Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Kuala Lumpur

advertisement
SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA 2
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR
BIL 1 / 2022
TARIKH:
12 FEBRUARI 2022
TEMPAT:
PLANETARIUM NEGARA, DISCOVERIA AVENUE & KILANG VITAGEN
ANJURAN:
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK
1.0 PENDAHULUAN
Kuala Lumpur dari pekan lombong kecil telah menjadi bandar yang terutama di Selangor.
Kuala lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara
dan bandar raya terbesar di Malaysia. Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di Kuala
Sungai Gombak dan Klang. Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor pada tahun 1880
kerana disebabkan kejayaan Kapitan Yap. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, Kuala
Lumpur menjadi ibu negara Persekutuan Tanah Melayu dan bersambung menjadi ibu
negara kepada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kuala Lumpur maju dengan cepat
semenjak kepesatan ekonomi Asia pada awal 1990-an. Terdapat pelbagai destinasi
pelancongan di Kuala Lumpur. Bandar raya ini mempunyai beberapa rumah ibadah
dengan struktur pembinaan yang unik dan moden.
Lawatan sambil belajar ini dianjurkan oleh Persatuan Sains dan Matematik Sekolah
Kebangsaan Seremban Jaya 2. Tempat-tempat yang dilawati ialah Discoveria Avenue K,
Kilang Vitagen dan Planetarium Negara. Planetarium Negara merupakan sebuah institusi
pendidikan tidak formal dalam bidang Astronomi dan Sains Angkasa. Tempat ini terletak
di atas tanah seluas 14 ekar di dalam kawasan Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.
Seni binanya yang unik bercirikan seni bina Islam berinspirasi pencapaian Astronomi dan
Sains Angkasa semasa kegemilangan tamadun Islam. Lawatan ke Discoveria penting
untuk menjadikan para pelajar untuk mempelajari ilmu alam prasejarah pada era
Mesozoik. Para pelajar dapat menyedari para pelajar tentang ilmu alam sekitar supaya
menjadi insan yang mencintai alam. Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada murid
untuk mendekati, memerhati dan mengaplikasikan kemahiran Sains dan inovasi yang
dipelajari di bilik darjah menerusi lawatan ini.
2.0 MATLAMAT
Lawatan sambil belajar ini dapat memberikan satu pengetahuan baharu kepada pelajar
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2. Melalui program ini pelajar dapat menimba
pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengalaman
1
dan ilmu pengetahuan ini juga dapat digunakan sebagai panduan hidup pada masa akan
datang.
3.0 OBJEKTIF
Pada akhir lawatan ini murid harus mencapai objektif iaitu:3.1 Menambahkan ilmu pengetahuan dan memberi peluang kepada murid-murid
untuk merasai suasana dan aktiviti dijalankan.
3.2 Menimba pengetahuan tentang asal usul Vitagen dan menimba pengalaman
menghasilkan Vitagen.
3.3 Menambah pengalaman dan pengetahuan murid tentang bidang Sains angkasa
lepas di Malaysia.
3.4 Menjadikan pembelajaran Sains lebih berkesan dan menyeronokkan dengan
mengadakan lawatan ke Planetarium Negara.
3.5 Mengenali spesies-spesies yang telah pupus dan bagaimana sesetengah spesies
menjadi pupus serta menimba pengalaman di dunia dinosaur.
3.6 murid-murid dapat mempelajari perkembangan alam sekitar di bumi yang berusia
4.52 bilion tahun.
4.0 TEMA
Tema lawatan sambil belajar ini ialah ‘Jauh Perjalanan Luas Pemandangan’.
5.0 TARIKH
Lawatan ini akan dijalankan pada 12 Februari 2022.
6.0 TEMPAT
2
Tempat-tempat yang akan dilawati ialah Discoveria Avenue K, Kilang Vitagen dan
Planetarium Negara.
7.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Lawatan sambil belajar ini akan dijalankan pada selama satu hari.
8.0 SASARAN
Pelajar yang disasarkan untuk menyertai lawatan sambil belajar ini ialah seramai 80 orang
pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2.
