Uploaded by ain nazri

HDPS 3603 EARLY SCIENCE FOR CHILDREN

advertisement
PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
MAY 2022 SEMESTER
HDPS 3603
AWAL SAINS UNTUK KANAK-KANAK
NO. MATRIKULASI
:
681018065176001
NO. KAD PENGENALAN
:
681018065176
NO. TELEFON
:
017-9257305
E-MEL
:
hazmahhasan90@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN
:
OUM KUANTAN
ISI KANDUNGAN
BIL.
1.0
PERKARA
MUKA SURAT
BAHAGIAN 1
Pengenalan
1.0.1 Objektif tugasan
1.0.2 Pengenalan kepada sains
1.0.3 Takrifan salah tanggapan tentang sains
1.0.4 Salah tanggapan tentang kelarutan
1.0.5 Kepentingan dan teori kelarutan
1.0.6 Rancangan pengajaran harian
2
2-3
3-4
4-7
7-8
9-14
2.0
SOALAN 2: PENGAJARAN MIKRO
Video Tentang Kelarutan
15
2.0.1 Link video tentang kelarutan
3.0
Kesimpulan
15
3.0.1 Kesimpulan dari tugasan diberi
4.0
BAHAGIAN II
16-20
4.0.1 OCP Forum
5.0
Rujukan
21
1
1.0 PENGENALAN
1.0.1 Objektif tugasan

Meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep kelarutan

Mengkaji bagaimana salah tanggapan terhadap mata pelajaran sains kepada
kanak-kanak berlaku

Menambah idea untuk merancang aktiviti untuk membantu membetulkan salah
tanggapan kanak-kanak terhadap kelarutan
1.0.2 Pengenalan kepada sains
Sains merupakan apa sahaja perkara yang berlaku sekeliling kita dengan jawapan
yang berfakta dan tepat. Ia merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat
dan penyusunannya. Terdapat pelbagai tujuan pendidikan sains awal, antaranya ialah
membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak. Selain itu,
sains dapat mengembangkan sikap ingin tahu dan minat tentang dunia di sekeliling
mereka. Kanak-kanak juga dapat mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni,
berinteraksi dan berkongsi maklumat serta menyelesaikan masalah apabila melakukan
ujikaji sains.
Sains juga ternyata memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan,
kesan dan akibat. Dengan itu, kanak-kanak dapat membina dan menghayati sikap dan
nilai murni. Akhir sekali, sains dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran
saintifik dan berfikir secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik dalam membuat
penaakulan (keputusan). Pendidikan Awal Sains Kanak-Kanak amat penting untuk
dipupuk dalam kalangan mereka kerana, ia membekalkan konsep bagi membolehkan
kanak-kanak memahami alam sekeliling. Ini kerana dengan sains, kanak-kanak dapat
mengembangkan bahasa dan kefahaman serta meningkatkan kosa kata mereka.
2
Sains dapat menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-kanak dalam
meningkatkan gaya ingatan dan kebolehan mengelaskan sesuatu. Selain itu, kanak-kanak
juga dapat mengukuhkan perkembangan sosial dan emosi semasa menjalankan proses
sains dalam kumpulan dan meningkatkan keyakinan diri dengan penglibatan kanak-kanak
secara langsung dalam penerokaan, penemuan sesuatu yang baru dan penyelesaian
masalah dalam sesuatu yang menyeronokkan.
Oleh kerana, pada peringkat awal kanak-kanak menekankan konsep pembelajaran
aktif, dan aktiviti yang dirancang bersifat hands-on kebiasaannya, mereka dapat
memahami sesuatu konsep dengan baik melalui rasa, sentuhan, dan manipulasi bahan
bagi membina kefahaman saintifik. Disamping itu, skill kanak-kanak dapat diperluas
apabila mereka terdedah dengan persekitaran yang berkonsepkan sains. Tugasan ini
bertujuan mentaksir pemahaman para pelajar tentang konsep kelarutan dan keupayaan
mereka mengenali salah tanggapan kanak-kanak. Melalui tugasan ini juga, keupayaan
pelajar untuk merancang aktiviti bagi membantu membetulkan salah tanggapan kanakkanak terhadap kelarutan turut akan dinilai.
