TRANSKRIP VIDEO RUJUKAN KULIAH FALSAFAH DAN ISU SEMASA KULIAH 3: LOGIK DAN METODOLOGI TEMUBUAL NURFA FAILASUF (PENGACARA) DAN PROF. HAZIM SHAH (PENSYARAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) NURFA FAILASUF: Hai, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hari ini kembali kita di Kuliah Ketiga. Apa itu Kuliah Ketiga? Kuliah Ketiga ialah tentang Logik dan Metodologi. Untuk bermula, kita lihat semua orang berfikir. Semua orang mempunyai cara berfikir. Tetapi dalam konsep falsafah ada kaedah-kaedah berfikir. Jadi Prof. Hazim, Nurfa ada satu soalan. Bagaimana kaedah berfikir yang dianjurkan dalam ilmu falsafah? Boleh Prof. terangkan kepada kita. PROF. HAZIM SHAH: Terima kasih saudari Nurfa atas soalan itu mengenai berfikir, cara berfikir ataupun kadar berfikir dalam ilmu falsafah. Jadi, dalam ilmu falsafah, cara atau kaedah befikir itu dikaitkan dengan logik iaitu satu lagi cabang falsafah. Dalam logik, ada dua jenis logik iaitu Logik Deduktif dan Logik Induktif. Sebelum itu saya jelaskan sikit apa yang kita maksudkan dengan apakah itu logik dan kaitkan dengan cara berfikir yang ditanya mengenai cara berfikir menurut falsafah. Jadi, logik itu adalah satu kajian mengenai penghujahan atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil arguments. Logic is the study of arguments. Apakah sesuatu yang dimaksudkan mengenai penghujahan (arguments)? Sesuatu yang terdiri daripada dua bahagian ayat iaitu pertama bahagian yang dipanggil premis. Premis-premis ini menyokong apa yang dipanggil sebagai kesimpulan. Jadi, ada dua bahagian disitu, pertama dipanggil premis dan satu lagi dipanggil kesimpulan. Logik adalah kajian mengenai kaitan antara premis dan kesimpulan dan sama ada kesimpulan itu ditarik dengan secara betul ataupun dengan secara sah daripada premis-premis yang dikemukakan. NURFA FAILASUF: Akhir kata, logik adalah pengkajian tentang argument. Argument yang terdiri daripada premis dan kesimpulan. Dalam falsafah logik terbahagi kepada logik deduktif dan logik induktif. Boleh Prof. terangkan kepada Nurfa apa itu logik deduktif? PROF. HAZIM SHAH: Baik, terima kasih Nurfa atas soalan tersebut diminta saya menjelaskan logik deduktif dahulu. Dalam logik deduktif, kita dapati terdapat premis-premis dan kesimpulan yang ditarik daripada premis tersebut dan dalam logik deduktif yang sah (valid), didapati bahawa salah satu sifatnya ialah jika premis-premisnya benar maka kesimpulan yang ditarik daripada premis tersebut mestilah benar. Saya jelaskan dengan memberikan satu contoh di sini iatu dalam logik deduktif terdapat sekurang-kurangnya dua atau lebih premis dari mana kesimpulannya ditarik. Dalam premis yang pertama biasanya wujud satu pernyataan yang umum ataupun universal argument dan didalam premis yang kedua tidak semestinya ada satu universal argument atau premis yang umum tetapi sebaliknya satu pernyataan yang khusus dan contohnya ialah begini. Premis yang pertama yang mengandungi pernyataan umum itu ialah satu pernyataan seperti “semua manusia mempunyai jantung”. Itu premis pertama. Premis kedua pula mengatakan bahawa “Ali ialah seorang manusia”. Jadi dari premis-premis tersebut saya boleh menarik kesimpulan bahawa “Ali juga mempunyai jantung”. Jadi disini kita lihat bahawa sekiranya benar bahawa “semua manusia mempunyai jantung” dan sekiranya benar seperti dinyatakan premis kedua bahawa “Ali juga seorang manusia” maka tidak 1 boleh tidak kita harus menarik kesimpulan bahawa “Ali semestinya mempunyai jantung”. Ini adalah kerana jika kenyataan yang menyatakan bahawa “semua manusia itu mempunyai jantung” adalah benar dan kenyataan “Ali ialah seorang manusia” adalah benar, maka kita tidak boleh lari daripada membuat kesimpulan bahawa “Ali juga mempunyai jantung”. Jadi, itu contoh dalam penerangan saya mengenai logik deduktif. NURFA FAILASUF: Prof., bolehkah saya bagi satu