@ Semua hak terpelihara Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching. Tidak dibenarkan untuk menyalin semula mana-mana bahagian teks dan kandungan “Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru” dalam apa jua bentuk dan dengan cara sama ada elektronik, Salinan, rakaman atau cara lain sebelum mendapatkan kebenaran bertulis daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching. Pembaca diingatkan bahawa penulisan laporan dalam buku ini hanyalah pandangan penulis sendiri. Penerbit Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Jalan Kolej 93200 Kuching Sarawak Perpustakaan Negara Malaysia Data-Penkatalogan -dalam-Penerbitan “Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru” ISBN 978-983-2827-62-7 Ketua Penyelidik : Dr. Tiwi Binti Kamidin Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial Penyelidik : Dr. Haminah Binti Suhaibo Pensyarah Kanan Jabatan Kecemerlangan Akademik En. Yahya Bin Sidek Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik Penyunting Bahasa : Cik Habibu Binti Morshili Ketua Jabatan Pengajian Melayu *Penghargaan kepada Dana Penyelidikan IPGM di bawah inisiatif PPPM #112: Pemerkasaan Institusi Pendidikan” LAPORAN KAJIAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PENSYARAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU DR. TIWI BINTI KAMIDIN DR. HAMINAH BINTI SUHAIBO EN. YAHYA BIN SIDEK 2020 PENGHARGAAN Segala puji-pujian kepada Allah yang mengizinkan kajian ini disempurnakan. Terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada pengurusan tertinggi IPG Kampus Batu Lintang, Kuching kerana memberi kepercayaan dan sokongan padu kepada pasukan kami untuk menjalankan kajian ini. Penghargaan tidak terhingga juga diberikan kepada “Dana Penyelidikan IPGM di bawah inisiatif PPPM #112: Pemerkasaan Institusi Pendidikan” bagi tujuan percetakan laporan ini. Penghargaan juga diberikan kepada semua pengarah IPG Kampus lain yang membenarkan pensyarah serta pelajar terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Semoga dapatan kajian ini dapat memberikan sumber inspirasi mahupun peluang-peluang untuk penambahbaikan bagi meningkatkan kompetensi dalam usaha memastikan kualiti bakal guru yang dilahirkan. Bidang Pendidikan amat memerlukan komitmen daripada semua pihak yang terlibat. Justeru, IPG sebagai peneraju kecemerlangan Pendidikan guru juga perlu sentiasa meningkatkan kompetensi PdP agar selaras dengan perkembangan zaman. Umpama kata-kata hikmah berikut “Never stop learning, because life never stops teaching.” Akhir kata, penghargaan juga diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tIdak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga dapatan kajian ini bermanfaat kepada pembacanya. Ikhlas daripada TIWI BINTI KAMIDIN, Dr Ketua Penyelidik IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak KANDUNGAN MUKASURAT BAB 1 PENDAHULUAN 1 1.0 PENGENALAN 1 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1 1.2 PERNYATAAN MASALAH 3 1.3 OBJEKTIF KAJIAN 7 1.4 PERSOALAN KAJIAN 7 1.5 DEFINISI ISTILAH 7 1.5.1 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7 1.5.2 PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU 13 1.5.3 SISWA GURU 13 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN 13 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 15 2.0 PENGENALAN 15 2.1 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 16 2.1.1 PENGAJARAN STRATEGI BEHAVIORIS 18 2.1.2 PENGAJARAN STRATEGI KOGNITIF 19 2.1.3 PENGAJARAN KOGNITIF BERCORAK PENYELESAIAN MASALAH 20 2.1.4 PENGAJARAN SOSIO-KONSTRUKTIVIS 21 2.1.5 PENGAJARAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF 22 2.1.6 PENGAJARAN STRATEGI HUMANISTIK 23 2.2 KAJIAN-KAJIAN MASA LALU 24 2.3 RUMUSAN 27 BAB 3 METODOLOGI 28 3.0 PENGENALAN 28 3.1 REKA BENTUK KAJIAN 28 3.2 PROSES KAJIAN 29 3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN 31 3.4 INSTRUMEN KAJIAN 33 3.4.1 INSTRUMEN SOAL SELIDIK PENSYARAH 33 3.4.2 INSTRUMEN SOAL SELIDIK SISWA GURU 34 3.4.3 INSTRUMEN TEMU BUAL KEPADA SISWA GURU 35 3.5 SKOP DAN BATASAN 35 3.5.1 SKOP KAJIAN 35 3.5.2 BATASAN KAJIAN 36 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 37 4.0 PENGENALAN 37 4.1 MAKLUMAT MENGENAI RESPONDEN 37 4.2 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENSYARAH IPG 41 4.3 ELEMEN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENSYARAH IPG 46 4.3.1 ELEMEN SEBAGAI PERANCANG 46 4.3.2 ELEMEN SEBAGAI PENGAWAL 48 4.3.3 ELEMEN SEBAGAI PEMBIMBING 49 4.3.4 ELEMEN SEBAGAI PENDORONG 49 4.3.5 ELEMEN SEBAGAI PENILAI 50 4.3.6 ELEMEN SISWA GURU SEBAGAI PELAJAR AKTIF 51 4.4 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENSYARAH IPG 52 4.5 PERSEPSI SISWA GURU TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENSYARAH 63 BAB 5 PERBINCANGAN DAPATAN 67 5.0 PENGENALAN 67 5.1 PERBINCANGAN DAPATAN OBJEKTIF 1.3.1 67 5.2 PERBINCANGAN DAPATAN OBJEKTIF 1.3.2 69 5.3 PERBINCANGAN DAPATAN OBJEKTIF 1.3.3 71 5.4 PERBINCANGAN DAPATAN OBJEKTIF 1.3.4 76 5.5 CADANGAN DAN KESIMPULAN 77 5.6 RUMUSAN 79 BIBLIOGRAFI 80 LAMPIRAN BORANG SOAL SELIDIK SURAT PERLANTIKAN PASUKAN PENYELIDIK BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN Pendidikan guru merupakan sebahagian komponen yang terpenting dalam sistem pendidikan. Pelaksanaan kurikulum yang berjaya dalam pendidikan guru bergantung kepada sejauh mana seseorang pensyarah dapat membentuk pelajarnya menjadi seorang guru yang berkemahiran, berkualiti dan mampu memterjemahkan dan menyesuaikan apa yang dipelajari di Institut Pendidikan Guru (IPG) ke sekolah nanti. Bagi menghasilkan guru yang profesional dan berkualiti, sudah tentu aspek pendidikan dan kualiti latihan guru di IPG termasuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA perlu diberi perhatian yang tinggi (Kennedy, 2013). Natijahnya, semua pendidik atau pensyarah di IPG dan IPG perlu menghadapi cabaran tersebut dalam usaha melahirkan bakal guru yang berkualiti dan cemerlang. Justeru, kajian ini mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP), elemen penerapan KBAT dan persepsi siswa guru terhadap PdP pensyarah di IPG. Bab ini akan menerangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian, definisi istilah dan kepentingan kajian. 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menawarkan sebanyak enam program utama latihan keguruan di mana pelaksanannya dilakukan di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh Malaysia. Program-program tersebut ialah Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP), Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (PDPLI), Program Diploma 1 Perguruan Pasca Siswazah (PDPP), Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Selain itu, IPGM juga melaksanakan (TFM) dan Kursus Pembangunan Profesionalisme Beterusan di bawah Unit Latihan Dalam Perkhidmatan. IPG bertanggungjawab melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Misi ini selari dengan visi IPGM iaitu IPG sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru. Melalui pelbagai program yang dilaksanakan di IPG, diharapkan bakal guru yang dilahirkan adalah bakal guru yang mampu menterjemahkan dan menyesuaikan apa yang telah dipelajari ke IPG di sekolah demi kemenjadian murid seperti yang diharapkan negara. Fakta yang menyatakan bahawa selalunya guru bukan dilahirkan tapi dihasilkan telah diterima umum (Sequira, 2012). Guru yang baik memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka melalui usaha yang berterusan dan disengajakan. Maknanya satu daripada prasyarat guru yang baik ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran diri tanpa arahan daripada sesiapa. Kualiti pengajaran ialah faktor paling penting di sekolah yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian pelajar (Micheal Fullan & Andy Hargreavas, 2016). Harwell (2003) menyatakan bahawa kompetensi dan kualiti guru adalah penting untuk memupuk keupayaan pelajar. Ia dibuktikan oleh kajian sebelum ini iaitu pengaruh guru dalam pencapaian pelajar dan terdapat hubungan yang kuat di antara profesionalisme dan kualiti guru dengan pencapaian pelajar (Desimone, 2009; Wei, Andree & Darling-Hammond, 2009). Terdapat juga kajian yang mengenal pasti bahawa amalan guru di dalam bilik darjah ialah 2 kunci peningkatan pembelajaran pelajar dan memastikan hasil pembelajaran (Hayes, Mills, Christie dan Lingard, 2006; Hattie, 2009). Sekiranya anda mahukan pelaburan yang baik dalam pendidikan, anda perlu menarik, memilih, dan membangunkan guru yang tinggi tahap modal insan dari segi pengetahuan, kemahiran dan bakat. Kita perlu meningkatkan kualiti ini dari semasa ke semasa melalui keputusan pengalaman berstruktur dan maklum balas yang terus menyokong dan mencabar semua pendidik sebagai profesional. Kita perlu memindahkan pengetahuan dan menyebarluaskan melalui komitmen sosial serta penglibatan bersama bagi memastikan kejayaan pelajar. Sehubungan itu, tuntutan kepada guru-guru di sekolah ialah agar sentiasa meningkatkan kompetensi dalam kaedah pengajaran yang digunakan agar selari dengan kehendak semasa. Tuntutan ini tidak terkecuali dalam kalangan pensyarah IPG memandangkan IPG adalah pusat latihan kepada bakal guru. Oleh itu, kompetensi dalam kalangan pensyarah IPG perlu diberi perhatian khususnya apabila berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan siswa guru turut terpalit serta merasai pengalaman melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam memastikan kejayaan anak murid mereka. Bagi memastikan bakal guru yang dihasilkan daripada IPG berkualiti khususnya dari aspek pemindahan pembelajaran kepada pelajar di sekolah, kompetensi pensyarah IPG dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu turut diberi perhatian. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Siswa guru di IPG merupakan bakal guru yang akan ditempatkan di sekolah rendah. Latihan yang diterima di IPG selama lima tahun bagi program PISMP, dua tahun bagi program PDPM dan satu setengah tahun bagi program-program PDPP, PITO dan TFM diharapkan dapat meningkatkan kompetensi guru-guru yang akan 3 diterjemahkan mengikut kesesuaian untuk memastikan kemenjadian murid di sekolah masing-masing. Oleh itu, amalan pedagogi/andragogi pensyarah merupakan input penting di sepanjang proses latihan ini dalam melahirkan guru yang berkualiti. Penyampaian ilmu kepada guru pelatih dilakukan oleh pensyarah, justeru itu terlebih dahulu mereka mesti mempunyai keupayaan tinggi memindahkan ilmu kepada anak didik mereka (Syed Khalid Syed Idrus & Mohd Isha Awang, 2016). Keberkesanan pengajaran guru saling berkait rapat dengan pengalaman dan kemahiran guru (Khalid Johari, 2009). Kajian oleh Syed Khalid Syed Idrus dengan Mohd Isha Awang (2016) menunjukkan hubungan antara kualiti pengajaran pensyarah, masa pengajaran dan aras pengajaran dengan pengetahuan adalah positif dan kekuatan hubungan signifikan adalah sederhana bagi kualiti pengajaran pensyarah dan kekuatan hubungan signifikan adalah kuat bagi aras pengajaran dan masa pengajaran. Oleh itu, faktor kualiti pengajaran pensyarah, masa pengajaran dan aras pengajaran didapati aras pengajaran pensyarah memberi sumbangan yang lebih besar terhadap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih. Pensyarah mempunyai pengaruh yang signifikan dalam bilik darjah dan memainkan peranan penting untuk mendidik generasi muda (Khalid Johari, 2009). Pembelajaran juga amat berhubung kait dengan kepuasan terhadap kursus (Cohen, 1981, Guolla, 1999), di mana pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dirangsang oleh kemahiran dan kecekapan pengajar, malah lebih kepada strategi yang menyeluruh. Guru yang baik lahir daripada program latihan yang baik dan berkesan (Ross, Lipsey & Freeman, 2004). Oleh itu, IPG perlu memastikan kompetensi pensyarah khususnya dalam pemilihan pedagogi terkini agar sesuai dengan tuntutan peralihan zaman,masa dan latar belakang murid yang bakal dihadapi oleh siswa guru kelak. 4 Namun, beberapa kajian lalu mendapati masih terdapat guru Matematik baharu mengalami masalah memilih strategi pengajaran yang sesuai dengan pelajar semasa di dalam kelas (Morris & Hiebert, 2009), masalah pengetahuan konsep dan pedagogi (Morris & Hiebert, 2009), masalah pengetahuan isi kandungan Matematik dan masalah pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran (Mohamad Maliki Ali, et. al, 2011). Walau bagaimanapun, kajian oleh Aney Marinda Muhammad Amin dan Norasmah Othman (2019) mendapati tahap pengurusan bilik darjah guru baharu dalam aspek persekitaran pembelajaran kondusif, hubungan dan kerjasama dengan pelajar serta disiplin bilik darjah adalah sangat tinggi. Kajian mengenai guru-guru baharu sejak 2006 hingga 2015 pula mendapati beberapa isu yang dihadapi oleh guru baharu seperti keberkesanan, kawalan tingkah laku kelas dan pelajar, pembangunan profesional guru novis, kecekapan guru baru, komitmen, tekanan dan sokongan dalam kalangan guru baharu (Sofiah Zakaria, Khaliza Saidin and Rozi Mohamad, 2016). Walaupun terdapat usaha gigih yang diambil oleh kerajaan untuk menangani banyak masalah guru-guru baharu, masih terdapat banyak masalah yang dihadapi guru-guru orang baharu di sekolah (Fatiha Senom, Abd Razak Zakaria, Shanina Sharatol Ahmad Shah, 2013). Guru-guru ini dikatakan gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, menanamkan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar mereka, dengan berkesan menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam pelajaran mereka, pengurusan kelas dan aktiviti kokurikulum, serta tidak dapat meyakinkan orang lain tentang imej yang dibawa sebagai seorang guru (Yusof Boon & Tumirah Jemon, 2011 dalam Sofiah Zakaria, Khaliza Saidin & Rozi Mohamad, 2016). Kajian Siti Saleha dan Surayah (2007) berkenaan amalan pedagogi abad ke-21 orang guru prasekolah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) mendapati enam orang (30%) guru prasekolah 5 didapati kurang bersedia untuk menerapkan ilmu teori dan pedagogi yang bersesuaian dengan aktiviti murid. Kajian Badrul Hisham dan Nasruddin (2016), terhadap pensyarah IPG Kampus Ipoh mendapati amalan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kemahiran komunikasi mencatatkan min tertinggi iaitu 3.59, manakala amalan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kemahiran pemikiran kritikal seperti kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mencatatkan min terendah iaitu 3.32. Walau bagaimanapun, kajian Ravi, Tiwi & Rahimah (2019) mendapati guru pelatih IPG Kampus Batu Lintang telah bersedia untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah pendidikan abad ke 21 (PAK 21) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) namun masih terdapat guru pelatih yang mengalami kesukaran untuk memilih aktiviti khususnya bagi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Dapatan kajian tersebut juga mendapati guru pelatih bersetuju bahawa latihan di IPG membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam mengaplikasikan strategi PAK 21 di dalam bilik darjah semasa menjalani praktikum. Guru yang baik lahir daripada program latihan yang baik dan berkesan (Ross, Lipsey & Freeman, 2004). Oleh itu, IPG dan Universiti yang mengendalikan program latihan keguruan perlu memastikan guru baharu yang dihasilkan memiliki kemahiran yang tinggi khususnya dalam mengendalikan PdP di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, pensyarahpensyarah di IPG dan Universiti juga perlu bersedia meningkatkan kompetensi dalam mengendalikan PdP di dalam kelas bagi memberi peluang kepada guru pelatih untuk merasai pengalaman tersebut. Selari dengan dapatan kajian yang menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah PdP pensyarah dengan pengetahuan dan kemahiran guru 6 pelatih. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti amalan pedagogi dalam kalangan pensyarah di IPG. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN 1.3.1 Mengenal pasti kaedah PdP yang digunakan oleh pensyarah IPG. 1.3.2 Mengkaji elemen perancangan dan pelaksanaan PdP pensyarah. 1.3.3 Mengenal pasti aktiviti PdP yang digunakan oleh pensyarah IPG. 1.3.4 Mengkaji persepsi siswa guru terhadap kaedah PdP pensyarah IPG. 1.4 PERSOALAN KAJIAN Melalui kajian ini, empat persoalan utama dibina iaitu: 1.4.1 Apakah kaedah PdP yang digunakan oleh pensyarah IPG? 1.4.2 Apakah elemen perancangan dan pelaksanaan PdP pensyarah IPG? 1.4.3 Apakah aktiviti PdP yang digunakan oleh pensyarah IPG. 1.4.4 Apakah persepsi siswa guru terhadap kaedah PdP pensyarah IPG? 1.5 DEFINISI ISTILAH 1.5.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif pengajaran. Pengajaran ialah pemilihan kaedah atau strategi untuk menyusun maklumat, aktiviti, pendekatan dan media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan (Baharuddin, et. al, 2001). Proses pengajaran pula diertikan sebagai satu sistem aktiviti yang diarahkan kepada pelajar, biasanya secara bersemuka dengan guru, bertujuan untuk membawa perubahan dalam diri pelajar. Sehubungan dengan itu, pengajaran ialah proses berorientasikan matlamat yang 7 dirancang terlebih dahulu (Shahabuddin Hashim, et. al., 2003). Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Malah, ia melibatkan beberapa teknik dan strategi yang perlu diaplikasikan oleh setiap guru. Dalam kajian ini, kaedah PdP ialah aktiviti-aktiviti yang bermatlamat yang dilakukan oleh guru secara dirancang ataupun tidak untuk membantu pengajaran seperti “gallery walk”, “one stay two stray”, perbincangan, simulasi, belajar sambil bermain, bercerita, kuliah, “brain storming” dan sebagainya. Walau bagaimanapun, aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut akan dikelompokkan di bawah beberapa kaedah pembelajaran (James Ang dan Liew Siew Ngin, 2019) seperti berikut; 1.5.1.1 Pengajaran Eksplisit Pendekatan pengajaran bercorak eksplisit merupakan satu elemen penting dalam orientasi pengajaran behavioris. Kaedah pengajaran bercorak eksplisit melibatkan penyampaian langsung daripada guru. Kata-kata dan tindakan guru yang membimbing dan membantu pelajar sama ada dalam kumpulan kecil ataupun besar. Corak pengajaran ini memfokus kepada cara penyampaian guru berbanding penerimaan atau pemahaman pelajar. Suasana pembelajaran agak formal dan berstruktur serta fokus kepada pencapaian objektif pembelajaran secara spesifik. Satu lagi pendekatan pengajaran eksplisit melibatkan kemahiran “modelling” dari aspek perlakuan dan pemikiran oleh para guru. Guru perlu meluahkan dengan kata-kata perkara yang difikirkan agar pelajar dapat mengikuti dan memahami tindakan yang dilakukan. Pengajaran eksplisit adalah pengajaran yang berfokus kepada guru namun pelajar diberi peluang untuk berlatih secara bersendirian atau berkumpulan agar mahir dalam ilmu atau kemahiran yang 8 disampaikan oleh guru. Beberapa contoh aktiviti pengajaran eksplisit ialah kuliah, latih tubi, pembelajaran masteri, tunjuk cara, simulasi. 1.5.1.2 Kaedah Pembelajaran Strategi Kognitif Kaedah pembelajaran kognitif adalah proses pembelajaran yang aktif dan pelajar seringkali dikehendaki meneroka pelbagai bentuk tindakan dan membuat pilihan. Pelajar memerlukan bantuan bagi memantapkan pengetahuan yang sedia ada dan mengintegrasikan pengetahuan baharu. Pelajar akan memerlukan perancah (scaffold) di peringkat awal dan kemudian memahami pengetahuan yang diperoleh (James Ang dan Liew Siew Ngen, 2019). Strategi-strategi pengajaran orientasi kognitif bertujuan untuk membantu pelajar menerapkan maklumat baharu kepada pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat membuat pengubahsuaian yang sesuai dalam skema kognitif sedia ada bagi menerima maklumat baharu. Beberapa contoh aktiviti kaedah pembelajaran kognitif ialah seperti penyusun verbal (verbal organizers), penyusun visual (seperti menggunakan pelbagai format bahan visual berupa video, filem, gambar dan bahan grafik, penyusun grafik (seperti sebing, salasilah, peta, sambungan, matrik, carta kitaran, aliran, gambarajah dan peta i think). 1.5.1.3 Kaedah Pengajaran Strategi Kognitif Bercorak Penyelesaian Masalah Kaedah pengajaran bercorak penyelesaian masalah memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan fungsi otak dan daya pemikiran. Model-model pengajaran kognitif bercorak penyelesaian masalah terdiri daripada dua iaitu bentuk reflektif dan kreatif. Model pengajaran reflektif memerlukan pelajar bagi mendefinisi dan menganalisa sesuatu masalah di 9 samping menetapkan kriteria bagi menilai cadangan yang dikemukakan dan disusuli dengan cadangan cara penyelesaian. Model pengajaran bercorak kreatif berfokus kepada menjana idea baharu, kombinasi idea, dan penyelesaian melalui pemikiran di luar kotak (James Ang dan Liew Seiw Ngen, 2019). Bagi aktiviti pengajaran kognitif, masalah merupakan stimulasi kepada pembelajaran (Uden dan Beamont, 2006) iaitu proses pembelajaran dirangsang oleh masalah terbuka dan mencabar. Contoh kaedah pengajaran bercorak penyelesaian masalah ialah kaedah inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning), kajian kes, pengajaran berasaskan data, dan model permeroleh konsep (concept attainment model). 1.5.1.4 Kaedah Pengajaran Sosio-Konstruktivis Kaedah pengajaran ini berdasarkan kepada teori pembelajaran konstruktivis iaitu melibatkan individu dalam proses pembinaan ilmu dan juga teori pembelajaran sosial. Teori pembelajaran konstruktivis menegaskan bahawa pelajar bukan penerima bahan maklumat secara pasif tetapi mereka mampu membentuk ilmu mereka sendiri secara aktif hasil daripada interaksi dengan persekitaran. Teori pembelajaran sosial pula memberi fokus kepada proses pembelajaran yang boleh berlaku melalui pemerhatian dan pengajaran langsung walaupun dengan ketiadaan latihan serta pemberian pengukuhan. Pembelajaran boleh berlaku melalui pemerhatian perlakuan, pemberian ganjaran atau hukuman melalui proses pengukuhan tidak langsung. Jonassem (1994) menjelaskan bahawa pembelajaran secara konstruktivis menyokong pembelajaran aktif, menyokong pembinaan pengetahuan baharu. Beberapa contoh aktiviti kaedah pengajaran sosio-konstruktivis ialah seperti wawancara, sumbangsaran, perbincangan, seminar sokratik, kontroversi berstruktur, inkuiri jurispredential, perbahasan, main peranan. 10 1.5.1.5 Kaedah Pengajaran Model Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif Kaedah pengajaran Model Pembelajaran Koperatif dan kolaboratif sering dikaitkan dengan pembelajaran abad ke 21 kerana ia berpusatkan pelajar dan berfokus kepada membolehkan penglibatan aktif. Kaedah pembelajaran penerapan nilai 6 C (Coperative, Critical ini thinking, collaborative, communication, character, citizenship) dalam diri pelajar semasa pelaksanaan aktiviti. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator manaka pelajar menentukan pembelajaran mereka. Kaedah pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain daripada pembelajaran mereka sendiri (Slavin, 2011). Selain idea bekerjasama, kaedah pembelajaran pelajar memberi penekanan kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan pasukan, ianya boleh dicapai apabila semua ahli dalam pasukan memberi komitmen yang diperlukan (Slavin, 1990). Apabila pelajar bekerjasama dengan ahli kumpulan lain ia dinamakan sebagai pembelajaran kolaboratif. Pembelajaran kolaboratif pembelajaran yang merupakan melibatkan pendekatan kumpulan pengajaran pelajar dan bekerjasama menyelesaikan masalah, tugasan yang diberikan serta menghasilkan produk (Smith dan MacGregor, 1992). Dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif, pelajar akan dicabar dari segi sosial dan emosi kerana akan mendengar perspektif yang berbeza dan menyesuaikan dengan persepektif orang lain. Melalui kaedah pengajaran koperatif dan kolaboratif, pelajar harus berperanan sebagai penerima aktif ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui perbincangan dan soal jawab dalam kumpulan, di samping melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan bukan sahaja sebagai penerima 11 ilmu secara pasif (Sharan, 2010, Theodore, 1999). Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran kaedah koperatif dan kolaboratif ialah aktivitiaktiviti seperti yang disarankan dalam Kagan (2009). Kaedah pengajaran kajian masa depan juga merupakan satu daripada kaedah pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Penilaian dan pentaksiran hasil kerja yang dihasilkan juga berlaku antara pelajar dengan bimbingan guru. Pelajar akan membuat refleksi selepas aktiviti kumpulan dan menilai hasil kerja yang telah dilaksanakan. Beberapa contoh aktiviti penilaian selepas kerja kumpulan ialah seperti “post it”, “snowball” dan “exit ticket”. 1.5.1.6 Kaedah Pengajaran Teori dan Strategi-Strategi Humanistik Humanisme merupakan satu orientasi pengajaran dan pembelajaran bersandarkan andaian bahawa manusia dapat menjana pengetahuan, makna dan kemahiran melalui kecerdasan interpersonal dan intrapersonal. Pembelajaran secara kendiri merupakan tonggak kepada orientasi kaedah ini di samping mementingkan keperluan individu pelajar. Guru berperanan sebagai fasilitator dan pendorong dalam kaedah ini. Marzuk (2002) menyatakan bahawa dalam kaedah ini, fasilitator mempunyai hubungan rapat dengan pelajar di samping menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar bagi meneroka dan belajar sendiri. Konsep pembelajaran kecerdasan pelbagai diambil kira dalam pelaksanaan kaedah pembelajaran humanistik. Ini kerana pelajar diberi peluang dan ruang untuk belajar mengikut kecerdasan pelbagai kendiri. Beberapa aktiviti kaedah pengajaran yang dicadangkan oleh Hattie (2012) ialah pembelajaran kendiri (contoh seperti “station to station activity”), buku log pembelajaran, pembelajaran berasaskan komputer/ICT seperti “online learning”, frog, dan flip classroom. 12 1.5.2 Pensyarah Insitut Pendidikan Guru (IPG) Pensyarah IPG bermaksud pensyarah akademik yang ditugaskan di IPG di Malaysia. Pensyarah IPG bagi kajian ini merupakan pensyarah Gred DG44 hingga Gred Jusa C yang mengajar kursus sama ada kursus teras, elektif teras, wajib, generik, asas pendidikan, elektif terbuka dan kokurikulum. Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan interaksi dengan siswa guru secara bersemuka sahaja dalam semester 1 (Januari – Mei 2019), dan semester 2 (Jun – November 2019). 1.5.3 Siswa Guru Siswa guru merupakan pelajar IPG dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP), Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI), dan Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM). Walau bagaimanpun, bagi kajian ini istilah Siswa Guru merujuk kepada pelajar IPG program PPISMP dan PISMP sahaja. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kaedah PdP, penerapan elemen KBAT dalam kalangan pensyarah IPG dan persepsi siswa guru terhadap PdP pensyarah IPG. Dapatan kajian ini amat penting bagi pihak-pihak berkaitan seperti Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi mendapatkan status PdP dalam kalangan pensyarah IPG khususnya bagi memastikan PdP yang digunakan adalah selari dengan perkembangan pedagogi pada masa kini. Ini kerana tidak ada satu kajian bersifat kolektif yang dapat menyediakan data status PdP dalam kalangan pensyarah IPG. 13 Dapatan ini juga dapat digunakan untuk penambahbaikan peningkatan kompetensi dalam kalangan pensyarah IPG khususnya dalam memilih latihan-latihan di peringkat dalaman mahupun luaran yang sesuai bagi tujuan peningkatan kompetensi pensyarah IPG khususnya berkaitan PdP. Ini amat penting agar pensyarah sedia bersedia dengan PdP yang terkini serta dapat berkongsi pengalaman pengendalian PdP tersebut bersama dengan siswa guru. Kajian oleh Syed Khalid Syed Idrus dengan Mohd Isha Awang (2016) menunjukkan hubungan antara kualiti pengajaran pensyarah, masa pengajaran dan aras pengajaran dengan pengetahuan ialah positif dan kekuatan hubungan signifikan adalah sederhana bagi kualiti pengajaran pensyarah dan kekuatan hubungan signifikan adalah kuat bagi aras pengajaran dan masa pengajaran. Oleh itu, kaedah PdP yang dilaksanakan oleh pensyarah IPG akan memberi ruang pengalaman kepada siswa guru sebelum mempraktikkan serta menyesuaikan dengan latar belakang murid di sekolah . 14 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.0 PENGENALAN Pendidikan sentiasa dibanjiri dengan idea baru tentang pembelajaran dan pengajaran. Guru dan pentadbir sering digesa dengan cadangan untuk pembaharuan. Mereka diminta menggunakan kurikulum, strategi pengajaran dan penilaian baharu. Mereka diarahkan untuk menyediakan pelajar untuk ujian piawai negeri baharu atau untuk mendokumentasikan dan menilai kerja pelajar melalui portfolio dan pencapaian pelajar. Ini kerana kaedah pengajaran guru mempunyai pengaruh yang tinggi dengan pencapaian pelajar. Beberapa kajian menunjukkan bahawa wujudnya hubungan antara kualiti pembelajaran pelajar dengan persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran (Ramsden, 1991; Rowley, 1996; Stringer dan Irwing, 1998). Tambahan pula, pembelajaran juga amat berhubung kait dengan kepuasan terhadap kursus (Cohen, 1981; Guolla, 1999; Ramsden, 1991; Suarman dan Rohizan, 2013), di rnana pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dirangsang oleh kemahiran dan kecekapan pengajar, malah lebih kepada strategi yang menyeluruh. Pembelajaran juga rnenggarnbarkan sejauh mana pelajar merasakan pengalaman pengajaran bermakna kepada mereka. Sementara pengajaran pula dikatakan sebagai berkesan sekiranya terdapat peningkatan prestasi pelajar secara konsisten dengan matlamat pengajaran selepas sesuatu tempoh pengajaran (Stringer dan Irwing, 1998). Kualiti pengajaran ialah perkara yang paling penting yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian pelajar (Micheal Fullan dan Andy Hargreavas, 2016). Jika di sekolah, tuntutan kepada guru agar sentiasa menambah baik kaedah pengajaran yang digunakan maka pensyarah di IPG juga tidak 15 terkecuali. Justeru, tumpuan harus diberikan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah agar dapat memberi pengalaman kepada siswa guru dalam pelaksanaan pengajaran di dalam bilik darjah. Setiap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran perlu ada proses perancangan, pelaksanaan dan refleksi bagi memastikan adakah Hasrat pembelajaran telah tercapai. Oleh itu proses pengajaran yang baik memerlukan guru merancang dengan baik bergantung kepada latar belakang pelajarnya (Sequira, 2012). Justeru, guru yang baik bukan lahir daripada bakat tetapi dibentuk. 2.1 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengajaran ialah pemilihan kaedah atau strategi untuk menyusun maklumat, aktiviti, pendekatan dan media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan (Baharuddin, et. al, 2001). Proses pemilihan strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai digunakan dalam bilik darjah adalah berdasarkan pemahaman guru terhadap teoritis di sebalik model dan strategi pengajaran yang dipilih. Kaedah pengajaran dan pembelajaran sering mengalami perubahan dalam dunia pendidikan. Menurut Wilson dan Peterson (2006), tiga idea utama perubahan dalam pembelajaran dan pengajaran adalah seperti dalam Jadual 1. 16 Jadual 1. Penanda Aras Pembelajaran dan Pengajaran Penanda Bergerak Daripada Aras Kepada Pembelajaran ✓ Penyerapan maklumat pasif ✓ Aktiviti individu ✓ Perbezaan individu antara ✓ pelajar dilihat sebagai masalah Pengetahuan ✓ Apa: Fakta dan prosedur dalam disiplin Pengajaran ✓ Kerja mudah dan mudah ✓ Guru memainkan peanan dalam penyedia maklumat ✓ Guru melakukan kebanyakan kerja ✓ Pelajaran mengandungi kandungan peringkat rendah, ✓ konsep yang dinyatakan; pengajaran tidak teratur ✓ Guru sebagai sumber pengetahuan Bergerak kepada ✓ Penglibatan aktif dengan maklumat ✓ Kedua-dua aktiviti individu dan kerja kolektif ✓ Perbezaan individu di kalangan pelajar dilihat sebagai sumber ✓ ✓ Apa, bagaimana dan mengapa: idea, konsep, fakta, proses siasatan, dan hujah disiplin ✓ Kompleks, kerja intelektual ✓ Pelbagai peranan guru, dari pemberi maklumat kepada arkitek pengalaman pendidikan ✓ Bilik kelas struktur guru untuk individu dan kerja bersama ✓ Pelajaran berfokus pada kandungan peringkat tinggi dan asas, konsep yang dibangunkan dan dihuraikan; pengajaran teratur ✓ Guru tahu banyak, cenderung untuk memperbaiki mereka amalkan secara berterusan Setiap guru yang berpengalaman melaksanakan amalan mereka dengan didorong oleh teori yakni apa yang telah dipelajari. Lima teori utama pengajaran dan pembelajaran ialah teori behariovis, kognitif, sosiokonstruktivis dan humanistik. Namun, ia pengetahuan tentang teori tersebut disesuaikan mengikut latar belakang pelajar. Walaupun ramai orang mahu mendakwa bahawa guru 17 dilahirkan, tidak diasah namun pengajaran yang baik memerlukan guru untuk membuat dan menggunakan, mengembangkan dan menolak, membina dan membina semula teori pembelajaran dan pengajaran. Teori-teori tersebut bukanlah intuisi, atau "perkara biasa" tetapi pelajaran yang dibuat dengan teliti daripada pengalaman bertahun-tahun. Guru mempunyai lebih kuasa terhadap pilihan pedagogi mereka apabila mereka telah membuat teori mereka secara eksplisit dan menguji mereka dengan pengalaman kelas, kritikan rakan sekerja, dan pengetahuan tentang penyelidikan semasa (Wilson dan Peterson, 2006). Idea ini menunjukkan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh guru harus sesuai dengan latar belakang pelajar yang hendak diajar. Namun, satu perkara yang pasti ialah guru-guru yang baik sentiasa membuat kajian tentang kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar beliau dalam usaha memastikan pembelajaran berlaku. 2.1.1 Pengajaran Strategi Behavioris Teori behavioris memberi kepada pengubahan tingkah laku akibat daripada adanya stimulus dan pengulangan pengalaman. Teori ini turut memberi penekanan bahawa respon kepada sesuatu rangsangan dapat diperkukuhkan melalui ganjaran positif, latihan dan ulangan diperlihatkan. Dalam proses pengajaran, guru merupakan agen utama yang dapat mencorakkan rangsangan luar bagi mempengaruhi tingkah laku pelajar. Guru yang cenderung dengan orientasi behavioris akan cuba mengawal pengaruh luar terhadap pelajar. memperkenalkan teknik-teknik Dari aspek rangsangan, mereka akan pengajaran yang memfokus kepada pemberian maklumat, latihan dan ulangan agar pelajar berasa selesa dengan ilmu dan maklumat yang disampaikan (Dale, 2011). 18 Satu elemen penting dalam orientasi pengajaran behavioris ialah pendekatan pengajaran bercorak eksplisit yang melibatkan penyampaian langsung daripada guru (James Ang dan Liew Siew Ngen, 2019). Kaedah pengajaran ini memfokus kepada cara penyampaian guru berbanding dengan tahap pemahaman pelajar. Pengajaran eksplisit atau langsung merupakan satu pendekatan pengajaran kemahiran asas iaitu pengajaran terarah kepada matlamat dan persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Suasana pembelajaran agak formal dan berstruktur dan berfokus kepada pencapaian objektif pembelajaran yang spesifik untuk membimbing pelajar ke arah mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit. Guru mengekalkan kawalan lokus terhadap proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses. Pengajaran eksplisit direka bentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan serta diajar secara langkah demi langkah. Beberapa contoh kaedah pengajaran strategi eksplisit ialah kuliah di mana guru lebih banyak bercakap, latih tubi, pembelajaran masteri, tunjuk cara, demonstrasi dan simulasi. 2.1.2 Pengajaran Strategi Kognitif Teori kognitif memberi perhatian kepada proses kognitif dalaman dan orientasi pengajaran kognitif berasal daripada teori pemprosesan maklumat aau kognitif yang dipelopori ahli-ahli psikologi seperti Jean Piaget, Jerome Brunner, Lev Vygotsky dan ahli psikologi lain yang mengemukakan teori bagi menerangkan cara manusia memproses pelbagai maklumat dan menjana ilmu baharu. