Uploaded by FAIZATUL AZIRA BINTI HASSAN KPM-Guru

TEKS PENGACARA CERAMAH AADK

advertisement
Si dara manis memetik nangka
Rasanya enak sedap dimakan
Wakil AADK telahpun tiba
Selamat datang kami ucapkan
Yang Berusaha penceramah jemputan yang didatangkan khas pada hari ini iaitu
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
__________________
Yang Berusaha, Puan Hayati Bt Julaihi, Guru Besar SK Temenggong
Yang Berusaha, Encik Harun Bin Johar, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Berusaha, Puan Zeliha Bt. Wahab, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Berusaha, Encik Ahmad Zatul Asha Bin Junaidi, Penolong Kanan Kokurikulum,
Cik Nurqurul’Ain Bt. Abang Bohari, Penyelaras PPKI,
Puan Rozita Bt. Pauzi, Penyelaras Program AntiDadah,
para guru, kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatnya,
dapat kita berkumpul pada pagi ini bagi melaksanakan Ceramah Anti Dadah peringkat sekolah
bagi tahun 2023. Untuk pengetahuan semua, sambutan minggu anti dadah diadakan setiap
tahun di sekolah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah kepada seluruh warga sekolah
terutamanya kepada pelajar-pelajar. Tema Minggu Anti Dadah pada tahun ini adalah “Lebih
Baik Cegah”.
Hadirin yang dimuliakan,
Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
_____________________________________
untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dipersilakan.
********************************************************************************************Terima
kasih ______________________________ di atas ceramah yang penuh bermakna sebentar
tadi. Mudah-mudahan apa yang disampaikan dapat memberi impak yang yang besar dan
panduan kepada kami semua.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis dengan ini menjemput Puan Zeliha Bt Wahab (PKHEM) diiringi Puan Rozita Bt. Pauzi
(Penyelaras program Anti Dadah) bagi menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada
_________________________________________________________________________
_ sebagai tanda pengharagaan di atas perkoongsian ilmu yang diberikan kepada kita semua
sebentar tadi.
Terima kasih diucapkan..
Simpan sejadah di atas para,
Tersisip palang, terkena antan;
Hapuskan dadah musuh negara,
Belia cemerlang jadi kenyataan.
Hadirin sekalian, kita semakin menghampiri ke akhir acara.
Saya mewakili jawatankuasa sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan
penceramah kita _______________________________________ atas segala ilmu yang
disampaikan sepanjang ceramah kita pada hari ini.
Tidak lupa juga majlis juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam peganjuran Program Anti Dadah SK
Temenggong Tahun 2023. Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini.
Download