1.0.3 Takrifan salah tanggapan tentang sains
Salah tanggapan menurut kamus dewan Bahasa (DBP) edisi ke-4 membawa
maksud
salah
(menganggap
atau
membuat
kesimpulan)
khilaf,
sesat
(tanggapan).P em aham an m erupakan sal ah satu asas bagi set i ap kal an gan
m anusi a dal am m enghadap i kehidupannya pada masa yang akan datang dengan
cara melakukan aktiviti seharian. Ini kerana kehidupan pada masa yang akan
datang bergantung pada penemuan baru dan inovasi dalam bidang sains.
Perkembangan sains sangat bergantung dengan minat serta penguasaan generasi
muda pada prinsip-prinsip sains. Proses pembelajaran dan pengajaran sains acapkali
memfokuskan keupayaan pelajaru n t u k m e n g u a s a i i l m u , k e m a h i r a n d a n
n i l a i ya n g t e r k a n d u n g d a l a m i l m u s a i n s i t u s e n d i r i . Pengajaran serta
pembelajaran sains yang melibatkan pencerapan, pengumpulan data, membuat
tafsiran, menaakul dan merumus serta mensintesis dapat mendorong pelajar untuk
3
mempunyai
kesungguhan
dan
mempertingkatkan
kekuatan
i n t e l e k t u a l u n t u k menguasainya.
Kebanyakan konsep sains pula hanya dapat difahami melalui penaakulan dalam
minda dengan melihat daripada aras mikroskopik, makroskopik dan persimbolan.
Pelajar (kanak-kanak) perlu menilai konsep sains dengan membayangkannya di
dalam pemikiran dan membuat sesuatu pengkonsepan tanpa melihat secara nyata
fenomena yang bakal berlaku. Dalam tajuk ini dapat dilihat salah tanggapan
membawa maksud salah tafsir kanak-kanak terhadap apa yang berlaku dalam sains.
Kesimpulan yang tidak benar yang dikaitkan dengan sains boleh berlaku sekiranya
kanak-kanak tidak didedahkan dengan ajaran daripada awal sesuai dengan perkembangan
usia mereka.
Dalam PSPK sendiri, terdapat rujukan bagi memberi tunjuk awal kepada kanakkanak mengenai bagaimana satu-satu kejadian sains berlaku. Contohnya, bagi bab
penerokaan sifat bahan, kanak-kanak hendaklah boleh menyiasat ke atas objek yang
tenggelam dan timbul. Ini termasuk murid boleh mengetahui bahan larut dalam air atas
penyiasatan. Disini, pentingnya satu panduan untuk mengelak dari salah faham murid
ketika membuat apa jua ujikaji berkaitan sains. Kurikulum prasekolah sendiri berfokus
untuk melahirkan murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bersosialisasi
dengan yakin dan ini termasuklah berbincang dan mengeksplorasi dalam aktiviti sains
yang dilakukan.
1.0.4 Salah tanggapan kanak-kanak tentang kelarutan
Salah tanggapan atau miskonsepsi boleh diertikan sebagai salah faham,
salah fikiran, keliru, del usi, sal ah pegangan , sal ah perhit ungan dan
pel bagai l agi. P emaham an m erupakan sal ah satu asas bagi seti ap
m anusi a dal am m enghadap i kehidupannya pada masa yang akan datang dan
melakukan aktiviti seharian. Ini kerana kehidupan pada masa yang akan datang
sangat bergantung pada penemuan baru daninovasi dalam bidang sains.
Perkembangan sains sangat bergantung pada minat sertapenguasaan generasi muda
pada prinsip-prinsip sains.
