KESEDIAAN DAN PENGETAHUAN SISWA GURU TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN SEMASA PRAKTIKUM MOHD AZOLMAN BIN ZULKUFLI Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang azolman04-87@epembelajaran.edu.my Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mengenal pasti pengetahuan, kesediaan dan amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran Pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh siswa guru Pendidikan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan ialah temu bual, pemerhatian pengajaran, dan analisis dokumen.Seramai dua siswa guru Pendidikan Islam yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas tentang KBAT dipilh untuk menjadi informan kajian.Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa setiap informan kajian mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang selari dan menepati kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia manakala mereka menerapkan amalan KBAT dalam pengajaran Pendidikan Islam melalui pendekatan yang berbeza antara satu sama lain. Kata kunci: KBAT, Pendidikan Islam, amalan PENDAHULUAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan enam aspirasi mesti dimiliki oleh murid sebagai modal insan negara. Enam aspirasi tersebut ialah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah dijadikan agenda nasional dalam pembentukan generasi yang berkualiti dan mempunyai minda kelas pertama, berkemahiran fikir aras tinggi, kreatif dan inovatif . Maka, transformasi kurikulum dan pentaksiran telah dilaksanakan serta elemen KBAT diterapkan dalam pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah. KBAT merupakan kesinambungan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) yang memberi fokus kepada 4 kemahiran teratas taksonomi Bloom, kemahiran menilai, kemahiran menganalisis, kemahiran mengaplikasi dan kemahiran mencipta(KPM, 2013) . Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, penerapan KBAT ini memberi cabaran baru kepada guru dan pelajar. Guru memainkan peranan penting dalam menyediakan generasi yang memiliki kemahiran yang mampu berdaya saing di peringkat global (Mohd Aliff.et al., 2011). Oleh yang demikian, satu kajian perlu dilaksanakan untuk meneroka kesediaan dan pengetahuan siswa guru Pendidikan Islam serta amalan terhadap penerapan KBAT dalam pengajaran Pendidikan Islam semasa praktikum dijalankan. KAJIAN LITERATUR Di Malaysia, kajian-kajian KBAT mula berkembang selepas diwartakan dalam PPPM (2013-2025) dalam pelbagai disiplin ilmu. Banyak pengkaji berlumba-lumba untuk menjalankan kajian KBAT di sekolah-sekolah rendah mahupun sekolah-sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Kajian-kajian yang dijalankan kebanyakannya melibatkan guru berbanding murid atau pelajar. Hal ini membuktikan guru memainkan peranan penting dalam menjayakan pelaksanaan KBAT di sekolah. Kajian Fazlulaini Mohd Yunus, Kamarul Azmi Jasmi, Md Zuki Hashim, dan Ruhayati Ramly(2018) menunjukkan kelemahan guru pelatih menerapkan KB dalam amalan pengajaran semasa praktikum dijalankan. Hal ini berpunca daripada kurang kefahaman, kecacatan Rancangan Pengajaran Harian dan bimbingan oleh Pensyarah Penyelia dan Guru Pembimbing yang kurang berfokus. Begitu juga kajian Farah Aziana Abdul Aziz dan Fadzilah Abd Rahman(2018) dalam sorotan kajian kesediaan dan keperluan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT menunjukkan guru kurang bersedia dan masih memerlukan latihan dan bimbingan dalam pelaksanaan KBAT. Hasnah Isnon dan