contoh logik deduktif dan kalau betul Prof. terima dan kalau tak betul maka Prof. betulkanlah. Logik deduktifnya begini. Premis pertama ialah “semua manusia akan mati” dan premis kedua pula “Ali seorang manusia”. Maka kesimpulannya “Ali akan mati”. Betul tak Prof. contoh logik deduktif ini? PROF. HAZIM SHAH: Ya, Nurfa telah berikan satu contoh logik deduktif yang saya anggap betul yang jelas dan baik kerana disitu terdapat dua premis dan satu kesimpulan. Premis yang pertama itu yang mengatakan bahawa “semua manusia akan mati” adalah satu ayat ataupun pernyataan yang umum darimana kita dapati ianya berbeza daripada premis yang kedua yang berupa satu pernyataan khusus yang mengatakan bahawa Ali ialah seorang manusia dan dari premis-premis tersebut maka ditarik kesimpulan bahawa “Ali juga akan mati” dan disitu kita lihat ingin memenuhi ciri-ciri logik deduktif yang sah kerana terdapat dua premis dan satu kesimpulan. Jika premis-premis tersebut adalah benar iaitu jika benar bahawa “semua manusia akan mati” dan dalam kes ini memang benar dan “Ali adalah seorang manusia” dan ini kita dapati juga benar kerana ada manusia bernama Ali disana yang juga bersifat sebagai seorang manusia maka sudah tentulah dari kesimpulan yang boleh ditarik disini ialah “Ali juga akan mati”. Jadi, inilah satu contoh yang baik yang telah Nurfa bagikan dan menunjukkan penggunaan logik deduktif yang betul dan tepat. NURFA FAILASUF: Terima kasih Prof. sebab puji Nurfa. Akhirnya Nurfa dapat buat satu contoh yang betul dan alhamdulillah. Tapi Prof., Prof. macam lupalah atau Prof. hutang lagi satu logik induktif. Boleh Prof. terangkan sikit tak, apa itu logik induktif. PROF. HAZIM SHAH: Baiklah Nurfa, jadi seperti yang Nurfa katakan tadi saya masih lagi belum jelaskan tentang logik induktif setelah menjelaskan logik deduktif. Terdapat masih lagi ada satu logik iaitu induktif yang seperti yang Nurfa kata saya masih berhutang dan saya cuba lunaskan ataupun langsaikan hutang itu sekarang dengan menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan logik induktif ini. Baik jadi kalau kita lihat dari segi logik dan melihat logik induktif maka kita dapati bahawa bagi logik induktif berbeza dari logik deduktif. Kita tidak memerlukan dua premis sekurang-kurangnya kita hanya perlukan sekurang-kurangnya satu premis. walaupun kebiasaannya terdapat lebih daripada satu premis yang digunakan dan dari premis tersebut ataupun dari premis-premis tersebut kita menarik kesimpulan dari premis-premis itu. Dalam logik induktif kita tidak mempunyai kriteria atapun sifat yang sama seperti yang terdapat dalam logik deduktif. Ini adalah kerana dalam logik induktif bahawa sekiranya premis ataupun premis-premis ini betul, ini tidak semestinya bermakna bahawa kesimpulannya juga semestinya betul, berbeza daripada logik deduktif tadi ya. Jadi kalau kita ambil 2 sebagai contoh, misalnya premis pertama mengatakan bahawa “semua burung gagak yang saya lihat selama ini mempunyai bulu yang berwarna hitam”. Maka dari premis tersebut saya simpulkan secara induktif, bahawa “semua burung gagak, maksudnya semua burung gagak di dunia ini mempunyai bulu hitam, bulu ataupun bulu yang berwarna hitam”. Jadi kita lihat disitu dari premis yang boleh kita katakan bersifat khusus kerana ia merujuk kepada pemerhatian yang telah saya buat mengenai burung gagak iaitu yang jumlahnya adalah terhad sangat, dari situ saya tarik kesimpulan yang mengatakan bahawa semua burung gagak mempunyai bulu yang berwarna hitam. Jadi daripada sebahagian kepada semua ini adalah suatu sifat logik induktif dan walaupun premis ini benar iaitu walaupun benar bahawa semua burung gagak yang pernah saya lihat sebelum ini mempunyai bulu yang berwarna hitam. Ini tidak semestinya bermakna bahawa kesimpulan yang saya buat yang mengatakan bahawa “semua burung gagak iaitu termasuk yang belum saya lihat lagi