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Teori ini juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi (Dale, 2011). Teori pembelajaran ini sangat menitikberatkan bahawa pengetahuan dan 19 pengalaman yang sedia ada pada pelajar untuk proses pembelajaran. Dalam orientasi pengajaran kognitif, pelajar dikatakan memerlukan bantuan bagi memantapkan pengetahuan yang sedia ada daan mengintegrasi dengan ilmu baharu. Pada peringkat awal, pelajar memerlukan perancah (Scaffold) untuk membentuk skema pemikiran yang kemudiannya digunakan bagi memahami ilmu dan maklumat lain yang diperoleh daripada persekitaran. Beberapa aktiviti pengajaran menggunakan teori kognitif ialah penggunaan elemen input visualisasi, penggunaan perancah (scaffolding), penyusun verbal (verbal organizers), penyusun visual (seperti menggunakan pelbagai format bahan visual berupa video, filem, gambar dan bahan grafik, penyusun grafik (seperti sebing, salasilah, peta, sambungan, matrik, carta kitaran, aliran, gambarajah dan peta i think). 2.1.3 Pengajaran Kognitif Bercorak Penyelesaian Masalah Penyelesaian Masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif iaitu maklumat digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamat. Ahli psikologi menyatakan bahawa manusia sedang mempelajari sesuatu apabila berusaha menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, individu akan mencari kesimpulan tentang sesuatu perkara, mengaplikasi masalah dengan cara yang paling mudah, mempelajari undang-undang menyelesaikan masalah dan mencipta beberapa pelan atau cadangan untuk penyelesaian masalah. Gardner (2011) menegaskan bahawa para pelajar memerlukan peluang-peluang penyelesaian masalah yang kompleks dan mencabar. Model pengajaran kognitif bercorak penyelesaian masalah terdiri daripada dua bentuk utama iaitu reflektif dan kreatif. Model pengajaran bercorak reflektif berkehendakkan pelajar mendefinisi dan menganalisa sesuatu masalah di samping menetapkan kriteria bagi menilai 20 cadangan yang dikemukakan dan disusuli dengan cadangan penyelesaian masalah. Model pengajaran bercorak kreatif turut menggunakan langkahlangkah di atas tetapi tanpa penekanan kepada cara penyelesaian. Beberapa contoh kaedah pengajaran bercorak penyelesaian masalah ialah kaedah inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning), kajian kes, pengajaran berasaskan data, dan model pemeroleh konsep (concept attainment model). 2.1.4 Pengajaran Sosio-Konstruktivis Teori pembelajaran konstruktivis muncul pada tahun-tahun 1970-an bagi memperjuangkan penglibatan aktif individu dalam proses pembinaan ilmu. Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan tentang pengetahuan disusun dalam minda pelajar (Dale, 2011). Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang kepada konsep pengajaran dan pembelajaran yang lama , di mana guru hanya “menuang ilmu “ kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baharu, guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baharu telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baharu tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Strategi pengajaran sosio konstruktivis menekankan kepada penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran dan perkembangan sosial antara pelajar. Beberapa contoh wawancara, sumbangsaran, perbincangan, seminar sokratik, pembelajaran 21 berlandaskan situasi, kontroversi berstruktur, perbahasan, dan main peranan. 2.1.5 Pengajaran Koperatif dan Kolaboratif Pengajaran koperatif dan kolaboratif sering dirujuk sebagai model pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 kerana ia menjurus kepada pembelajaran berpusatkan pelajar serta penglibatan aktif pelajar. Johnson et. al (1994) mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai usaha penggunaan kumpulan kecil untuk tujuan pendidikan iaitu pelajar bekerjasama bagi memaksimumkan pembelajaran sendiri dan rakan-rakan. Pembelajaran koperatif mengkehendaki pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar lain bagi mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu perkara atau isu atau subjek bagi mencapai matlamat bersama. Johnson dan Smith (1991) menyatakan pembelajaran koperatif harus mempunyai ciri-ciri berikut; (1) Ahli-ahli belajar bersama dalam kumpulan kecil; (2) Wujud hubungan interpersonal dan kerjasama antara ahli; (3) Setiap ahli bertanggungjawab kepada pembelajaran dan penglibatan; (4) Pembelajaran beralih daripada cara menghafal kepada pemikiran kritikal; (5) Kebergantungan positif dan kerjasama antara ahli membolehkan kumpulan tersebut berjaya. Berbeza dengan bekerjasama, kolaboratif membawa maksud bekerja bersama-sama orang lain. Ini bermakna kolaboratif memerlukan setiap individu mempunyai peranan atau ekuiti dalam kumpulan tersebut. Pelajar membina atas kemahiran sedia ada masing-masing untuk mencapai matlamat. Pelajar juga menilai prestiasi individu dan kumpulan masingmasing. Cook dan Friend (1992) menjelaskan bahawa pengajaran kolaboratif bermaksud bersama-sama membuat perancangan, membuat keputusan serta menyelesaikan masalah bagi mencapai matlamat yang 22 sama. Selain itu, pengajaran kolaboratif ialah satu kaedah pengajaran yang menggabungkan dua orang guru dalam tahap yang sama untuk membina komuniti pembelajaran dengan berkongsi perancangan, pengajaran dan penilaian murid (Bouck, 2007,Crow & Smith, 2005). Sama seperti pembelajaran koperatif, gerak kerja kumpulan merupakan aktiviti utama. Oleh itu terdapat empat fasa yang perlu dilaksanakan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif iaitu (1) Fasa 1 – Persediaan untuk gerak kerja kumpulan; (2) Membentuk kemahiran bekerja dalam kumpulan; (3) Memudahcara dan memantau aktiviti kumpulan; (4) Membantu pelajar membuat refleksi selepas aktiviti kumpulan dan (5) Menilai hasil kerja kumpulan. Beberapa contoh aktiviti penilaian selepas kerja kumpulan adalah seperti “post it”, “exit ticket”, “snow ball” dan lain-lain. Contoh aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif pula adalah seperti sumbang saran karusel, inside-outside-cycle, gallery walk, one stay two stray, Numbered heads together, Jigsaw, Grid box, place mat, think-pairshare, Kumpulan Buzz, roam the room, pairs check, mix and match, round table, round robin, a star and a wish dan pelbagai aktiviti pembelajaran kreatif seperti yang dicadangkan oleh Kagan (2009). 2.1.6 Pengajaran Strategi Humanistik Menurut Huitt (2001), pendokong teori pembelajaran humanistik menekankan proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek kognitif, afektif dan faktor-faktor lain berupa keperluan individu. Humanisme ialah orientasi pengajaran dan pembelajaran yang bersandarkan andaian bahawa manusia dapat menjana pengetahuan, makna dan kemahiran melalui kecerdasan interpersonal dan intrapersonal. Pembelajaran kendiri menjadi tonggak kepada orientasi pengajaran dan 23 pembelajaran humanistik mementingkan keperluan individu dan pembelajaran adaptif. Pemerolehan pengetahuan, perkembangan ilmu dan integrasi maklumat berlangsung melalui strategi, interpretasi, penilaian, penaakulan dan keputusan sendiri pelajar. Ini bermakna dalam kaedah pengajaran orientasi humanistik, pembelajaran merupakan hasil pelajar mencapai pemenuhan kendiri (self actualization) melalui motivasi intrinsik dan menyesuaikan pengetahuan sedia ada dengan pengalaman baharu. Peranan guru ialah menggalakkan dan mengupayakan pelajar belajar dengan menyediakan akses kepada pelbagai sumber pendidikan tanpa halangan. Ini bermakna, dalam kaedah pengajaran humanistik guru berperanan sebagai fasilitator dan pendorong. Contoh aktiviti pengajaran humanistik ialah pembelajaran kendiri (contoh seperti “station to station activity”), buku log pembelajaran, pembelajaran berasaskan komputer/ICT seperti “online learning”, frog, flip classroom, dan lain-lain berkaitan. 2.2 KAJIAN-KAJIAN MASA LALU Tidak banyak kajian berkaitan kaedah PdP dalam kalangan pensyarah IPG dijalankan. Kebanyakan kajian menjurus kepada amalan berkaitan aspek tertentu di IPG tertentu sahaja. Beberapa contoh kajian ada perkaitan dengan kaedah pengajaran pensyarah adalah seperti Badrul Hisham dan Mohd Nasruddin (2016) berkaitan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Ipoh. Dapatan kajian beliau menunjukkan amalan PdP yang menggunakan kemahiran komunikasi mencatatkan min tertinggi (3.59), amalan PdP kemahiran kritikal seperti kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mencatatkan min terendah (3.32). Ini menunjukkan bahawa amalan pedagogi berasaskan KBAT perlu dipertingkatkan lagi. 24 Kajian oleh Ishak Baba (2009) pula berkaitan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya terhadap prestasi akademik pelajar UTHM. Kajian beliau menunjukkan persepsi pelajar terhadap pensyarah tentang sokongan proses pembelajaran dalam kelas adalah 74% - 85% bersetuju bahawa pensyarah memainkan peranan dan membantu semasa proses pembelajaran pelajar. Namun kajian beliau di UTHM dan bukan IPG. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bersetuju bahawa PdP pensyarah mempengaruhi kemahiran yang diperolehi oleh pelajar. Kajian beliau selaras dengan dapatan kajian Syed Khalid Idrus dan Mohd Isha Awang (2016) yang mengkaji tentang retrospektif kualiti pengajaran pensyarah berdasarkan perspektif guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Wilayah Utara Malaysia. Kajian beliau mendapati terdapat kolerasi antara kualiti pengajaran, masa pengajaran dan aras pengajaran dengan pengetahuan. Hubungannya ialah positif dan berada pada tahap sederhana dan kuat. Regresi berganda yang dibuat juga menunjukkan pengaruh pengajaran pensyarah terhadap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih. Dapatan ini menunjukkan terdapat hubungan di antara kualiti pengajaran pensyarah dengan kemahiran guru pelatih. Aspek yang ditekankan ialah kualiti, masa dan aras pengajaran yang diambil kira dalam pelaksanaan kelas. Mohd Nasri Abdullah (2017) pula mengkaji tentang pengamalan kompetensi dalam kalangan pensyarah Pendidikan Islam IPG di Malaysia. Kajian beliau merupakan kajian kualitatif dan mendapati ciri pengamalan kompetensi pensyarah yang menjadi pola adalah aspek keilmuan, keperibadian, kemahiran PdP, bimbingan dan penyeliaan praktikum, penyelidikan dan inovasi serta perkhidmatan dan konsultansi. Dapatan kajian ini menunjukkan pola kemahiran PdP merupakan di antara kompetensi pensyarah yang diamalkan dalam pelaksanaan tugas sebagai pensyarah di IPG. Kajian ini 25 mengukuhkan pernyataan tentang kompetensi pensyarah khususnya dalam pengendalian PdP perlu sentiasa dipertingkatkan. Kajian Chin Poi Ching dan Chin Peng Yee (2012) mengenai adakah pelajar keluaran IPG bagi program Bachelor of Teaching with Honors (Primary Education). Kajian beliau mendapati hasil pembelajaran yang penting bagi pelajar ialah etika, profesionalisme dan kemanusiaan, komunikasi dan kepimpinan, kemahiran sosial dan bertanggungjawab, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran praktikum. Min bagi kelima-lima hasil pembelajarannya tinggi berbanding tiga hasil pembelajaran iaitu Kaedah Sains, kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal, kemahiran keusahawanan dan pengurusan dan pengetahuan serta pemahaman. Ketiga-tiga aspek mencapai min yang rendah. Dapatan kajian mereka merumuskan bahawa pengetahuan dan kemahiran guru adalah amat penting. Oleh itu, kualiti program persediaan bakal guru perlu dipertingkatkan. Kajian Chua Lee Chuan dan Raymond Kho (2015) pula berkaitan dengan penilaian pelajar terhadap pensyarah Bahasa Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian pengajaran yang baik dalam empat aspek iaitu menyedarkan pembangunan sumber manusia, keupayaan mengendalikan aktiviti PdP mengikut pro forma, komitmen kepada PdP, pemantauan dan memberikan maklum balas. Walau bagaimanpun, penarafan terhadap enam aspek lain iaitu menyediakan penglibatan aktif dalam pembelajaran, menyediakan aktiviti yang merangsang pemikiran, pengurusan aktiviti PdP yang berkesan dan persembahan yang lebih jelas. 26 2.3 RUMUSAN Hasil pembacaan literatur, tidak banyak kajian mengenai kaedah PdP yang digunakan oleh pensyarah namun terdapat kajian mengenai pelaksanaan PdP yang mengkhusus seperti PdP abad ke 21, dan kaedah-kaedah yang spesifik di samping hubung kait antara pelaksanaan PdP dengan kemahiran siswa guru. 27 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 PENGENALAN Bab ini membincangkan tentang kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini. Ia merangkumi reka bentuk kajian, kerangka operasi, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, pengesahan instrumen kajian, kajian rintis, analisis data dan batasan kajian. 3.1 REKA BENTUK KAJIAN Menurut Wiersma (1991), reka bentuk kajian merupakan perancangan khas bagi suatu kaedah atau prosedur untuk mengumpul dan menganalisis data. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Cresswell (2018) menyatakan bahawa reka bentuk tinjauan dapat membantu pengkaji menjawab tiga jenis persoalan iaitu soalan deskriptif, soalan perhubungan antara pembolehubah dan soalan andaian hubungan di antara pembolehubah berdasarkan masa. Kajian ini merupakan persoalan berkaitan dengan soalan deskriptif yang bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri suatu populasi. Kaedah tinjauan merupakan kaedah yang kerap kali menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian (Cohen dan Marion, 2000). Walaupun reka bentuk kajian ini ialah kaedah tinjauan namun penyelidikan kualitatif juga akan dilaksanakan melalui kaedah temu bual. Cresswell dan Plano Clark (2007) menyatakan reka bentuk gabungan ini menyediakan kefahaman yang lebih baik terhadap permasalahan kajian. Penggabungan pendekatan dalam sesebuah penyelidikan juga dapat memberikan 28 gambaran yang lebih terperinci tentang sesuatu masalah yang dikaji (Creswell 2005; Creswell 2007). Namun, bagi kajian ini, data kualitatif dikumpul bagi tujuan menyokong dapatan data tinjauan. 3.2 PROSES KAJIAN Proses kajian menunjukkan bagaimana kajian itu dijalankan dari mula sehingga akhir. Rajah 1 menunjukkan rangka bagi proses kajian ini. Proses kajian ini melibatkan peringkat awal kajian, pengumpulan data dan analisis data. Di peringkat awal kajian, pengkaji mengenal pasti tujuan dan objektif kajian di samping melaksanakan kajian literatur bagi menentukan pernyataan masalah kajian. Di peringkat ini, data sekunder seperti daripada artikel, jurnal, buku ilmiah dan kajian lepas diambil kira. Pada peringkat ini juga, pengkaji menentukan populasi dan sampel serta instrumen yang hendak digunakan. Kemudian instrumen diuji rintis di IPG Kampus Batu Lintang. Pada peringkat kedua (Julai hingga September 2020) selepas mendapat kebenaran, pengumpulan data secara “google form” dan temu bual dijalankan kepada siswa guru yang dipilih secara rawak dari setiap zon IPG. Kemudian baru peringkat ketiga dibuat iaitu menganalisis data yang dikumpul. 29 Peringkat Kedua: Pengumpulan Data (Julai – September 2020) Peringkat Awal Kajian (Januari – Mei 2020) Mengenalpasti Tujuan & Objektif Kajian • Mengenalpasti Skop Kajian • Kajian Literatur • Menentukan Masalah Kajian • Data Sekunder (Artikel, Jurnal, Buku ilmiah, Kajian Lepas) • Populasi dan Sampel • Kaedah Kajian • Pembinaan Instrumen kajian • Kajian rintis di IPGKBL • Kebenaran menjalankan kajian Peringkat Analisis Data (Oktober – November 2020) DATARIMER • • • • Pengumpulan data Kuantitatif : Soal Selidik (google form) Mengedarkan soal selidik dalam bentuk google form kepada IPG-IPG di Malaysia (pensyarah dan siswa guru) Pengumpulan data kualitatif – temu bual dengan informan iaitu • • Analisis Kuantitatif menggunakan SPSS (peratusan, min dan sisihan piawai) Analisis Kualitatif menggunakan analisis bertema siswa guru. Rajah 1. Proses kajian 30 3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Populasi mudah tadbir (accessible population) merupakan pilihan yang realistik kerana populasi sasaran (populasi sebenar) adalah sukar diperolehi (Fraenkel dan Wallen, 1993). Creswell (2018) menyatakan bahawa peserta dan lokasi kajian dipilih berdasarkan keupayaan, kesanggupan, komitmen dan motivasi mereka untuk memberikan maklumat. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan kerana persampelan bertujuan amat sesuai supaya pengkaji dapat memilih peserta kajian agar memperoleh maklumat yang banyak daripada peserta kajian (Patton, 1990). Peserta kajian ini terdiri daripada pensyarah IPG dan siswa guru. Persampelan rawak pula merupakan persampelan yang memberi peluang kebarangkalian kepada responden untuk dipilih (Wiersma, 2008). Walau bagaimanapun, empat kriteria yang diambil kira dalam pemilihan sampel iaitu matlamat, boleh diukur atau dicapai, praktikal dan ekonomi (Wiersma, 2008). Di Malaysia terdapat 27 IPG yang dibahagikan mengikut zon iaitu zon utara, timur, tengah, selatan, sabah dan sarawak. Soalan berbentuk “google form” akan diedarkan kepada semua IPG di Malaysia kecuali IPG Kampus Batu Lintang yang dijadikan sebagai IPG kajian rintis. Persampelan bertujuan dipilih di mana hanya pensyarah akademik sahaja yang akan memberi respon kepada soal selidik tersebut. Persampelan bertujuan juga digunakan bagi memilih responden dalam kalangan siswa guru di mana hanya siswa guru PPISMP dan PISMP sahaja yang akan menjawab soal selidik dalam bentuk “google form” yang diedarkan. Persampelan rawak digunakan kerana soal selidik berbentuk “google form” menggunakan link web diedarkan kepada pensyarah akademik IPG dan siswa guru. Semua responden dalam kalangan pensyarah akademik IPG dan siswa guru mempunyai kebarangkalian untuk menjawab soal selidik tersebut. 