Jamaludin Badusah (2017) dalam kajian mereka pula mendapati tahap kompetensi guru daripada aspek pemahaman dan aspek pengetahuan masih di tahap sederhana manakala sikap guru terhadap penerapan KBAT berada di tahap yang tinggi. Kajian Beremas Anak Inggit dan Effandi Zakaria (2017) pula membuktikan cabaran dan halangan pelaksanaan KBAT di sekolah kurang murid turut tertumpu kepada aspek murid. Oleh yang demikian, perancangan pengajaran guru yang berunsurkan KBAT senantiasa mengambil kira latar belakang murid. Noor Hasimah Hasan dan Effandi Zakaria (2017) turut menjelaskan tentang tahap pengetahuan guru Matematik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran KBAT adalah di tahap yang masih belum mencukupi. Berbeza dengan kajian Mohd Aderi Che Noh, Mohd Talhah Ajmain, dan Engku Zarihan Engku Abdul Rahman(2017) terhadap GPI. Kajian mereka membuktikan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Islam mengaplikasi KBAT dalam pengajaran adalah tinggi. Seterusnya, dapatan kajian Mohd Nazri Hassan, Ramlee Mustapha, Nik Azmah Nik Yusuff, dan Rosnidar Mansor (2017) dalam pembangunan modul KBAT bagi mata pelajaran Sains menunjukkan bahawa kesediaan dan pengetahuan guru belum mencukupi untuk pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Sains. Kajian lain oleh Siti Mariam Zazam dan Kamisah Othman(2017) menunjukkan guru Sains mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam KBAT, namun tahap yang sederhana dalam pelaksanaan KBAT. Perbezaan ini menunjukkan bahawa KPM merancang dan merangka strategi-strategi bagi meningkatkan kemahiran-kemahiran KBAT dalam kalangan guru Sains. Kajian Azian Abdul Aziz @ Ahmad, Fauziah Ismail, Noor Mala Ibrahim, dan Norhanim Abdul Samat (2017) turut menunjukkan bahawa kesedaran dan amalan guru Bahasa Inggeris adalah minima dan berpunca daripada pelbagai faktor iaitu pelajar, pedagogi dan institusi. Namun, Mohd Syaubari Othman (2016) dalam kajiannya tentang amalan pengajaran guru berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi adalah berada pada tahap tinggi. Kajian Wan Amirah Wan Ismail, Maimun Aqsha Lubis dan Muhammad Isa (2016) juga membuktikan bahawa tahap kesediaan pengetahuan, kesediaan dan kemahiran guru Pendidikan Islam adalah pada aras tinggi. Berdasarkan sorotan kajian-kajian lepas adalah berkaitan tahap pengetahuan dan amalan pelaksanaan kemahiran berfikir dalam kalangan guru di Malaysia, jelaslah bahawa guru mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang berbeza-beza terhadap KBAT. Hal ini dapat dilihat menerusi kajian-kajian tentang amalan pengajaran berunsurkan KBAT yang berada di tahap kurang memuaskan. Implikasi kajian-kajian tersebut kebanyakannya mencadangkan agar para guru diberi pendedahan yang mendalam bukan sahaja terhadap konsep kemahiran berfikir secara umum, malah penekanannya dalam pelaksanaan di sekolah. Begitu juga kajian-kajian lepas tentang siswa guru dalam penerapan KBAT agak kurang dijalankan. Maka, kajian ini memfokuskan kepada siswa guru yang merupakan bakal pendidik bagi meneruskan pelaksanaan KBAT di sekolah. METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kualitatif. Hal ini adalah berdasarkan kepada persoalan kajian yang dikaji adalah berkaitan kesediaan dan pengetahuan siswa guru semasa praktikum dalam pengajaran Pendidikan Islam. Menurut Creswell (2012), kajian kualitatif dapat memberikan kefahaman yang terperinci mengenai fenomena yang dikaji. Kajian ini juga hanya memfokuskan kepada pengajaran siswa guru terutamanya pada amalan-amalan yang selari dengan amalan KBAT yang diperkenalkan oleh N.S Rajendran. Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan kajian kes sebagaimana disaran oleh Merriam (1998) yang menyatakan bahawa kajian kes adalah sesuai untuk memahami secara mendalam sesuatu situasi dan memberi makna kepada yang terlibat. Sehubungan itu bagi merealisasikan tujuan tersebut, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan juga analisis dokumen. Informan kajian yang dipilih merupakan siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang yang mengambil minor Pendidikan Islam. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian dianalisis berdasarkan objektif kajian yang dijalankan. Antaranya ialah: i) Meneroka kesediaan dan pengetahuan Siswa Guru Pendidikan Islam tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) Dapatan temu bual menunjukkan bahawa kedua-dua informan kajian mempunyai kesediaan dan pengetahuan yang menepati kehendak definisi KBAT oleh KPM. Mereka mengemukakan pelbagai pandangan tentang istilah KBAT dan komponen KBAT. Informan kajian satu (SG1) mendefinisikan KBAT sebagai kemahiran yang ada pada diri seseorang untuk mengamalkan pengetahuan yang diperolehi bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan; “kemahiran yang ada pada sendiri seorang tak kira pengetahuan yang dah ada dan dia apply untuk kehidupan untuk selesai masalah yang dihadapi.” (TBSG1) Berbeza dengan informan kajian kedua (SG2) yang mengaitkan KBAT dengan murid dan peranan guru; “satu elemen dalam pdp yang guru boleh gunakan untuk merangsang pemikiran pelajar dari segi kaedah berfikir kritis atau kreatif. Kita guna ataupun strategi murid berfikir ataupun kaedah mereka membuat pertimbangan rasional.” (TB1SG2) ii) Mengenal pasti amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Guru Pendidikan Islam sekolah rendah. a)Set induksi Set induksi merupakan elemen yang penting untuk menarik minat murid dalam permulaan setiap pembelajaran di bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan informan kajian mengunakan pendekatan yang sama untuk mengelolakan set induksi bagi meransang dan menarik minat murid. SG1 menggunakan bahan bantu mengajar dan teknik soal jawab untuk mencungkil pengetahuan sedia ada dan meminta murid mengaitkan dengan tajuk yang akan diajar pada hari tersebut. Antara bahan bantu mengajar yang sering digunakan ialah gambar. Begitu juga SG2, beliau juga menggunakan gambar dan video manakala teknik soal jawab sebagai alat berfikir semasa sesi set induksi. Beliau mengemukakan soalan yang berdasarkan gambar dan video. Kemudian, beliau mengaitkan pengalaman murid dengan matapelajaran diajar. Dapatan kajian tentang aras soalan yang sering digunakan oleh kedua-dua informan kajian juga menunjukkan perbezaan. SG1 mengemukakan pelbagai soalan yang beraras tinggi semasa pemerhatian yang pertama(P1), kedua(P2) dan ketiga(P3) dijalankan, manakala SG2 menggunakan soalan beraras tinggi untuk diajukan kepada murid-murid semasa pemerhatian yang pertama(P1), dan yang ketiga(P3). Berikut jadual penggunaan teknik soalan beraras tinggi dalamset induksi. Jadual 1 Taburan KBAT dalam Set Induksi KBAT Kemahiran mengaplikasi Kemahiran menganalisis Kemahiran menilai Kemahiran mencipta P1 √ SG1 P2 Χ P3 Χ P1 Χ SG2 P2 Χ P3 Χ √ √ √ √ Χ √ Χ Χ Χ Χ √ Χ √ Χ Χ Χ Χ Χ b) Pengembangan KBAT dalam pengajaran Pendidikan Islam Amalan KBAT mula berkembang semasa sesi pengembangan oleh kedua-dua informan kajian. Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua informan kajian. Mereka menggunakan teknik soal jawab bagi mengajukan soalan-soalan beraras tinggi kepada murid. Antara soalan beraras tinggi semasa pemerhatian terhadap SG 1 ialah: “Macam mana kita eja jawi” (AP1SG1) “macam mana eja planet dalam Bahasa jawi? (AP1SG1) “.. kenapa diharamkan puasa?” (AP2SG1); “Kalau ibu mengandung wajibka puasa” (AP2SG1) “apa hubungan Zaid dengan Rasullullah?.” (AP3SG1) Berbeza dengan SG2, beliau hanya menerangkan topik diajar tanpa bersoal jawab. Berikut taburan unsur KBAT yang diterapkan dalam fasa pengembangan. Jadual 2 Taburan unsur KBAT yang diterapkan dalam fasa pengembangan KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Kemahiran mengaplikasi Kemahiran menganalisis Kemahiran menilai Kemahiran mencipta P1 √ √ √ Χ SG1 P2 Χ √ √ Χ P3 Χ √ √ Χ P1 Χ Χ Χ Χ SG2 P2 Χ Χ Χ Χ P3 Χ Χ Χ Χ c) Penutup Bahagian penutup merupakan sesi yang terakhir sesuatu pengajaran. Maka dapatan kajian menunjukkan keduadua informan kajian mempunyai persamaan semasa penutup melalui rumusan secara lisan oleh murid. Mereka mengajukan soalan kepada murid bagi merumuskan pengajaran diajar. Antara soalan diajukan ialah: “apa kita belajar hari ni?” (AP1SG1) “apakah kita pelajari hari ini?” (AP2SG2) “apa yang kamu dapat? (AP1SG1) “berdasarkan penerangan ustaz, apa kita pelajari? (AP3 SG3) Berikut jadual taburan KBAT semasa sesi penutup oleh kedua-dua informan kajian semasa pemerhatian dijalankan. Jadual 2 Taburan Penerapan KBAT Ketiga-tiga Informan Kajian ketika Pemerhatian semasa sesi penutup dijalankan. KBAT Kemahiran mengaplikasi Kemahiran menganalisis Kemahiran menilai Kemahiran mencipta P1 Χ SG1 P2 Χ P1 Χ SG2 P2 Χ P3 Χ P3 Χ Χ Χ Χ Χ Χ Χ Χ √ Χ √ Χ √ Χ √ Χ Χ Χ √ Secara keseluruhannya, dapatan kajian bagi objektif pertama menunjukkan mereka memahami tentang KBAT yang melibatkan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta serta aplikasi dalam pengajaran. Mereka juga berpandangan bahawa guru perlu menyokong dasar kerajaan dalam bidang pendidikan. Hal ini selari dengan kajian Wan Amira Wan Ismail, Wan Ismail Muhammad, Maimum Aqsa Lubis dan Mohd Isa Hamzah (2016); dan Mohd Aderi Che Noh, Mohd Talhah Ajmain dan Engku Zarihan Engku Abdul Rahman (2017) bahawa tahap kesediaan pengetahuan guru tentang penerapan KBAT adalah tinggi. Kajian Wan Amira Wan Ismail, Wan Ismail Muhammad, Maimum Aqsa Lubis dan Mohd Isa Hamzah menunjukkan tahap kesediaan pengetahuan GPI sekolah rendah di Selangor mempunyai aras yang tinggi dengan skor (min 4.04 dan SP=0.71). Begitu juga kajian Mohd Aderi Che Noh, Mohd Talhah Ajmain dan Engku Zarihan Engku Abdul Rahman juga membuktikan bahawa tahap kesediaan pengetahuan GPI sekolah menengah di daerah Bangi dan Kajang adalah di aras yang tinggi (min 4.2 dn S.P 0.65) .Begitu juga kajian Uminur Atikah Ramli dan Effandi Zakaria menunjukkan persepsi guru terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap KBAT adalah tinggi dengan skor purata min 3.56 dan sisih piawai 0.612. Seterusnya, dapatan kajian ini menepati kajian Ahmad Amir Khan, Mohd Aderi Che Noh, Mohd Tarmimi dan Mat Hussein(2016) dan kajian Mohd Syaubari Othman dan Ahmad Yunos(2018) yang berbentuk kualitatif bahawa GPI menegaskan bahawa KBAT membolehkan guru meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid berdasarkan tahap yang tertera dalam taksonomi Bloom semakan. Namun begitu, dapatan kajian ini berbeza dengan kajian Fazlulaini Mohd Yunus, Kamarul Azmi Jasmi, Md Zuki Hashim, dan Ruhayati Ramly(2018) yang mendapati kelemahan