4
S al ah tanggapan adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu
fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalamannya .Penerangan tentang
sesuatu konsep tidak sama dengan penerangan yang diberikan oleh ahli sains maka idea
kanak-kanak tadi dikenali sebagai salah tanggapan. salah tanggapan ialah ‘apa-apa
kepercayaan yang tidak berasas yang tidak mengandungi unsur ketakutan, nasib
yang baik, iman, atau campur tangan ghaib'. Barrass (1984) pula mentafsirkan salah
tanggapansebagai 'kesilapan' atau kesilapan, 'salah faham' atau idea-idea yang
mengelirukan, serta 'salah faham' atau misinterpretations fakta. Dalam modul
KSPK sendiri, proses PdP Inkuiri berfokus kepda learning by doing yang melibatkan
murid. Ini termasuk melaksanakan aktiviti penerokaan, penyoalan, penyiasatan, berfikir
secara reflektif dan penemuan ilmu baharu.
Secara amnya, Inkuiri mementingkan ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ berbanding
dengan ‘apa’ terhadap sesuatu perkara atau kejadian. Selain dari itu, Inkuiri dapat
meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta menggalakkan
pembelajaran kendiri dalam kalangan kanak-kanak. Inkuiri juga dapat menimbulkan rasa
ingin tahu dan menggalakkan murid untuk bertanya dalam sesuatu acara atau aktiviti.
Dalam masa yang sama murid akan membuat refleksi sepanjang proses pembelajaran.
Dalam konteks ini, salah faham kelarutan boleh berlaku sekiranya fasa-fasa menyatakan
sebab, Langkah dan fakta sains itu sendiri tidak diekspretasikan dengan betul.
Dalam buku Kaedah Mengajar Sains yang ditulis oleh Zurida Ismail, Syarifah
Norhaidah Syed Idros dan Mohd. Ali Samsudin menerangkan salah tanggapan
atau miskonsepsi dapat dikategorikan kepada beberapa jenis (National Academy of
Science 1997) iaitu idea awal yang diperoleh daripada kepercayaan bukan saintifik
atau pengalaman awal yang diperoleh daripada pelbagai sumber ilmu lain seperti
pendidikan agama dan kepercayaan, pemahaman konseptual hasil pengajaran serta
pembelajaran konsep sains yang kurang pengukuhannya, miskonsepsi vernakular
yang mana penggunaannya mempunyai maksud yang berlainan dalam kegunaan
harian pelajar dibandingkan dalam konteks saintifik dan miskonsepsi fakta yang
disebabkan oleh pembentukan konsep yang tidak benar dan dikekalkan terus sehingga
diperingkat dewasa.
5
Dalam
buku
yang
sama
juga
menyatakan
terdapat
tiga
punca
terjadinya miskonsepsi biologi dalam kalangan pelajar. Ketiga-tiga punca ini adalah
kerangka kefahaman alternatif sedia ada para pelajar yang jarang diberi perhatian
oleh guru menyebabkan idea tidak tepat berkekalan, bahasa harian tidak dapat
dibezakan dengan bahasa sains dan masalah
serta pendekatan
yang
digunakan
perhubungan
dengan perkembangan
pengajaran memudah alam timbul sekiranya
konsep-konsep yang difahami kanak- kanak mengandungi salah tanggapan
ataupun
bercanggah sama sekali dengan penjelasan saintifik.
Salah
tanggapan
ini
menjadi penghalang dan menyukarkan kanak-kanak
secara terus memahami konsep yang ditaja dalam kelas semasa pengajaran dan
pembelajaran dalam berlaangsung. Malahan, salah satu masalah besar yang sukar
dialami
dalam
pengajaran
konsep
sains
adalah
memindahkan
ataupun
mengubah pandangan ataupun pegangan awal pelajaran pada satu konsep kepada
penjelasan
yang
dapat diterima oleh para komuniti sains. Dalam
buku
Kaedah
Mengajar Sains juga Gilbert, Osborne dan Fensham (1982) memberi beberapa
akibat yang mungkin akan timbul daripada keadaan itu. Pelajar mungkin tidak
mengubah
konsep
sedia
ada
mahupun mungkin
menerima
perspektif
yang
disampaikan sebagai perkara yang berguna dalam peperiksaan dengan mengekalkan
konsep sedia ada. Kebarangkalian juga, pengajaran para guru
akan
mengukuhkan
pengetahuan ataupun konsep awal pelajar dan kerap kali pengajaran guru akan
hanya menambahkan kekacauan dan kekeliruan kepada para pelajar.
