Uploaded by Faqih Al Amin (Shot_Die)

Falsafah Dalam Kehidupan

advertisement
FALSAFAH DAN
KEHIDUPAN
TAKRIF FALSAFAH
Terdapat aliran-aliran yang berbeza
berasaskan
kepada
pentakrifan
yang berbeza tentang apa yang
dimakusdkan dengan aktiviti atau
ilmu falsafah.
TAKRIF PERTAMA
Falsafah ataupun philosophy berasal dari
perkataan Greek iaitu philosophia. Philo
bermaksud cinta dan Sophia bermaksud
kearifan iaitu cinta kepada kearifan/hikmah
(love of wisdom).
Penekanannya adalah terhadap kehidupan
iaitu falsafah bertujuan untuk memberikan kita
satu panduan tentang bagaimana untuk
melahirkan suatu kehidupan yang baik yang
membawa kepada kebahagiaan.
Satu pendekatan yang terdapat pada masa
dahulu dan juga Tamadun Greek, Tamadun
Asia seperti Tamadun Cina dan India.
Mempunyai kaitan rapat dengan fahaman
keagamaan yang juga mempunyai tujuan
untuk melahirkan satu kehidupan yang baik,
satu kehidupan insan yang mulia dan
bagaimana mencari kebahagiaan.
Fokusnya adalah insan dan kemanusiaan itu
sendiri.
TAKRIF KEDUA
 Memberi penekanan kepada alam tabi’i iaitu (natural
philospophy).
 Wujud teori-teori falsafah yang mengisahkan tentang
apakah sifat alam ini.
 Ia termasuk dalam bidang metafizik dalam kajian
falsafah iaitu cuba mengkaji persoalan:
1. Apakah bentuk realiti sebenar?
2. Apakah alam ini cuma bersifat material ataupun
mengandungi unsur-unsur lain yang real yang bukan
bersifat material?
 Persoalannya sudah beralih bukan kepada manusia
tetapi kepada alam tabi’i.
TAKRIF KETIGA
 Falsafah dilihat sebagai suatu aktiviti intelektual yang
cuba menyelesaikan masalah-masalah falsafah.
 Penekanan diberikan kepada:
1. Apakah masalah falsafah tersebut?
2. Apakah
penyelesaian
penyelesaiannya?
dan
bentuk-bentuk
 Falsafah telah beralih arah kepada suatu bidang yang
bersifat akademik yang cuma menghuraikan persoalanpersoalan
intelektual
dengan
penyelesaianpenyelesaian yang tertentu tanpa mengaitkannya
dengan kearifan dan kehidupan manusia.
 Kesimpulannya, falsafah itu sendiri mempunyai orientasi yang
berbeza dan dengan itu kita boleh memberikan takrifan-takrifan
berbeza menurut fahaman orientasi yang berbeza.
 Namun begitu, satu perkara yang dikongsi bersama oleh ilmu
falsafah yang terdapat di Barat adalah penekanan mereka
terhadap kegiatan penyelesaian masalah (problem solving) dan
falsafah itu sebagai sesuatu yang cuba menyelesaikan masalah.
 Penyelesaian masalah dilakukan dengan menggunakan hujahhujah yang rasional dan juga di abad ke-19 dan ke-20 dengan
secara logikal ataupun penggunaan kaedah logik yang
melibatkan logik simbolik yang bersifat matematikal.
 Ia merupakan satu bentuk falsafah yang agak berlainan dan baru
yang selaras dengan ilmu itu sebagai sesuatu yang mempunyai
justifikasi tersendiri.
 Dalam kes falsafah, ianya bersifat justifikasi rasional dan konseptual.
 Ia berbeza dengan falsafah yang terdapat dalam
zaman Greek yang berteraskan kepada persoalan
kehidupan dan kebahagiaan.
 Ia juga berbeza dengan falsafah-falsafah yang
terdapat dalam falsafah Timur yang tidak bersifat
konseptual tetapi lebih kepada kata-kata hikmah yang
apa yang kita harapkan sebagai wisdom.
