PERANAN KUMPULAN MULTIDISIPLIN (PELBAGAI DISIPLIN) Oleh: Ranjini a/p Supramoney Wan Kamisah bt Wan Mokhtar • Kumpulan Multidisiplin (Mutidisciplinary Team MTD), Multifactor Team-MFT atau School-Based Support Team-SBST • merupakan satu kepelbagaian kumpulan perkhidmatan kepada murid-murid khas yang mana mereka bukan hanya terbatas kepada tenaga guru sahaja. Menurut Kamus Dewan (2002), • “ahli” bermaksud anggota (pertubuhan, persatuan). • “kumpulan” ialah satu kelompok orang. • “Pelbagai” pula membawa pengertian, bermacam-macam. • “disiplin” pula bermaksud satu bidang atau lapangan kajian • Zalizan (1990), pula menyatakan kumpulan pelbagai disiplin sebagai unit yang berfungsi yang dianggotai oleh individu-individu yang terlatih serta releven untuk bekerjasama dan berperanan menjadi penggerak kepada aktivitiaktiviti perkhidmatan. Menurut Overton (1992) mendefinisikan, kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi untuk mengenal pasti keperluan dan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas. Dalam Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya atau (IDEA) 1997, Kumpulan Multidisiplin ini adalah kumpulan yang diberi mandat/kepercayaan. Kumpulan Multidisiplin perlulah mengikut beberapa garis panduan semasa seseorang kanak-kanak tertentu: menilai a) Dipilih dan ditadbir supaya tidak mendatangkan perbezaan perkauman budaya atau diskriminasi seksual b) Perlu menggunakan bahasa yang dituturkan oleh murid. c)Ujian dan penilaian yang dilakukan telah disahkan d)Ujian perlu dilakukan oleh seseorang yang terlatih selaras dengan arahan yang dikeluarkan. e)Tidak boleh menggunakan prosedur tunggal untuk dijadikan sebagai kriteria dalam menentukan program pendidikan yang sesuai bagi murid dengan keperluan. f)Murid perlu dinilai dalam semua bidang yang berkaitan dengan kecacatan yang ada. g) Seseorang perlu arif tentang penilaian sesuatu kecacatan murid yang mempunyai ketidakupayaan tertentu. h) Memperincikan masalah asal atau spesifik kanak-kanak khas. i) Mengkaji semula intervensi yang telah dicuba oleh guru khas dan mengenal pasti keberkesanan strategi. j)Mengenal pasti keperluan khas pelajar dan merekodkannya k)Pemilihan penyelesaian melalui pendekatan yang paling sesuai akan dipilih untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak khas. l)Bertanggungjawab untuk menjalankan memantapkan rancangan pendidikan. dan KUMPULAN MULTIDISIPLIN DAN PERANANNYA BENTUK KOLABORASI KUMPULAN MULTI DISIPLIN Dalam proses kolaborasi ini kumpulan pelbagai disiplin memainkan peranan yang sangat penting. Menurut Golin dan Ducanis (1981), kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi yang terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu. Matlamat utama: memberikan perkhidmatan dan membantu individu berkeperluan khas dalam menangani sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka Kumpulan ini akan bergabung tenaga untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak khas. Mereka berfungsi untuk : •mengenal pasti masalah pelajar, •merancangkan program pendidikan •menilai perkembangan pelajar untuk memastikan keberkesanan Program Pendidikan Khas. Fungsi Keseluruhan Kumpulan Pelbagai Disiplin •Menaksirkan dan memperincikan masalah asal atau spesifik kanak-kanak khas dari segi masalah kognitif, fizikal, pendengaran, penglihatan, komunikasi, emosi atau tingkah laku dan sebagainya. •Mengkaji semula intervensi yang telah dicuba oleh guru khas dan mengenal pasti keberkesanan strategi untuk memulihkan masalah kanak-kanak. Ahli kumpulan akan menilai kesesuaian program pendidikan yang sedia ada. •Mencari alternatif dengan memikirkan pelbagai pendekatan untuk pemulihan. Contohnya apakah pendekatan pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak hiperaktif ? Maka ahli kumpulan yang terlibat akan memberikan pelbagai cadangan untuk mengajar kategori kanak-kanak ini. •Mengenalpasti keperluan khas pelajar dan merekodkan keperluan dan segala maklumat kanak-kanak. •Pemilihan penyelesaian melalui pendekatan yang paling sesuai akan dipilih untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak