Uploaded by razin_nazar2000

Bab 4 Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pdf

advertisement
BAB 4
Pemantapan Kesepaduan
N a s i o n a l Malaysia
Kandungan
 Menghayati Pengalaman Malaysia Dari Kesatuan ke Perpaduan
 Perpaduan: Matlamat Diidamkan
 Detik Perpaduan - Detik Perbezaan
 Kesepaduan: Tahap Dicapai
 Kesepaduan Nasional
 Kesepaduan Sosial -Defisit Sosial
 Etos Nasional
 Penyatupaduan: Proses Diusaha
 Etnik - Tahap Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik
 Alat Penyatupaduan – Tawar-menawar, Perundingan dan Pengantaraan
Pengenalan
•
Kesepaduan Nasional ialah satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
•
Dalam konteks Malaysia, pemantapan kesepaduan nasional dilaksanakan
melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak (perpaduan, kesepaduan
dan penyatupaduan) dan didorong oleh tiga motivasi iaitu perpaduan yang
diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan.
Menghayati Pengalaman Malaysia:Dari Kesatuan
ke Perpaduan
Sejarah Mencari Kesatuan
•
Pembentukan Malaysia ibarat sebuah jigsaw puzzle.
•
Negeri-negeri dalam Malaysia asalnya terikat kepada pusat-pusat yang berbeza
(Siam, Belanda, Britain).
•
Kemasukan British ke Tanah Melayu membawa
pembentukan “kesatuan” & “persekutuan”
kepada
kewujudan
dan
 Negeri-negeri Selat (NNS)
 Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
•
•
•
•
1946 – Malayan Union dibentuk, namun ditentang dan kemudiannya dimansuhkan.
1948 - Persekutuan Tanah Melayu dibentuk merangkumi semua negeri di Tanah
Melayu.
1957 – Kemerdekaan Tanah Melayu menjadi mercu KESATUAN
1963 - Persekutuan Malaysia – meluaskan KESATUAN dengan Semenanjung, Sabah
& Sarawak.
Membina Kesatuan Berterusan
Melalui Tapak Integrasi
•
Tapak Integrasi (platform for integration) merujuk kepada ruang dan titik pertemuan
antara kelompok strategik di Malaysia (etnik, agama, parti politik, NGO, masyarakat
sivil dan lain-lain) dalam pelbagai bentuk.
•
Pendekatan integrasi menjadi pilihan Malaysia dalam mengurus kepelbagaian
(diversity), memperakukan perbezaan namun bergerak dalam suasana
‘kesepaduan sosial’ (social cohesion) dengan beberapa tindakan institusional.
•
Contoh tapak integrasi:

Institusi Pilihan Raya 1952 & 1955 – permuafakatan parti politik UMNO-MCA, UMNOMCA-MIC.