9.0 JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi
: Abinaya Bharathi A/P Ramao
Timbalan pengerusi
: Nur Syahirah Goh
Setiausaha
: Rutrapriya A/P Permalu
Bendahari
: Aruna Nair A/P Vijayan
JK Pengangkutan
: Mogan A/L K. Marappan
JK Makanan & Minuman
: Siti Najwa Balqis binti Md Nordin
JK Disiplin
: Subharoshini A/P Balakrishnan
JK Buku Program
: Kirtigaa A/P David
3
10.0
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
Pengerusi
Mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahli jawatankuasa.
Setiausaha
Menyediakan surat-surat kebenaran ibu bapa, pengurus
tempat yang ingin melawat. Menghubungi pihak-pihak yang
terlibat dengan program lawatan. Sentiasa memantau
tindakan-tindakan JK dan memaklumkan kepada pengerusi
dan naib pengerusi tentang perkembangan terkini urusan
lawatan. Menyediakan laporan selepas tamat setiap
mesyuarat. Mendokumentasikan aktiviti sepanjang lawatan.
Bendahari
Menyimpan dan mengumpul wang kutipan yuran dan
sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan menyelaraskan
wang keluar masuk.
JK Pengangkutan
Mencari bas yang sesuai dan selamat. Menghubungi pihak
bas dan menyiasat tentang bayaran. Memastikan bas yang
dipilih mempunyai permit dan insurans.
JK Makanan & Minuman
Menguruskan makanan dan minuman murid serta guru
sepanjang lawatan.
JK Disiplin
Memastikan disiplin pelajar sepanjang lawatan dijalankan.
JK Buku Program
Menyediakan tentatif program.
11.0
Bil.
SENARAI MAKLUMAT GURU PENGIRING
Nama
No. Kad
No. Telefon
Pengenalan
1
Abhirami A/P Varasingam
021102031254
013-5254789
2
Siti Najwa Balqis binti Md Nordin
010315143456
011-1795622
3
Subharoshini A/P Balakrishnan
020218086154
019-1616515
4
Kirtigaa A/P David
000526148431
019-6562689
5
Mogan A/L K. Marappan
020807045214
016-4624492
6
Nur Natasya Aleya binti Yunos
020314088314
019-5422466
7
Tachaiyinee A/P Siva
020115026134
013-2416264
8
Darshanah A/P Tiagarajah
021109144623
011-2563245
4
12.0
ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN
12.1 Sumber:
Yuran murid (80 orang x RM 50)
RM 4000.00
Peruntukan unit PIBG
RM 3000.00
Sumbangan YAB
RM 8000.00
Jumlah
RM 15 000.00
12.2 Perbelanjaan:
Pengangkutan bas
RM 1600.00 X 2
RM 3200.00
Tiket Kilang Vitagen
RM 20.00 X 80 orang
RM 1600.00
Tiket Discoveria Avenue K
RM 50.00 X 80 orang
RM 4000.00
Tiket Planetarium Negara
RM 40.00 X 80 orang
RM 3200.00
Makanan dan minuman
RM 20.00 X 80 orang
RM 1600.00
Hadiah dan cenderamata
RM 10.00 X 80 orang
RM 800.00
RM 500.00
RM 500.00
Kecemasan
Jumlah
13.0
RM 14 900.00
PENILAIAN
Berdasarkan kertas kerja yang saya sediakan, berharap agar lawatan ini akan berjaya
dengan sokongan pihak jawatankuasa lawatan ini.
14.0
PENUTUP
Dengan ini, diharapkan perjalanan program lawatan sambil belajar ini akan mencapai
matlamat dan objektif seperti yang dirancang. Seterusnya, melahirkan generasi kelas
pertama yang kaya dengan ketahanan jiwa, keseimbangan emosi dan kecemerlangan
spiritual. Pengalaman daripada lawatan ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam
meningkatkan minat dan kesedaran tentang kepentingan Sains, teknologi dan inovasi
sebagai pemangkin kegemilangan global.