khas. Sebagai contoh kanak-kanak bermasalah pembelajaran akan dicadangkan rancangan pengajaran individu dalam program pendidikan. •Setiap kumpulan pelbagai disiplin bertanggungjawab untuk menjalankan dan memantapkan rancangan pendidikan. Menurut Giuliani, G.A dan Pierangelo R (2002) •Fungsi MTD sebagai satu unit yang memastikan sebab-sebab masalah tingkah laku, status pendidikan, pronogsis dan menentukan kanakkanak tersebut tidak berkupayaan dan layak sebagai pelajar khas. •Menurut Indvidual with Disabilites Educations Act (IDEA, 1997), peranan yang dijalankan oleh kumpulan pelbagai disiplin bermula sejak dari indentifikasi pertama bagi kanak-kanak tersebut. PERANAN IBU BAPA Ibubapa harus sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti atau respon yang tidak normal anakanak. Mereka patut mengesan kekurangan anak mereka di peringkat awal. Mereka tidak harus membiarkan sahaja jika dapat mengesan sebarang masalah atau perubahan pada anak mereka. Mereka harus berbincang dengan pakar professional berkaitan masalah atau kecacatan anak mereka supaya tindakan selanjutnya untuk membantu anak-anak mereka dapat diambil dengan segera. Mungkin peluang untuk memulihkan kecacatan tinggi jika dapat mengesan kecacatan pada peringkat awal. Goodge (1988) • keluarga sebagai satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat. • Ahli-ahli sosiologi telah mendapati bahawa dengan sokongan tinggi daripada keluarga, murid-murid akan mencapai tahap prestasi yang tinggi (Seginer, 1983). •Hubungan keluarga adalah sumber penting yang mempengaruhi harga diri dan kepuasan hidup bagi kanak-kanak lelaki dan juga perempuan (Barber & Lyons, 1994; Conger, Conger & Scaramella, 1997). •Menurut Rozumah Baharudin (2001), masalah kepincangan peranan keluarga banyak mempengaruhi serta menjejaskan pendidikan anak-anak mereka. • Anderson et al. (2003) telah mendefinisikan sokongan keluarga sebagai persepsi anak mengenai betapa baik ibu bapa dalam mendorong anak-anak bagi pemilihan dan penglibatan aktiviti. Peranan Ibu bapa • mempunyai kesedaran tentang perkembangan anak mereka • mengetahui saluran yang terbaik untuk membesarkan dan membantu anak berkeperluan khas. mengikuti perkembangan semasa anak mereka serta perkembangan tentang program pendidikan khas menghantar anak berkeperluan khas mereka untuk menerima pendidikan, rawatan perubatan dan segala program intervensi. Ibu bapa juga turut terlibat dengan terapi renang bersama anaknya di persatuan spastik Johor. Ibu bapa turut sama menyertai terapi kuda Ibu bapa murid Pendidikan Khas juga tidak ketinggalan, turut hadir ke sekolah untuk melihat pencapaian anak mereka Sebagai permulaan kumpulan penyelidik dari Tatiuc itu akan datang ke Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong di sini untuk melihat pergerakan seorang murid istimewa, Nur Damia Irsalina yang mempunyai sebuah kerusi roda khas yang ditempah oleh ibu bapanya. PERANAN PIHAK SEKOLAH membentuk kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari dan menguruskan diri. Menyediakan satu bangunan atau bilik khas untuk murid-murid berkeperluan khas. Menyediakan infrastruktur yang serba lengkap Pengetua atau guru besar juga harus memberi kerjasama dan sokongan penuh. Peralatan untuk fisioterapi disediakan oleh Sekolah Kebangsaan Taman Maluri untuk murid berkeperluan khas Peranan Guru Pendidikan Khas • membentuk dan merangsang kreativiti pelajar melalui sikap guru dalam pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). • mempelbagaikan bentuk P&P mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. • memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. PERANAN PAKAR PERUBATAN Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut. Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut. Pediatrik Pediatrik bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal. Neurologi Pakar neurologi adalah untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Pakar ini juga mengawal hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan memberikan kanak-kanak ubat “ Ritalin” untuk mengawal keaktifannya Oftomologi Pakar ini akan menaksir penglihatan pelajar. Sekiranya mereka mempunyai masalah penglihatan maka akan memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan kanak-kanak biasa. Audiologi Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran akan dirujuk kepada pakar audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran mereka. Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan yang terletak di Jalan Temerloh ini menyediakan kepakaran menilai, mencegah serta mengendalikan masalah pendengaran dan komunikasi. Terapi Pertuturan Mereka akan mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa kanak kanak. Terapi pertuturan akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk membantu kanak-kanak seperti gagap, sumbing dan kanak-kanak yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur. Contoh senaman oral motor Aktiviti Terapi Pertuturan Terapi fizikal Ahli kumpulan ini bertanggungjawab untuk menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak, melatih kemahiran hidup serta kemahiran membantu diri. Fisioterapi untuk melatih kanak-kanak khas belajar berjalan Jurupulih Carakerja Mereka lebih menitikberatkan kemahiran motor halus dan bertanggungjawab menilai murid dari segi penggunaan tangan dan jari murid. Mereka melatih murid mengasah kemahiran melalui terapi bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian bagi mengimbangi masalah fizikal. Pelaksanaan Terapi Cara Kerja oleh Jurupulih Cara Kerja untuk kanak-kanak keperluan khas Bahagian Pendidikan Khas (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS • Sekolah Kebangsaan dan Menengah yang menawarkan pengajaran dan pembelajaran khusus bagi murid pendidikan khas. PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI • Program yang menawarkan pengajaran dan pembelajaran bagi murid pendidikan khas di sekolah harian. PROGRAM INKLUSIF • Program yang menempatkan murid pendidikan khas dan murid sekolah harian dalam satu kelas. PROGRAM KHAS (KELOLAAN BPK) i) Program Pemulihan Khas • untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah” . ii) LINUS Pendidikan Khas • Tahap Satu – Saringan LINUS • Tahap Dua – Instrumen Penentu Penguasaan Dua Menulis dan Membaca (IPP2M) • Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) iii) Sekolah Dalam Hospital (SDH) • untuk pelajar-pelajar yang menghidapi penyakit kritikal yang memerlukan mereka tinggal di hospital untuk proses rawatan dan tidak membolehkan mereka mengikuti PnP di sekolah harian iv) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) • Untuk pelajar yang mengalami masalah dari segi pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) PERANAN JKM •merangkumi usaha-usaha membantu serta memberi perkhidmatan kepada warga kurang upaya bersesuaian dengan keperluan serta syarat-syarat yang ditetapkan. • menolong orang kurang upaya supaya mereka dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif. Peranan lain JKM • Sukan-tubuhkan Majlis Paralimpik Malaysia untuk beri galakan kepada OKU bersukan • Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan - tabung untuk kutip dana • Kemudahan Pendidikan – elaun bulanan RM300 • Kemudahan Akses di Bangunan Awam • Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai – juga pengecualian cukai bagi ibu bapa yang mempunyai anak OKU • Kemudahan Pengangkutan Awam • dan banyak lagi.... Pendaftaran dan kad kenal diri Bantuan alat tiruan atau otortik Elau pekerja OKU Bengkel Terlindung Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) -Menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang keperluan golongan OKU - Memberikan perkhidmatan profesional seperti perkhidmatan terapi kepada golongan OKU - Membantu dari segi kepakaran tentang proses pemulihan golongan OKU dalam kalangan petugas PDK - Memberikan bantuan kewangan Contoh badan bukan kerajaan Persatuan Kanak-kanak Spastik Pusat Bimbingan Sinaran Matahari Pusat Harian Kanak-kanak Istemewa Yayasan Sindrom Down Kiwanis NASOM KAJIAN KES i) Pusat Intervensi Autisme NASOM, Alor Setar ii) Spastik Center, Johor Bahru