guru pelatih dalam penerapan KB semasa praktikum. Dapatan kajian ini juga berbeza dengan kajian Wan Mazwati Wan Yusof dan Shamilati Che Seman(2018) yang berbentuk kajian kes di sekolah rendah di Terengganu bahawa guru gagal untuk menerangkan konsep KBAT dan sebahagian guru hanya mampu menyenaraikan kemahiran-kemahiran dalam KBAT. Dapatan kajian ini juga berbeza dengan dapatan kajian-kajian sebelum ini oleh kajian Farah Aziana Abdul Aziz dan Fadzilah Abd Rahman(2018), kajian Mohd Nazri Hassan, Ramlee Mustapha, Nik Azmah Nik Yusuff, dan Rosnidar Mansor (2017) dan kajian Azian Abdul Aziz @ Ahmad, Fauziah Ismail, Noor Mala Ibrahim, dan Norhanim Abdul Samat (2017) yang menunjukkan kesediaan pengetahuan yang sederhana dan belum mencukupi. Seterusnya, hasil kajian bagi objektif yang kedua menunjukkan perbezaan bagi kedua-dua informan. Dapatan kajian ini menyamai dapatan Mohd Syaubari Othman dan Ahmad Yunos Kassim(2018) yang menunjukkan kewujudan perbezaan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan persediaan guru dalam pelaksanaan KBAT secara tidak langsung menyokong dapatan kajian ini. KESIMPULAN Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk penerokaan kepada kajian-kajian dalam bidang Pendidikan Islam khasnya terhadap pengajaran siswa guru Pendidikan Islam. Perubahan arus perdana dalam bidang pendidikan memerlukan transformasi ilmu pengetahuan siswa guru terhadap keperluan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kajian ini meneroka pengetahuan dan kesediaan siswa guru terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan amalan siswa guru dalam menerapkan unsur KBAT. Dapatan kajian menemukan bahawa kesediaan pengetahuan dan kemahiran berbeza dengan pelaksanaan pengajaran yang berunsurkan KBAT. Oleh hal demikian, tindakan yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak berwajib agar penambahbaikan dapat dilakukan. RUJUKAN Ahmad Amir Khan, Mohd Aderi Che Noh, Mohd Tarmimi, Mat Hussein. (2016). Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-11, Bangi. Aqsa Lubis dan Mohd Isa Hamzah. (2016). Kesediaan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah di Selangor terhadap Penerapan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. J. Adv. Res. Soc. Bahavioral Sci, 3(1), 79-95 Mohd Aderi Che Noh, Mohd Talhah Ajmain dan Engku Zarihan Engku Abdul Rahman (2017). Teachers’ Practice of Higher Order Thinking Skills in the Lesson of Islamic Education. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(2), 1–13 Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunos Kassim (2018). Pengajaran Yang Menyumbang Kepada Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Negeri Selangor. Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor.Bil 2. No.1 2018. Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2018). Pengajaran Yang Menyumbang Kepada Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Negeri Selangor. Jurnal Hal Ehwal Islam Dan Warisan Selangor, 2(1), 1–15 Wan Amirah, Wan Ismail, Maimun Aqsha Lubis & Muhammad Isa. (2016). Kesediaan guru pendidikan Islam sekolah rendah di Selangor terhadap penerapan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Journal of Advanced Research in Applied Sciences and Engineering Technology, Vol.3, No.1: 87 Wan Mazwati Wan Yusoff dan Shamilati Che Seman (2018). Teachers’ Knowledge of Higher Thinking and Questioning Skills:A case Study at a Primary School in Terengganu, Malaysia.International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 7(2)h.60