 Falsafah Timur tidak berhujah secara mendalam
menggunakan logik dan rasionaliti, tetapi lebih kepada
kaedah induktif dan metafizikal keinginan untuk
menghuraikan realiti mengikut pandangan ataupun
vision
masing-masing
yang
tidak
semestinya
berdasarkan hujah rasional semata-mata.
FALSAFAH TEORITIKAL
Falsafah yang merujuk kepada persoalanpersoalan dasar yang memerlukan satu usaha
intelektual yang mendalam, untuk menjawab
persoalan-persoalan dasar tadi.
Diskusinya
tidak
mempunyai
apa-apa
kegunaan yang nyata tetapi ianya menjawab
keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara
yang dasar itu.
Contohnya, bidang
epistemologi.
metafizik,
logik
dan
METAFIZIK
Mengkaji persoalan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan realiti itu?
2. Apakah realiti perkara yang wujud itu?
Ini semua perkara yang asas dan dasar tentang
hakikat kewujudan.
Tidak ada satu kegunaan yang praktikal hasil
daripada ilmu mengenai perkara tersebut.
EPISTEMOLOGI
 Menjawab persoalan-persoalan:
1. Apakah sifat ilmu itu?
2. Apakah ilmu itu boleh dipercayai ? Jika boleh
atas dasar apa?
 Jadi, ianya bukan merujuk kepada mana-mana
ilmu-ilmu yang tertentu ataupun disiplin-disiplin ilmu
yang khusus tetapi ilmu secara menyeluruh.
 Dengan itu, tidak ada aplikasi secara langsung
yang boleh didapati daripada perbincangan
tentang ilmu yang sedemikian.
LOGIK
Logik
dalam
bentuk
logik
matematik begitu abstrak sekali
sehingga ianya tidak mempunyai
kegunaan secara langsung.
FALSAFAH PRAKTIKAL
Maksudnya, bidang-bidang falsafah yang
dimana perhasilan perbincangan falsafah
tersebut boleh digunakan dalam disiplindisiplin yang tertentu.
Contohnya: falsafah politik,
ekonomi dan falsafah sosial.
falsafah
FALSAFAH EKONOMI
 Membincangkan
tentang
perkara-perkara
dan
persoalan dasar mengenai ekonomi. Contoh:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan keadilan ekonomi
(economic justice)?
2. Bagaimana kita boleh mencapai keadilan dalam
elocation of resources secara adil kepada semua
lapisan masyarakat?
3. Bagaimana keadilan itu boleh dipraktikkan dalam
konteks ekonomi khususnya dalam pembahagian
sumber antara lapisan masyarakat yang berbezabeza?
Hasil daripada pemikiran falsafah mengenai
ekonomi atau melalui persoalan economic
justice boleh digunapakai supaya dasar
ekonomi itu akan lebih adil lagi dalam
pembahagian
economic
resources
atau
sumber ekonomi.
Ia
dapat
membantu
kerajaan
membentuk polisi-polisi yang lebih adil.
dalam
Dengan itu, lebih mudah diterima oleh
masyarakat umum dan tidak ada pertikaian
yang fundamental mengenai dasar kerajaan
mengenai pembahagian ekonomi.
FALSAFAH POLITIK
 Menjawab persoalan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan government atau konsep
kerajaan?
2. Apakah bentuk kerajaan yang baik?
3. Apakah ciri-ciri good governance?
 Memberi hasil yang praktikal dan boleh menjadi nasihat kepada
kerajaan tentang bagaimana untuk mentadbir sesuatu negara itu
dalam sistem kerajaan seperti demokrasi dan sebagainya.
 Plato dalam bukunya ‘The Republic’ menganjurkan satu
masyarakat yang ideal, prinsip-prinsip politik yang ideal yang
mungkin boleh dipraktikkan oleh sesuatu pemerintah itu.
 Kesimpulannya, sistem kerajaan seperti demokrasi, liberal
demokrasi, Marxisme dan Komunisme adalah berkaitan dan
berpunca daripada falsafah.
FALSAFAH ALAM SEKITAR
 Merujuk kepada persoalan-persoalan dasar dan bercorak falsafah
mengenai alam sekitar.
 Wujud kerana adanya masalah-masalah alam sekitar yang telah
melanda manusia dan tamadun kita pada masa kini hingga
mencetuskan satu krisis yang disebut sebagai ecological cricis.
