Uploaded by NURULAFIFAH BINTI MOHD YATIM KPM-Guru

PERSETUJUAN ADIWIRA KRIKET 2023 2024

advertisement
Tarikh:
DINESH MUTHURAMAN
KETUA PEGAWAI OPERASI
Persatuan Kriket Malaysia
Tuan,
PERSETUJUAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM PEMBANGUNAN 'CRICKET ADIWIRA’
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Adalah dengan ini saya bagi pihak
SK___________________________________________
,
bersetuju untuk rnelaksanakan Program Pembangunan ‘YSD Cricket Adiwira’ di sekolah saya bagi tahun
2023/2024
3.
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan program ini dilaksanakan dengan jayanya, pihak
sekolah akan melaksanakan perkara berikut:
a. Mencalonkan sekurang-kurangnya tiga (3) orang guru untuk mengikuti kursus kejurulatihan yang
akan dikendalikan oleh Persatuan Kriket Malaysia dan sererusnya mengendalikan Program
Pembangunan ‘YSD Cricket Adiwira’ di sekolah.
b. Melaksanakan empat (4) program dalam masa setahun yang melibatkan lapan (8) sesi bagi setiap
program.
c. Memastikan 128 murid akan mengambil bahagian dalam Program pembangunan ‘YSD Cricket
Adiwira’ dalam masa setahun dengan melibatkan 32 murid berbeza bagi setiap program (32 murid
x 4 program); dan
d. Menganjurkan pertandingan di perigkat sekolah yang melibatkan semua 32 murid pada sesi ke- 8
bagi setiap program
4.
Pihak sekolah juga bersetuju untuk menerima empat (4) set peralatan Cricket Adiwira
sumbangan Persatuan Kriket Malaysia dan Yayasan Sime Darby bagi kegunaan sekolah untuk
melaksanakan program ini.
5.
Pihak sekolah juga mengambil maklum bahawa setiap murid yang menyertai dan melengkapkan
lapan (8) sesi Program Pembangunan ‘YSD Cricket Adiwira’ ini akan menerima sijil penyertaan peringkat
kebangsaan yang akan dibekalkan oleh Persatuan Kriket Malaysia.
Pihak sekolah berjanji akan memberikan kerjasama bagi memastikan Program Pembangunan ‘YSD Cricket
Adiwira’ ini akan berjalan lancar.
Terima kasih.
Yang benar,
(Tandatangan Guru Besar & Cop Sekolah)
Download