juga berwarna hitam”. Jadi kesimpulan ini yang melangkaui batas yang terdapat didalam premis yang diberi ini tidak menjamin akan kebenaran kesimpulan tersebut. Jadi adanya elemen ketidakpastian dalam penggunaan logik induktif itu yang berbeza daripada logik deduktif dimana kepastian terdapat dalam kesimpulan yang ditarik daripada premis-pemis itu. NURFA FAILASUF: Rumusannya, logik induktif tak semestinya memberi kesimpulan yang benar pada akhirnya. Harini Nurfa nak beri satu contoh logik induktif iaitu premis pertama mengatakan bahawa “Ali seorang datuk yang berkepala botak” dan premis kedua adalah “Ahmad seorang datuk yang berkepala botak”. Kesimpulannya, “semua datuk berkepala botak”. Prof. rasa betulkah logik induktif yang Nurfa buat ini? PROF. HAZIM SHAH: Baik Nurfa. Nurfa telah memberikan satu contoh penggunaan logik induktif dan logik induktif contoh yang diberikan tadi saya anggap betul kerana menepati syarat-syarat penggunaan logik induktif yang betul kerana dalam contoh yang Nurfa berikan terdapat dua premispremis yang mana setiap premis itu mengandungi ayat yang berupa ayat khusus iaitu ayat pertama atau premis pertama mengatakan bahawa “Ali adalah seorang datuk yang berkepala botak”, premis kedua mengatakan “Ahmad adalah seorang datuk yang berkepala botak” dan dari dua kes itu maka disimpulkan bahawa “semua datuk mempunyai kepala botak” dan itu merupakan satu kesimpulan umum berdasarkan pada prems-premis yang khusus ditarik satu kesimpulan umum mengenai datukdatuk yang dikatakan mempunyai kepala botak. Kita dapat lihat bahawa kenyataan umum yang terdapat didalam kesimpuan itu tidak semestinya benar walaupun premis-premisnya benar dan ini adalah kerana mungkin ada datuk-datuk yang mempunyai cucu maksudnya yang masih lagi mempunyai rambut dan tidak berkepala botak. Jadi, jika ada datuk-datuk yang masih lagi belum berkepala botak maka ini sudah tentulah bermakna bahawa kesimpulan yang mengatakan bahawa semua datuk mempunyai kepala botak itu adalah tidak benar (palsu) dan ini juga adalah satu sifat logik induktif yang mana dari premis-premis yang benar kita menarik kesimpulan umum yang tidak semestinya benar tetapi berdasarkan kepada premis-premis yang telah diberi itu. NURFA FAILASUF: Terima kasih Prof., kerana menerangkan tentang logik induktif dan deduktif. Penjelasan yang sangat menarik dan kita dapat lihat beberapa contoh yang Nurfa bagi dan Prof. bagi. 3 Namun begitu dalam falsafah ini terdapat kaedah-kaedah berfikir lain seperti kaedah Abduksi dan kaedah Huristik. Bolehkah Prof. terangkan tentang apa itu kaedah Abduksi? PROF. HAZIM SHAH: Baiklah soalan tadi mengenai kaedah berfikir yang lain dan yang pertama ialah kaedah yang diberi nama abduction ataupun dalam Bahasa Malaysia, abduksi jadi dalam abduction atau dalam Bahasa Inggeris juga disebut sebagai inference to the best explanation. Apa yang terdapat disini ialah berlakunya sesuatu fenomena itu kita dapat melihat ada berlakunya sesuatu fenomena. Dari situ kita cuba menyimpulkan apakah yang berlaku sebelum wujudnya fenomena itu yang boleh menjelaskan kenapa fenomena tadi wujud. Maknanya, kita cuba memberi satu penjelasan atau explanation yang terbaik berdasarkan kepada fenomena yang wujud itu. Dalam hal ini kita berfikir dengan secara berfikir secara ke belakang ataupun thinking backwards dalam Bahasa Inggeris. Contoh yang mudah, kita melihat sesuatu fenomena seperti kita memerhatikan kereta yang bergerak di jalan raya dan kita timbulkan soalan, bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku? Apakah yang menyebabkan kereta itu bergerak? Apakah yang mesti wujud? Iaitu kondisi ataupun keadaan yang mesti ada untuk membolehkan fenomena seperti kereta bergerak tadi berlaku. Disitu kita fikir ke belakang dan tanyakan apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi ataupun yang wujud sebelum kita boleh melihat