Uploaded by chitra devi

2

advertisement
Data peribadi pekerja disimpan menurut peruntukan Dasar Perlindungan Data Syarikat dan Akta Data
Perlindungan Peribadi 2010 yang boleh anda semak jika perlu. Maklumat ini adalah sulit serta peribadi dan
tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga kecuali sekiranya ia diperlukan menurut undang-undang
Malaysia.
1.4
Induksi
Syarikat mempercayai yang pekerja ialah aset terbesarnya dan menyedari tanggungjawabnya dalam
memastikan pekerja diberikan peluang untuk membangun dengan sewajarnya sepanjang tempoh pekerjaan
mereka. Pembangunan ini bermula pada peringkat induksi apabila pekerja baharu menyertai Syarikat.
Matlamat kami adalah menyokong dan membentuk pekerja dalam peranan masing-masing supaya mereka
mempunyai keyakinan untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan dan akhirnya mampu
menyumbang kepada kejayaan organisasi.
1.5
Pernyataan Terma dan Syarat Pekerjaan
Sebagai pekerja DEM Draexlmaier Automotive Systems (M) Sdn. Bhd., semua pekerja akan diberikan
dokumen iaitu surat perlantikan yang menggariskan terma dan syarat tertentu bagi perkhidmatan yang
berkaitan dengan jawatan masing-masing. Anda akan menerima surat perlantikan paling lewat dalam masa
seminggu selepas bermula bekerja dan Job Description dalam masa 2 minggu selepas anda mula bekerja.
nama Pengurus dan pekerja;
tarikh pekerjaan (dan tempoh pekerjaan berterusan) bermula;
tempoh percubaan atau tempoh kontrak
waktu kerja;
kelayakan cuti sakit; termasuk apa-apa hak untuk gaji semasa cuti sakit;
hak majikan dan pekerja berkaitan notis penamatan;
nama jawatan (atau huraian kerja secara ringkas)
butiran tentang kewujudan apa-apa perjanjian bersama yang berkaitan yang akan menjejaskan
terma dan syarat pekerjaan secara langsung
Butiran lanjut tentang dasar dan prosedur yang mungkin tidak dinyatakan sebagai sebahagian daripada
dokumen ini, tetapi merupakan sebahagian daripada syarat pekerjaan dengan kami yang dapat diperoleh
melalui pengurus terdekat. Buku panduan ini memberikan ringkasan syarat utama pekerjaan.
DEM Draexlmaier Automotive Systems (M) Sdn. Bhd. berhak mengubah sebarang terma dan syarat
dan/atau dasar pekerjaannya dari masa ke masa mengikut budi bicaranya. Pekerja akan diberitahu dengan
segera tentang perubahan ini melalui notis am kepada semua pekerja yang terlibat dengan perubahan
tersebut. Jika terdapat perubahan dalam terma dan syarat pekerjaan, kami akan memberikan pernyataan
bertulis tentang perubahan tersebut dengan segera kepada pekerja.
1.6
Pertukaran Tempat Kerja
Pihak syarikat berhak;
a) menukar tempat/ jabatan/ bahagian anda bekerja mengikut budi bicara mutlak syarikat samada di
dalam Malaysia atau luar negara dan bergantung kepada kekosongan.
b) Menukar dan/atau meminjam (secondment) anda kepada mana-mana anak syarikat yang berkaitan
dengan Kumpulan Draexlmaier.
1.7
Pemeriksaan Rekod Jenayah / Pemeriksaan dengan ESTK
Mana-mana pekerja DEM Draexlmaier boleh dikehendaki oleh pihak majikan untuk menjalani pemeriksaan
semakan rekod jenayah. Pemeriksaan ini hanya untuk keadaan tertentu jika pekerjaan anda dengan majikan
memerlukan anda bertemu dan/atau berinteraksi dengan orang lain.
Internal: All rights reserved. Distribution within the company, customer and partners
This document is for internal use only
6
Download