Simbol dan Struktur KESATUAN – Yang di-Pertuan Agong, Bendera, Lagu Negaraku
• Peristiwa 13 Mei 1969 mengakibatkan KESATUAN yang dibina pecah berderai.
• Selepas 13 Mei, berlaku perubahan ungkapan dan haluan negara.
• Perkataan Kesatuan telah digantikan dengan PERPADUAN
• Ungkapan Kesatuan dalam Kepelbagaian tidak lagi digunakan dan digantikan
dengan Perpaduan dalam Kepelbagaian
 Ia diguna pakai semenjak Rancangan Malaysia Kedua (RMK2),1971-1975
sebagai bentuk usaha Penyatuan Sosial
•
Pasca 13 Mei 1969:
 Bagaimana keadaan Perpaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia?
 Adakah Malaysia sudah mencapai perpaduan?
•
Hakikatnya, tiada ukuran objektif dan serius bagi mengukur Perpaduan dalam
Kepelbagaian di Malaysia.
•
Dari segi penilaian umum: hubungan etnik mengalami fasa turun naik, dalam keadaan
“stable tension” (ketegangan yang stabil/tegang tapi tenang).
•
Hanya pada tempoh 2017-2018, usaha untuk mengukur tahap Perpaduan dalam
Kepelbagaian dalam kalangan rakyat Malaysia telah dilaksanakan iaitu melalui Indeks
Perpaduan Nasional (IPNas) – pengukur tahap Perpaduan dalam Kepelbagaian.
Indeks Perpaduan Nasional Malaysia 2018
•
Nilai Indeks Perpaduan Nasional Malaysia
2018 yang menggunakan skala 0 – 1 ialah
sebanyak 0.567
•
Kedudukan nilai ini adalah besar dan
menunjukkan bahawa tahap perpaduan di
Malaysia berada dalam kedudukan yang
baik.
•
Indeks Perpaduan Nasional (IPNas)
dibangunkan
dengan
berdasarkan
kepada TIGA teras utama iaitu:
 Perpaduan: Tahap Diidamkan
 Kesepaduan: Tahap Dicapai
 Penyatupaduan: Tahap Diusahakan
•
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya
tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan
mereka.
 Perpaduan ialah keSAMAan atau keSATUan - 1 bangsa, 1 agama, 1
bahasa dan 1 negara.
 Merupakan matlamat akhir yang diidamkan dan menjadi cita-cita,
idaman dan harapan yang terus diperjuangkan dalam sesebuah
negara berbilang etnik.
 Perpaduan’ yang diidamkan bersifat utopia yang tidak dapat
dilaksanakan iaitu unity is uniformity .
 Unity is uniformity hanyalah gambaran mengenai masyarakat sempurna
yang tidak boleh menjadi kenyataan.
•
Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur,
dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir
mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal
atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat.
•
Ringkasnya, perpaduan masih diidamkan, manakala apa yang kita lihat
wujud hanya 'detik-detik perpaduan' yang terjelma.
Detik Perpaduan vs Detik Perbezaan
•
Detik Perpaduan dan Detik Perbezaan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam
kehidupan seharian masyarakat.
•
Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan munculnya detik-detik perpaduan
adalah ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan,
sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana dan menikmati cuti umum
pelbagai perayaan.
•
Namun begitu, masyarakat Malaysia juga sering kali berhadapan dengan detik-detik
perbezaan yang adakalanya menimbulkan konflik antara kaum.
 Berpunca daripada isu-isu sensitif - penggunaan bahasa, budaya, ideologi,
dimensi agama, tingkah laku sosial, penulisan dan literatur, rasisme dan
seumpamanya.
Kesepaduan: Tahap Dicapai
•
Kesepaduan Sosial ialah:
 keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang sudah dicapai di dalam
negara melalui pembentukan ‘tapak integrasi’ yang dibina berasaskan prinsip
tawar-menawar, perundingan dan pengantaraan.
 Merupakan fenomena praperpaduan / tahap atau prasyarat sebelum perpaduan
dicapai.
 Wujud kesepakatan sosial antara etnik - bertolak ansur, bekerjasama, saling
memahami, tidak bersifat autoriti, menghormati.
•
Dalam konteks Malaysia, kesepaduan sudah tercapai di negara ini.
•
Kesepaduan sosial yang kukuh membentuk kesepaduan nasional.
•
Namun begitu, masih terdapat beberapa hal yang belum diselesaikan atau
tertangguh penyelesaiannya yang dilabel sebagai defisit sosial. Defisit sosial
dalam masyarakat adalah suatu kerencaman yang tidak boleh dielakkan.
•
Antara perkara-perkara yang menyumbang kepada defisit sosial ialah etnisiti,
gender, agama, politik federalisme, kelas sosial, pendidikan, ruang yang
memisahkan penduduk bandar dan desa, bahasa, jurang generasi dan media.
Etos Nasional
•
Etos nasional menyumbang kepada pemantapan kesepaduan nasional.
•
Dalam konteks Malaysia, konsep Etos Bangsa adalah konsep yang menjelaskan
mengenai Etos Nasional Bangsa Malaysia.
•
Ia berbentuk suatu sentimen yang dipegang, dipercayai dan dikongsi secara
bersama oleh kebanyakan ahli-ahli masyarakat.
•
Etos Nasional ialah ciri-ciri unik masyarakat setempat (nilai, perasaan dan
semangat, kepercayaan dan identiti) yang mengikat seseorang individu dengan
individu yang lain dan yang mengikat individu dengan negara - etos bangsa
terbina apabila masyarakat berkongsi ciri-ciri unik ini.
•
Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, bangsa Malaysia boleh dibentuk melalui
pemupukan etos bangsa.
•
Pegangan terhadap etos bangsa akan melahirkan sentimen dan semangat yang
akan mempengaruhi kecenderungan serta sikap seseorang individu untuk lebih
berjiwa kebangsaan.
•
Fenomena ini boleh menyumbang kepada kesepaduan sosial dan seterusnya
dapat menjamin keharmonian dalam masyarakat.
Nilai
•
Nilai merupakan elemen utama yang menentukan etos bangsa bagi sesebuah
masyarakat dan negara.
•
Semakin kuat sesebuah masyarakat berpegang dan mendukung nilai yang sama,
maka secara tersirat semakin kuatlah ikatan yang terbina dalam kalangan
mereka.
•
Nilai yang dimaksudkan merangkumi:
1)
Nilai kerjasama – kerjasama yang baik tanpa mengira kaum.
2)
Nilai hormat - menghormati kumpulan etnik lain, agama, kepercayaan,
budaya dan tradisi yang dipegang oleh setiap kumpulan etnik.
Nilai toleransi - menerima dengan hati yang terbuka terhadap perbezaan
yang wujud antara etnik.
Nilai disiplin diri – menghayati tahap disiplin yang tinggi, menjaga akhlak,
keperibadian dan sentiasa mematuhi undang-undang negara.
Nilai demokrasi - mengiktiraf semua orang mempunyai hak yang sama,
menerima perbezaan politik dan pendekatan perkongsian kuasa,
menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, mempunyai kesedaran
sosiopolitik dan memahami sistem demokrasi berparlimen yang
diaplikasikan dalam sistem pemerintahan negara.
3)
4)
5)
Perasaan dan Semangat
•
Perasaan dan semangat etos nasional merujuk kepada sentimen bersifat
kebangsaan yang telah meresap ke dalam jiwa yang merangkumi:
1) Perasaan kekitaan bersama


