Uploaded by Ꮖᗰᗩᑎ Ꮖᖇᖴᗩᑎ

KERTAS KONSEP POTER SAINTIFIK 2023

advertisement
KERTAS KONSEP
KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL KPM
TAHUN 2023
Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
30 MAC 2023
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
POSTER SAINTIFIK
1.0
PENDAHULUAN
Poster Saintifik adalah pertandingan yang dilaksanakan dalam Karnival
Kemahiran Digital KPM Tahun 2023, anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pertandingan Poster Saintifik dilaksanakan untuk mengasah bakat murid dalam
kemahiran teknologi digital selain meningkatkan minat murid dalam Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui penyediaan dan
pembentangan poster. Pertandingan ini juga mampu mencungkil kreativiti dan
penerokaan dalam STEM berdasarkan tema Sustainable Development
Goals (SDG). Disamping itu, pertandingan ini juga diharap dapat mengukuhkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid.
2.0
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN
2.1
Tiga (3) projek terbaik bagi setiap kategori daripada setiap negeri
layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan.
2.2
Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:
2.2.1 Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6)
2.2.2 Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 5)
3.0
2.3
Penyertaan kategori sekolah rendah terdiri daripada tiga (3) orang
murid dan seorang (1) guru pembimbing.
2.4
Penyertaan kategori sekolah menengah terdiri daripada dua (2) orang
murid dan seorang (1) guru pembimbing.
2.5
Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.
2.6
Projek penyelidikan atau inovasi yang pernah dipertandingkan dan
memenangi anugerah boleh menyertai pertandingan ini dengan syarat
projek tersebut telah diubahsuai atau ditambahbaik.
MAKLUMAT PERTANDINGAN
3.1
Peserta perlu menghasilkan satu poster saintifik dengan
menggunakan sebarang perisian dan satu video pembentangan
inovasi atau penyelidikan.
KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 14
3.2
Tema
Persembahan yang dihasilkan mestilah berdasarkan satu (1) tema
sahaja. Pemilihan tema adalah seperti yang berikut:
3.2.1 SDG 6: Clean Water and Sanitation;
3.2.2 SDG 7: Affordable and Clean Energy;
3.2.3 SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure;
3.2.4 SDG 11: Sustainable Cities and Communities; dan
3.2.5 SDG 12: Responsible Consumption and Production.
4.0
FORMAT PERTANDINGAN
4.1
Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua
penyertaan perlu;
4.1.1 dimuatnaik ke Google drive peserta sebelum dihantar kepada
penganjur; dan
4.1.2 menghantar pautan Google drive yang mengandungi video
pembentangan dan poster melalui google form yang disediakan
oleh pengelola peringkat kebangsaan.
4.2
Pertukaran atau penambahbaikkan poster saintifik dan video
pembentangan tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran
yang telah ditetapkan.
4.3
Format poster saintifik
4.3.1 Peserta hendaklah menyediakan satu poster saintifik bersaiz A4
dalam format .pdf sahaja.
4.3.2 Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris dalam penyediaan poster saintifik.
4.3.3 Kandungan poster saintifik
4.3.3.1
Pengenalan
4.3.3.2
Penyataan masalah
4.3.3.3
Metodologi
4.3.3.4
Data / Analisis
4.3.3.5
Perbincangan
4.3.3.6
Kesimpulan
4.3.3.7
Rujukan
4.4
Berikut ialah contoh reka letak kandungan poster saintifik sebagai
panduan. Peserta boleh menyediakan poster saintifik mengikut
kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 15
4.5
Format rakaman video pembentangan;
4.5.1 Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit.
4.5.2 Peserta perlu menerangkan projek mereka secara ringkas.
4.5.3 Rakaman video perlu dilaksanakan secara ‘one take’ atau sekali
ambil dalam bentuk landskap. Video berbentuk persembahan
slaid berserta voice over adalah tidak dibenarkan.
4.5.4 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris dalam video pembentangan.
5.0
PROSES PENILAIAN
Penilaian poster saintifik dan video pembentangan akan dilaksanakan
secara dalam talian oleh tiga (3) orang hakim.
KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 16
6.0
KRITERIA PENILAIAN
6.1
Proses penilaian dibuat berdasarkan dua (2) kriteria utama iaitu;
6.1.1 Penilaian poster saintifik (70 markah).
6.1.2 Penilaian video pembentangan (30 markah).
6.2
Kriteria penghakiman terperinci untuk setiap kategori projek adalah
seperti berikut:
KOMPONEN
KRITERIA
Poster Saintifik
Video
Pembentangan
Kandungan poster
a. Pengenalan
b. Penyataan masalah
c. Metodologi
d. Data / Analisis
e. Perbincangan
f. Kesimpulan
g. Rujukan
Aplikasi elemen-elemen reka bentuk
grafik (garisan, rupa, warna, tipografi,
visual, ruang, nilai dll)
Kreativiti dari segi reka letak
Daya tarikan poster
Maklumat jelas dan mudah difahami
Bebas kesalahan ejaan / mempunyai
kapsyen dan label pada gambar / rajah
Kreativiti dari segi penyampaian
Menguasai kandungan inovasi /
penyelidikan
Bahasa / Pertuturan / Ekspresi / Gaya
JUMLAH
MARKAH
25
10
10
10
10
5
10
10
10
100
KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 17
BORANG PENILAIAN POSTER SAINTIFIK &
VIDEO PEMBENTANGAN
NO
POSTER
KOMPONEN
Poster Saintifik
Video
Pembentangan
KRITERIA
PEMBERATAN
Kandungan poster
a. Pengenalan
b. Penyataan masalah
c. Metodologi
d. Data / Analisis
e. Perbincangan
f. Kesimpulan
g. Rujukan
25
Aplikasi elemen-elemen reka bentuk
grafik (garisan, rupa, warna, tipografi,
visual, ruang, nilai dll)
10
Kreativiti dari segi reka letak
10
Daya tarikan poster
10
Maklumat jelas dan mudah difahami
10
Bebas kesalahan ejaan / mempunyai
kapsyen dan label pada gambar /
rajah
5
Kreativiti dari segi penyampaian
10
Menguasai kandungan inovasi /
penyelidikan
10
Bahasa / Pertuturan / Ekspresi / Gaya
10
JUMLAH
MARKAH
HAKIM
100
RUMUSAN :
___________________________________________________________________
...................................
TANDATANGAN :
NAMA HAKIM : ................................................
KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 18
Download