Natijahnya, dalam keadaan ini, pelajar tidak mampu menyatukan idea baru yang
diterima daripada gurunya dengan pengetahuan sedia ada yang dipegangnya. Hasil
paling ideal yang boleh diharapkan adalah pengajaran guru yang berhasil membawa
perubahan pandangan awal pelajar kepada penjelasan saintifik. Perkara ini adalah
hasilan atau matlamat terakhir yang ideal bagi pengajaran sains.
Sebenarnya, miskonsepsi tidak hanya terjadi pada kanak-kanak tetapi terjadi
juga pada guru. Hal demikian, menyebabkan miskonsepsi pada kanak-kanak semakin
besar. Miskonsepsi juga terjadi pada buku- buku yang terdapat di pasaran. Jika
6
buku tersebut digunakan oleh guru mahupun kanak-kanak sebagai sumber belajar
maka
guru
dan kanak-kanak
tersebut
akan
mengalami
konsepsi
dan makin
memperkuat miskonsepsi yang sebelumnya sudahpun terjadi. Oleh kerana itu, memang
tidak mudah memperbaiki miskonsepsi namun guru hendaklah selalu berusaha bagi
memperbaiki penguasaan konsep yang dipelajarinya sehingga dapat mengenali apa yang
berlaku pada kalangan kanak-kanak.
1.0.5 Teori kelarutan dan kepentingannya kepada kanak-kanak
Salah satu cara terbaik bagi mengajar atau memperkenalkan sains awal
kepada kanak-kanak dalam topik kelarutan ialah dengan cara ‘hands-on
experiences’.Dengan cara ini mereka belajar melalui pengalaman atau apa yang
mereka lakukan atau lihat sendiri dengan bimbingan guru. Secara teorinya,
sekiranya kita mengalaminya secara visual iaitu melalui deria rasa kita
sendiri kita, maka kita lebih cenderung mengingati serta memahami sesuatu
konsep itu. Maka begitu juga dengan kanak-kanak, mereka akan lebih cenderung
untuk memahami sesuatu konsep sekiranya mereka melakukannya secara ‘hands-on’.
Teori kelarutan bermaksud solubilitas (kemampuan sesuatu zat kimia tertentu, zat
terlarut(solute), untuk mampu larut dalam suatu pelarut (solvent). Kelarutan dinyatakan
dalam jumlah maksimum zat terlarut yang larut dalam suatu pelarut pada kesetimbangan.
Zat-zat tertentu dapat larut dengan perbandingan apapun terhadap suatu pelarut.
Contohnya adalah etanol di dalam air. Bagi konteks kanak-kanak, mereka boleh
didedahkan dengan kelarutan mudah dan ringkas seperti ujikaji ketumpatan larutan garam
yang mampu mengapung berat barang yang mana jisimnya kurang tumpat daripada
larutan itu.
7
Pentingnya teori kelarutan ini diajar pada kanak-kanak seawal usia kerana mereka
yang masih dalam fasa mengeksplorasi apa sahaja terjadi dengan alam sekitar mampu
mengekspretasikan jawapan yang betul dalam teori kelarutan. Ujikaji jisim, berat, isipadu
ialah topik yang menarik dan satu bentuk pembelajaran yang tetap dan selalu terjadi
dalam kehidupan kanak-kanak seharian. PdP berasaskan inkuiri sendiri merupakan satu
pendekatan di mana murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui
penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada. Dalam modul Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sendiri pelaksanaan pendekatan ini adalah
melalui pelbagai pendekatan seperti pembelajaran berasaskan projek, penyiasatan
saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif bagi
melahirkan murid yang berilmu dan berkemahiran berfikir aras tinggi.