Perasaan kekitaan bersama yang tinggi.
Mengiktiraf yang Malaysia adalah kepunyaan bersama semua kumpulan etnik
serta mempunyai kesedaran bersama untuk menjaga nama baik negara.
2) Semangat patriotisme dan nasionalisme
 Penghayatan terhadap semangat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi.
 Memberikan taat setia tanpa berbelah bahagi pada negara dan amat
cintakan negara.
3) Kewarganegaraan Malaysia
 Bangga menjadi warganegara Malaysia.
 Menyumbangkan khidmat bakti kepada negara.
Kepercayaan
•
Bermaksud keyakinan dan pegangan seseorang individu atau perkumpulan individu
terhadap unsur-unsur yang bersifat kenegaraan.
•
Kepercayaan ini merangkumi aspek seperti:
1) Kepercayaan bahawa individu berkongsi sejarah yang sama.

Mengakui dan mengiktiraf bahawa perjuangan mencapai kemerdekaan adalah
perjuangan bersama antara pelbagai kumpulan etnik.
2) Keyakinan terhadap perkongsian masa hadapan

Sedia untuk bekerjasama dengan kumpulan etnik demi membangunkan negara di
masa hadapan.
3) Kepercayaan dan keyakinan terhadap perlembagaan dan undang-undang negara.
 Memahami bahawa Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, yakin
dan percaya undang-undang di Malaysia adalah adil dan saksama
4) Kepercayaan dan keyakinan terhadap dasar-dasar negara
 Yakin dan percaya dasar-dasar Malaysia memberi keutamaan kepada kepentingan
rakyat serta membela rakyatnya tanpa mengira etnik, agama dan budaya.
5) Kepercayaan dan keyakinan terhadap kerajaan dan kepimpinan negara
Identiti
•
Identiti yang ditekankan dalam konteks etos bangsa ini bersifat kebangsaan
yang dapat melahirkan rasa keterikatan dan kebersamaan di antara satu
sama lain di bawah satu payung negara.
1) Identiti sebagai satu bangsa Malaysia (daripada segi penerimaan)
2) Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan
3) Simbol-simbol kedaulatan negara
4) Menyokong barangan buatan Malaysia
Penyatupaduan:Proses Diusaha
•
Penyatupaduan adalah suatu usaha berterusan di peringkat semua lapisan
masyarakat (badan kerajaan, NGO, anggota masyarakat) yang dilaksanakan
sejak sebelum merdeka sehingga kini (proses menyatupadukan) untuk
menyelesaikan defisit sosial dengan membina tapak integrasi di semua lapiran
masyarakat dan berprinsipkan tawar-menawar, perundingan dan perantaraan.
•
Contoh: Sejak kemerdekaan, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dalam
menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
 Pengenalan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, aktiviti-aktiviti perpaduan
seperti gotong royong, ziarah menziarahi, kempen 1 Malaysia dan
sebagainya.
•
Usaha yang berterusan di peringkat semua lapisan masyarakat ini adalah penting
dan tidak boleh diberhentikan kerana sifat kepelbagaian yang wujud dalam
sesebuah negara akan mengundang potensi konflik.
•
Dalam kata lain, Malaysia adalah ‘work-in-progress’ ke arah perpaduan justeru
itu ia perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
•
Perpaduan yang diidamkan boleh dicapai dengan usaha terus menerus
pemantauan kesepaduan dan pembinaan tapak integrasi sebagai instrumen
utama penyatupaduan.
Etnik - Tahap Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan
Sosial Rentas Etnik
•
Tahap keetnikan, batas etnik dan hubungan sosial rentas etnik merupakan
•
Tahap keetnikan:
•
Setiap etnik mempunyai
antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian dalam usaha dan proses penyatupaduan
di Malaysia.
tahap sensitiviti, toleransi dan keutamaan yang berbeza
terhadap aspek budaya meliputi bahasa, agama dan ikatan kekeluargaan.
 Etnik Melayu
 Etnik
dan India didapati sensitif terhadap elemen agama.