fenomena itu berlaku fenomena kereta bergerak. Kita boleh fikirkan tentang syarat-syarat seperti pertamanya kereta itu mestilah mempunyai minyak ataupun petrol yang mencukupi kerana kereta tak mungkin bergerak tanpa adanya petrol didalam tangki minyak. Yang kedua kita boleh simpulkan bahawa mesti ada pemandu yang memandu kereta itu kerana walaupun saya tahu ada teknologi selfdrive cars, tapi teknologi itu belum sampai di negara kita dan kita masih menggunakan sistem pemandu untuk menggerakkan kereta. Kita boleh juga membuat kesimpulan-kesimpulan yang lain seperti misalnya terdapat empat tayar yang berfungsi dengan baik kerana tanpa tayar yang berfungsi dengan baik iaitu kalau ada tayar yang pancit misalnya maka kereta itu mungkin sukar untuk bergerak. Jadi dari satu fenomena yang mudah seperti melihat kereta yang bergerak kita boleh menyimpulkan perkara-perkara yang tidak kita lihat dengan mata kita sendiri tetapi kita boleh buat satu macam pentakulan ataupun inferens dengan memikir ke belakang dengan cara bertanyakan apakah syarat-syarat yang perlu ada sebelum kereta itu boleh bergerak. Kita sudah dapat mengetahui tentang benda-benda yang kita tidak lihat dengan memeriksa keadaan kereta itu tetapi secara logiknya kita kata mesti wujud kerana kalau misalnya kereta itu tidak ada pemandu atau kereta itu tidak ada minyak ataupun semua tayarnya pancit maka mustahil kereta itu dapat bergerak di jalan raya. Jadi cara berfikir begini dipanggil abduction ataupun memikirkan tentang apakah keadaan yang perlu wujud untuk membolehkan fenomena yang kelihatan itu wujud. Jadi itu penerangan saya tentang penggunaan kaedah berfikir secara abduksi ataupun abduction. NURFA FAILASUF: Terima kasih Prof. kerana memberi penjelasan yang sangat menarik dan sangat baik. Baik, tapi Prof., Prof ada satu lagi kaedah berfikir dalam falsafah iaitu kaedah Huristik. Boleh Prof. terangkan tak apa itu kaedah Huristik? 4 PROF. HAZIM SHAH: Baik, jadi Nurfa tadi bertanyakan tentang kaedah berfikir secara huristik. Saya telah jelaskan tentang logik induktif, deduktif dan juga abduksi dan kesemua ini sebenarnya adalah cara berfikir secara logik dimana terdapat peraturan pemikiran yang boleh diaplikasikan tetapi bagi kaedah huristik ianya berbeza daripada kadar-kadar yang saya sebutkan tadi kerana didalam kaedah huristik tidak ada peraturan-peraturan yang sistematik ataupun yang teratur yang boleh diaplikasikan seperti didalam logik diduktif dan induktif dan ini membezakan ataupun membuatkan huristik itu satu jenis berfikir yang berlainan daripada permikiran logik. Walaupun begitu, walaupun ia tidak mempunyai peraturan yang tertentu namun ada garis panduan yang kita boleh gunakan untuk melaksanakan pemikiran huristik ini. Dan satu lagi perkara yang harus saya jelaskan disini ialah permikiran huristik ini bersifat penerokaan ataupun dalam Bahasa Inggerisnya exploratory dan ianya bukan bersifat penilaian seperti yang terdapat dalam logik diduktif dan induktif dimana kita menggunakan kaedah logik untuk menilai samada sesuatu penghujahan atau pendalilan ataupun argumen itu boleh diterima sebagai sah ataupun tidak sah. Sebaliknya dalam huristik kita cuba meneroka keadaan-keadaan yang baru yang mempunyai permasalahanpermasalahan tertentu. Kita cuba mencari penyelesaian ataupun jawapan kepada masalah-masalah ataupun persoalan-persoalan tersebut jadi sudah tentulah kalau kita mencari penyelesaian kepada masalah kita tidak mempunyai kaedah yang khusus kerana jika kita mempunyai kaedah yang khusus yang boleh diaplikasikan dengan menjamin akan pencapaian kesimpulan ataupun jawapan yang memuaskan dalam erti kata memberi penyelesaian yang memuaskan maka sudah tentulah tidak ada masalah lagi yang tidak diselesaikan dalam dunia ini tetapi adanya masalah-masalah yang masih belum diselesaikan menunjukkan bahawa kaedah huristik itu walaupun mempunyai