8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh
Hari
Masa
Bil Murid
Umur
Modul
Tunjang Utama
Fokus
`
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
: 21 Jun 2022.
: Selasa
: 10.30 pagi – 11.00pagi
: 18.
: 6 Tahun.
: Teras.
: Sains dan Teknologi – Awal Sains.
: SA 4.0 Menyiasat Alam Bahan
: SA 4.1 Meneroka Sifat Bahan
: SA 4.1.3 Menyiasat bahan yang boleh larut dalam air
Kesepaduan Tunjang
: KD 2.3.3 Berinteraksi dengan yakin
MA 2.1.8 Membilang secara tertib menaik dan menurun
.
Objektif Pembelajaran
: Pada akhir pengajaran murid dapat :
i) Mengenalpasti bahan-bahan yang boleh larut dalam
air.
ii) Mengenalpasti bahan-bahan yang tidak boleh larut
dalam air.
iii) Mengenalpasti cara bahan boleh dilarutkan dengan
lebih cepat
Pengetahuan Sedia ada
: Murid pernah bermain cat air sewaktu sesi pembelajaran
menghasilkan karya seni
Kemahiran Berfikir
merumus
: Mengingat, Mengecam, menjana idea, mengenal pasti,
Penerapan Nilai
: Yakin pada diri sendiri, bertanggungjawab, mendengar arahan,
sabar, rasional, bertolak ansur.
: Bikar, gula, milo, minyak, pasir, beras, eno halia, sudu,
dan jug air.
: Verbal linguistik, visual ruang, interpersonal, muzik
: Menyebut, membilang,, bertutur
Bahan Bantu Mengajar
Fokus MI
Kosa Kata
9
Masa /
Langkah
Set
Induksi
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Aktiviti menonton
1.Murid-murid menonton
video
tayangan video yang
(5 minit)
disediakan guru.
2.Murid menonton video
mengenai bahan larut dengan
https://youtu.be/sP4
Contoh soalan :
Cikgu bertanya
minuman
Video “bahan larut
dengan lebih cepat”
Catatan/ BBM
kegemaran kanakkanak.
bimbingan guru.
Murid yang telah
9gzoI5mM
3.Guru bersoal jawab dengan
murid tentang konsep kelarutan
mengikut pengetahuan sedia
ada mereka.
menguasai
kemahiran
kelarutan diminta
untuk menyatakan
bahan yang
dimasukkan ke
dalam air semasa
membuat air milo
kepada kawankawan.
Guru menyoal
murid yang tersebut
konsep kelarutan
adakah bahan yang
dimasukkan
(susu,milo) larut di
dalam air
BBM :
-Video
10
KBKK: Mengecam
Mengenal pasti
PN :
Mendengar
arahanBekerjasama
MI :
Verbal-linguistik
Langkah 1 Jom Mengenal
(5 minit)
Bahan
1.Murid melihat bahan yang
Contoh soalan :
akan digunakan untuk ujikaji
kelarutan.
1.Apa bahan yang
ada di atas meja?
2. Murid membilang jumlah
bahan yang digunakan.
3.Murid diminta meneka bahan
yang boleh larut dan tidak
larut.
2.Berapa bahan
yang ada di atas
meja?
3. Bahan mana yang
akan hilang jika
diisi dalam air dan
bahan mana yang
tidak hilang jika
diisi ke dalam air.
KB :
Mengecam,
Mengingat Menjana
Idea
PN :
Mendengar arahan
bertanggungjawab
MI :
Verbal – linguistic
interpersonal visual
ruang
11
Langkah 2 Jom Bereksperimen
1.Guru memberi penerangan
(15 minit)
tentang aktiviti yang akan
dijalankan.
BBM :
-Bikar
2. Enam bikar berisi air
disediakan setiap bikar akan
-Sudu Besi
diletakkan satu bahan.