31 Saiz sampel bagi kajian secara kuantitatif ditentukan berdasarkan jadual Cohen, et. al (2001) yang membuat pengiraan sampel saiz dengan mengambil kira aras signifikan pada p< 0.05 (aras kebolehpercayaan ialah 95%). Berdasarkan jadual Cohen, et. al (2001), jika saiz populasi ialah 1000 orang maka saiz sampel yang mencukupi ialah 278 orang. Berdasarkan jadual Cohen, et. al (2001) matlamat saiz sampel pensyarah IPG ialah 278 orang manakala saiz sampel responden dalam kalangan siswa guru ialah 370 orang seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2. Saiz Sampel Kajian Bil. IPG IPG Kampus Batu Lintang IPG seluruh Malaysia IPG Zon Utara Bilangan saiz Bilangan saiz Pensyarah sampel siswa sampel guru 89 45 578 94 1000 278 10000 370 250 55 2000 74 IPG Zon Timur IPG Zon Tengah 250 56 2000 74 250 55 2000 74 IPG Zon Selatan 250 55 2000 74 IPG Zon Sabah dan Sarawak 250 55 2000 74 Saiz sampel bagi tujuan pengumpulan data kualitatif pula dipilih berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan merupakan teknik 32 persampelan yang sesuai bagi kajian kualitatif kerana pemilihan sampel secara bertujuan membolehkan informan memberi maklumat yang tepat berkaitan apa yang hendak dikaji (Cresswell, 2007). Namun, beberapa kriteria seperti kebolehtadbiran dan kos turut diambil kira. Oleh itu pemilihan jumlah siswa guru yang ditemu duga ditentukan oleh titik tepu data yang akan dikumpul. Namun, jumlah sebenar yang akan ditemu bual bergantung kepada takat titik tepu yang diperoleh. Dalam kajian kualitatif, saiz sampel tidak dapat ditentukan dari awal kajian seperti kajian kuantitatif. Pemilihan sampel dan analisis data berterusan hingga sampai ke satu tahap apabila tidak lagi ditemui maklumat yang baharu atau maklumat yang diperoleh sudah bertindan dengan maklumat yang diperoleh sebelumnya (Othman Lebar, 2009). Ini dipanggil sebagai titik ketepuan (Othman Lebar, 2009). Dalam kajian ini, perancangan jumlah sampel (10 orang) yang ditemubual hanyalah sebagai panduan namun bilangan sebenar saiz sampel yang ditemu bual bergantung kepada di mana titik ketepuan dicapai. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN 3.4.1 Instrumen Soal Selidik Bentuk “google form” untuk pensyarah Instrumen soal selidik bagi kajian ini diadaptasi daripada Standard 4 (Pembelajaran dan Pemudahcaraan), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, 2018) dan instrumen mengenai kaedah PdP. Item intrumen Bahagian B dimodifikasi daripada instrumen penilaian PdP guru-guru iaitu SKPMg2 Standard 4 berkaitan dengan pengajaran dan pemudahcaraan guru-guru. Bahagian B pula diadaptasi dan dimodifikasi daripada instrumen “OECD Teaching and 33 Learning International Survey-TALIS (OECD, 2018). Item Bahagian C pula diadaptasi dan dimodifikasi berdasarkan pengelompokan kaedah pembelajaran mengikut James Ang dan Liew Siew Ngen (2019). Instrumen soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A: Latar belakang, Bahagian B: Pengajaran dan pemudahcaraan dan Bahagian C: Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran. Keputusan analisis menunjukkan bahawa bagi instrumen kajian (bahagian B), pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach ialah .86. Ini menunjukkan instrumen yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. 3.4.2 Instrumen soal selidik bentuk “google form” kepada siswa guru Instrumen soal selidik bentuk “google form” untuk siswa guru merupakan instrumen yang dimodifikasi daripada instrumen untuk pensyarah namun disesuaikan untuk kegunaan siswa guru. Instrumen soal selidik juga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A: Latar belakang, Bahagian B: Pengajaran dan Pemudahcaraan dan Bahagian C: Aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti instrumen soal selidik pensyarah. Namun, instrumen untuk siswa guru ditambah dengan Bahagian D: Persepsi Terhadap Pengaruh Kaedah PdP dalam Meningkatkan Kemahiran Pelaksanaan PdP. Bahagian ini dijawab oleh pelajar PISMP yang telah menjalani praktikum sahaja. Rujuk Lampiran 2. Keputusan analisis menunjukkan bahawa bagi instrumen kajian (bahagian B), pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach ialah .86. Ini menunjukkan instrumen yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. 34 3.4.3 Instrumen Temu Bual kepada Siswa Guru Temu bual dibuat kepada siswa guru mengenai pandangan mereka terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Temu bual yang dipilih ialah temu bual berstruktur. Beberapa soalan yang akan dikemukakan kepada siswa guru adalah seperti berikut; • Adakah anda berpuas hati dengan kaedah PdP pensyarah anda? • Adakah kaedah PdP yang dipilih oleh pensyarah anda mengambil kira keupayaan anda? • Adakah anda diberi peluang untuk terlibat secara aktif, peluang untuk berkolaboratif dengan rakan pembelajaran . Jika Ya...terangkan bagaimana aktiviti itu dilaksanakan? • Bagaimana pula dengan maklum balas selepas selesai sesuatu aktiviti? Adakah pensyarah anda memberi maklum balas dan anda melaksanakan refleksi? Jika ya..terangkan. • Beri contoh kaedah PdP yang sering digunakan oleh pensyarah anda. • Pada pandangan anda, apa yang perlu diperbaiki dalam pelaksanaan kaedah PdP oleh pensyarah anda? • Adakah kaedah PdP pensyarah dalam membantu meningkatkan kemahiran pelaksanaan PdP anda? Jika Ya/Tidak ..jelaskan. 3.5 SKOP DAN BATASAN KAJIAN 3.5.1 Skop Kajian Skop kajian ini ialah persepsi pengajaran dan pembelajaran pensyarah telah dilaksanakan sehingga tahun 2019 sahaja. Kaedah PdP yang dikaji terdiri daripada dua perkara iaitu kaedah PdP yang dikelompokkan di bawah beberapa model pembelajaran oleh James Ang dan Liew Siew Ngen (2019). 35 Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga akan dikelompokkan di bawah model pembelajaran tersebut. Skop kajian juga terhad kepada siswa guru PISMP dan PPISMP sahaja bagi semua bidang pengkhususan, elektif. Skop penilaian kaedah PdP adalah bagi PdP kursus major, elektif, elektif terbuka, teras, ilmu pendidikan, generik dan wajib. 3.5.2 Batasan Kajian Kajian ini terbatas kepada pensyarah IPG yang mengajar kursus bagi program PISMP dan PPISMP sahaja. Kajian ini juga terbatas kepada siswa guru PISMP dan PPISMP sahaja di IPG seluruh Malaysia. Aktiviti PdP dibataskan kepada 20 pilihan aktiviti PdP sahaja dan mewakili lima kaedah PdP seperti yang telah dibincangkan dalam definisi operasional. Soal selidik berbentuk “google form” diedarkan di seluruh IPG di Malaysia namun batasannya bergantung kepada jumlah pensyarah dan siswa guru yang memberi respon terhadap soal selidik tersebut. Persepsi terhadap pengaruh kaedah PdP pensyarah kepada kemahiran pelaksanaan PdP terbatas kepada siswa guru yang telah menjalani praktikum sahaja. 36 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.0 PENGENALAN Dapatan kajian ini dapat dibincangkan berdasarkan empat objektif kajian iaitu kaedah PdP pensyarah, elemen perancangan dan pelaksanaan, aktiviti PdP dan persepsi siswa guru terhadap pengajaran pensyarah. Bab ini akan membincangkan dapatan kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS) Version 22. Analisis data secara statistik deskriptif melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai (SD) digunakan bagi melaporkan dapatan kajian. Skor min yang diperolehi daripada instrumen soal selidik dibahagikan kepada empat tahap iaitu lemah, rendah, sederhana dan tinggi seperti digambarkan dalam Jadual 3 di bawah yang diadaptasi daripada Mayusniza Yunus (2013). Jadual 3. Jadual tahap dan julat bacaan skor min Skor Min Tahap 4.0 hingga 5.0 Tinggi 3.0 hingga 3.99 Sederhana 2.0 hingga 2.99 Rendah 1.0 hingga 1.99 Lemah 4.1 MAKLUMAT MENGENAI RESPONDEN Subtopik ini akan membincangkan maklumat tentang responden dalam kalangan pensyarah dan siswa guru. Jadual 4 menunjukkan maklumat asas responden dalam kalangan pensyarah IPG. Sejumlah 136 orang responden 37 telah mengembalikan soal selidik dalam bentuk “google form” dan rumusan responden mengikut jabatan. Jadual 4: Maklumat Responden Mengikut Jabatan Bil. Jabatan Bilangan 1. Ilmu Pendidikan 17 2. Kecemerlangan Akademik 8 3. Ko kurikulum 4 4. Bahasa 27 5. Sains Sosial 18 6. Sains 3 7. Matematik 6 8. Pengajian Melayu 19 9. Pengajian Agama dan Moral 12 10. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 11. Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan 12. Lain-lain 5 10 7 Jumlah 136 Rajah 2 pula menunjukkan program yang diajar oleh responden. Walau bagaimanapun, terdapat responden yang mengajar lebih daripada satu program. Dapatan keseluruhan menunjukkan 76.6% responden mengajar program PISMP. 38 Rajah 2. Program yang diajar oleh responden kajian Rajah 3 pula menunjukkan kursus yang diajar oleh responden. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat responden yang mengajar lebih daripada satu kursus. Dapatan menunjukkan 52.6% responden mengajar kursus teras seperti dalam rajah di bawah. Rajah 3. Kursus Yang diajar oleh responden Dapatan dalam Rajah 4 pula menunjukkan pengalaman mengajar dalam kalangan responden. 39 10 32 18 33 15 29 Rajah 4. Pengalaman mengajar responden Dari segi taraf Pendidikan pula, dapatan menunjukkan bahawa 78 orang (56.9%) responden mempunyai kelulusan Sarjana, 38 orang (27.7%) kelulusan Doktor Falsafah dan 21 orang (15.3%) kelulusan ijazah sarjana muda. Dapatan responden siswa guru pula menunjukkan 952 orang siswa guru mengembalikan soal selidik dan 490 orang (51.6%) adalah daripada program PISMP, 454 orang (47.8%) daripada program PPISMP dan 6 orang (0.6%) daripada program PDPP. Daripada jumlah ini 524 orang responden telah menjalani praktikum. Rajah 5 menunjukkan ambilan siswa guru yang mengembalikan borang soal selidik tersebut di mana 741 orang (77.8%) adalah siswa guru ambilan 2019, 136 orang (14.3%) ambilan Jun 2018 dan 54 orang (5.7%) ambilan Jun 2017 dan 20 orang (5.7%) ambilan Jun 2016. 40 Rajah 5. Rajah 5: Responden Siswa Guru 4.2 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENSYARAH IPG Subtopik 4.2 menghuraikan dapatan bagi objektif kajian 1.3.1 iaitu lima kaedah pengajaran mengikut James Ang dan Liew Siew Ngin (2019). Kaedah pengajaran tersebut ialah kaedah pengajaran eksplisit, kaedah pengajaran pembelajaran strategi kognitif, kaedah pengajaran strategi kognitif bercorak penyelesaian masalah, kaedah pengajaran konstruktivis, kaedah pengajaran model pembelajaran koperatif dan kolaboratif dan kaedah pengajaran strategi humanistik. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah IPG lebih kerap menggunakan kaedah pengajaran berikut; (1) Kaedah Pengajaran Sosio konstruktivis; (2) Kaedah Pengajaran Strategi Kognitif; (3) Kaedah Penggajaran EKsplisit dan (4) Kaedah Pengajaran Strategi Kognitif Bercorak Penyelesaian Masalah. Jadual 5 menunjukkan rumusan dapatan kajian di 41 mana menunjukkan pensyarah IPG lebih kerap menggunakan empat kaedah pengajaran tersebut. Jadual 5. Rumusan kaedah pengajaran kerap digunakan oleh pensyarah IPG mengikut pilihan pensyarah dan siswa guru Kaedah Pengajaran kuliah, tunjuk cara, simulasi Video/filem, bahan grafik, peta minda/i think). 3.83 4.12 3.93 3.77 4.00 4.07 Skor Min Pilihan Siswa Guru 4.35 4.10 4.02 3.88 4.12 4.18 kaedah inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning), kajian kes, 4.06 4.06 4.09 3.87 3.51 3.64 Sosiosumbangsaran, Konstruktivis perbincangan, seminar sokratik, perbahasan, main peranan. 4.48 4.69 3.08 3.29 3.75 4.06 4.65 3.60 3.82 4.06 Model Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif Teori dan StrategiStrategi Humanistik Think pair share Round/rally robin Gallery walk 3.94 3.68 3.66 4.06 3.60 3.98 0ne stay two stray Permainan 3.51 3.61 3.75 3.88 Eksplisit Strategi Kognitif Strategi Kognitif Bercorak Penyelesaian Masalah Contoh Aktiviti Skor Min Pilihan Pensyarah 42 Dapatan menunjukkan enam aktiviti yang mempunyai skor min kekerapan yang tinggi dalam kalangan pensyarah ialah perbincangan (Min=4.69), sumbang saran (min=4.48) , tunjuk cara (min=4.12), peta minda/I think (min= 4.06), inkuiri (min=4.05) dan projek (min=4.05). Enam aktiviti mempunyai skor min kekerapan tinggi dalam kalangan siswa guru pula ialah perbincangan (min=4.65), kuliah (min=4.35), peta minda/ I think (min=4.18), bahan grafik (min=4.12), tunjuk cara (min=4.10) dan inkuiri (min=4.09). Kaedah pengajaran sosio konstruktivis boleh dibuktikan melalui dapatan skor kekerapan tertinggi pemilihan aktiviti PdP yang digunakan oleh pensyarah ialah PERBINCANGAN dan SUMBANG SARAN iaitu satu daripada aktiviti PdP dalam kaedah pengajaran sosio kontruktivis. Dapatan dalam kalangan siswa guru pula menunjukkan skor min kekerapan tertinggi pemilihan aktiviti PdP ialah PERBINCANGAN dan PETA MINDA/I THINK. Walaupun pilihan kedua siswa guru TIDAK SAMA dengan pilihan pensyarah namun kedua-dua kumpulan memberikan skor min yang tinggi kepada aktiviti PERBINCANGAN. Skor min kedua tertinggi yang dipilih oleh pensyarah ialah SUMBANG SARAN berbanding PETA MINDA/I THINK oleh siswa guru. Walau bagaimanapun, skor min sumbang saran yang diberikan oleh siswa guru (Min= 4.06). Ujian t sampel bebas (independent sample t test) juga dijalankan bagi menguji perbezaan pemilihan kekerapan pemilihan aktiviti PdP di antara pensyarah dan siswa guru. Dapatan kajian menunjukkan bagi aktiviti PdP yang dipilih mempunyai skor min tinggi (4 ke atas) iaitu tunjuk cara (p=.774), penggunaan bahan grafik (p=.111), peta minda/ I think (p=.123), inkuiri (p=.641) dan perbincangan (p=.397) dan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam skor tersebut. 43 Bagi aktiviti perbincangan (strategi pengajaran konstruktivis) menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min bagi pensyarah (min=4.69, SD=.49) berbanding siswa guru (min=4.65, SD=.58), t(1084)=.847, p=.397). Dapatan ini menunjukkan ketekalan pilihan aktiviti PERBINCANGAN sebagai aktiviti PdP yang PALING KERAP digunakan oleh pensyarah. Selain itu, pensyarah IPG juga memilih kaedah pengajaran strategi kognitif iaitu banyak menggunakan bahan grafik iaitu skor min kekerapan pilihan oleh pensyarah ialah 4.00 manakala siswa guru (min=4.12). Skor min kekerapan pilihan oleh pensyarah bagi aktiviti PdP menggunakan peta minda/I think ialah 4.07 manakala siswa guru (min=4.18). Dapatan ujian t sampel bebas mengukuhkan hujah ini di mana didapati tidak ada perbezaan signifikan skor min bagi pensyarah (min=4.07, SD=.78) dan siswa guru (min=4.09, SD=.76), t(1084)=-1.542, p=.123 untuk aktiviti peta minda/ I think. Ini menunjukkan bahawa pensyarah IPG menitikberatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pelaksanaan PdP masing-masing. Pensyarah IPG juga memilih kaedah pengajaran eksplisit iaitu tunjuk cara (skor min pensyarah=4.12; skor min siswa guru = 4.10). Dapatan ujian t sampel bebas bagi skor min pensyarah (min=4.82, SD=.80) dan siswa guru (min=4.10, SD=.79), t (1084)=.289, p=.774 juga menunjukkan tidak ada perbezaan skor min. Kaedah keempat yang kerap digunakan oleh pensyarah IPG juga ialah kaedah strategi bercorak penyelesaian masalah melalui aktiviti inkuiri. Skor min aktiviti yang diperolehi ialah 4.02 (pensyarah) dan 4.10 (siswa guru). Ujian t sampel bebas juga menunjukkan tidak ada perbezaan signifikan skor min di antara pensyarah (min=4.05, SD=.77) dan siswa guru (min=4.09, SD=.76), t(1084)=-.467. Kaedah pengajaran lain juga digunakan 44 namun skor min pemilihan aktiviti tersebut ialah sederhana iaitu skor min 3 hingga 4. Dapatan menunjukkan ketekalan pemilihan kaedah pengajaran kerana tidak terdapat perbezaan skor min kekerapan aktiviti yang dipilih antara keduadua kumpulan. Ini mengukuhkan dapatan bahawa EMPAT kaedah pengajaran yang diplih oleh pensyarah IPG ialah kaedah eksplisit, strategi kognitif, strategi kognitif penyelesaian masalah dan sosio kontruktivis. Penggunaan empat kaedah pengajaran (sosio kontruktivis, eksplisit, kognitif, kognitif penyelesaian masalah) amat sesuai digunakan kepada siswa guru kerana mereka dianggap sebagai bukan penerima bahan maklumat secara pasif tetapi mampu membentuk ilmu mereka sendiri secara aktif hasil daripada interaksi dengan persekitaran yakni akan belajar melalui pengalaman mereka. Ini ialah strategi sosio kontruktivis. Keempat-empat kaedah pengajaran menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Siswa guru dibimbing untuk berfikir secara kreatif dan kritis (pemikiran aras tinggi) melalui penggunaan peta minda/I think, bahan grafik namun kaedah eksplisit masih diperlukan kerana perlu ada tunjuk cara yang betul bagi memastikan siswa guru menjadi guru yang kompeten. Menurut Knight (2017), satu daripada proses dalam bimbingan instruksional bagi meningkatkan kualiti guru ialah melalui permodelan iaitu belajar menggunakan senarai semak dan permodelan di mana pembimbing perlu menunjukkan cara yang tepat agar penguasaan terhadap sesuatu kaedah PdP itu bersifat praktikal dalam kalangan guru. 45 4.3 ELEMEN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PDP PENSYARAH IPG Subtopik bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian bagi menjawab objektif 1.3.2 berkaitan dengan elemen perancangan dan pelaksanaan PdP pensyarah IPG. Dapatan adalah seperti dalam Jadual 6 di bawah. Perbincangan dapatan dibuat berdasarkan dapatan keseluruhan bagi elemen sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan siswa guru sebagai pembelajar aktif. 4.3.1 Elemen sebagai perancang Dari segi perancangan, item berkaitan ialah item 1,2,12 dan 18. Keseluruhan skor min melebihi 4 iaitu tinggi bagi semua item perancangan bagi keduadua pensyarah dan siswa guru kecuali bagi item 2. Skor ini dibuktikan melalui skor min bagi item 1 dalam kalangan pensyarah (min=4.73) dan siswa guru (min=4.39). Bagi item 2, skor min pensyarah ialah 4.76 berbanding skor min siswa guru 1.97 manakala skor min item 12 ialah 4.70 (pensyarah) dan 4.44 (siswa guru). Skor min bagi item 18 pula 4.53 (pensyarah) dan 4.55 (siswa guru). Purata skor min keseluruhan bagi elemen perancangan bagi pensyarah ialah 18.7 berbanding 15.3 bagi siswa guru. 46 Jadual 6. Skor min elemen perancangan dan pelaksanaan PdP Pensyarah IPG Elemen Sebagai perancang No. item 1 2 12 18 Sebagai pengawal 3 4 14 Sebagai pembimbing 5 6 16 Sebagai pendorong 7 8 9 10 Sebagai penilai 11 13 15 Siswa guru sebagai pelajar aktif 17 19 20 Skor Min Pensyarah Skor Min Siswa Guru 4.73 4.39 4.76 1.97 4.70 4.44 4.53 4.55 4.82 4.44 4.71 4.37 4.59 4.35 4.53 4.35 4.73 4.46 4.48 4.27 4.84 4.58 4.72 4.32 Saya mempertimbangkan pandangan siswa guru walaupun berbeza dengan pandangan saya Saya mengemukakan soalan aras tinggi kepada siswa guru Saya memberi maklum balas kepada hasil kerja yang dihasilkan oleh siswa guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran 4.63 4.41 4.68 4.36 4.71 4.41 Saya memberi peluang kepada siswa guru untuk membuat refleksi hasil kerja dengan rakan pembelajaran Saya membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan Saya menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini Saya menjadi fasilitator sahaja ketika pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran saya Saya memiliki autoriti penuh dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. 