Uploaded by razanaqilahrazali98

kertas-kerja-majlis-pelancaran-nilam

advertisement
KERTAS KERJA
MAJLIS PELANCARAN PRORAM NILAM (JOM BACA)
SK SANGGANG SEBERANG , 28000 TEMERLOH, PAHANG
TEMA:
“Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”
PENDAHULUAN:
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikkan oleh sesebuah masyarakat untuk
menjadi masyarakat bertamadun. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu
membaca ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap
anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti
Pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat
dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian.
Program NILAM (Jom Baca) merupakan antara agenda prima sekolah untuk
menjadikan murid-murid sebagai warga yang berilmu, di samping menjadikan membaca
sebagai salah satu amalan yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia.
Program ini menjadi salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang
penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah terutamanya. Justeru, bagi
memastikan program ini berterusan, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan
Sanggang Seberang mengambil inisiatif mengadalan Pelancaran Program NILAM (Jom
Baca) bagi 2023/2024.
1. OBJEKTIF:
1. Meningkatkan minat membaca yang berterusan.
2. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.
3. Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta
mempunyai sifat- sifat kepimpinan.
4. Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.
2. TEMPOH:
Program NILAM (Jom Baca) akan dilaksanakan sepanjang tahun 2023 secara berterusan.
3. PELANCARAN MAJLIS.
Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Perasmi
:19 Jun 2023
: Isnin
: 8.00 pagi
: Dewan SKSS
: En. Kamaruzaman bin Kassim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sanggang
Seberang, 28000 Temerloh, Pahang
4. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM NILAM (Jom Baca):
Pengerusi
:En. Kamaruzaman bin Kassim
Guru Besar
: Pn. Noriza binti Mat Yunus
Naib Pengerusi
GPK Pentadbiran
Setiausaha
Penolong Setiausaha
AJK
:Pn. Razan Aqilah binti Razali (Guru Perpustakaan dan Media)
:Pn. Salawati binti Patahir (Guru Program NILAM)
:JK Induk PSS
:Semua guru mata pelajaran Bahasa Inggeris
: Semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu
5. JAWATANKUASA KERJA:
5.1 Jawatankuasa Majlis Perasmian:
Penyelaras & Brosur
: Pn. Razan Aqilah binti Razali
Kertas Kerja, Gimik
: Pn. Salawati binti Patahir
Pelancaran & Laporan
AJK
: Guru Kelas
Juru Acara
: Pn. Norhayati binti Husain
Bacaan Doa
: En. Mohd Helemey bin Romly
Persiapan Pentas
: Pn. Salawati binti Patahir
:Pn. Aziah binti Abd Ghani
P.A Sistem
:En. Azahar bin Sapi’e
5.2 JAWATANKUASA :
5.2.1 :Penyediaan Bahan Bacaan Jom Baca
Panitia Bahasa Melayu
Penyelaras
: Pn. Aziah binti Abd Ghani (Ketua Panitia BM)
AJK
:Guru- guru Bahasa Melayu
Panitia Bahasa Inggeris
Penyelaras
AJK
:Pn. Razan Aqilah binti Razali (Ketua Panitia BI)
:Guru- guru Bahasa Inggeris
Pusat Sumber Sekolah
Penyelaras
AJK
: Pn. Razan Aqilah binti Razali (Guru Perpustakaan dan Media/GPM)
:JK Kerja PSS & Pengawas PSS
5.2.2 Pengumpulan Data NILAM (Jom Baca):
Penyelaras
: Pn. Salawati binti Patahir (Guru Program NILAM)
AJK
: Guru – guru Tingkatan
5.2.3 Aktiviti Jom Baca:
Penyelaras
AJK
: Pn. Salawati binti Patahir (Guru Program NILAM)
: Guru - guru kelas setiap tahun
6. ANGGARAN PERBELANJAAN MAJLIS PERASMIAN
(Tabung PSS)
1. Cenderahati Perasmi
2. Jamuan
3. Belanja Runcit
4. Kain Rentang
Jumlah
:RM 30.00
:RM 50.00
:RM 10.00
:RM 30.00
:RM120.00
7. PUNCA KEWANGAN:
Peruntukan Tabung PSS
8. KAEDAH PEMANTAUN:
8.1 Pemantaun oleh pentadbir sepanjang program dijalankan.
8.2 Laporan dan dokumentasi setiap program akan disediakan berasingan oleh AJK Laporan
setelah aktiviti dijalankan.
9. ULASAN/ PANDANGAN/ KELULUSAN PENGETUA :
Disediakan oleh
Disahkan oleh
……………………………………………………….
(PN. RAZAN AQILAH BINTI RAZALI)
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SK SANGGANG SEBERANG
TEMERLOH, PAHANG
……………………………………………………….
(EN. KAMARUZAMAN BIN KASSIM)
GURU BESAR
SK SANGGANG SEBERANG
TEMERLOH, PAHANG
Download