Malaysia ialah sebuah negara yang terkenal dengan pelbagai kaum , budaya , agama dan bangsa. Oleh itu, akan ada perayaan yang akan disambut setiap tahun. Contohnya seperti Hari Raya Aidifitri yang disambut oleh umat Islam , Deepavali yang disambut oleh agama Hindu , Sikh , Jain dan sesetengah agama Buddha , Tahun Baru Cina yang diraikan oleh bangsa cina. Semua perayan akan ada keistimewan disebalik namanya. Majoriti keramaian ini akan mengadakan rumah terbuka untuk memeriahkan suasana disetiap rumah atau di rumah adat masing-masing. Rumah terbuka ini telah dijadikan satu alternatif untuk merapatkan jalinan sesama masyarakat. Ini telah diamalkan oleh setiap kaum , bangsa dan agama bagi tujuan yang baik. Sesetengah rumah akan menyediakan jamuan dan juga menjemput saudara-mara , jiran tetangga , rakan kerja dan kawan rapat untuk menyertai mereka. Hal ini merupakan perkara yang sinonim dengan masayarakat kini yang penuh semangat dan tidak melupakan adat budaya tersendiri. Selain itu, amalan ini terbukti dapat melupakan tentang pertetangan pendapat , perselisihfahaman . Semua bangsa digalakkan untuk pergi berkunjung bagi menyelesaikan semua kesalahan dan amalan ini juga tiada kekangan bagi sesebuah kaum untuk tidak mengunjungi dan menziarahi sebagai satu masyarakat majmuk. Rumah terbuka juga dikenali sebagai tempat yang penuh dengan makanan. Disebabkan ini, pelbagai kaum dapat merasakan setiap hidangan yang disantapkan bagi setiap kaum. Hal ini dapat meluaskan santapan yang istimewa sebagai makanan utama masyarakat setempat juga menjadi kebanggaan sesebuah kaum. Apabila kita menghadiri rumah terbuka ,kita juga akan perasan akan perbezaan antara makanan yang dihidangkan oleh kaum tersebut. Contohnya , bangsa Melayu yang terkenal dengan Sate , Rendang , Ketupat dan Nasi Impit .Bagi India pula mereka terkenal dengan Murukku , Tosai , Putu Mayam , Tikka Masala dan banyak lagi , manakala bangsa Cina pula tersohor dengan makanan Jiaozi , Yee Sang , Dim Sum dan lainlain. Tempias yang boleh didapati ketika mengadakan rumah terbuka ialah ia dapat membentuk satu identiti baik masyarakat yang besar.Dengan ini , nama yang dipanggil ‘identiti baik’ boleh dijadikan contoh untuk negara lain. Justeru itu , hal ini boleh mengenalkan kita kepada seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia akan bersatupadu demi apapun perkara malang yang akan menimpa . Dan janganlah kita menjadi “Mengata dulang paku serpih , mengata orang dia yang lebih”.Secara tidak lansung, perkara ini boleh terjadi kerana kebanyakan remaja kini terlalu moden dan hampir melupakan adat bangsanya yang tersendiri juga terlalu mengeluarkan sifat negatif di media sosial yang akan memburukkan nama sesebuah negara. Kesimpulannya , rumah terbuka mempunyai impak besar dalam memainkan peranan sebagai penyatuan silaturahim antara kaum , agama dan bangsa. Tidak lupa kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak pernah melupakan perayaan yang paling istimewa dan mengingati rutin istimewa setiap 6 perayaan setahun . Dan disini juga kita dapat melihat keindahan hidup dalam pelbagai bangsa , kaum , budaya dan agama.