4.62 4.37 4.71 4.36 4.65 4.44 4.00 4.42 4.76 4.48 Item Saya merancang pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keupayaan siswa guru Saya menerangkan objektif pembelajaran pada permulaan sesi pengajaran Saya memilih aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang siswa guru berfikir secara kritis dan kreatif Saya menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Saya mengelola pengajaran dan pembelajaran dengan memberi peluang penyertaan aktif siswa guru Saya berjaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan mengikut kesuaian Saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira pelbagai kecerdasan pelbagai siswa guru Saya memberi peluang kepada siswa guru untuk membuat keputusan tentang pembelajaran Saya merangsang siswa guru mengemukakan soalan yang menjurus kepada pemikiran kritis dan kreatif Saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengintegrasi dengan kursus lain yang sesuai Saya memberi peluang kepada siswa guru untuk berkolaboratif dengan rakan pembelajaran Saya memberi penghargaan kepada siswa guru 47 Walau bagaimanapun, skor min bagi item 12 iaitu menerangkan objektif pembelajaran pada permulaan sesi pengajaran, skor min bagi pensyarah ialah 4.76 berbanding dengan siswa guru iaitu 1.97. Dapatan ini menunjukkan perbezaan pendapat mengenai item no 12 antara pensyarah dan siswa guru. Dapatan ini menunjukkan bahawa siswa guru TIDAK BERSETUJU bahawa pensyarah menerangkan objektif pembelajaran pada permulaan sesi pengajaran. Ujian t sampel bebas yang dijalankan juga menunjukkan bagi elemen perancangan (item1,2,12 dan 18) terdapat perbezaan signifikan skor min pensyarah (min=18.7,SD=1.57) berbanding skor min siswa guru (min=15.3, SD=1.59), t(1083)=23.13, p=.000. Namun, nilai perbezaan sangat kecil (3.36). 4.3.2 Elemen Sebagai Pengawal Item-item soalan berkaitan dengan elemen sebagai pengawal ialah item 3, 4 dan 14. Dapatan menunjukkan kesemua item memperoleh skor min yang tinggi (melebihi 4) iaitu item 3, skor min pensyarah ialah 4.82 manakala siswa guru 4.44. Bagi item 4, skor min pensyarah ialah 4.71 berbanding siswa guru 4.37 manakala bagi item 14, skor min pensyarah ialah 4.59 berbanding siswa guru 4.35. Min purata bagi keseluruhan 14.1 bagi pensyarah dan 13.2 bagi siswa guru. Walau bagaimanapun, ujian t sampel bebas menunjukkan terdapat perbezaan skor min antara pensyarah (min=14.1, SD=1.31) dengan siswa guru (min=13.2, SD=1.78), t(1083)=6.02, p <.00. Walau bagaimanapun, nilai perbezaan juga sangat kecil (.95). Walaupun terdapat perbezaan skor min di antara pensyarah dan siswa guru namun jika dianalisis berdasarkan skor min sahaja, pelaksanaan PdP pensyarah IPG 48 dari segi elemen sebagai pengawal mempunyai skor min yang tinggi iaitu melebihi 4. 4.3.3 Elemen Sebagai Pembimbing Pelaksanaan PdP pensyarah pada elemen sebagai pembimbing pula mempunyai skor min yang tinggi (melebihi 4) bagi semua item iaitu item 5, 6 dan 16. Bagi item 5 iaitu berkaitan dengan peluang diberikan kepada siswa guru untuk membuat keputusan tentang pembelajaran, skor min pensyarah ialah 4. 53 berbanding 4.35 dalam kalangan siswa guru. Skor min bagi item 6 (rangsang siswa guru kemuka soalan KBAT) bagi pensyarah ialah 4.73 berbanding dengan 4.46 bagi siswa guru. Begitu juga bagi item 16 (laksana pengajaran dengan integrasi kursus lain) menunjukkan skor min 4.48 (pensyarah) berbanding 4.27 (siswa guru). Walau bagaimanapun, ujian t sampel bebas yang dijalankan bagi keseluruhan item dalam elemen ini, juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor min pensyarah (min=13.7, SD=1.38) dengan siswa guru (min=13.1, SD=1.75), t(1083)=4.10, p < .000. Nilai perbezaan juga sangat kecil (.64). Walaupun terdapat perbezaan yang kecil namun, secara keseluruhan skor min bagi elemen sebagai pembimbing adalah tinggi (min melebihi 4). Ini menunjukkan bahawa dari segi pelaksanaan PdP pensyarah IPG, elemen sebagai pembimbing dilaksanakan dengan baik. 4.3.4 Elemen Sebagai Pendorong Item-item berkaitan dengan elemen sebagai pendorong ialah item 7,8,9 dan 10. Dapatan kajian bagi item-item tersebut menunjukkan skor min yang tinggi (melebihi 4) bagi kedua-dua kumpulan responden pensyarah dan 49 siswa guru. Dapatan menunjukkan skor min bagi item 7 (pensyarah=4.84, siswa guru=4.58), item 8 (pensyarah=4.72, siswa guru=4.32), item 9 (pensyarah=4.63, siswa guru=4.41) dan item 10 (pensyarah=4.68, siswa guru=4.36). Dapatan berdasarkan skor min sahaja menunjukkan bahawa pensyarah IPG melaksanakan elemen sebagai pendorong yang baik memandangkan skor min ialah melebihi 4. Walau bagaimanapun, ujian t sampel bebas bagi keseluruhan item elemen sebagai pendorong yang dibuat menunjukkan perbezaan signifikan antara skor min pensyarah (min=18.7, SD=1.53) dengan siswa guru (min=17.7, SD=2.16), t(1085)=6.32, p<.000 dengan perbezaan kecil (1.21). Analisis ujian t sampel bebas berasingan antara item 7,8,9 dan 10 juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor min antara pensyarah dan siswa guru. 4.3.5 Elemen sebagai penilai Elemen sebagai penilai merangkumi item 11,13 dan 15 juga menunjukkan skor min yang tinggi (melebihi 4) telah diperolehi. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa pelaksanaan PdP pensyarah IPG bagi elemen sebagai penilai adalah tinggi. Skor min bagi item 11 (pensyarah=4.71, siswa guru=4.41), item 13 (pensyarah=4.62, siswa guru=4.37) dan item 15 (pensyarah=4.71, siswa guru 4.36). Skor min yang diperolehi juga bahawa pensyarah IPG melaksanakan elemen sebagai penilai dengan baik. Dapatan ujian t sampel bebas pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor min pensyarah (min=14.0, SD=1.26) dengan siswa guru (min=13.2, SD=1.82), t(1082)=5.47, p<.000 dengan perbezaan kecil (.88). Walaupun terdapat sedikit perbezaan kecil di antara skor min pensyarah dan siswa guru, namun skor min masih tinggi (melebihi 4) bagi ketiga-tiga item di 50 dalam elemen sebagai penilai. Dapatan menunjukkan bahawa pensyarah IPG memberikan maklumbalas terhadap hasil kerja siswa guru, memberi peluang siswa guru melaksanakan refleksi terhadap hasil kerja rakan dan refleksi terhadap pelaksanaan PdP juga dilakukan dan disedari oleh siswa guru. Ini bermaksud, refleksi pengajaran dan maklum balas kepada hasil kerja siswa guru ada dilaksanakan dengan baik dalam pelaksanaan pengajaran pensyarah IPG. Elemen refleksi menunjukkan skor min ialah melebihi 4 iaitu tinggi bagi semua item bagai kedua-dua pensyarah dan siswa guru. Pensyarah dan siswa guru sama-sama setuju bahawa elemen refleksi menjadi pilihan mereka. Hampir semua item menunjukkan min yang hampir setara antara pensyarah dan siswa guru. 4.3.6 Elemen Siswa guru sebagai pelajar aktif Subtopik ini pula membincangkan dapatan kajian berkaitan dengan elemen siswa guru sebagai pelajar aktif yang melibatkan item 17,19 dan 20. Dapatan kajian bagi elemen ini menunjukkan skor min juga tinggi (4 ke atas) bagi pensyarah dan siswa guru. Kedua-dua pihak BERSETUJU bahawa pelaksanaan PdP mengikut kaedah pembelajaran terkini yakni berpusatkan kepada pelajar, menjadi fasilitator dalam proses PdP dan mempunyai autoriti mengubahsuai kaedah PdP mengikut kesesuaian. Dapatan ujian t sampel bebas bagi elemen ini juga menunjukkan TIDAK TERDAPAT perbezaan signifikan antara skor min pensyarah (min=13.4, SD=1.28) dengan siswa guru (Min=13.3, SD=1.72), t (1081)=.495, p=.621. Ini menunjukkan pensyarah dan siswa sependapat dengan kukuh bahawa pelaksanaan PdP pensyarah mengambil kira elemen siswa guru sebagai pelajar aktif. Jika dilihat berdasarkan skor min bagi setiap item, juga menunjukkan skor min yang tinggi (lebih 4) bagi skor min pensyarah dan siswa guru. Ini juga 51 menunjukkan ketekalan dapatan kajian yang menunjukkan bahawa pensyarah mengambil kira elemen tersebut dalam pelaksanaan PdP. Walaupun skor min bagi pensyarah untuk item 19 ialah 4.00 dibandingkan siswa guru (4.42) 4.3.7 Rumusan Dapatan Objektif 1.3.2 Dapatan kajian di atas walaupun terdapat perbezaan signifikan skor min pensyarah dan siswa guru bagi elemen sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan penilai namun perbezaan min adalah kecil. Nilai min yang diperoleh bagi kedua-dua pihak menunjukkan skor min yang tinggi iaitu melebihi 4. Walaupun pensyarah IPG tidak terikat dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) bagi Standard 4 bagi pengajaran dan pengajaran, namun dapatan menunjukkan bahawa pensyarah IPG MEMBERI PENEKANAN kepada semua elemen tersebut yang berkaitan dengan SKPMg2. 4.4 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENSYARAH IPG Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian berkaitan dengan aktiviti PdP yang kerap digunakan oleh pensyarah IPG (objektif kajian 1.3.3). Walau bagaimanapun, pemilihan aktiviti PdP terhad kepada 20 pilihan aktiviti yang disenaraikan oleh pengkaji sahaja. Dapatan kajian adalah seperti dalam Rajah 6. Dapatan menunjukkan bahawa lima aktiviti PdP yang dipilih sebagai PALING KERAP digunakan oleh pensyarah IPG ialah perbincangan, sumbang saran, berpusatkan bahan grafik, tunjuk cara dan penggunaan peta minda/ i think. Sebanyak 71.9% (97 orang) pensyarah 52 menyatakan bahawa aktiviti perbincangan paling kerap digunakan semasa pengendalian kuliah. Ini diikuti dengan aktiviti sumbang saran (57.4%, 78 orang), tunjuk cara (33.8%, 46 orang), penggunaan peta minda/I think (30.9%, 42 orang) dan aktiviti inkuiri sebanyak 29.4% (40 orang). Pemilihan lima aktiviti PdP di atas menunjukkan pensyarah IPG menggalakkan pemikiran aras tinggi serta kolaboratif di antara siswa guru. Pembelajaran kendiri ditekankan iaitu siswa guru bertanggungjawab untuk menerokai sumber dan melakukan proses pemikiran kritis bagi menyelesaikan tugasan berkaitan dengan hasil pembelajaran. Walau bagaimanapun, dapatan ini sedikit berbeza dengan dapatan siswa guru,lima aktiviti PdP yang PALING KERAP digunakan oleh pensyarah ialah perbincangan, kuliah, penggunaan peta minda/ peta I think, Think Pair Share dan Gallery Walk seperti ditunjukkan dalam Rajah 6. Seramai 672 orang responden dalam kalangan siswa guru (70.7%) memilih perbincangan sebagai aktiviti yang paling kerap digunakan oleh pensyarah. Kemudian, seramai 474 (49.9%) memilih kuliah sebagai aktiviti PdP kedua yang paling kerap digunakan oleh pensyarah, diikuti penggunaan peta minda/ peta I think (41%), aktiviti Think Pair Share (35.8%) dan Gallery Walk (35.5%) 53 RRajah 6. Aktiviti PdP Yang Digunakan Pensyarah Aktiviti PdP yang dipilih sebagai kerap digunakan oleh pensyarah ialah simulasi, projek, think pair share, tunjuk cara dan penggunaan bahan grafik. Sebanyak 56.6% (77 orang) pensyarah menyatakan bahawa aktiviti PdP kerap digunakan ialah simulasi, diikuti dengan projek (53.3%, 72 orang), think pair share (51.5%, 70 orang), tunjuk cara (49.3%, 67 orang) dan penggunaan bahan grafik (49.3%, 67orang). Dapatan dalam kalangan responden siswa guru (Rajah 7) pula menunjukkan lima aktiviti PdP yang dipilih sebagai kerap digunakan oleh pensyarah IPG ialah aktiviti inkuiri, 54 sumbang saran, main peranan, think pair share dan penggunaan video/filem. Lima aktiviti PdP yang dipilih oleh responden pensyarah sebagai sangat tidak kerap digunakan ialah seminar sokratik, numbered head together, perbahasan, main peranan dan gallery walk. Dapatan juga menunjukkan beberapa konsistensi pendapat pensyarah dan siswa guru iaitu responden siswa guru telah memilih lima aktiviti PdP yang sangat tidak kerap digunakan ialah numbered head together, one stay two stray, round robin/rally robin, seminar sokratik dan kajian kes seperti dalam Rajah 7. Pemainan Numbered head together One Stay two stray Gallery walk Round Robin Think Pair Share Main Peranan Perbahasan Seminar Sokratik Perbincangan Sumbang saran Kajian kes Projek Peta minda/I think Inkuiri Bahan grafik Video/Filem Simulasi Tunjuk cara Kuliah 0 Sangat Tidak Kerap 10 20 Tidak Kerap 30 40 Sederhana 50 Kerap 60 70 80 Sangat kerap Rajah 7. Aktiviti PdP yang kerap digunakan mengikut pilihan siswa guru 55 Dapatan juga menunjukkan terdapat persamaan pendapat iaitu pensyarah dan siswa guru di mana aktiviti PERBINCANGAN dipilih sebagai aktiviti yang PALING KERAP digunakan semasa pelaksanaan PdP pensyarah. Rajah 8 menunjukkan peratusan pandangan siswa guru dibandingkan dengan pensyarah mengikut pilihan aktiviti paling kerap digunakan oleh pensyarah. 80 70 60 50 40 30 20 10 0 Perbincangan Sumbang saran Tunjuk Cara PENSYARAH Peta Minda/I think Inkuiri SISWA GURU Rajah 8. Perbandingan peratusan pemilihan aktiviti PdP paling kerap digunakan mengikut pendapat pensyarah berbanding pelajar Dapatan dalam Rajah 8 menunjukkan konsistensi yang agak sama dari segi peratusan pemilihan aktiviti di antara pensyarah dengan pelajar iaitu keduaduanya bersetuju memilih aktiviti perbincangan iah aktiviti yang paling kerap digunakan. Begitu juga bagi aktiviti tunjuk cara dan inkuiri. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan peratusan pemilihan bagi aktiviti sumbang saran dan peta minda /I think di mana hanya 33.4% siswa guru memilih aktiviti sumbang saran manakala 57.4 % pensyarah memilih aktiviti sumbang saran sebagai aktiviti kedua paling kerap digunakan. Bagi aktiviti 56 peta minda/I think, peratusan siswa guru yang memilih peta minda/ I think sebagai paling kerap digunakan lebih tinggi berbanding dengan pensyarah. Rajah 9 pula menunjukkan bahawa lima pilihan aktiviti yang paling kerap digunakan oleh responden siswa guru dan dibandingkan dengan peratusan pemilihan aktiviti tersebut oleh pensyarah. Dapatan dalam Rajah 9 menunjukkan konsistensi pemilihan aktiviti PdP oleh pensyarah dan siswa guru iaitu perbincangan dengan peratusan yang hampir sama (70.7% bagi siswa guru dan 71.9% bagi pensyarah). Walau bagaimanapun terdapat perbezaan peratusan yang jelas antara peratusan pemilihan oleh pensyarah dan siswa guru kepada aktiviti kuliah (49.9% siswa guru, dan 23% pensyarah). 80 70 60 50 40 30 20 10 0 Perbincangan Kuliah Peta minda/ I think Think Pair Share Siswa Guru Gallery Walk Pensyarah Rajah 9. Peratusan lima aktiviti paling kerap dipilih oleh siswa guru berbanding peratusan pensyarah terhadap aktiviti PdP tersebut Rajah 10 pula menunjukkan lima aktiviti yang kerap digunakan mengikut pilihan pensyarah dan dibandingkan dengan peratusan dipilih oleh siswa guru. Konsistensi ditunjukkan pada peratusan pemilihan aktiviti PdP tunjuk cara iaitu 49.3% pensyarah memilih aktiviti tersebut sebagai kerap 57 digunakan dan 47.2% pelajar memilih aktiviti tersebut sebagai kerap digunakan oleh pensyarah. Dapatan bagi aktiviti yang lain menunjukkan sedikit perbezaan peratusan dari segi pemilihan yang dilakukan oleh pensyarah dan pelajar. 60 50 40 30 20 10 0 Simulasi Projek Think Pair Share Pensyarah Tunjuk Cara Bahan Grafik Siswa guru Rajah 10. Lima aktiviti yang kerap digunakan mengikut pilihan pensyarah dan dibandingkan dengan peratusan dipilih oleh siswa guru Dapatan dalam Rajah 11 pula menunjukkan pemilihan aktiviti PdP yang kerap digunakan oleh siswa guru dan dibandingkan peratusan pemilihan aktiviti PdP tersebut dalam kalangan pensyarah. Dapatan menunjukkan lima aktiviti PdP yang dipilih oleh siswa guru sebagai KERAP digunakan oleh pensyarah ialah inkuiri (49.3%), simulasi (47.5%), tunjuk cara (47.2%), sumbang saran (42.9%) dan main peranan (42.4%). Pemilihan oleh siswa guru menunjukkan aktiviti simulasi dan tunjuk cara adalah di antara dua aktiviti PdP yang dipilih sebagai aktiviti yang KERAP digunakan oleh pensyarah. Walau bagaimanapun, aktiviti projek, think pair share dan bahan grafik tidak termasuk dalam senarai lima aktiviti yang dipilih mengikut peratusan pemilihan yang tertinggi. 58 60 50 40 30 20 10 0 Inkuiri Simulasi Tunjuk cara SISWA GURU Sumbang saran Main peranan PENSYARAH Rajah 11. Pemilihan aktiviti PdP yang kerap digunakan oleh siswa guru dan dibandingkan peratusan pemilihan aktiviti PdP tersebut dalam kalangan pensyarah. Analisis keseluruhan berdasarkan berdasarkan min tertinggi aktiviti PdP pilihan berdasarkan kekerapan adalah seperti di dalam Jadual 7. Jadual 7. Analisis dapatan min tertinggi aktiviti pilihan pensyarah dan siswa guru Bil. Aktiviti Min (pensyarah) Aktiviti 1. Perbincangan 4.69 Perbincangan 2. Sumbang saran Tunjuk cara 4.48 Kuliah 4.35 4.12 4.18 4.06 5. Peta minda/I think Inkuiri Peta minda/I think Bahan Grafik 4.05 Tunjuk cara 4.10 6. Projek 4.05 Inkuiri 4.09 3. 