5
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
Rutra
Abinaya
(RUTRAPRIYA A/P PERMALU)
Setiausaha,
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah kebangsaan Seremban jaya 2
(ABINAYA BHARATHI A/P RAMAO)
Pengerusi,
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah kebangsaan Seremban jaya 2
Disahkan oleh,
Baskaran
(BASKARAN PERUMAL)
Guru Besar,
Sekolah kebangsaan Seremban jaya 2
6
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
Aliran Kerja Lawatan
Tarikh
Aktiviti
Pihak yang
Tindakan
diluluskan/dirujuk
Minggu 1
Sebelum lawatan
(Januari
1. Mengadakan
2022)
penubuhan
mesyuarat
JK
pelaksana
dan
Semua guru
Guru besar
yang terlibat
Guru besar
Setiausaha
berbincang mengenai lawatan yang
akan dijalankan.
Minggu 2
2. Menyediakan
dan
menghantar
(Januari
kertas kerja kepada guru besar
2022)
untuk mendapatkan persetujuan.
Minggu 3
3. Memaklumkan dan mengumpulkan
(Januari
nama daripada murid-murid yang
2022)
berminat untuk mengikuti lawatan.
Minggu 3
4. Memohon
surat
kebenaran
(Januari
daripada pihak pengurusan tempat
2022)
yang ingin dilawati.
Minggu 3
Semua guru
Guru besar
Pihak pengurus
tempat yang ingin
Setiausaha
dilawati
5. Menyediakan tentatif program.
(Januari
yang terlibat
JK Buku
Guru besar
Program
2022)
Minggu 3
6. Menguruskan tempahan bas.
(Januari
JK
Syarikat bas
Pengangkutan
2022)
Minggu 3
(Januari
7. Menguruskan tempahan makanan
dan minuman.
JK Makanan
Kedai makan
& Minuman
2022)
Minggu 4
8. Mengadakan mesyuarat kali kedua
(Januari
untuk membincangkan persiapan
2022)
sehingga kini.
Minggu 4
Semua guru
Guru besar
yang terlibat
PPD
Setiausaha
9. Mengisi dan menghantar borang
(Januari
permohonan kebenaran daripada
2022)
PPD.
Minggu 4
(Januari
10. Mendapatkan
surat
kebenaran
daripada PPD.
PPD
Setiausaha
Ibu bapa
Setiausaha
2022)
Minggu 4
(Januari
11. Mendapatkan
surat
kebenaran
daripada ibu bapa.
2022)
Minggu 1
12. Mengadakan mesyuarat kali ketiga
(Februari
untuk mengenal pasti status terkini
2022)
persiapan lawatan.
Minggu 1
(Februari
Semua guru
Guru besar
yang terlibat
Guru besar
Bendahari
13. Mengutip yuran daripada muridmurid.
2022)
Minggu 1
14. Mengadakan
(Februari
jadual
lawatan
2022)
keselamatan.
taklimat
dan
tentang
peraturan
Minggu 1
Semasa lawatan
(Februari
15. Menjalankan aktiviti seperti dalam
2022)
jadual perancangan.
Minggu 2
Selepas lawatan
(Februari
16. Menyediakan laporan lawatan.
2022)
17. Post-mortem
Semua guru
Guru besar
yang terlibat
Pihak pengurus
Semua guru &
tempat yang ingin
murid yang
dilawati
terlibat
Guru besar
Setiausaha
LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAM
Masa
6.30 pagi
Aktiviti
-Murid-murid mula berkumpul di tapak perhimpunan SK Seremban
Jaya 2.
-Guru menyemak senarai nama pelajar yang telah sampai ke
sekolah.
7.00 pagi
-Bas bertolak dari SK Seremban Jaya 2
8.00 pagi
-Bas tiba di Muzium Coklat, Kota Damansara. Guru mengedarkan
sarapan kepada pelajar.
9.00 pagi
-Murid-murid diiringi oleh guru ke Discoveria Avenue K.
