LAPORAN REFLEKSI KURSUS SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2022/2023 PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM KAMPUS INDUK Nama Pelajar : SAIYIDATUL SUHAILAH BINTI SHAH KHOLIT No.Kad Pengenalan : 000208-07-0316 No.Matrik : 149154 Kod Kursus : WSU101 Nama Pensyarah : PROF MADYA DR MOHD SAYUTI HASSAN Arahan: Lengkapkan borang berdasarkan soalan-soalan berikut: 1. Adakah anda mengalami pengalaman yang menyeronokkan sewaktu mengikuti kursus tersebut? Nyatakan secara terperinci perkara yang menyumbang kepada hak tersebut? Sepanjang saya mengikuti kursus ini, saya mendapat banyak pengalaman menarik. Saya dapat mengenali ramai kenalan baharu yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara. Selain itu, saya juga mendapat pengalaman baharu lebih-lebih lagi sepanjang melakukan projek khidmat komuniti. Saya juga sangat menikmati setiap ilmu khusunya mengenai SDG yang disampaikan sepanjang kuliah berlangsung. Secara tidak langsung, ilmu-ilmu ini dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya. Kerja-kerja kursus yang diberikan juga tidak membebankan pelajar menjadikan kursus ini lebih santai dan saya dapat memberikan fokus sepenuhnya sepanjang kursus ini berlangsung. 2. Bagaimana pelaksanaan kursus ini telah memperkayakan pengetahuan, bakat, kemahiran insaniah (kerja berpasukan,komunikasi etc) atau/dan nilai-nilai murni dalam diri anda? Kursus ini telah banyak menambahkan ilmu pengetahuan saya mengenai isu semasa khususnya melibatkan kelestarian alam. Selain itu, kuliah yang disampaikan oleh beberapa pakar yang dijemput khas walaupun di atas talian telah memberikan pengetahuan yang lebih mendalam tentang sesuatu isu yang dibincangkan. Melalui pembentangan individu yang dijalankan setiap minggu telah membantu dalam menaikkan keyakinan seseorang individu dalam bersuara di hadapan khalayak ramai. Kemahiran bekerja dalam pasukan juga dapat diketengahkan dalam melaksanakan semua tugasan yang diberikan. Sepanjang melakukan setiap tugasan, khususnya yang dijalankan di dalam kumpulan, saya belajar cara berkomunikasi sesama ahli agar setiap tugasan dapat dilakukan secara efisien dan teratur. 3. Adakah terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilaukukan oleh pihak PRK, instructor atau lain-lain komen berkaitan dengan pelaksanaan kurus tersebut? Sepanjang kursus ini dijalankan, saya berpuas hati dengan pelaksanaan dan penyampaian oleh Pro Madya Dr Mohd Sayuti. Namun begitu, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat seperti menjemput penceramah untuk menyampaikan kuliah secara bersemuka agar penyampaian lebih berkesan seterusnya memberikan impak yang lebih positif kepada pelajar. Selain itu, saya juga berharap agar aktiviti di dalam kuliah dapat diperbanyakkan agar dapat menarik fokus dan minat pelajar sepanjang kuliah berlangsung. Tandatangan pelajar: Tarikh: __________________ 9/12/2022 _____________