Uploaded by FAIZATUL AZIRA BINTI HASSAN KPM-Guru

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2023 SK TEMENGGONG

advertisement
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
SK TEMENGGONG TAHUN 2023
PENGACARA MAJLIS: HILYATI SOLEHAH & AZIRA HASSAN
AKTIVITI
TEKS UCAPAN
Dalam kerelaan majumu dewi,
Pantang rebah culas berdiri;
Salam Kemerdekaan buatmu pertiwi,
Bertatang sembah pantun penyeri.
Ayam Selasih di dahan kuini,
Memagut serangga mencari makan;
LAGU NEGARAKU Terima Kasih berkampung di sini,
Pelancaran Bulan Kebangsaan kita raikan.
Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera dan Salam
Malaysia Madani.
Bagi memulakan acara kita pada hari ini, majlis menjemput
para guru dan pelajar berdiri tegak bagi menyanyikan Lagu
Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku.
Hadirin dijemput duduk.
Yang berusaha,
Puan Hayati Bt. Julaihi
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Temenggong
KATA-KATA ALUAN
Yang dihormati,
Encik Harun Bin Johar,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Temenggong
Puan Zeliha Bt. Wahap,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Temenggong
Encik Ahmad Zatul Asha Bin Junaidi,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Temenggong.
Cik Nurqurul’ain Bt. Abang Bohari
Penyelaras PPKI
SK Temenggong
Guru-guru, warga kerja SK Temenggong serta para pelajar
yang dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Majlis Perasmian Sambutan Bulan
Kebangsaan Peringkat SK Temenggong bagi tahun 2023.
CATATAN
Lagu
Negaraku
 Lagu Ibu
Pertiwiku

Hadirin sekalian,
Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat
Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita
bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini
senantiasa diiringi kedamaian dan keamanan yang
berpanjangan.
Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai
tanda semua guru dan anak didik di sekolah ini bersama
melangkah seiring memegang iltizam menjadi warganegara
yang patriotik. Dengan tema, ‘Malaysia MADANI, Tekad
Perpaduan Penuhi Harapan. Penetapan Malaysia Madani:
Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan sebagai tema sambutan
Hari Kebangsaan ke 66 diinspirasikan Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan rakyat
mengecapi segala bentuk kemajuan dan kemodenan
berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta,
keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.
Secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan
sambutan kemerdekaan ke-66 sekaligus menjadi lambang
kesepaduan rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam
keadaan harmoni dan muhibbah. Semuanya berada di
bawah satu lembayung kepimpinan tanpa mengira bangsa
dan
agama
untuk
mengecapi
pembangunan,
kecemerlangan dan kemakmuran secara berterusan.
Hadirin Sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang Maha Esa
BACAAN DOA
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Ustaz Hilmi Bin Hamdan
Untuk melafazkan bacaan doa.
Dipersilakan.
Selesai habis bacaan doa
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis yang kita rencanakan
ini berlangsung dengan jayanya sehingga usai segalagalanya.
UCAPAN PK 1
Tentera berani menggenggam pusaka,
Melangkah mati nyawa diberi,
Jemputlah tuan berkongsi cerita,
Pengalaman hidup jadi memori.
Para guru dan murid yang dikasihi,
Majlis kita semakin tiba di persadanya. Oleh itu, majlis
seterusnya mempersilakan
Encik Harun Bin Johar
Penolong Kanan Pentadbiran
untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*******************************************************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik
Harun Bin Johar di atas kesudian menyampaikan ucapan
sebentar tadi.
Adat berbicara menyampaikan pesan,
Adat upacara menyampaikan aluan.
Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Oleh
yang demikian, majlis menjemput
UCAPAN
PERASMIAN
Yang Berusaha
Puan Hayati Bt Julaihi
Guru Besar Temenggong
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya
merasmikan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan SK
Temenggong yang ke 66 bagi Tahun 2023.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar
kerana sudi menyampaikan ucapan dan
menyempurnakan perasmian sebentar tadi sebentar tadi.
Keris Melayu 3ambing pusaka,
Tepak Sirih lambing sejahtera,
Maruah kita hendaklah dijaga,
Benteng kuat pertahankan Negara.
GIMIK
PERSEMBAHAN
Kini tibalah masanya untuk kita saksikan gimik
persembahan yang cukup menarik sebagai simbolik
perasmian bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah
Kebangsaan Temenggong Tahun 2023.
Sebagaimana yang kita saksikan deruman enjin motosikal
berkuasa tinggi sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan
ini.
Majlis dengan sukacitanya, sekali lagi menjemput dan
mempersilakan
________________________________________
------------------------------------------------------------------Diiringi
kesemua
penolong-penolong
kanan
SK
Temenggong ke pentas utama bagi menyempurnakan gimik
pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Temenggong Tahun
2023.
Deguplah jantung kita,
Nyatakanlah di dalam hati,
Kita berbangga menjadi rakyat Malaysia,
Marilah kita bertepuk tangan,
Memberi sokongan 66 Tahun kemerdekaan
Malaysia Madani...
Terima kasih diucapkan kepada
____________________________________
-----------------------------------------------------------serta barisan pentadbir di atas kesudian menyempurnakan
majlis sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan, gimik pelancaran sebentar tadi
secara keseluruhannya telah diberi sentuhan oleh Encik
Wan Zainal Abiddin Bin Wan Hossen. Terima kasih
diucapkan.

Hadirin sekalian,
PERSEMBAHAN
SAJAK
PPKI
Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat
kemerdekaan ini, dijemput adik _____________________
dari kelas PPKI ______________________ untuk
medeklamasikan
sajak
yang
bertajuk
__________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Bergetar rasanya apabila mendengarkan sajak yang
dideklamasikan oleh _________________sebentar tadi.
Malah, suara lunaknya juga menaikkan semangat
kemerdekaan ini.
LAGU
GURINDAM
JIWA
Hadirin yang dihormati,
Berjalan kaki di atas titi,
Ke kedai Nyonya membeli roti,
Ayuh semua kita berdiri,
Menyanyi dengan riang hati.
NYANYIAN LAGU
Majlis kita akan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu-lagu
PATRIOTIK
patriotik.
Hadirin dipersilakan berdiri dan bersama-sama
mengibarkan bendera sebagai lambang semangat cintakan
tanah air kita.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian
lagu patriotik yang penuh semangat sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
Begitulah tadi meriahnya majlis sambutan pelancaran
“Bulan Kemerdekaan”. Ingatlah ini baru sahaja permulaan.
Diharapkan sambutan ini akan sentiasa bersemangat dan
hangat sepanjang sambutan bermula pada hari ini hinggalah
pada penutupnya pada 16 September kelak.
PENUTUP
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru
dan murid atas kehadiran dan kerjasama anda. Sekian
daripada kami.
Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.




Malaysia Madani
Keranamu
Malaysia
Jalur Gemilang
Tanggal 31
Download