Uploaded by chitra devi

1

advertisement
1. Skop Am
1.1
Latar Belakang Syarikat
DEM Draexlmaier Automotive Systems (M) Sdn. Bhd adalah salah sebuah anak syarikat serta merupakan
tapak pengeluaran untuk Kumpulan Dräxlmaier yang berpangkalan di Vilsbiburg, Jerman. Kumpulan
Dräxlmaier telah diasaskan pada tahun 1958 oleh Encik Dräxlmaier dengan matlamat utama untuk
menjadikan Dräxlmaier sebagai jenama automotif antarabangsa pada masa depan.
Sejak penubuhannya, Kumpulan Dräxlmaier terus berkembang dengan 60 lokasi di 20 negara Kami
menyediakan sistem dalaman dan modul bersepadu fungsian yang terbaik serta pemasangan, sistem
elektrik dan komponen elektrik/elektronik tahap tinggi untuk pelanggan berjenama kami di seluruh dunia.
DEM Draexlmaier Automotive Systems (M) Sdn. Bhd (selepas ini dirujuk sebagai pihak syarikat) mempunyai
lebih kurang 860 tenaga kerja pada masa kini. Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan berdasarkan
keperluan perniagaan syarikat. Seramai lebih kurang 700 pekerja ditempatkan di bangunan syarikat di
Chemor manakala lebih kurang 160 pekerja lagi ditempatkan di Kulim, Kedah. Syarikat menghasilkan
pendawaian abah-abah dan abah-abah pintu untuk pelanggan pihak syarikat iaitu BMW dan Mercedes Benz
yang merupakan pelanggan penting pihak syarikat.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web kami www.draexlmaier.de
1.2
Skop Am
Buku panduan ini menetapkan terma dan syarat am pekerjaan di syarikat ini dimana terma dan syarat utama
dalam buku panduan ini boleh dipinda, dipadamkan, dihapuskan, ditambah dan/atau diubahsuai menurut
budi bicara pengurusan syarikat atau mana-mana pihak berkuasa lain yang diberikan kebenaran dalam
bentuk notis, edaran atau edisi baharu buku panduan ini.
Terma dan syarat perkhidmatan ini terpakai kepada semua pekerja, kecuali dimana dinyatakan dan/atau
menunjukkan dan/atau mencadangkan yang peruntukan tersebut adalah berkaitan jawatan tertentu sahaja.
Jika pada bila-bila masa selepas pelantikan seseorang pekerja, jika didapati apa-apa pernyataan yang
terkandung dalam dokumen permohonan pekerjaan atau dalam mana-mana dokumen atau sijil yang
berkaitan dengan permohonan, didapati palsu atau mengelirukan, pekerja itu boleh dipecat serta-merta
dan/atau dikenakan apa-apa tindakan tatatertib lain yang dianggap sesuai oleh syarikat selepas siasatan
sewajarnya.
1.3
Pengemaskinian Data Peribadi
Data yang betul adalah penting. Maklumat yang tidak tepat atau tidak dikemaskini boleh mempengaruhi gaji
atau menyebabkan kesulitan dalam situasi apabila pekerja perlu dihubungi semasa kecemasan. Pekerja
mesti memberitahu Penyelia/Pengurus dengan segera tentang apa-apa perubahan dalam maklumat
peribadi yang berikut:
Nama
Alamat terkini / Alamat rumah
Nombor dan orang yang boleh dihubungi & nombor yang boleh dihubungi semasa kecemasan
Butiran akaun bank
Status perkahwinan
Kelulusan dalam peperiksaan/kelayakan yang diperoleh
Lesen memandu (jika anda dikehendaki memandu kenderaan atas urusan Syarikat)
Konflik kepentingan dan/atau sebarang konflik kepentingan yang mungkin berlaku.
Butiran anak- added
Internal: All rights reserved. Distribution within the company, customer and partners
This document is for internal use only
5
Download