-Murid-murid mengenali sejarah tentang spesies-spesies yang telah
pupus dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.
12.00 tengah hari
-Aktiviti dijangka tamat.
-Guru mengedarkan makanan tengah hari kepada pelajar.
-Bas bertolak ke Kilang Vitagen.
1.00 petang
-Murid sampai ke Kilang Vitagen.
-Murid-murid dan para guru melawat Kilang Vitagen.
-Murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
kilang.
-Murid-murid dan para guru menerima cenderamata daripada
pengusaha Kilang Vitagen.
4.00 petang
-Aktiviti dijangka tamat.
-Guru mengadakan kuiz ringkas di dalam bas dan pelajar yang
menjawab soalan menerima hadiah.
-Guru mengedarkan minuman petang kepada murid-murid.
-Bas bertolak ke Planetarium Negara.
6.00 petang
-Para pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan kecil.
-Setiap kumpulan melawati Planetarium Negara dengan iringan guru.
9.00 malam
-Semua pelajar dan guru kembali ke bas.
-Bas bertolak ke SK Seremban Jaya 2.
10.00 malam
-Bas tiba di SK Seremban Jaya 2.
-Bersurai.
LAMPIRAN 3
SENARAI SEMAK
JAWATANKUASA
TUGASAN
SELESAI
(/)
Pengerusi
Mengadakan
mesyuarat
bersama
ahli-ahli jawatankuasa.
Menyediakan surat-surat kebenaran
ibu bapa dan pengurus tempat yang
ingin melawat.
Menghubungi
pihak-pihak
yang
terlibat dengan program lawatan.
Sentiasa
tindakan
Setiausaha
memantau
JK
dan
tindakan-
memaklumkan
kepada pengerusi dan naib pengerusi
tentang perkembangan terkini urusan
lawatan.
Menyediakan laporan selepas tamat
setiap mesyuarat.
Mendokumentasikan
aktiviti
sepanjang lawatan.
Menyimpan dan mengumpul wang
Bendahari
kutipan yuran dan sumbangan.
Mengawasi
perbelanjaan
dan
menyelaraskan wang keluar masuk.
Mencari
bas
yang
sesuai
dan
pihak
bas
dan
selamat.
JK Pengangkutan
Menghubungi
menyiasat tentang bayaran.
Memastikan
bas
yang
dipilih
mempunyai permit dan insurans.
JK
Makanan
Minuman
& Menguruskan
makanan
dan
minuman murid serta guru sepanjang
lawatan.
CATATAN
JK Disiplin
Memastikan
disiplin
sepanjang lawatan dijalankan.
JK Buku Program
Menyediakan tentatif program.
pelajar
LAMPIRAN 4
SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA 2
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
KUALA LUMPUR TAHUN 2022
BILANGAN 01/2022
Tarikh
: 7 Januari 2022
Hari
: Jumaat
Masa
: 3.00 petang
Tempat
: Bilik Mesyuarat SK Seremban Jaya 2
Kehadiran:
1
Encik Nazrol bin Ahmad
- Yang Dipertua PIBG
2
Encik Baskaran Perumal
- Penasihat (Guru Besar)
3
Encik Kamal bin Yusof
- Naib Yang Dipertua PIBG
4
Puan Abinaya Bharathi A/P Ramao
- Pengerusi Persatuan Sains dan Matematik
5
Puan Nur Syahirah Goh
- Naib Pengerusi Persatuan Sains dan Matematik
6
Cik Rutrapriya A/P Permalu
- Setiausaha
7
Puan Aruna Nair A/P Vijayan
- Bendahari
8
Encik Mogan A/L K. Marappan
- Guru Persatuan Sains dan Matematik
9
Cik Siti Najwa Balqis binti Nordin
- Guru Persatuan Sains dan Matematik
10
Puan Subharoshini A/P Balakrishnan
- Guru Persatuan Sains dan Matematik
11
Cik Kirtigaa A/P David
- Guru Persatuan Sains dan Matematik
Agenda Mesyuarat:
1.0 Ucapan Alu-aluan YDP PIBG
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sekolah dan guru
besar dengan persiapan mesyuarat lawatan sambil belajar bilangan 1 tahun
2022.