3. Setiap bikar yang telah
-Jag Air
dimasukkan bahan akan
dikacau menggunakan sudu
besi dalam masa 10 saat.
-Air Panas
4.Akhirnya, murid-murid akan
melihat bahan yang diisi dalam
air hilang (larut) dan tidak
hilang (tidak larut).
-Pemasa
5. Murid akan mengenalpasti
bahan terlarut dan tidak
terlarut.
-Milo
6. Guru meminta murid ke
hadapan untuk mereka
12
menjalankan sendiri ujikaji
-Gula
kelarutan,
-Beras
-Pasir
-Eno Halia
-Minyak
Contoh Soalan:
Bahan dalam bikar
mana yang
bahannya hilang?
Bahan dalam bikar
mana yang
bahannya masih
ada?
KBKK :
Pemikiran logik
MI :
Verbal linguistik
13
kognitif, Visual
spatial
TEKNIK :
Menyelesaikan
masalah
Penutup
Mereflek
1. Guru bersoal jawab dengan
murid bagi mengukuhkan
(5 minit)
kefahaman murid terhadap
Contoh soalan :
1.Sebutkan semua
bahan yang larut di
dalam air.
konsep kelarutan.
2.Murid memahami dan
2. Sebutkan semua
bahan yang tidak
larut di dalam air.
memberi respon
PN:
Keberanian dan
yakin diri
MI :
Linguistik, Kognitif.
Refleksi Guru :
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
______________________________
Catatan Guru Pembimbing / Pensyarah :
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
______________________________
14
Video Tentang Kelarutan
2.0.1 Link video tentang kelarutan
https://youtu.be/FjosoHnWB5U
Kesimpulan
3.0.1 Kesimpulan
Kesimpulannya, kanak-kanak gemar melakukan eksperimen sendiri mengenai apa yang
terjadi di sekilingnya. Sebagai seorang guru, haruslah menyediakan Bahan Bantu
Mengajar yang berkesan dapat meningkatkan minat kanak-kanak terhadap sains kerana
sains merupakan perkara yang amat penting kepada pembelajaran dan pengajaran kanakkanak di peringkat awal. Penerangan yang jelas semasa pdp berlangsung juga haruslah
jelas supaya taggapan salah yang telah ada pada mereka sebelum ini dapat di perbetulkan.
Ini bertujuan agar tanggapan yang salah itu tidak tersebar luas. Sebagai seorang guru
yang bertanggungjawab, hendaklah membantu kanak-kanak dalam memperbetulkan
tanggapan yang salah.
15
4.0.1 Penyertaan kelas dalam talian (OCP Forum)
16
17
18
19
20
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Pengenalan sains awal kanak-kanak. (November, 2018). Retrieved from Blogspot:
http://groupofearlyeducationchildhood.blogspot.com/2018/10/pengenalan-sainsawal-kanak-kanak.html
Carian PPRM. (n.d.). Retrieved from Pusat Rujukan Persuratan Melayu:
http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tanggapan
Putra, E. D. (n.d.). Dasar Teori Kelarutan. Retrieved from SCRIBD:
https://www.scribd.com/document/360873913/Dasar-Teori-Kelarutan
BrigadierDiscovery5267. (n.d.). kelarutan.docx - BAHAGIAN 1: Istilah Pendidikan Awal.
Retrieved from Course Hero:
https://www.coursehero.com/file/71475591/kelarutandocx/
mardiumar83. (n.d.). Salah anggapan tentang sains. Retrieved from Course Hero:
https://www.coursehero.com/file/72711917/Siap-Cikgu-Lee-Koh-SainsKanak2doc/
zack, z. (n.d.). MISKONSEPSI PELAJAR DALAM MATAPELAJARAN SAINS. Retrieved
from academia:
https://www.academia.edu/16642683/MISKONSEPSI_PELAJAR_DALAM_MA
TAPELAJARAN_SAINS
21
Download