 Persoalan-persoalan yang timbul:
1. Apakah hubungan manusia dengan alam sebenarnya?
2. Apakah makna alam ini bagi kehidupan manusia?
3. Adakah alam ini hanya untuk manusia menggunakan bagi
kepentingan ekonominya bagi keselesaan atau adakah alam ini
sesuatu yang lebih dari sumber ekonomi semata-mata?
 Kalau kita menganggap alam ini adalah sesuatu yang
merupakan tempat kita bernaung, tempat kita mencari
rezeki dan tempat kita menjalinkan hubungan yang
harmoni antara manusia dan manusia, manusia dan
alam sekitar dan persekitarannya sudah tentulah etika
yang timbul terhadap alam sekitar akan berbeza.
 Kita akan lebih menjadi eco-friendly terhadap alam
sekitar dan kita tidak melakukan sesuatu yang
memusnahkan alam sekitar seperti apa yang didapati
pada hari ini.
FALSAFAH TEKNOLOGI
 Wujud kerana munculnya teknologi-teknologi baru yang kemunculannya
begitu pesat selepas revolusi industri yang kedua di abad yang ke-19.
 Contohnya, teknologi pembuatan
television, internet dan sebagainya.
kereta,
kapal
terbang,
telefon,
 Timbul persoalan:
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi?
2.
Apakah hubungan teknologi dengan manusia?
3.
Apakah sifat teknologi itu sendiri?
4.
Adakah teknologi boleh kita anggap sebagai sambungan kepada diri
manusia (is technology an extension to the human itself?) ataupun
teknologi itu dianggap sebagai sesuatu yang boleh mengancam
kemanusiaan itu sendiri ?
 Misalnya teknologi membuat bom atom, senjata-senjata nuklear, ataupun
teknologi berasaskan artificial intelligence yang boleh menghasilkan robotrobot yang mungkin mengambil alih kehidupan manusia suatu hari nanti.
ADAKAH FALSAFAH-FALSAFAH BUKAN BARAT
BOLEH DITERIMA SEBAGAI FALSAFAH SEPERTIMANA
FALSAFAH YANG TERDAPAT DI DUNIA BARAT?




Terdapat dua pandangan:
Pertama :Ya
Kedua : Tidak
Hujah pandangan kedua:
1. Apa yang terdapat dalam pemikiran Timur itu lebih bersifat
kajian mengenai cara-cara hidup yang betul dan baik (virtual
living) dan sebagainya seperti yang terdapat dalam
keagamaan mereka.
2. Ia merupakan cara mereka membentangkan pandangan alam
mereka yang tidak semestinya mempunyai satu sokongan yang
rasional kerana bersifat metafizikal dan juga bersifat emosi. Ia
tidak diterima sebagai kaedah yang legitimate ataupun yang
sahih dalam falsafah Barat.
PENDAPAT YANG SAHIH
 Pandangan kedua tidak boleh diterima dan tidak wajar kerana:
1. Falsafah Barat juga ada yang bersifat sedemikan umpamanya
teori-teori metafizik mereka mencerminkan pandangan alam
mereka yang mungkin juga tidak mempunyai sokongan yang
rasional 100% tetapi lebih bersfat imaginatif tentang alam dan
sebagainya.
2. Kalau dikatakan faslafah barat itu berasaskan hujah-hujah
rasional dan sebagainya. Bagaimana pula dengan falsafah
Pascamodenisme? Yang tidak berteraskan kepada hujah-hujah
rasional tetapi merupakan penentangan kepada rasionaliti
sendiri. Aspek bukan rasional seperti emosi dan intuisi yang
difahami oleh pascamodenis sebagai logocentrisme.
Konsep falsfah tidak harus disempitkan tetapi
dilonggarkan.
Semua jenis pemikiran yang mempunyai
kesamaan sedikit sebanyak dalam ciri-ciri
falsafah dalam kalangan ahli falsafah serata
dunia sudah boleh diterima sebagai falsafah.
 Falsafah haruslah bersifat inklusif supaya kita
boleh menerima ilmu-ilmu yang lain tentang
alam, manusia dan sebagainya dari luar
masyarakat Barat sebagai pemikiran falsafah.
Download