2.0 Ucapan Guru Besar SK Seremban Jaya 2
2.1 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru Persatuan Sains dan
Matematik yang sanggup meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat
lawatan sambil belajar dan mengambil langkah untuk menganjurkan lawatan
sambil belajar ke Kuala Lumpur.
2.2 Beliau
mencadangkan
untuk
mencari
sumbangan
untuk
menampung
perbelanjaan lawatan sambil belajar ini.
3.0 Perbincangan Dan Cadangan Tempat Yang Ingin Dilawati
3.1 Pengerusi melantik jawatankuasa bagi melaksanakan persiapan lawatan dengan
lancar.
3.2 Setiausaha mengagihkan tugasan-tugasan yang akan dilaksanakan oleh
jawatankuasa.
3.3 Pengerusi Persatuan Sains dan Matematik menyenaraikan tempat-tempat yang
akan dilawati, iaitu Discoveria Avenue K, Planetarium Negara dan Kilang Vitagen.
4.0 Perkara berbangkit
4.1 Bendahari mencadangkan mendapatkan sumbangan dari pihak luar kerana
perbelanjaan dan harga tiket tempat-tempat yang dilawati agak mahal.
5.0 Hal-hal lain
5.1 Encik Nazrol bin Ahmad, YDP PIBG berjanji untuk memberikan sumbangan
sebanyak RM 3000.00 mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
6.0 Penutup
6.1 Semua guru Persatuan Sains dan Matematik diminta bersedia dengan lawatan
sambil belajar ke Kuala Lumpur.
6.2 Guru-guru diharap dapat menjalankan bidang tugas yang diberi dengan baik.
Dicatat dan disediakan oleh:
_____Rutra____________
(Rutrapriya A/P Permalu)
Setiausaha,
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2,
LAMPIRAN 5
Dato' Seri Haji Aminuddin
Yab Menteri Besar Negeri Sembilan,
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato’ Abdul Malek,
70503 Seremban,
Negeri Sembilan.
U.P: Dr. Ahmad Safwan Mohamad
Ahli Majlis Daerah Seremban
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENGADAKAN LAWATAN PADA 12 FEBRUARI 2022
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2 akan
menganjurkan satu lawatan sambil belajar yang akan di adakan pada 12 Februari 2022.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan satu pengetahuan baharu kepada
pelajar Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2. Melalui program ini pelajar dapat menimba
pengalaman yang dapat digunakan sebagai panduan hidup pada masa akan datang.
3.
Sehubungan dengan itu, kami dari Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2 ingin
memohon jasa baik tuan untuk memberikan sedikit sumbangan bagi melaksanakan lawatan
ini dengan lebih baik seperti yang dirancang. Program tersebut akan diadakan seperti tarikh
dan ketetapan seperti berikut:
Tarikh
Tempat
:
:
12 Februari 2022
Planetarium Negara, Discoveria Avenue K & Kilang Vitagen
Masa
:
6.30 pagi – 10.00 malam
4.
Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat membantu kami menjayakan
lawatan ini. Maklumat program dan anggaran nilai bagi membuat lawatan ini dikepilkan
bersama bagi tindakkan selanjutnya.
Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
Rutra
...................................
(RUTRAPRIYA A/P PERMALU)
Setiausaha,
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah kebangsaan Seremban jaya 2,
70400 seremban,
Negeri Sembilan
LAMPIRAN 6
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
04 Januari 2021
Tuan / Puan,
Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
Saya bagi pihak Persatuan Sains dan Matematik sekolah ini ingin memaklumkan bahawa
persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Planetarium Negara,
Discoveria Avenue K dan Kilang Vitagen yang terletak di Kuala Lumpur pada 12 Februari
2022, jam 6.30 pagi hingga 10.00 malam.
2.