Cina dengan elemen bahasa.
•
Tahap toleransi dan tahap sensitiviti sesuatu kumpulan itu tidak boleh dijadikan pengukuran
baik dan buruk ekoran masing-masing etnik mempunyai tahap keutamaan terhadap aspek
budaya masing-masing.
•
Kita perlu memperakui, menerima dan menghormati perbezaan bahasa, budaya,
agama dan tradisi hidup kerana masing-masing etnik berpegang dengan teras pembentukan
berkumpulan yang berbeza.
Batas Etnik
•
Tebal, nipis atau pupusnya batas etnik seseorang itu akan menentukan sama ada
tingkah lakunya dipengaruhi oleh perkiraan etnik ataupun tidak.
•
Individu yang tebal batas etniknya:
 Mengutamakan perkiraan etnik di dalam tingkah lakunya.
 Hanya berhubungan dengan individu lain berdasarkan persamaan etnik hingga
wujud masyarakat majmuk, terasing, terpisah dan masing-masing berada dalam
kotak masing-masing tanpa diikat oleh nilai yang dikongsi bersama.
•
Individu yang nipis atau pupus batas etniknya:
 Mengutamakan perkiraan bersifat bukan etnik hingga boleh berhubung dengan
individu-individu lain secara silang kumpulan.
 Semakin nipis batas etnik akan semakin mudah terbentuknya interaksi antara
masyarakat dan akan meningkat kesepaduan sosial dalam masyarakat.
•
 Dalam suasana sosial yang berbentuk sebegini, masyarakatnya lebih bersifat
bersatu padu dan harmoni.
Dalam proses untuk membentuk penyatuan kaum, batas etnik yang menjadi
penghalang perlu dipecahkan dengan baik agar matlamat perpaduan kaum
tercapai.
Hubungan Sosial Rentas Etnik
•
Konsep hubungan sosial rentas etnik mula diperkenalkan oleh dua orang sarjana iaitu
Putnam dan Varshney yang menekankan kepada jaringan sivik.
•
Menurut Putnam (2000) - jaringan sivik atau penglibatan sivik merupakan sambungan
antara individu dengan kehidupan komuniti, meningkatkan dan mengekalkan hubungan
dengan masyarakat komuniti setempat.
•
Manakala Varshney (2002) menekankan konsep networks of engagement - jaringan sivik
antara etnik sangat penting dalam membangunkan keharmonian hubungan antara
etnik.
•
Jaringan sivik antara etnik dibahagikan kepada dua:
 Interaksi / ikatan berpersatuan (lebih formal)
 Interaksi / ikatan harian (tidak formal)
Modal Sosial
•
Kedua-dua bentuk interaksi / ikatan ini dianggap sebagai modal sosial yang berpotensi
untuk mencipta keharmonian.
•
Ketiadaan kedua-dua interaksi / ikatan ini akan membuka ruang kepada berlakunya
konflik kekerasan.
•
Interaksi ini boleh berlaku dalam beberapa peringkat seperti:
 Peribadi – berbual, menziarahi rakan yang sakit, makan bersama, menjemput
rakan daripada etnik lain terlibat dengan aktiviti sosial.
 Komuniti – hidup dalam komuniti pelbagai etnik, menggunakan kemudahan
awam secara bersama, dapat bergaul dengan jiran tetangga daripada
pelbagai etnik.
 Institusi – keahlian persatuan pelbagai etnik, terlibat dalam program anjuran
institusi.
•
Hubungan rentas etnik mempunyai kaitan dengan batas etnik - semakin nipis
batas etnik, maka semakin mudah terbentuknya interaksi antara masyarakat dan
akan meningkatkan kesepaduan sosial dalam masyarakat.
•
Amalan rentas etnik pada peringkat akar umbi merupakan faktor yang begitu
signifikan dalam pembentukan dan pengukuhan kesepaduan sosial di Malaysia
serta suatu jaminan kestabilan negara yang berterusan.
Alat Penyatupaduan: Tawar-Menawar,
Perundingan dan Mediasi (Perantaraan)
•
Sehingga tertubuhnya Jabatan Perpaduan pada 1969 dan kemudian Kementerian
Perpaduan Negara pada 1972, kefahaman mengenai 'perpaduan' adalah bersifat
'pemikiran lama.’
•
‘Pemikiran lama’ mengenai perpaduan bersifat simplistik, mekanistik dan literal yang
mempengaruhi setiap lapisan masyarakat dalam keghairahan menginginkan perpaduan.

