ancaman luar dan mengekalkan ekonomi dan kestabilan politik di negara sendiri agar terbela serta sentiasa terjamin. Oleh itu, FPK melancarkan pelan dan berusaha agar rakyat Malaysia memupuk nilai-nilai murni seperti semangat perpaduan, hormat menghormati, semangat kekitaan dan bertimbang rasa dan sekaligus melahirkan orang yang mematuhi segala peraturan dan undang-undang dan mewujudkan suasana yang aman dan damai. Contohnya, Penerapan rukun negara. Hal ini dikatakan kerana, rukun negara merupakan pegangan dan juga amalan hidup. Justeru itu, seseorang tersebut dapat mencapai kehidupan yang lebih bermakna dan bermatlamat. 2. Sehingga kini, Falsafah Pendidikan guru masih menekankan terhadap melahirkan guru yang mempunyai keupayaan yang mengendalikan daya pemikiran dan pengajaran dan pembelajaran serta guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat. Kemukakan ciri-ciri seorang guru seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendikan Guru? Terdapat sembilan elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru yang perlu dibentuk dan diamalkan oleh pemikiran dan amalan profesionalisme dalam bidang keguruan di negara kita. Antaranya, berpekerti mulia. Guru yang mempunyai sikap berpekerti mulia ini merupakan seorang guru yang mempunyai sahsiah diri yang baik meliputi aspek budi bahasa, bersopan santun, berdisiplin dan menghormati orang lain, malah meletakkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan dirinya sendiri. Selain itu, berpandangan progresif dan saintifik. Hal ini dimaksudkan di mana guru yang mengikuti perkembangan zaman semasa sekaligus memberi penekanan kepada bidang sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu, guru-gur juga akan berusaha untuk tidak ketinggalan dalam arus perubahan zaman dan sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivative dalam pelbagai aspek. Hal ini membolehkan guru untuk berupaya memperkembangkan diri dengan ilmu semasa. Bukan itu sahaja, Falsafah Pendidikan Guru juga menekankan terhadap elemen bersedia menjunjung aspirasi negara ynag bermaksud bersedia untuk meghayati aspirasi yang hasratkan oleh pendidikan negara dan berusaha menyumbangkan secara maksimum kearah mencapai aspirasi negara yang lain. Oleh itu, sesorang guru itu akan sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai perkara yang utama dalam kerjayanya. Guru yang menyanjung warisan kebudayaan negara juga merupakan salah satu elemen yang amat ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini menunjukkan bahawa guru itu mempunyai sifat menghargai dan menghayati warisan kebudayaan negara yang unik dan pelbagai serta memupuk rasa bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid-muridnya. Dalam elemen ini juga, guru perlu menyemai sifat patriotisme dan cinta akan negara sendiri dan sentiasa meletakkan diri sebagai suri teladan untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan masyarakat. Selanjutnya, menjamin perkembangan individu. Hal ini dijelaskan di mana guru perlu sedar dalam membangunkan diri murid-murid secara berterusan dan mencari peluang untuk mengembangkan potensi murid-murid merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani serta bersedia untuk membimbing murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum dan kurikulum. Amalan keharmonian dalma negara kita sangat ditekankan oleh itu guru juga mempunyai tannggungjawab bagi memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat dan negara seperti menekankan unsur bersatu agar murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain walaupun berbilang kaum. Guru juga perlu bertanggungjawab dan menyumbang bakti bagi meningkatkan kemajuan masyarakat dan negara. Elemen memelihara suatu masyarakat yang demokratik juga merupakan elemen yang sangat penting dan terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru yang bermaksud memberi kebebasan dan peluang kepada murid-murid untuk menyatakan pendapat dan membuat keputusan secara adil serta bertindak seperti pembimbing dalam membuat pertimbangan yang wajar apabila melakukan sebarang perbuatan. Memelihara suatu masyarakat yang progresif juga perlu ada dalam pemikiran dan bidang profesionalisme bidang keguruan agar dapat mengembangkan aspek inovatif dan kreatif dalam melaksanakan tugas. Menunjuk ajar cara berfikir analitik, kritikal, holistik, dan bersepadu dalam menjalankan tugas dan membentuk murid yang dapat berfkir secara progresif dan saintifik serta memberikan penekanan terhadap pelbagai kaedah bagi memupuk sifat ingin tahu dan mencipta. Elemen yang terakhir adalah memelihara suatu masyrakat yang berdisiplin. Melalui elemen ini, guru dapat memupuk kesedaran murid-murid untuk menjaga suasana yang harmoni, selamat dan bersih dalam masyarakat sekolah. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni, beretika dan mematuhi peraturan sekolah, jalan raya dan undang-undang negara yang ditetapkan. 3. Berikan 4 yang terkandung dalam UNESCO yang menggariskan empat tonggak pendidikan secara ringkas. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) atau Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan ialah sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). UNESCO (1945) ini bertujuan untuk mewujudkan keamanaan dan keselamatan melalui kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan, sains dan budaya. Selain membina keamanan, UNESCO juga bertujuan untuk menangani kemiskinan, membawa pembangunan yang mampan dan dialog antara budaya melalui pendidikan, sains, budaya, komunikasi dan maklumat. Terdapat Empat Tonggak Pendidikan UNESCO iaitu belajar untuk menguasai ilmu, belajar untuk menguasai kemahiran, belajar untuk menjadi insan berguna dan belajar untuk harmoni dan bekerjasama. Belajar untuk menguasai ilmu ini mempunyai tujuan utama belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan yang amat penting untuk menggalakkan perkembangan ilmu dalam kalangan murid-muridnya Seterusnya, belajar menguasai kemahiran. Elemen ini pula dapat melengkapkan seseorang dengan ilmu kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam bidang pekerjaan. Contoh kemahiran yang wajar, termasuklah kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berpasukan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah. Selanjutnya, belajar untuk menjadi insan berguna. Perkara ini pula berfokus terhadap peranannya untuk melahirkan dan membentuk manusia untuk menjadi insan yang baik, dapat menyumbangkan kepada masyarakat dan negara serta harus meliputi dari aspek fizikal, intelek, rohani, emosi, peka, dan tahu menghargai estetika. Akhir sekali, belajar untuk harmoni dan kerjasama. Tonggak ini menyatakan bahawa pendidikan harus membawa manusia untuk mempelajari perkara yang boleh membawa kepada keharmonian dan semangat untuk bekerjasama. Semasa negara dilanda konflik, semua negara perlu untuk mencapai situasi harmoni dan Kerjasama. Dalam bidang pendidikan pula, untuk menikmati hidup damai dan berharmoni dalam kehidupan, masyarakat haruslah menjainkan hubungan baik antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, penekanan terhadap pendekatan silang budaya memandangkan masyarakat negara kita yang berbilang kaum. RUJUKAN Shamsiah Binti Md Nasir, Mahani Binti Ibrahim, & Anida Binti Idrus. (2022). Pengantar Pengajian Pendidikan. Local Publications (M) Sdh Bhd.