Cabaran Pertahanan Negara 1. Menyediakan Angkatan tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang pertahanan. Memperkasakan pasukan keselamatan negara. Pasukan keselamatan perlu ditingkatkan dari aspek fizikal, emosi mahupun mental. Mereka harus sentiasa bersiap sedia untuk menangkis sebarang pencerobohan dan ancaman. Kepakaran dan kemahiran teknikal pasukan keselamatan mesti sentiasa ditambah baik. Pasukan keselamatan negara harus dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang paling moden untuk menunjukkan keseriusan negara mempertahankan kedaulatan negara. 2. Menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat dengan aktiviti yang mendatangkan keuntungan ekonomi seperti berniaga Melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha menjadikan negara hub halal. Justeru, kerajaan dapat mengeratkan hubungan diplomatik antara negara-negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi seperti ini, dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan Malaysia dan ekonomi negara. Masyarakat juga sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara bagi meningkatkan ekonomi negara. 3. Mengadakan perbincangan antara kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah Seseorang itu perlu hormat pandangan orang dengan mendengar pandangan daripada orang lain. Mereka perlulah menenangkan diri dan tidak tertekan dengan masalah yang melanda agar dapat berfikiran rasional dan positif ketika perbincangan. Dengan itu, mereka dapat mencari jalan penyelesaian secara rasional tanpa perbalahan melalui perbincangan ini dan mengekalkan kedaulatan negara.