Simplistik - perasaan ambil mudah dengan terminologi perpaduan mengikut kaca mata
fizikal. Contohnya, jika lebih kerap makan bersama dengan pelbagai kaum, semakin erat
perpaduan.

Mekanistik - kandungan perpaduan dibayangkan mempunyai beberapa komponen yang
berkait dan bersambung antara satu sama lain dan semua boleh bergerak serentak seperti
sebuah mesin. Contoh: Sekolah Wawasan

Literal - pemikiran yang diasaskan oleh fahaman yang berasaskan maksud terminologi itu
sendiri. Ini bermaksud bahawa istilah perpaduan itu sendiri membawa maksud padu seperti
padunya sebuah batu, maka dipersepsikan bahawa akhirnya apabila tercapai perpaduan
mesti padu atau solid sifatnya.
•
Hakikatnya kini, perpaduan kaum belum wujud kerana ia masih longgar dan belum
padu dan padat.
•
Justeru itu, seluruh warga Malaysia perlu mengubah cara berfikir dalam konteks untuk
memupuk perpaduan kaum.
•
Cara berfikir bentuk lama yang sekian lama diamalkan sudah tidak relevan lagi
bahkan telah gagal dalam usaha membetuk perpaduan kaum.
•
Corak pemikiran baharu iaitu tawar-menawar, perundingan dan pengantaraan
(bargaining, negotiation and mediation) perlu dicerna dalam fikiran warga Malaysia
agar maksud perpaduan dapat dihayati dan dijiwai secara tuntas.
•
Pemikiran baharu ini perlu mengandungi tiga proses yang dijalankan secara serentak
iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan.
Ringkasan Perpaduan, Kesepaduan
dan Penyatupaduan
Perpaduan
Kesepaduan
Diidamkan
Dicapai
Penyatupaduan
(diusahakan)
•
Sebilangan besar negara-negara di dunia menginginkan PERPADUAN. Disebabkan
untuk mencapainya adalah sukar, maka segala usaha yang dilaksanakan hanyalah
boleh membawa KESEPADUAN yang dianggap sebagai tahap sebelum atau
prasyarat kepada PERPADUAN.
•
Pada tahap ini, banyak perkara yang perlu diselesaikan ekoran terdapat pelbagai
defisit sosial yang terkandung dalam KESEPADUAN itu. Usaha-usaha inilah yang
bergerak sebagai proses PENYATUPADUAN.
•
Proses ini tidak akan berhenti kerana selagi ada kepelbagaian, selagi itu
usaha PENYATUPADUAN mesti diteruskan.
Kesimpulan
•
Perpaduan adalah apa yang diimpikan dan diidamkan. Namun,
untuk mencapainya adalah sukar.
•
Apa yang dikecapi selama ini hanyalah ‘detik-detik perpaduan’.
•
Malaysia pada masa ini berada di tahap Kesepaduan Sosial.
•
Kesepaduan sosial yang mantap dan penghayatan terhadap etos
bangsa akan membawa kepada Kesepaduan Nasional.
•
Dalam usaha untuk mencapai perpaduan, proses ke arahnya iaitu
Penyatupaduan terus berjalan dan tidak akan dihentikan ekoran
sifat kepelbagaian yang wujud dalam negara.
Download