Rombongan kami terdiri daripada 80 orang pelajar dan lapan orang guru pengiring.
Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk memberikan satu pengetahuan baharu
kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2. Melalui program ini pelajar dapat
menimba pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Pengalaman dan ilmu pengetahuan ini juga dapat digunakan sebagai panduan hidup pada
masa akan datang.
3.
Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak Tuan.
4.
Segala Kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.
Sekian, dimaklumkan.
Yang benar,
Rutra
(RUTRAPRIYA A/P PERMALU)
Setiausaha,
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah kebangsaan Seremban jaya 2,
70400 seremban,
Negeri Sembilan
LAMPIRAN 7
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Pengarah Perbadanan Discoveria Avenue K Kuala Lumpur,
2, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor.
10 Januari 2021
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Ke Discoveria Avenue K Kuala Lumpur
Berhubung perkara di atas, Persatuan Sains dan Matematik sekolah kami bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Discoveria Avenue K Kuala Lumpur.
2.0
Perincian lawatan adalah seperti di bawah:
Tarikh
: 12 Februari 2021
Hari
Masa
: Sabtu
: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Peserta
: 88 peserta (guru dan pelajar)
3.0
Pihak kami memilih untuk mengunjungi tempat Tuan untuk mengenali sejarah spesiesspesies yang telah pupus. Selain itu, murid-murid juga dapat mengenali spesies-spesies yang
telah pupus dan bagaimana sesetengah spesies menjadi pupus serta menimba pengalaman
di dunia dinosaur. Selain itu, murid-murid dapat mempelajari perkembangan alam sekitar di
bumi yang berusia 4.52 bilion tahun.
4.0
Oleh itu, kami berharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan
permohonan kami ini. Segala urusan boleh hubungi talian 019-5419144. Kerjasama dari pihak
Tuan kami dahului ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Rutra
(RUTRAPRIYA A/P PERMALU)
Setiausaha,
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah kebangsaan Seremban jaya 2,
70400 seremban,
Negeri Sembilan
LAMPIRAN 8
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Pengarah Perbadanan Kilang Vitagen,
Kilang Vitagen seksyen 14 Petaling Jaya,
46300 Petaling Jaya,
Selangor .
10 Januari 2021
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Ke Kilang Vitagen
Berhubung perkara di atas, Persatuan Sains dan Matematik sekolah kami bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Vitagen.
2.0
Perincian lawatan adalah seperti di bawah:
Tarikh
: 12 Februari 2021
Hari
Masa
: Sabtu
: 1.00-4.00 petang
Peserta
: 88 peserta (guru dan pelajar)
3.0
Pihak kami memilih untuk mengunjungi tempat Tuan untuk mengetahui asal usul
vitagen. Pelajar dapat pengalaman secara langsung melihat cara memproses vitagen.
4.0
Oleh itu, kami berharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan
permohonan kami ini. Segala urusan boleh hubungi talian 019-5419144. Kerjasama dari pihak
Tuan kami dahului ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Rutra
(RUTRAPRIYA A/P PERMALU)
Setiausaha,
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah kebangsaan Seremban jaya 2,
70400 seremban,
Negeri Sembilan
LAMPIRAN 9
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Pengarah Perbadanan Planetarium Negara,
53, Jalan Perdana, Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
10 Januari 2021
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Ke Planetarium Negara
Berhubung perkara di atas, Persatuan Sains dan Matematik sekolah kami bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Planetarium Negara.
2.0
Perincian lawatan adalah seperti di bawah:
Tarikh
: 12 Februari 2021
Hari
Masa
: Sabtu
: 6.00-9.00 malam
Peserta
: 88 peserta (guru dan pelajar)
3.0
Pihak kami memilih untuk mengunjungi tempat tuan untuk menambahkan pengalaman
dan pengetahuan murid tentang bidang sains angkasa lepas di Malaysia.