garis-garis panduan yang boleh digunakan ianya tidak terjamin akan tercapainya satu penyelesaian. Namun begitu ianya berguna kerana boleh meningkatkan kemungkinan ataupun kebarangkalian tercapainya sesuatu penyelesaian iaitu ia boleh membantu kearah penyelesaian masalah dan antara cara-cara yang boleh kita fikirkan dalam kaedah huristik ialah antaranya dalam Bahasa Inggeris dipanggil kaedah try and error ataupun dalam Bahasa Malaysia, cuba dan lihat akan apakah keputusan yang dicapai melalui percubaan tersebut. Jadi, apabila kita menggunakan cara ini yang bukannya satu kaedah yang khusus tetapi boleh saya katakan sebagai satu rule of thumb ataupun garis panduan kasar, maka kita akan lihat bahawa jika kita cuba beberapa cara dan mendapati bahawa masih juga gagal dan kita cuba acara yang lain maka mungkin dengan mengulangi kaedah-kaedah yang berlainan ini didalam penyelesaian masalah ataupun cara-cara penyelesaian masalah yang berbeza. Jika kita bernasib baik mencapai satu penyelesaian tetapi kita lihat disitu bahawa tidak ada suatu jaminan. Namun begitu, ini adalah lebih baik daripada tidak mencuba langsung misalnya jadi try and error itu adalah satu kaedah juga yang bersifat huristik. Satu lagi contoh yang boleh saya berikan ialah lecturer thinking yang digunakan oleh Edward De Bono. Lecturer thinking ini saya anggap sebagai sejenis pemikiran huristik kerana ia boleh membantu kita kearah penyelesaian masalah. Satu contoh yang saya ingat daripada apa yang diajar oleh Edward De Bono mengenai lecturer thinking ialah dimana kadang-kadang kesilapan kita ataupun kebolehan kita ataupun kegagalan kita untuk menyelesaikan masalah konseptual itu ialah kerana kita mengambil satu pendekatan yang salah ataupun membuat andaian ataupun tanggapan yang silap dan jika kita ubah andaian atau tanggapan itu mungkin kita akan dapat meyelesaian masalah itu. Contoh yang diberikan oleh Edward De Bono sendiri dan ini saya dengari daripada beliau sendiri apabila beliau memberi satu ceramah di tempat yang mana saya pernah belajar dulu iaitu di Athlantic College di Wales. beliau 5 menceritakan bagaimana pengalamannya sebagai seorang undergraduate student di University Oxford. Dimana beliau dan rakan-rakan telah keluar lewat malam dan apabila kembali ke tempat penginapan beliau dan rakan-rakan mendapati bahawa pintu pagar telah sudah tertutup rapat dan oleh kerana beliau ingin masuk ke dalam kawasan penginapan itu maka beliau dan kawan-kawan beliau memanjat pagar itu untuk masuk ke dalam kawasan penginapan apabila sudah masuk ke dalam kawasan penginapan barulah mereka sedar bahawa pintu pagar itu sebenarnya tidak berkunci cuma tertutup. Jadi disitu Edward De Bono mengatakan bahawa apa yang silap disitu didalam pemikiran mereka adalah mereka membuat andaian yang silap iaitu menganggap bahawa pagar yang tertutup bermaksud bahawa ianya juga berkunci sedangkan jika dia mengubah andaian itu dan ataupun memeriksa semula sudah tentulah mudah masuk ke dalam kerana tidak perlu memanjat pagar tetapi cuma membuka pintu pagar yang tidak berkunci itu. Ini terdapat juga dalam kes-kes seharian dalam kehidupan, misalnya saya sendiri pernah mengalami kadang-kadang saya cuba membuka skru dengan memutar ke sebelah kanan ataupun ikut arah jam tetapi mungkin skru itu jenis yang lain jadi saya patutnya menukar andaian tadi dan mengubah haluan pembukaan skru iaitu ke arah yang sebaliknya iaitu anti-clockwise sebelah kiri dan saya pernah cuba ini dan saya berjaya menyelesaikan masalah-masalah seperti itu jadi ini saya anggap kaedah tersebut kaedah huristik. NURFA FAILASUF: Dalam kaedah-kaedah berfikir ini kadangkala kita melakukan kesilapan, kesilapan ini dipanggil falasi. Bolehkah Prof. terangkan apa itu maksud Falasi? PROF. HAZIM SHAH: Baik, seperti yang Nurfa juga ada sebut tadi iaitu falasi itu merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan kaedah-kaedah ataupun teknik-teknik berfikir seperti logik deduktif, logik induktif dan lain-lain lagi. Jadi, umumnya falasi ini merujuk kepada kesilapan didalam mengunakan kaedah-kaedah berfikir tersebut dimana kita misalnya dalam logik diduktif dan induktif telah menarik kesimpulan dengan secara tidak sah daripada premis-premis implikasi ataupun menarik kesimpulan yang tidak betul daripada premis-premis tersebut. Jadi ini semua melibatkan kesilapan didalam penggunaan logik-logik tersebut dan pada umumnya terdapat dua jenis falasi iaitu disebut sebagai falasi yang bersifat formal ataupun Formal Fallacy dan falasi yang bersifat tidak formal ataupun Informal Fallacy. Falasi yang jenis pertama iaitu formal falasi itu berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan-peraturan yang betul di dalam logik deduktif dan induktif. Bila kita mengabaikan penggunaan peraturan -peraturan yang betul didalam menarik kesimpulan daripada premis-premis, maka kita telah melakukan satu kesilapan ataupun falasi. Sebaliknya dalam falasi informal pula ianya tidak melibatkan pelanggaran apa-apa peraturan logik dalam menarik kesimpulan daripada premis-premis. Mungkin saya boleh berikan beberapa contoh untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan non ataupun informal fallacy ini. Contoh yang pertama dipanggil adhominum iaitu serangan keatas orang yang membuat kenyataan ataupun yang mengeluarkan pandangan itu dan bukannya kepada pandangan ataupun penghujahan yang dibuat oleh seseorang itu. Jadi serangan peribadi ini merupakan satu kesilapan juga didalam berhujah ataupun didalam berfikir kerana ia tidak ada kena mengena dengan kandungan ucapan itu ataupun penghujahan yang dibuat ataupun idea-idea yang diberi tetapi sebaliknya mengatakan 6 bahawa pandangan itu tidak boleh diterima kerana sifat peribadi seseorang itu. Contohnya begini, seseorang itu mengeluarkan sesuatu teori, misalnya teori sains dan dikritik oleh seseorang yang tak bersetuju dengan teori itu dengan mengatakan bahawa orang itu adalah seorang yahudi jadi kritikan tersebut bukan terhadap idea ataupun teori saintifik yang dikemukakannya tetapi diatas dasar bahawa orang yang mengeluarkan teori itu berbangsa Yahudi dan ini dianggap sebagai satu falasi kerana tidak menunjukkan apakah kesilapan didalam pemikiran orang itu tapi sebaliknya menyerang akan peribadi orang itu kerana ianya adalah seorang Yahudi yang rata-rata ditolak oleh kebanyakan rakyat yang beragama Islam di negara ini. Jadi ini satu jenis retorik dan bukannya merujuk kepada satu kritikan yang berasaskan kepada pemikiran yang logikal. Satu lagi contoh ialah apa yang dikatakan dalam Bahasa Latin, post hoc ergo propter hoc maksudnya apa sahaja yang berlaku maka apa yang berlaku sebelumnya dianggap sebagai penyebab berlakunya perkara itu. Contohnya, kita masuk ke hutan dan terlanggar tunggul dan esoknya kita jatuh demam, jatuh sakit. Jadi di situ, tersepaknya tunggul di hutan itu ialah penyebab kepada kita jatuh sakit. Iaitu dikaitkan sesuatu itu dengan apa yang berlaku selepas itu iaitu tersepak tunggul berlaku sebelum kita jatuh sakit dan ini dikatakan sebagai penyebab kepada kita jatuh sakit. Sedangkan tidak ada kaitan sebab dan akibat (causal relation) yang sebenar di antara tersepak tunggul dan jatuh sakit. Oleh kerana sesuatu itu berturutan dengan sesuatu yang lain, maka dianggap ada hubungan sebab akibat di situ tetapi tidak semestinya. Jadi apabila seseorang membuat kesimpulan yang sedemikian, ia dikatakan telah membuat kesilapan tetapi kesilapan secara informal kerana tidak membuat pelanggaran hukum-hukum logik. NURFA FAILASUF: Akhir kata, sudah tamatlah Kuliah Ketiga kita iaitu Kuliah Logik dan Metodologi. Nurfa berharap sangat semua akan faham dan memanfaatkan segala ilmu yang Prof. Hazim ceritakan tadi. Okay, jumpa lagi semua. Selamat belajar. 7