4. Min (siswa guru) 4.65 4.12 59 Dapatan menunjukkan 6 aktiviti PdP yang mempunyai skor min tertinggi pilihan pensyarah ialah aktiviti perbincangan, sumbang saran, tunjuk caa, peta minda/I think, inkuiri dan projek. Ini berbanding dengan 6 aktiviti PdP yang mempunyai skor min tertinggi pilihan siswa guru iaitu perbincangan, kuliah, peta minda/I think, bahan grafik, tunjuk cara dan inkuiri. Dapatan menunjukkan terdapat beberapa aktiviti PdP yang sama telah dipilih walaupun mempunyai skor min yang berbeza iaitu PERBINCANGAN, PETA MINDA/I THINK, TUNJUK CARA dan INKUIRI. Kedua-dua kumpulan iaitu pensyarah dan siswa guru memilih aktiviti PERBINCANGAN sebagai aktiviti yang paling kerap digunakan. Dapatan analisis daripada ujian t sampel bebas (independent sample t test) juga menunjukkan skor kekerapan yang tinggi dan tidak ada perbezaan signifikan skor kekerapan di antara pensyarah dan siswa guru seperti dalam Jadual 8. Jadual 8. Dapatan Aktiviti PdP Menunjukkan Tidak Ada Perbezaan Signifikan Skor Kekerapan Tinggi Aktiviti Tunjukcara Responden Pensyarah Siswa guru Bahan Grafik Pensyarah Siswa guru Peta minda/I Pensyarah think Siswa guru Inkuiri Pensyarah Siswa guru Perbincangan Pensyarah Siswa guru Min 4.82 4.10 4.02 4.12 4.07 4.09 4.05 4.09 4.69 4.65 SD .80 .79 .76 .86 .78 .76 .77 .76 .49 .58 t(df) t(1084)=.289 p .774 t(1084)=-1.594 .111 t(1082)=-1.542 .123 t(1084)=-.467 .641 t(1084)=.847 .397 Lima aktiviti PdP yang mempunyai skor tinggi dari segi kekerapan digunakan dan tidak ada perbezaan signifikan skor kekerapan ialah aktiviti tunjukcara, 60 bahan grafik, penggunaan peta minda/I think, kaedah inkuiri dan perbincangan. Walau bagaimanapun, terdapat juga min skor kekerapan dalam julat 3 hingga 4 yang juga tidak mempunyai perbezaan signifikan skor kekerapan di antara pensyarah dan siswa guru seperti dalam Jadual 9. Beberapa aktiviti PdP yang turut tidak mempunyai perbezaan signifikan skor kekerapan di antara pensyarah dan siswa guru ialah simulasi, penggunaan video/filem, kajian kes, think pair share, round robin, dan Numbered head together. Jadual 9. Dapatan Aktiviti PdP Skor Min Kekerapan dalam Julat 3 hingga 4 Aktiviti Simulasi Responden Pensyarah Siswa guru Video/filem Pensyarah Siswa guru Kajian kes Pensyarah Siswa guru Think Pair Pensyarah Share Siswa guru Round robin Pensyarah Siswa guru Numbered head Pensyarah together Siswa guru Min 3.93 4.02 3.77 3.89 3.51 3.64 3.94 4.06 3.68 3.60 3.29 3.45 SD .89 .79 .86 .89 .85 .95 .77 .91 .88 1.05 .94 1.06 t(df) t(1084)=-1.215 p .225 t(1084)=-1.324 .186 t(1085)=-1.516 .130 t(1081)=--1.454 .146 t(1081)=.847 .846 t(1081)=-1.694 .09 Aktiviti PdP seperti kuliah, projek, sumbang saran, seminar sokratik, perbahasan, main peranan, Gallery walk, one stay two stray dan permainan mempunyai perbezaan signifikan skor kekerapan di antara pensyarah dan siswa guru seperti dinyatakan dalam Jadual 10. 61 Jadual 10. Dapatan ujian t sampel bebas bagi skor kekerapan di antara pensyarah dan siswa Aktiviti Kuliah Projek Sumbangsaran Seminar sokratik Perbahasan Main peranan Gallery walk Permainan Responden Pensyarah Siswa guru Pensyarah Siswa guru Pensyarah Siswa guru Pensyarah Siswa guru Pensyarah Siswa guru Pensyarah Siswa guru Pensyarah Siswa guru Pensyarah Siswa guru Min 3.83 4.34 4.05 3.87 4.49 4.06 3.08 3.60 3.28 3.82 3.75 4.06 3.66 3.98 3.61 3.89 SD .95 .76 .77 .88 .67 .83 1.01 .92 .96 .92 1.03 .87 1.02 .97 1.02 1.01 t(df) t(1084)=-7.129 p .000 t(1085)=2.264 .020 t(1085)=.454 .000 t(1082)=-6.117 .000 t(1084)=-6.358 .000 t(1082)=-3.698 .001 t(1082)=-3.574 .000 t(1082)=-3.015 .003 Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua responden sama ada pensyarah atau siswa guru telah memilih aktiviti PERBINCANGAN sebagai aktiviti yang paling kerap digunakan. Dapatan berdasarkan skor min tertinggi aktiviti perbincangan dan dapatan ujian t sampel bebas juga mempunyai konsistensi bagi membuktikan bahawa PERBINCANGAN ialah aktiviti yang paling kerap digunakan. Di samping aktiviti PdP bersemuka, pengajaran dalam talian juga diberi penekanan di mana platform pengajaran talian yang paling kerap digunakan ialah schoology (62.8%), google classroom (59.1%), google meet (51.1%), zoom (19.7%) dan lain-lain (34.3%). Ini bermakna, terdapat kepelbagaian dari segi aktiviti PdP yang digunakan oleh pensyarah IPG. Begitu juga pemilihan berdasarkan kepada kesesuaian tajuk di dalam sesuatu kursus. 62 4.5 PERSEPSI SISWA GURU TERHADAP KAEDAH PdP PENSYARAH DI IPG Subtopik ini akan membincangkan persepsi siswa guru yang telah menjalani praktikum terhadap kaedah PdP Pensyarah di IPG bagi menjawab objektif 1.3.4. Seramai 526 orang siswa guru telah menjawab soal selidik tersebut. Dapatan kajian ini akan memberikan maklumat berkaitan sejauhmana pelaksanaan PdP oleh pensyarah dalam membantu mengukuhkan pemahaman, pengalaman dan pengendalian bilik darjah dalam kalangan siswa guru semasa menjalani praktikum seperti dalam Jadual 11. Dapatan dalam Jadual 10 menunjukkan bahawa siswa guru bersetuju bahawa pelaksanaan PdP pensyarah telah dapat membantu meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka dalam merancang, mengendalikan dan membuat refleksi PdP yang dilaksanakan dengan skor min melebihi 4.00. Ini menunjukkan pencapaian yang sangat baik bagi pensyarah-pensyarah IPG iaitu proses perancangan, pelaksanaan dan refleksi yang dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas PdP telah dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran siswa guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan pengajaran guru berkait rapat dengan pengalaman dan kemahiran guru iaitu kaedah PdP pensyarah IPG telah MEMBANTU siswa guru dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan refleksi PdP semasa praktikum. 63 Jadual 11. Skor min bagi item berkaitan dengan persepsi siswa guru terhadap kaedah PdP pensyarah No. item Perkara Skor Min 1 Membantu saya merancang PdP dengan baik 4.83 2 Meningkatkan kemahiran dlam merancang mengambil kira keupayaan murid Membantu saya memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan hasrat pembelajaran Berupaya menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK 4.45 Meningkatkan kemahiran mengawal proses PdP dengan baik Melaksanakan aktiviti PdP yang melibatkan penglibatan aktif murid Melaksanakan PdP yang menggalakkan komunikasi di antara murid. Melaksanakan PdP yang menyeronokkan. 4.39 Meningkatkan kemahiran pengawalan kelas Berupaya memilih sumber pengajaran mengikut kesesuaian Meningkatkan kemahiran merangsang murid berfikir aras tinggi. Meningkatkan kemahiran menyoal soalan KBAT. 4.35 4.41 Meningkatkan kemahiran merangsang murid untuk berkolaboratif dalam aktiviti pembelajaran Membantu saya memperkayakan kemahiran memberi penghargaan kepada murid Meningkatkan kemahiran membuat refleksi selepas PdP saya 4.47 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 4.41 4.33 4.44 4.49 4.39 4.42 4.40 4.44 4.43 Jadual 11 menunjukkan bahawa siswa guru BERSETUJU bahawa pelaksanaan PdP pensyarah telah membantu mereka merancang PdP dengan baik (item 1, min=4.83) yang mempunyai skor min tertinggi antara 15 item. Kemudian, diikuti dengan item 7 (min=4.49) iaitu berkaitan dengan melaksanakan PdP yang menggalakkan komunikasi dalam kalangan murid. 64 Item 13 (min=4.47) mempunyai skor min ketiga tertinggi iaitu berkaitan dengan kemahiran merangsang murid berkolaboratif dalam aktiviti pembelajaran. Tiga skor min yang dipilih oleh siswa guru tersebut selari dengan dapatan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih. Walau bagaimanapun, item 4 (min=4.33) dipilih sebagai item yang mendapat skor min terendah ialah berkaitan dengan pelaksanaan PdP pensyarah membantu berupaya menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK. Ini selari dengan dapatan objektif 1.3.1 di mana pensyarah menitikberatkan kaedah sosio konstruktivis, eksplisit, kognitif dan kognitif penyelesaian masalah. Begitu juga dengan dapatan aktiviti pengajaran yang paling banyak digunakan iaitu perbincangan. Ini bermaksud, siswa guru perlu didedahkan dengan contohcontoh ABM/BBB/BBM/TMK yang boleh diselaraskan dengan topik-topik tertentu. Dapatan ini juga selari dengan salah satu cadangan yang dikemukakan oleh siswa guru dalam dapatan temu bual iaitu menunjukkan cara penggunaan ABM/BBM yang sesuai bagi kursus major. Beberapa dapatan temu bual dengan 10 orang siswa guru juga menunjukkan beberapa tema bimbingan yang dikenal pasti iaitu (1) Membantu merancang PdP (ii) Membantu memilih strategi PdP (3) Memberi contoh kawalan kelas (4) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan (5) Membimbing membina soalan KBAT. Seorang siswa guru (004) menyatakan..”Pensyarah guna pelbagai aktiviti semasa mengajar dalam kelas, saya boleh lihat cara pelaksanaan aktiviti tersebut dalam kelas dan dapat saya gunakan masa praktikum”. Seorang lagi siswa guru (001) menyatakan “..betul tu, memang berguna masa praktikum, kalau boleh semua pensyarah pelbagaikan aktiviti supaya kami tahu bagaimana mengendalikan masa praktikum, lagipun dari situ kami 65 dapat fikir sama ada ia sesuai atau tidak dengan pelajar di sekolah kami praktikum”. Kesimpulannya, pelaksanaan PdP di dalam kelas telah memberi peluang kepada siswa guru untuk mengumpul koleksi aktiviti pengajaran dan pembelajaran, di samping menyediakan kemahiran pengendalian aktiviti terrsebut melalui pengalaman langsung. Suqeira (2012) menyatakan bahawa kemahiran dan interpretasi seseorang guru adalah dipengaruhi oleh pengalaman yang diperoleh. Jika individu tersebut kreatif maka pengalaman tersebut akan disesuaikan dengan keadaan semasa dan akan diterjemahkan dalam bentuk yang baharu bagi menyelesaikan isu yang timbul kepada dirinya. Oleh itu, bagaimana pensyarah melaksanakan PdP di dalam bilik darjah bukan satu persoalan yang kecil namun perlu diberi perhatian. Ini kerana para pensyarah bukan hanya memberikan ilmu pengetahuan tapi sebenarnya sedang menambah koleksi pengalaman dalam kalangan siswa guru bagi tujuan penyelesaian masalah yang akan mereka hadpai ketika menjadi guru suatu hari nanti. 66 BAB 5 PERBINCANGAN 5.0 PENGENALAN Bab 5 ialah bab yang membincangkan dapatan-dapatan kajian berkaitan objektif 1.3.1, 1.3.2. 1.3.3 dan 1.3.4. Perbincangan dibuat untuk merumuskan dapatan kajian sedia ada, dikaitkan dengan dapatan-dapatan kajian masa lalu serta cdangan-cadangan. 5.1 PERBINCANGAN DAPATAN OBJEKTIF 1.3.1 Terdapat keselarasan dapatan bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh pensyarah IPG dengan aktiviti pengajaran yang digunakan. Empat pilihan kaedah pengajaran yang dikenal pasti daripada dapatan kajian ialah kaedah eksplisit, sosio konstruktivis, sosio kognitif dan kognitif bersifat penyelesaian masalah. Kaedah yang dipilih bertepatan dengan siswa guru yang perlu berdikari serta memiliki pemikiran aras tinggi. Justeru, kaedah PdP dalam kalangan pensyarah IPG menekankan kepada proses berfikir aras tinggi namun tidak dinafikan kaedah eksplisit. Kajian mendapati kaedah pengajaran eksplisit memberikan keputusan yang lebih baik kerana ia memberi ruang kepada guru untuk menyemak pemahaman pelajar semasa proses pembelajaran dan kaedah ini melibatkan latihan bagaimana pelajar melaksanakannya (Hammond, 2019). Ini selaras dengan latihan guru yang memerlukan kaedah pengajaran eksplisit bagi memastikan bakal guru menunjukkan atau melaksanakan dengan tepat semasa mengajar di sekolah. Knight (2017) juga menyatakan dalam proses bimbingan instruksional untuk membantu guru menambah 67 baik pengajaran, ia perlu melibatkan proses belajar menggunakan permodelan. Justeru, kaedah pengajaran pensyarah IPG yang menekankan kaedah eksplisit bersesuaian dalam bidang keguruan. Selain itu, pelaksanaan PdP pensyarah IPG juga menekankan kepada kaedah sosio konstruktivis yang menganggap pelajar bukan penerima maklumat sahaja tetapi memproses maklumat dengan aktif serta terlibat dalam proses pembelajaran (Bada & Olusegun, 2015). Justeru, kaedah sosio konstruktivis juga sangat sesuai digunakan di peringkat IPG iaitu siswa guru diberi peluang untuk memproses maklumat bagi mencapai hasrat pembelajaran. Hasrat IPGM ialah memastikan bakal graduan IPGM mempunyai nilai kompeten, berkualiti, keterampilan serta mampu bersaing dalam era global (IPGM, 2018). Oleh itu, pelaksanaan PdP menggunakan kaedah kognitif sangat diperlukan bagi memastikan siswa guru mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Justeru, ia selari dengan hasrat IPGM. Penggunaan peta I think, soalan KBAT dan aktiviti seperti inkuiri berupaya mengasah pemikiran siswa guru. Dapatan kajian ini juga menunjukkan walaupun skor min pelaksanaan PdP pensyarah tinggi pada empat kaedah pengajaran tersebut namun pensyarah IPG juga menggunakan kaedah kolaboratif dan humanistik dengan skor min di antara 3 hingga 4 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Justeru, kaedah pengajaran masih boleh dipelbagaikan lagi oleh pensyarah bagi memastikan siswa guru terdedah dengan pelbagai kaedah pengajaran serta boleh disesuaikan mengikut latar belakang murid di mana mereka akan ditempatkan nanti. 68 5.2 PERBINCANGAN DAPATAN OBJEKTIF 1.3.2 Standard 4 SKPMg2 iaitu Pembelajaran dan Pemudahcaraan menekankan kepada peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Kajian ini mendapati pensyarah IPG dipersetujui sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan melihat siswa guru sebagai pelajar aktif. Terdapat keselarasan pandangan pensyarah dan siswa guru pada hampir semua elemen perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PdP pensyarah. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Yusnita Yusof (2003), pensyarah melihat mereka mempunyai kompetensi pengajaran yang tinggi. Kajian ini juga mencadangkan kompetensi pensyarah mengikut keutamaan adalah kompetensi perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, penilaian pencapaian pelajar dan hubungan interpersonal. Dapatan elemen perancangan dan pelaksanaan PdP pensyarah IPG sebagai pendorong iaitu “memberi peluang kepada siswa guru untuk berkolaboratif dengan rakan pembelajaran” serta elemen sebagai pengawal untuk item “ mengelola pengajaran dan pembelajaran dengan memberi peluang penyertaan aktif siswa guru” selari dengan dapatan kaedah sosio konstruktivisme yang paling banyak digunakan oleh pensyarah. Syed Ismail bin Syed Mustapa (2013) melihat terhadap hubungan yang sangat tinggi antara bimbingan pensyarah dan kualiti guru. Bimbingan pensyarah membolehkan kualiti guru meningkat. Kajian ini mendapati bahawa elemen sebagai pembimbing dipersetujui kedua-dua pensyarah dan 69 siswa guru penting dalam pengajaran dan pemudahcaraan. Ianya selari dengan kaedah strategi kognitif yang dilihat sebagai strategi yang kerap digunakan oleh pensyarah IPG. Dapatan kajian ini menyokong kajian Ibrahim, Rafidah dan Mohd Rizal (2012) yang menunjukkan kesemua elemen iaitu pengajaran, teknik penyampaian, kaedah pemarkahan dan penilaian tugasan dan hubungan pensyarah dengan pelajar menunjukkan dapatan yang positif. Persepsi pelajar terhadap pensyarah bagi elemen pengajaran, teknik penyampaian, kaedah pemarkahan dan penilaian tugasan, dan hubungan antara pensyarah dengan pelajar adalah pada peratusan yang baik. Dapatan kajian mereka sangat menyokong dapatan kajian ini dari segi elemen perancangan dan pelaksanaan PdP pensyarah. Dapatan kajian ini menunjukkan elemen siswa guru sebagai aktif sangat dipersetujui oleh kedua-dua pensyarah dan siswa guru. Kesemua item selari dengan dapatan objektif 1.3.1 dan disokong kajian Sii Soo Ing, Agnes and Daud, Khadijah (2006). Kajian menunjukkan siswa guru tidak mempunyai masalah dalam perancangan dan penyampaian pengajaran. Walaupun dapatan pelaksanaan mendapati semua elemen perancangan dan PdP pensyarah dipersetujui oleh siswa guru namun item “menerangkan objektif pembelajaran pada permulaan sesi pengajaran” menunjukkan sedikit percanggahan tetapi nilai min yang diperolehi bagi kedua-dua pihak menunjukkan skor min yang tinggi melebihi 4. 70 5.3 PERBINCANGAN DAPATAN OBJEKTIF 1.3.3 Berdasarkan dapatan kajian, semua (20) aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difokuskan dalam kajian ini dilaksanakan oleh pensyarah IPG (dirumuskan dalam Rajah 6 dan Rajah 7). Namun peratus kekerapan pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut berbeza berdasarkan pemilihan kekerapan penggunaan aktiviti oleh pensyarah dan siswa pendidik. Aktiviti Perbincangan ialah aktiviti kategori paling kerap dilaksanakan oleh pensyarah IPG yang sepakat dipilih oleh pensyarah dan siswa pendidik. Aktiviti Perbincangan melibatkan pertukaran idea, pandangan/pendapat, dan persepsi secara verbal bagi tujuan untuk menjelaskan atau memperkayakan pemahaman sesuatu topik dalam kursus. Aktiviti ini menyediakan peluang untuk penglibatan aktif setiap pelajar untuk mengumpul ilmu pengetahuan, kebolehan, sumber dan pelbagai pengalaman dalam kumpulan pelajar tersebut. Proses pembelajaran pula dapat diperhatikan/diukur semasa pelaksanaan aktiviti perbincangan ini (Hammond, 2019) Aktiviti Penggunaan Peta Minda/ I-THINK adalah juga aktiviti kategori paling kerap dilaksanakan oleh pensyarah IPG yang sepakat dipilih oleh pensyarah dan siswa pendidik. Aktiviti Penggunaan Peta Minda/I-THINK memudahkan pelajar melihat perkaitan antara satu perkara dengan perkara lain lantas memahami dengan lebih mendalam. Selain itu aktiviti ini memudahkan pelajar membuat rumusan topik yang lebih ringkas dan padat (Rohaida Yusop & Zamri Mahamod, 2015; Norliza Idris & Norah Md Noor, 2019). 71 Seterusnya aktiviti Inkuiri, aktiviti Think Pair Share dan aktiviti Sumbangsaran adalah aktiviti-aktiviti yang sepakat dipilih oleh pensyarah atau siswa pendidik untuk dikategorikan sama ada paling kerap atau kerap dilaksanakan oleh pensyarah. Kelebihan aktiviti Inkuiri ialah aktiviti ini dapat membantu pelajar aktif belajar, berfikiran kritis dan menjadi pemimpin dalam pembelajaran (Winnie Sim Siew Li & Mohammad Yusof Arshad, 2014; Siti Nur Kamariah Rubani et al, 2018). Aktiviti Think Pair Share pula mengaktifkan pemikiran murid mengenai topik atau masalah yang diberikan. Aktiviti ini memaksimumkan penglibatan murid dalam bilik darjah. Aktiviti ini juga menggalakkan tindak balas murid dalam mengekalkan fokus murid terhadap sesi pembelajaran secara aktif (Veknaswari Subramaniam, Mohd Faiz Mohd Yaakob, & Hapini Awang, 2019). Aktiviti Sumbangsaran pula menggalakkan pelajar mencari idea-idea baharu serta kombinasi idea dengan menggunakan imaginasi mereka secara kreatif. Pemikiran yang kreatif kemudian diarahkan kepada penyelesaian masalah-masalah tertentu, mencari cara-cara baharu untuk bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai interpretasi bagi sesuatu kejadian (Bada & Olusegun, 2015). Aktiviti Tunjuk Cara turut dipilih oleh pensyarah sebagai aktiviti paling kerap dilaksanakan oleh mereka dalam PdP. Walaupun bertentangan dengan pilihan siswa pendidik, aktiviti ini amat diperlukan dalam kursus-kursus Kokurikulum, Sains, Matematik, Pedagogi, Pendidikan Islam serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ramlah (1993) menyatakan bahawa aktiviti tunjuk cara telah lama dikenal pasti sebagai aktiviti yang paling berkesan untuk kemahiran psikomotor. Seperkara yang menarik untuk dikaji secara lebih mendalam ialah “Mengapa siswa pendidik memilih aktiviti Kuliah sebagai aktiviti paling kerap dilaksanakan oleh pensyarah?”