SRI GARDEN KUALA LUMPUR KERJA KURSUS PENILAIAN MENENGAH RENDAH Tajuk: Amalan Kitar semula di kawasan kajian saya iaitu Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur NAMA : TINGKATAN : NAMA GURU : TARIKH HANTAR : TANDATANGAN PELAJAR —————————- TANDATANGAN GURU ————————— 2.0 SENARAI KANDUNGAN TAJUK 1) Penghargaan 2) Pendahuluan 3) Objektif Kajian 4) Kawasan Kajian 5) Kaedah Kajian 6) Hasil Kajian 7) Rumusan 8) Rujukan 9) Lampiran 10) Bukti ( soal selidik dan temu bual ) HALAMAN 1 3.0 PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua En. Peter Wells kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Puan Andrew yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa iaitu x dan y kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu ___________________,______________________t yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. 1 4.0 PENDAHULUAN Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Amalan Kitar Semula. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai amalan kitar semula. Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai pusat kitar semula dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga bulan Mei. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas 2) Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula 3) Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula 4) Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula 5) Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula. Saya amat bersyukur kerana amalan kitar semula diamal di kawasan kajian saya. 6.0 KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya ialah Taman Maluri yang terletak di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Taman Maluri terletak di tenggara Cheras. Dari pandang darat kawasan kajian saya, Pudu terletak di barat Taman Maluri manakala Jalan Chan Sow Lin terletak di barat daya Taman Maluri. Jarak Taman Maluri dari Bandaraya Kuala Lumpur ialah 2 km. Luas Taman Maluri ialah lebih kurang 2 km persegi. Di kawasan kajian saya mempunyai banyak rumah teres, kondominium, apartment, kedai dan pejabat. Taman yang berhampiran dengan Taman Maluri ialah Pandan Indah, Pandan Jaya, Taman Miharja dan Kampung Pandan. Fungsi Taman Maluri ialah pusat perniagaan, pusat pendidikan dan petempatan.Sebelum Taman Maluri dimajukan, ia merupakan kawasan lombong bijih timah dan kawasan penternakan. Dalam kajian ini saya hanya menumpu kepada petempatan dan perkembangan sahaja Peta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2) Peta Taman Maluri kawasan kajian 7.0 KAEDAH KAJIAN Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti amalan kitar semula yang terdapat di kawasan kajian saya. 2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar semula. Temu bual dijalankan kepada penduduk yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kajian. 3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik – sila rujuk lampiran ) 4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula 8.0 DAPATAN KAJIAN 8.1 Konsep Kitar Semula Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran, dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan. GUNA SEMULA KITAR SEMULA KURANG GUNA 8.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di kampung saya ialah kertas, plastik dan kaca. Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung saya ialah MENJUAL bahanbahan kitar semula ini di pekan Parit Sulong. Kebanyakan daripada penduduk kampung akan membawa sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar semula. Terdapat juga penduduk yang MENGGUNAKAN SEMULA bahan kitar semula ini untuk menjimatkan perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat keceriaan di dalam rumah, menggunakan kedua-dua helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti bunga kertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan. Selain itu, terdapat penduduk yang sudi bekerjasama MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah pendapatan Persatuan bagi menampung program-program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai ringgit yang tinggi di pasaran. Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba untuk MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI KERTAS DAN PLASTIK. Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak menggunakan plastik, polisterin ketika membungkus barang atau makanan. Kertas juga dijimatkan supaya tidak membazir begitu sahaja. Saya bersyukur amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula. Plastik Kaca logam kertas aluminium Jadual Menunjukkan Bahan Kitar Semula Penduduk Kawasan Kajian Yang ditemu bual Jenis Bahan Yang Dikitar kertas Bilangan 11 Plastik Kaca Logam Bilangan 4 3 2 20 8.3 Kepentingan Kitar Semula. 1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal? 2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak. 3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita. 4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen. ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih. iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam. iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca. Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapka unsur tanggungjawab dan sayangkan kepada negara seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat. Kepentinagn Amalan Kitar Semula Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih Bilangan 10 4 8.4 Masalah /halangan Amalan Kitar Semula Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti. 1. Sikap Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara. 2. Kurang Pengetahuan Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan. 3. Harga Terlalu Rendah Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan. 4. Kurang Pusat Pengumpulan. Di kawasan Parit Sulong hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan hujung kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk kampung. Peta minda 5. Kurang Kerjasama Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlak Saya berpendapat penduduk perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber. 8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa Langkah tersebut ialah seperti :- 1. Kempen Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan. 2. Pendidikan Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan tersebut. 3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan. Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran. Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul. 4. Gotong Royong Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan kawasan kampung. Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua kampung memainkan peranan yang penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula ini. Peta minda Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan. Bahan Grafik - Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :i) Jadual ii) Graf iii) Carta Pai iv) Peta Aliran - Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai 9.0 RUMUSAN Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada sebarang ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat. 10.0 LAMPIRAN 1. Surat pengenalan diri murid 2. Surat kebenaran membuat kajian 3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga 4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga 5. Borang soal selidik 6. Gambar / foto yang berkaitan 11.0 RUJUKAN Buku Teks Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3 Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1 Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd. Buku Rujukan Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5 Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3 Internet Blog smkpenghulusaad.wordpress.com.my Orang Sumber En. Mohd Khamsuldin B Abdul Wahab, 12 tahun, Seorang Guru di SMK Penghulu Saad, Pt. Sulong. Akhir kata, diharapkan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk menghasilkan sebuah kerja kursus yang bermutu…