Cara pentaksiran Soal selidik / temu bual Soal selidik Kemmis dan McTaggart (1988): -soal selidik ialah soalan bertulis yang memerlukan respon. -Kaedah soal-selidik merupakan kaedah yang paling biasa digunakan oleh para penyelidik Elliot(1978), Walker(1985), Hook(1985). -Kumpulan kajian akan diberikan satu borang soal-selidik dan diminta menjawab kesemua soalan dengan jujur dan ikhlas. Soal selidik Data-data dari borang soal-selidik adalah senang diurus kerana jawapan telah disediakan. Oleh itu, jawapan perlulah senang difahami dan jelas. Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai keburukan iaitu: 1. Adalah sukar untuk menyediakan satu soal-selidik yang mengandungi soalan yang baik. 2. Proses analisis mengambil masa yang panjang. 3. Sesetengah responden tidak menjawab dengan jujur. Temu bual -merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan data. -Kaedah temubual adalah lebih kurang sama dengan kaedah soal-selidik tetapi temubual melibatkan interaksi bersemuka antara individu. -Kaedah ini mempunyai lebih banyak kebaikan jika berbanding dengan kaedah soal-selidik kerana penyelidik boleh memerhatikan responden. Temu bual -Selain itu, penyelidik mempunyai peluang untuk mendalami atau memperolehi lebih banyak data atau maklumat. -Kaedah ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: 1.temubual tersusun, 2.temubual separa susun dan 3.temubual tak tersusun. Temubual tersusun -Temubual tersusun ialah temubual yang telah disediakan dengan senarai soalan. Temubual separa tersusun -Temubual separa susun pula mempunyai soalan tambahan selain daripada senarai soalan yang ditetapkan. Temubual tak tersusun -Manakala temubual taktersusun ialah penanyaan soalan yang berlainan dan rawak, bergantung kepada penyelidik. Sekian terima kasih. Disediakan oleh: PISMP SEM3 Wong Chia Ci PL(BC)/MT/BI Siti Nor Adibas Ab.Rahman PL(BM)/MT/BI