. Apakah tafsiran pengertian “kuliah” dalam 72 kalangan siswa pendidik? Adakah mereka menyamakan istilah kaedah kuliah dalam Ringkasan Maklumat Kursus dengan aktiviti kuliah? Seperkara lagi yang juga menarik untuk dikaji secara lebih mendalam ialah “Mengapa siswa pendidik memilih aktiviti Gallery Walk untuk dikategorikan aktiviti paling kerap manakala pensyarah memilih aktiviti ini sebagai aktiviti sangat tidak kerap?” Adakah siswa pendidik memahami pengertian aktiviti Gallery Walk? Jika pengertiannya salah, apakah aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pensyarah yang disamakan oleh siswa pendidik dengan aktiviti Gallery Walk? Dapatan kajian juga telah mendapati bahawa aktiviti Sokratik dan aktiviti Numbered Head Together adalah aktiviti sangat tidak kerap dilaksanakan oleh pensyarah IPG yang sepakat dipilih oleh pensyarah dan siswa pendidik. Walaupun aktiviti Sokratik mempunyai kelebihan meningkat kemahiran berfikir aras tinggi melalui penyoalan, pensyarah mempunyai pilihan aktiviti lain iaitu aktiviti Penggunaan Peta Minda/ I-THINK untuk fungsi yang sama. Pensyarah juga cenderung memilih aktiviti Think Pair Share berbanding dengan aktiviti Numbered Head Together. Kelemahan aktiviti Numbered Head ialah ianya memerlukan masa yang panjang, kurang sesuai untuk bilangan pelajar yang ramai dan pelajar tidak yakin semasa sesi pembentangan (Widyaningtyas et al, 2018). Perbincangan merupakan satu contoh kaedah pengajaran sosio konstruktivis. Aktiviti perbincangan dalam kalangan siswa guru membuat rangkaian antara pengetahuan sedia ada dengan baharu. Aktiviti perbincangan memberi peluang kepada siswa guru untuk membuat perbandingan, penyoalan, mengkaji, menerima atau menyesuaikan pengetahuan sedia ada dengan kepercayaan dengan pengetahuan baharu 73 (Bathacharjee, 2015). Aktiviti PdP yang dipilih oleh pensyarah dan siswa guru yang mempunyai skor min melebihi 4 juga mewakili kaedah pengajaran strategi kognitif, strategi kongnitif penyelesaian masalah dan kaedah eksplisit. Secara keseluruhannya, aktiviti PdP yang digunakan oleh pensyarah (objektif 1.3.3) selaras dengan dapatan objektif 1.3.1. Aktiviti PdP dalam kalangan pensyarah menekankan kepada perbincangan dalam kalangan siswa guru serta penekanan kepada aktiviti yang mengasah pemikiran aras tinggi dan juga ditekankan penerangan yang tepat melalui kaedah pengajaran eksplisit. Pedagogi baharu pada hari ini menekankan kepada pencapaian hasrat pembelajaran di mana pelajar dapat mengkaitkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian (Hermida, 2015). Beliau turut menyatakan pembelajaran bermakna ialah jawaban bagi isu pelajar lupa apa yang dipelajari walaupun di peringkat pengajian tinggi. Jika pelajar dapat mengkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan mereka dan berjaya membina pengetahuan baharu bagi penyelesaian masalah yang dihadapi hasil daripada penyesuaian maklumat atau pengetahuan baharu dengan sedia ada, maka ia akan menjadikan apa yang dipelajari menjadi lebih bermakna (Hermida, 2015). Justeru, usaha pensyarah IPG ke arah membentuk bakal guru bersedia mengadunkan pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada diterjemahkan dalam pelaksanaan PdP di dalam bilik darjah. Usaha ke arah membentuk siswa guru yang mempunyai pemikiran aras tinggi, di samping boleh menyelesaian masalah yang bakal dihadapi di sekolah masing-masing nanti terutama dalam pelaksanaan PdP di dalam bilik darjah nanti kelihatan pada dapatan kajian ini. Ini jelas dilihat apabila peta minda/ I think ialah satu daripada aktiviti yang kerap digunakan oleh pensyarah dalam pelaksanaan 74 PdP di dalam kelas. Dapatan pensyarah dan siswa guru bagi penggunaan peta minda/ I think adalah melebihi 4 iaitu pada tahap yang tinggi. Walaupun dapatan Badrul Hisham dan Mohd Nasruddin (2015) mendapati elemen KBAT berada tahap sederhana, namun kajian tersebut dijalankan pada 2015. Penambahbaikan yang Nampak ketara dalam pemilihan aktiviti PdP pensyarah dalam kajian ini ialah penggunaan kaedah strategi kognitif dan kognitif bercorak penyelesaian masalah menunjukkan skor min pada tahap tinggi. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian oleh Badrul Hisham & Mohd Nasruddin (2016) yang mendapati skor min elemen amalan PdP pensyarah abad ke 21 ialah 3.43 (sederhana). Begitu juga dapatan kajian oleh Raja Abdullah & Daud Ismail, 2018 yang menunjukkan min keseluruhan penilaian kendiri aspek kreatif konsep 4C PAK 21 ialah 3.96 (sederhana) namun aspek kolaboratif ialah tinggi (4.09). Justeru, masih ada ruang untuk penambahbaikan boleh dilakukan iaitu pensyarah boleh menggunakan pelbagai aktiviti PdP di dalam proses pelaksanaan PdP masing-masing khususnya kaedah pengajaran kolaboratif dan koperatif dengan lebih kerap. Kepelbagaian aktiviti PdP yang digunakan dapat menyediakan siswa guru dengan pengetahuan serta kemahiran pengendalian pelbagai aktiviti PdP. Ini turut diakui oleh siswa guru yang ditemu bual ketika menjalani praktikum, bagaimana cara pensyarah mengendalikan aktiviti PdP yang boleh dicontohi serta digunakan dalam bilik darjah telah memproses maklumat, kemahiran dan disesuaikan mengikut murid dalam bilik darjah. Ini menunjukkan pengalaman secara langsung dan bersifat konstruktivis dapat diingat semula dan disesuaikan mengikut pengalaman sebenar. 75 5.4 PERBINCANGAN DAPATAN OBJEKTIF 1.3.4 Dapatan kajian bagi objektif 1.3.4 menunjukkan persepsi siswa guru terhadap pelaksanaan PdP pensyarah ialah tinggi. Kesemua item (1 hingga 15) menunjukkan skor min yang tinggi iaitu melebihi 4. Skor min tertinggi adalah pelaksanaan PdP pensyarah telah membantu siswa guru merancang PdP semasa praktikum dengan baik. Pelaksanaan PdP pensyarah diakui oleh siswa guru TELAH MEMBANTU mereka merancang, melaksanakan dan membuat refleksi tentang pengajaran mereka semasa menjalani praktikum. Skor min terendah ialah pelaksanaan PdP pensyarah berupaya menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK namun masih lagi pada tahap yang tinggi. Dapatan temu bual dengan siswa guru mencadangkan agar pengajaran mikro dipanjangkan masa latihan dan aktiviti atau program seperti praktikum, atau peluang mengendalikan pelbagai aktiviti di sekolah juga dipertingkatkan. Ini akan memberi peluang kepada siswa guru untuk mencuba lebih banyak aktiviti termasuk penyediaan ABM/BBM/BBB/TMK bagi tajuk yang sesuai dengan tepat. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian Malachi Edwin Vethamani (2011) yang mendapati semua peserta dimotivasikan dan sedar mengenai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh siswa guru untuk menjadi guru Bahasa Inggeris yang berkualiti. Kajian oleh Syed Ismail Syed Musthapa (2012) juga mendapati wujud hubungan antara amalan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing terhadap kualiti guru pelatih. Apabila siswa guru menjalani praktikum, perkongsian pengalaman daripada pensyarah dan guru pembimbing juga menyediakan siswa guru dengan pengalaman sebenar. Di sinilah pelaksanaan PdP oleh pensyarah akan menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran kepada siswa guru. 76 Hasil kajian oleh Nurhijrah Zakaria et. Al (2020) mendapati program latihan perguruan di IPG berupaya membangunkan kompetensi global guru pelatih melalui pelaksanaan kurikulum, aktiviti kokurikulum serta penglibatan dengan masyarakat luar. Beliau mencadangkan agar penekanan terhadap aspek kepimpinan di peringkat antarabangsa juga perlu diambil kira. Justeru, pelaksanaan PdP strategi kolaboratif dan koperatif yang dilaksanakan perlu mengambil kira peluang-peluang kolaborasi dengan siswa guru di negara-negara lain. Pelaksanaan PdP secara kolaboratif dengan siswa guru peringkat antara bangsa juga boleh diketengahkan. Ciriciri pelajar pedagogi kompetemprori ialah pelajar sebagai “self navigator”, kontraktor social, pengkritik media dan pembuat media, pereka inovatif dan warganegara yang mempunyai hubungan global (Fullan, et. Al, 2014). Oleh itu, pelaksanaan PdP dalam kalangan pensyarah IPG juga harus bergerak ke arah pedagogi komptemprori bagi menyediakan siswa guru yang memiliki ciri-ciri tersebut agar ia dapat diterjemahkan oleh mereka ketika menjadi guru. 5.5 CADANGAN DAN KESIMPULAN Walaupun dapatan kajian bagi objektif 1.3.1, 1.3.2, 1.3.3 dan 1.3.4 menunjukkan skor min yang sederhana dan tinggi namun masih perlu beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dalam usaha memastikan siswa guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Cadangan penambahbaikan pertama ialah berkaitan dengan kaedah pengajaran yang digunakan. Kajian ini berfokuskan kepada enam kaedah pengajaran sahaja namun pensyarah di IPG perlu mencuba dan 77 menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang lain juga. Ini penting bagi membolehkan siswa guru memperoleh pengalaman agar dapat digunapakai semasa menjadi guru di sekolah nanti. Cadangan penambahbaikan yang seterusnya ialah berkaitan dengan eleman sebagai perancang iaitu dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa siswa guru tidak bersetuju tentang kekerapan pensyarah IPG menerangkan objektif pembelajaran sebelum memulakan kelas. Walaupun pensyarah di IPG tidak tertakluk dengan kehendak SKPMg2 namun antara elemen yang penting bagi pelaksanaan PdP di sekolah ialah menerangkan objektif dan kriteria kejayaan kepada pelajar yang telah diterapkan khususnya dalam program Transformasi Sekolah 2025 sejak 2015. Di antar tujuan mengapa objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan diterangkan sebelum pelaksanaan PdP adalah bagi memastikan pelajar tahu apa yang hendak dibelajar dan dapat membuat refleksi kendiri di akhir PdP tentang apa yang telah dipelajar. Justeru, bagi memastikan latihan serta keselarian itu wujud di antara IPG dengan sekolah, adalah dicadangkan supaya pensyarah IPG menerangkan objektif pembelajaran sebelum pelaksanaan PdP dalam bilik darjah. Seterusnya, ialah dicadangkan supaya aktiviti strategi humanistik dan kolaboratif dipertingkatkan. Walaupun dapatan menunjukkan pensyarah IPG telah menggunakan pelbagai aktiviti dalam pelaksanaan PdP namun strategi humanistik dan kolaboratif boleh dipelbagaikan khususnya aktiviti yang melibatkan kolaboratif di peringkat antara bangsa bagi menyahut cabaran ke arah ciri pedagogi komptemprori. Aktiviti yang menggalakkan siswa guru agar menjadi “self navigator”, kontraktor sosial, pengkritik media dan pembuat media, pereka inovatif dan warganegara yang mempunyai hubungan global. Autoriti dan kebebasan terkawal juga perlu digunakan 78 khususnya bagi melatih siswa guru agar menjadi guru yang mampu mengawal keperibadian sebagai guru, pekerja kerajaan dan mengamalkan demokrasi yang bertepatan, di samping bersedia kepada dunia global. Di samping itu, satu lagi cadangan di sini ialah kejelasan takrifan bagi setiap aktiviti PdP yang dilaksanakan dalam kalangan pensyarah dan siswa guru perlu dipertingkatkan. Pensyarah IPG perlu memainkan peranan dalam memastikan kejelasan takrifan setiap aktiviti PdP yang digunakan di dalam bilik darjah. Seterusnya, cadangan yang dikemukakan oleh siswa guru ialah masa bagi pengajaran mikro, peluang, dan latihan bagi membolehkan mereka berupaya menyediakan ABM/BBB/BBM/TMK dalam situasi sebenar di sekolah juga dipertingkatkan. Ini bertujuan menyediakan pengalaman langsung kepada siswa guru. Secara tidak langsung, pengalaman langsung tersebut dapat dimodifikasikan mengikut pelajar yang dihadapi. Peluang ini menyediakan pelajar kepada kemahiran menyesuaikan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu mengikut latar belakang pelajar yang mereka hadapi. 5.6 RUMUSAN Kesimpulannya, pelaksanaan PdP yang dilakukan oleh sesuai dengan visi IPGM iaitu “Peneraju kecemerlangan Pendidikan guru”. Pelaksanaan PdP menekankan kepada perkembangan pemikiran kreatif dan kritis, sosio konstruktivis, bercorak penyelesaian masalah dan eksplisit. Namun, kepelbagaian aktiviti PdP masih boleh dipertingkatkan agar siswa guru didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran asas sebagai seorang guru iaitu perancangan, pelaksanaan dan refleksi PdP yang dilaksanakan. 79 BIBLIOGRAFI Aney Marinda, Muhamad Amin dan Norasmah Othman. (2019). Pengurusan bilik darjah guru baharu yang mengikuti program pembangunan guru baharu (PPGB). Jurnal pendidikan Malaysia 44 (1), ms 21 – 27 , doI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01-03 Azizi Yahya & Intan Sapinas Bahuri. (2010). Pembelajaran Koperatif. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Bada, S.O & Olusegun, S. (2015). Constructivism learning theory: A paradigm for teaching and learning. Journal Research & Method in Education, 5 (6), 66- 70. Badrul Hisham Alang Osman. dan Mohd Nasruddin Basar. (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, ms 1 – 25. Baharuddin Aris, Manimegalai Subramaniam dan Rio Sumarni Sharifuddin. (2001). Rekabentuk Perisian Multimedia. Venton Publishing. Bandura, A., & Walters, R.H. (1963). Social learning and personality development. Holt Rinehart and Winston: New York Bouck, E. (2007). Co-teaching.Not just a textbook term: Implications for practice. Preventing School Failure, 51(2), 46-51. doi:10.3200/PSFL. 51.2.46-51 Ching, C. P., & Yee, C. P. (2012). Primary Teacher Education In Malaysia. Journal of International Education Research (JIER), 8(4), 373-380. https://doi.org/10.19030/jier.v8i4.7285 Chua Lee Chuan & Raymond Kiang Heng Kho. (2015). What Do Teacher Education Students Tell Us about the Teaching Performance of English Language Lecturers? The English Teacher, XLIV(1), 13-22 Cohen L, Manion L, M. K. (2000). Research Methods in Education. Education, Research methods. Routledge Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2001). Research methods in education (5th ed.). Routledge Falmer. 80 Cohen, P.A. (1981). Student ratings of instruction and student achievement: A meta-analysis of multisection validity studies. Review of Educational Research, 5 l(3): 281-309. Cook, L. & Friend, M. (1995). Co-Teaching: Guidelines for creating effective practices. Focus on Exceptional Children, 28(3). Cresswell, J. W & Creswell, J. D. (2018). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches. California,USA: Sage Publishing. Cresswell, J. W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (4th ed.). Pearson. Cresswell, J.w. (2007). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five Approaches. (2th Edition). Sage Publication. Creswell, J. W. (2005). Educational Research :Planning, Conducting, And Evaluating Quantitative And Qualitative Research. (4th.Eds). Pearson. Creswell, J. W. (2007). Qualitative Inquiry and Research Design. (2nd ed.). Sage Publications. Creswell, J. W., & Plano Clark, V. L. (2007). Designing and Conducting Mixed Methods Research. Sage Publications Ltd. Creswell, J.W. (2002). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. Pearson Education Inc. Crow, J., & Smith, L. (2005). Co-teaching in higher education: Reflexive conversation on shared experience as continued professional development for lecturers and health and social care students. Reflective Practice, 6(4), 491-506. doi:10.1080/14623940500300582 Dale H. Schunk. (2011). Learning Theories: An educational perspective. 6 th edition. Pearson. Desimone, L. (2009). Improving impact studies of teachers’ professional development: Toward better conceptualizations and measures. Educational Researcher, 38(3), 181-199. 81 Fatiha, S., Abd Razak, Z., & Shanina Sharatol, A. S. (2013). Novice teachers challenges and survival: Where do Malaysian ESL Teachers Stand. American Journal of Educational Research, 1(4), 119-125. Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (1993). How to design and evaluate research in education. (2nd ed.). McGraw Hill. Fullan, M. & Hargreaves, A. (2016). Bringing the profession back in: Call to action. Learning Forward. Gardner, H. (2011). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. Basic Books. Guolla, M. (1999). Assessing the teaching quality to student satisfaction relationship: Applied customer satisfaction research in the classroom. Journal of Marketing Theory and Practice, Summer: 87-97. Hammond, L. (2019). Explainer: What is explicit instruction and how does it help children learn?. Edith Cowan University, Perth. Harwell, S. H. (2003). Teacher Professional Development: It’s not an even, it’s a process. Waco, CORD. Hattie, J. (2009). Visible Learning: A Synthesis of Over 800 Meta-Analysis Relating to Achievement. Routledge. Hattie, J. (2012). Visible Learning for Teachers: Maximizing Impact on Learning. Routledge. Hayes, D., Christie, P., & Lingard, B. (2006). Teachers and schooling: Productive, pedagogies, assessment and performance. Allen and Unwin. http://dx.doi.org/10.1111/j.2044-8279.1998.tb01301. Hermida, J. (2015). Facilitating Deep Learning: Pathways to Success for University and College Teachers. Apple Academic Press, Inc. Huitt, W. (2001). Motivation to learn: An overview. Educational psychology interactive. Valdosta, GA: Valdosta State University. Retrieved Dec. 15, 2006 from: http://chiron.valdosta.edu/whuitt/col/motivation/ motivate.html. 82 Ibrahim, Rafidah dan Mohd. Said .(2012). Penilaian Pengajaran Pensyarah di Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (instedt) berdasarkan Persepsi Pelajar Kursus Diploma Kejururawatan. http://merr.utm.my/id/eprint/7350 Ishak Baba. (2009). Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran dan kaitannya terhadap prestasi akademik pelajar UTHM. Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia. James Ang Jit Eng dan Lim Siew Ngen. (2019). Guru sebagai pakar: Strategi pengajaran dan pembelajaranb abad ke 21. PTS Media Group Sdn Bhd. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. (2018). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2. (cetakan ketiga).Kementerian Pendidikan Malaysia. Johari, Khalid; Ismail, Zurida; Osman, Shuki & Othman, Ahmad Tajuddin. (2009). Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 2 , 3–14. Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Holubec, E. J. (1991). Cooperation in the classroom.Interaction Book Company. Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Smith, K. A. (1991). Cooperative Learning: Increasing College Faculty Instructional Productivity. ASHE-ERIC Higher Education Report, No.4. Washington DC: School of Education and Human Development, The George Washington University. Johnson, R.T; Johnson, D.W., dan Holubec, E. J. (1994). Cooperative Learning in the classroom. Virginia: Association for Supervision and Curriculum Development. Jonassen, D. H. (1994). Thinking Technology: Toward a construcivist Educational Technology, 34 (4), 34-37. Kagan, S. & Kagan, M. (2009). Kagan Cooperative Learning. Kagan Publishing. Kennedy, M. M. (2013). Sorting Out Teacher Quality. The Phi Delta Kappan, 90 1,59–63. 83 Khalid Johari (2009). Pola efikasi guru-guru novis sekolah menengah. Malaysian Jurnal Learning and Instruction, 6, 141- 151. Khalid Johari, Zurida Ismail, Shukri Osman & Ahmad Tajuddin Othman (2009). Pengaruh jenis latihan guru dan pengalaman mengajar terhadap efikasi guru sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (2): 3-14 MacGregor, J. .(1990). Collaborative Learning: Shared Inquiry as a Process of Reform. In M. Svinicki, (Eds.) The Changing Face of College Teaching. New Directions for Teaching and Learning, no. 42, San Francisco: Jossey-Bass, 1990. Malachi Edwin Vethamani. (2011). Teacher Education in Malaysia: Preparing and Training of English Language Teacher Educators. The Journal oa Asia TEFL, Vol. 8, No, 4, 85-110. Marzuk, P.M. (2003). Problem based learning: A guide for faculty facilitatiors. Office of Curriculum and Educational Development, Weill Medical College of Cornell University, New York. Unpublished document. Mohamad Maliki Ali, Sarimah Mokhtar, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che Noh, Mustapha Kamal Ahmad Kassim & Zahiah Harith@ Harirh (2011, September 26-28). Penilaian strategi pengajaran dan pembelajaran akidah Pendidikan Islam dalam kalangan pelajar sekolah menengah. International Conference and Exibition on Research in Islamic and Arabic Language Education, Langkawi, Kedah. Mohd Nasri Abdullah. (2017). Pengamalan kompetensi dalam kalangan pensyarah Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Tesis Tidak Diterbitkan, Doktor Falsafah. Universiti Teknologi Malaysia. Morris, K.A., & Hiebert, J. (2009). Mathematical knowledge for teaching in planning and Evaluating instructions: What can preservice teachers learn. Journal for Research in Mathematics Education, 40(5), 5-15. Nora Muda, Humaida Banu Samsudin, Noriza Majid, Khairul Anuar Mohd Ali & Wan Rosmanira Ismail . (2012). Students perspective on lecturer characteristic for effective teaching. Porcedia-Social and Behavioral Sciences 59, pg 535 – 540. Nordin, Tajul Ariffin. 2002 . Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (Pendekatan Bersepadu). As-Syabab Media. 84 Nurhijrah Zakaria & Mohamed Ali Haniffa. (2020). Pembangunan Kompetensi Global Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru di Malaysia Bagi Mendepani Cabaran Pendidikan Era Revolusi Industri: Satu Kajian kes. https://www.researchgate.net/publication/343190834 OECD. (2016). Insights from the TALIS-PISA link data: teaching strategies for instructional quality. Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) . (2018). teaching and Learning International Survey (TALIS). Othman Lebar. (2009). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tanjung Malim: UPSI. Panitz, T. (1999). Collaborative versus cooperative learning- a comparison of the two concepts which will help us understand the underlying nature of interactive learning. Retrieved from May 26, 2013, http://home.capecod.net/~ tpanitz/tedsarticles/coopdefinition.htm Patton, M.Q. (1990). Qualitative evaluation and research methods. (2rd eds.). Sage Publication. Ramsden, P. (1991). A performance indicator of teaching quality in higher education: The Course Experience Questionnaire. Studies in Higher Education, 16 (2):p.129-150. http://dx.doi.org/10.1080/ 03075079112331 382944 Ramsden, P. (1991). A performance indicator of teaching quality in higher education. Studies in Higher Education, V16, No 2, 129 – 150. Ravi Gopal, Tiwi Kamidin & Rahimah binti Mat. (2018). Amalan Pedagogi Abad Ke 21 dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching. IPG Kampus Batu Lintang. Ross, P.H., Lipsey, M.W., & Freeman, H. (2004). Evaluation a systematic approach. (7th ed.). Sage Publication. Rowley, J. (1996). Measuring quality in higher education. Quality in Higher Education, 2(3), 237-255. http://dx.doi.org/10.1080/1353832960020306 Schoenfeld, A. H. (2011). How we think: A theory of goal-oriented decision making and its educational applications. London: Routledge 85 Shahabudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi Pendidikan. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Sharan, Y. (2010). Cooperative Learning for Academic and Social Gains: valued pedagogy, problematic practice. European Journal of Education Research, Development and policy. Vol 35, pg 300 313.https://doi.org/10.1111/j.1465-3435.2010.01430. Sharan, Y., & Sharan, S. (1994). Group investigation in the cooperative classroom. In S. Sharan (Ed.), Handbook of cooperative learning methods (pp. 97-114). Greenwood Press. Sii Soo Ing, Agnes dan Khadijah, D. (2006). Tinjauan tentang masalah perancangan dan penyampaian pengajaran serta personaliti guru-guru pelatih Fakulti Pendidikan UTM yang mengajar mata pelajaran Fizik semasa latihan mengajar. http://merr.utm.my/id/eprint/9761 Siti Saleha, S. & Surayah, Z. (2007). Tugas Guru Prasekolah. Satu Tinjauan ke Atas Murid Prasekolah Semasa Menjalani Praktikum. Dimuatnaik daripada www.ipislam.edu.my. Slavin, R. E. (2011). Instruction based on cooperative learning. In R. Mayer (Eds.), Handbook of research on learning and instruction. London: Taylor & Francis. Slavin, R.E (1990). Cooperative Learning: Theory, Research and Practice. Simon & Schuster Inc. Slavin. R.E. (1990). Cooperative learning: Theory, Research and Practice. Prentice Hall. Smith, B.L and MacGregor, J. (1992). Collaborative Learning: A sourcebook for Higher Education. University Park, PA: National Center on Postsecondary Teaching, Learning and Assessment (NCTLA). 9 -22. Sofiah Zakaria, Khaliza Saidin dan Rozi Mohamad. (2016). Issues among novice eachers in Malaysia. Proceeding of International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA ms 855 – 862, http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.564 Stringer, M., & Irwing, P. (1998). Students’ evaluations of teaching effectiveness: A structural modeling approach. British Journal of Educational Psychology, 68, 409-426. 86 Suarman and Rohizan Mohammad Yaasin (2013). The quality of teaching and learning towards the satisfaction among the university students. Asian Social Journal. https://www.researchgate.net/publication/ 288069219 Suqueira, A. H. (2012). Introduction to concepts of teaching and learning.https://www.researchgate.net/publication/272620585 dimuatnaik pada 15 Januari 2020. Syed Ismail Syed Mustafa. (2013). Amalan Bimbingan Pengajaran Pensyarah dan Guru Pembimbing Dalam Program Mentoring Praktikum Serta Impaknya Terhadap Kualiti Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan Malaysia. Vol 38. No.1 Syed Khalid Syed Idrus dan Mohd Isha Awang. (2016). Retrospektif Kualiti Pengajaran Pensyarah Berdasarkan Perspektif Guru Pelatih di Institut Pendidikan Guru Wilayah Utara Malaysia. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 10. ms 26 – 42. Theodore, P. (1999). Collaborative versus Cooperative Learning: A Comparison of the Two Concepts Which Will Help Us Understand the Underlying Nature of Interactive Learning. U.S. Department of Education Office of Educational Research and Improvement. Uden, L & Beaumont, C. (2006). Technology and Problem Based Learning. IGI Global. DOI: 10.4018/978-1-59140-744-7.ch003 Wei, R. C., Andree, A., & Darling-Hammond, L. (2009). How nations invest in teachers. Educational Leadership, 66 (5), 28-33. Wiersma, William. (1991). Research Methods in Education. (5th edition). Allyn and Bacon Wilson, S. M dan Peterson, P. I. (2006). Theories of Learning and Teaching What Do They Mean for Educators?. National Education Association. Yahaya, A., Azizi, & Abdul Razak,S. (2010). Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran Dan Kaedah Pengajaran. Pp 1-4, https://www.researchgate.net/publication/46480625 Yusof Boon & Tumirah Jemon. (2011). Pelaksanaan program guru permulaan di sekolah kebangsaan zon Skudai. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. 87 Yusof, Yusnita. (2003). Kompetensi pensyarah dalam proses pengajaran: Satu kajian di Politeknik Port Dickson. http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1237 88 LAMPIRAN 1: BORANG SOAL SELIDIK PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG JALAN KOLEJ 93200 KUCHING TAJUK KAJIAN: KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU (ditukar dalam bentuk google form dan link akan dibuat) -SOAL SELIDIK KEPADA PENSYARAH Soal selidik ini mempunyai TIGA bahagian. Sila lengkapkan ketiga-tiga bahagian. BAHAGIAN A: 1. Jabatan : _________________ 2. Program yang diajar: PISMP 2. Kursus yang diajar: EDU WAJIB PPISMP TERAS ELEKTIF ELEKTIF TERBUKA 3. Tempoh Perkhidmatan: 4. Pendidikan Tertinggi: Bahagian B: Pengajaran dan pemudahcaraan **Pilih kenyataan yang paling tepat mengikut amalan anda. Bil. 1. 2 3 4 Pernyataan 1 Sangat tidak tepat 2 Tidak tepat 3 Agak tepat 4 Tepat 5 Sangat tepat Saya merancang pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keupayaan siswa guru Saya menerangkan objektif pembelajaran pada permulaan sesi pengajaran Saya mengelola pengajaran dan pembelajaran dengan memberi peluang penyertaan aktif siswa guru Saya berjaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan mengikut kesuaian 89 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Saya memberi peluang kepada siswa guru untuk membuat keputusan tentang pembelajaran Saya merangsang siswa guru mengemukakan soalan yang menjurus kepada pemikiran kritis dan kreatif Saya memberi peluang kepada siswa guru untuk berkolaboratif dengan rakan pembelajaran Saya memberi penghargaan kepada siswa guru Saya mempertimbangkan pandangan siswa guru walaupun berbeza dengan pandangan saya Saya mengemukakan soalan aras tinggi kepada siswa guru Saya memberi maklum balas kepada hasil kerja yang dihasilkan oleh siswa guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Saya memilih aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang siswa guru berfikir secara kritis dan kreatif Saya memberi peluang kepada siswa guru untuk membuat refleksi hasil kerja dengan rakan pembelajaran Saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira pelbagai kecerdasan pelbagai siswa guru Saya membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan Saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengintegrasi dengan kursus lain yang sesuai Saya menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini Saya menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran SAya menjadi fasilitator sahaja ketika pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran saya Saya memiliki autoriti penuh dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Nyatakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini yang digunakan: 90 Bahagian C: AKTIVITI Pengajaran dan Pembelajaran Berapa kerap anda menggunakan kaedah pengajaran berikut? Bil. AKTIVITI PENGAJARAN 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Kuliah (lecturer talk) Persembahan Powerpoint Pembelajaran Masteri Tunjuk cara Simulasi Video/Filem Bahan Grafik Peta Minda/ i think Penyusun grafik Kaedah inkuiri Problem based learning Kajian kes Pengajaran Berasaskan data Wawancara Sumbangsaran Perbincangan Seminar sokratik Perbahasan Main Peranan Think Pair Share Round Robin Rally Robin Gallery Walk One stay two stray Numbered Head together Roam the room Outside inside cycle Numbered Head together Pembentangan Permainan Sangat Kerap (very often) Kerap (often) Kadangkadang (Sometimes) Jarangjarang (Hardly ever) Tidak Pernah (Never) Nyatakan lain-lain kaedah yang digunakan dan tidak dinyatakan di atas. ______________________________________________________ Sekian, terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. LAMPIRAN 2: SOAL-SELIDIK KEPADA SISWA GURU 91 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG JALAN KOLEJ 93200 KUCHING SARAWAK TAJUK KAJIAN: KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU (SOAL SELIDIK SISWA GURU) – DITUKAR DALAM GOOGLE FORM Soal selidik ini mempunyai TIGA bahagian. Sila lengkapkan ketiga-tiga bahagian. BAHAGIAN A: 1. Progaram : PISMP PPISMP 2. Ambilan : 3. Pengkhususan (Major): 4. Elektif Bahagian B: PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN REFLEKSI PDP **Pilih kenyataan yang paling tepat mengenai Bil. Pernyataan 1. Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keupayaan siswa guru Menerangkan objektif pembelajaran pada permulaan sesi pengajaran Mengelola pengajaran dan pembelajaran dengan memberi peluang penyertaan aktif siswa guru Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan mengikut kesuaian Memberi peluang kepada siswa guru untuk membuat keputusan tentang pembelajaran Merangsang siswa guru mengemukakan soalan yang menjurus kepada pemikiran kritis dan kreatif 2 3 4 5 6 1 Sangat tidak tepat 2 Tidak tepat 3 Agak tepat 4 Tepat 5 Sangat tepat 92 7 8 Memberi peluang kepada siswa guru untuk berkolaboratif dengan rakan pembelajaran Memberi penghargaan kepada siswa guru 9 Mempertimbangkan pandangan siswa guru walaupun berbeza dengan pandangan saya 10 Mengemukakan soalan aras tinggi kepada siswa guru 11 Memberi maklum balas kepada hasil kerja yang dihasilkan oleh siswa guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Memilih aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang siswa guru berfikir secara kritis dan kreatif Memberi peluang kepada siswa guru untuk membuat refleksi hasil kerja dengan rakan pembelajaran Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira pelbagai kecerdasan pelbagai siswa guru Membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengintegrasi dengan kursus lain yang sesuai Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini Menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Menjadi fasilitator sahaja ketika pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Memiliki autoriti penuh dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Bahagian C: AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Berapa kerap pensyarah anda menggunakan AKTIVITI pengajaran berikut? Bil. AKTIVITI Pengajaran 1. 2 3 Kuliah (lecturer talk) Persembahan Powerpoint Pembelajaran Masteri Sangat Kerap (very often) Kerap (often) Kadangkadang (Sometimes) Jarangjarang (Hardly ever) Tidak Pernah (Never) 93 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Tunjuk cara Simulasi Video/Filem Bahan Grafik Peta Minda/ i think Penyusun grafik Kaedah inkuiri Problem based learning Kajian kes Pengajaran Berasaskan data Wawancara Sumbangsaran Perbincangan Seminar sokratik Perbahasan Main Peranan Think Pair Share Round Robin Rally Robin Gallery Walk One stay two stray Numbered Head together Roam the room Outside inside cycle Numbered Head together Pembentangan Permainan Nyatakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tiada di dalam pilihan dan KERAP digunakan: _________________________________________________________________________ ________ Bahagian D: Persepsi terhadap pengajaran dan pembelajaran pensyarah (HANYA DIJAWAB OLEH SISWA GURU PISMP YANG TELAH MENJALANI PRAKTIKUM SAHAJA) 94 Pilih satu skala yang PALING SESUAI mengikut pandangan anda mengenai KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIGUNAKAN OLEH PENSYARAH ANDA. Bil. 1. 2. 3. Item sangat tidak setuju 1 tidak setuju sederhana setuju 3 setuju 4 sangat setuju 5 2 Membantu saya merancang PdP dengan baik Meningkatkan kemahiran dalam merancang PdP dengan mengambil kira keupayaan murid. Memilih aktiviti PdP yang sesuai 4. Menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK 5. Meningkatkan kemahiran mengawal proses PdP dengan baik 6. Melaksanakan aktiviti PdP yang melibatkan penglibatan aktif murid 7. Melaksanakan PdP yang menggalakkan komunikasi di antara murid,. 8. Melaksanakan PdP yang menyeronokkan. 9. Meningkatkan kemahiran pengawalan kelas 10. Meningkatkan kemahiran pentaksiran dalam bilik darjah 11. Memilih sumber pengajaran mengikut kesesuaian 12. Meningkatkan kemahiran membimbing murid menguasai objektif pembelajaran 13 Meningkatkan kemahiran merangsang murid berfikir aras tinggi. 95 14. Meningkatkan kemahiran menyoal soalan aras tinggi 15 Meningkatkan kemahiran merangsang murid untuk berkolaboratif dalam aktiviti pembelajaran 16 Membantu saya memperkayakan kemahiran memberi penghargaan kepada murid 17 Meningkatkan kemahiran membuat refleksi selepas PdP saya 18. Meningkatkan kemahiran memilih aktiviti yang membantu murid membuat refleksi pembelajaran 19 Meningkatkan kemahiran memilih aktiviti kecerdasan pelbagai 20 Meningkatkan kemahiran mengurus sumber maklumat yang sesuai TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA 96 LAMPIRAN: SURAT PERLANTIKAN PENGKAJI 97 98