4.0
Oleh itu, kami berharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan
permohonan kami ini. Segala urusan boleh hubungi talian 019-5419144. Kerjasama dari pihak
Tuan kami dahului ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Rutra
(RUTRAPRIYA A/P PERMALU)
Setiausaha,
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah kebangsaan Seremban jaya 2,
70400 seremban,
Negeri Sembilan
LAMPIRAN 10
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Hjh Rodiah binti Mohd Jan
Pegawai Pendidikan Daerah Seremban,
KM4,Jalan Kuala Pilah,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan
03 Januari 2022
Tuan,
Memohon Kebenaran Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur.
Merujuk perkara di atas, saya Rutrapriya A/P Permalu selaku Setiausaha Persatuan Sains
dan Matematik Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2, Seremban ingin meminta
kebenaran tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Vitagen, Discoveria
Avenue K dan Planetarium Negara pada 12 Februari 2022.
2.
Berikut merupakan keterangan berkenaan lawatan sambil belajar tersebut.
Tarikh
: 12 Februari 2022
Hari
: Sabtu
Masa
: 6.30 pagi hingga 10.00 malam
Jumlah peserta
: 80 orang peserta
Jumlah guru pengiring
: 8 orang
Pengangkutan
: bas disediakan oleh pihak sekolah
3.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid melawat
tempat menarik yang terdapat di Kuala Lumpur khasnya selain dapat dijadikan sebagai
proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung. Selain itu juga, lawatan ini
bertujuan sebenarnya untuk memenuhi sukatan pelajaran Sains yang menuntut supaya
sekurang-kurangnya satu lawatan diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid
berdasarkan pengalaman yang diperoleh kemudian mampu dipraktikkan sewaktu berada
dalam kelas nanti.
4. Di samping itu, lawatan ini dapat memenuhi aktiviti tahunan persatuan kami pada tahun
2022. Di sekolah kami, setiap persatuan dikehendaki untuk mengadakan pembentangan
pada akhir tahun nanti kerana penilaian akan dilakukan berdasarkan jumlah aktiviti yang
dijalankan olah setiap persatuan di sekolah.
6.
Kami amat berharap permohonan ini mendapat maklum balas yang positif daripada
pihak tuan. Segala usaha tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang menjalankan tugas,
Rutra________
______
(RUTRAPRIYA A/P PERMALU)
Setiausaha,
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah kebangsaan Seremban jaya 2,
70400 seremban,
Negeri Sembilan
LAMPIRAN 11
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Pihak Yang Berkenaan
Tarikh: 10 Januari 2022
Tuan,
Memohon Kebenaran Ibu bapa / Penjaga
Adalah saya ............................................................................... ibu / bapa / penjaga kepada
………………………………………………… No Kad Pengenalan…..………………….. dengan
ini membenarkan / tidak membenarkan *anak / anak jagaan* saya untuk menyertai lawatan
sambil belajar ke Kuala Lumpur seperti berikut:
2.
Tarikh
Tempat
:
:
12 Februari 2022
Planetarium Negara, Discoveria Avenue K & Kilang Vitagen
Masa
:
6.30 pagi – 10.00 malam
Saya faham bahawa pihak sekolah telah memberi segala penerangan dan penjelasan
serta akan mengambil segala langkah keselamatan dan pengawasan di sepanjang lawatan
tersebut dilaksanakan.
3.
Saya faham dan membenarkan pihak sekolah untuk mengambil langkah-langkah
keselamatan yang sewajarnya. Dengan ini, saya memberi pengakuan bahawa saya tidak
akan membuat atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap
pihak tuan ataupun sesiapa yang ada kaitan dengan program / aktiviti ini atas apa-apa
kemalangan, kecacatan, kematian dan sebarang kecederaan terhadap anak jagaan saya
semasa dan sepanjang program ini berjalan.
4. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah memberikan apa-apa bentuk pertolongan
cemas atau rawatan ke atas anak / jagaan* saya jika didapati perlu.
Sekian, terima kasih.
………………………………..
(Tandatangan ibu bapa / penjaga)
Nama
: …………………………………….
No K/P
: …………………………………….
No Tel
: ……………………………………..
Download