Uploaded by VIJAY RAVICHANDRAN

Laporan Reflektif-Minggu Praktikum 3

advertisement
JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
BAHAGIAN A : MAKLUMAT ASAS
Nama Guru Pelatih
: VIJAY A/L RAVICHANDRAN
Nama Sekolah Praktikum
: SJK (T) Ladang Mount Austin
Minggu Praktikum
:3
Tarikh
: 25 Julai 2019 (Khamis)
Tajuk Jurnal
: Masalah Penguasaan Kemahiran Asas 3M Dalam Kalangan
Murid Tahun 4UM
BAHAGIAN B : JURNAL
1.0
Isu Yang Difokuskan
Dalam era kemodenan dan negara yang pesat membangun ini, seharusnya setiap
individu bersaing untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan, khususnya murid-murid sekolah.
Sewajarnya tiada lagi budaya lepak, malas belajar dan masalah-masalah disiplin lain yang
berlaku di sekolah. Murid-murid seharusnya tahu bahawa pada merekalah disandarkan harapan
negara untuk menjadi contoh teladan terbaik kepada generasi akan datang. Namun begitu,
adalah sedikit mendukacitakan saya apabila hal ini dipandang enteng oleh segelintir murid-murid
SJKTLMA iaitu murid tahun 4UM. Sikap sambil lewa terhadap pelajaran menjadi perkara biasa
bagi mereka. Walaupun kehadiran ke sekolah seratus peratus, namun prestasi akademik dan
sahsiah mereka masih berada di tahap lemah dan membimbangkan. Apa yang lebih
menyedihkan saya, ada di kalangan murid-murid terutama murid pemulihan yang masih tidak
tahu membaca dan menulis. Hal ini kerana, pada usia 10 tahun mereka sewajarnya telah mahir
kemahiran-kemahiran asas ini.
Sebagai seorang guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling/Bahasa Inggeris, saya melihat
masalah ini adalah isu yang perlu ditangani segera. Murid-murid yang berdepan dengan masalah
ini seharusnya ditempatkan di kelas khas juga bagi proses pemulihan. Murid-murid harus diajar
mengikut kebolehan mereka supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas dalam masa yang
ditetapkan. Melalui aktiviti/program ini, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang
meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid lain. Maka, saya akan mengembleng tenaga
dengan guru pemulihan di sekolah tersebut ataupun mengadakan aktiviti bimbingan yang
1
terancang untuk memastikan murid-murid ini mendapat sesuatu yang berguna sepanjang
persekolahan mereka.
2.0
Analisis Isu Yang Difokuskan
Masalah tidak boleh menguasi kemahiran asas dalam pembelajaran (membaca, menulis
dan mengira) adalah masalah yang sering berlaku dan ada di mana-mana jua sekolah terutama
sekali di sekolah pedalaman (Dewi, 2011). Menurut Jais & Husin (1990) dalam penulisannya
menyatakan bahawa mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya
mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima
pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang
memahami tentang pelajaran yang abstrak. Oleh itu, ramai murid yang menghadapi masalah
dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi membantu murid-murid mengatasi masalah ini,
program pemulihan atau aktiviti bimbingan yang memfokuskan pelajaran merupakan satusatunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan (Norzizah, 2010).
3.0
Kajian Lampau Terhadap Isu
Untuk mengatasi masalah yang saya hadapi, saya telah merujuk kepada kajian bertajuk
Penguasaan 3M Dalam Kalangan Murid-murid Pemulihan : Kajian Kes Di Salah Sebuah Sekolah
Rendah, penulisnya Dewi Mohd. Salleh. Menurut Dewi (2011), murid Pemulihan Khas ialah
kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira (3M) disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. Murid
Pemulihan Khas juga adalah murid yang tidak boleh menguasai kemahiran asas bahasa. KPM
merumuskan bahawa perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid
mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu
kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan
(Remedial), mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan
terbenam (Norzizah, 1999) Susulan itu, keberkesanan dan kepentingan menguasai Strategi
Pelajaran Bahasa (SPB) dapat menyedarkan dan membantu murid menguasai pelbagai SPB
secara menyeluruh dan berkesan ketika belajar di dalam bilik darjah (Dewi, 2011).
Sementara itu, Wenden & Rubin (1987) menyatakan bahawa SPB mendatangkan
beberapa kebaikan kepada murid dalam menguasai bahasa. Kedua-dua tokoh tersebut
menyenaraikan sembilan ciri SPB yang boleh membantu meningkatkan penguasaan kemahiran
bahasa dalam kalangan murid, iaitu; (a) meningkatkan kecekapan berkomunikasi, (b)
menggalakkan pembelajaran kendiri, (c) melibatkan penyelesaian masalah, (d) meningkatkan
2
pembelajaran dengan aksi-aksi yang lebih khusus, (e) melibatkan proses di luar kognitif, (f)
menyumbang ke arah pembelajaran secara langsung dan tidak langsung, (g) melibatkan
kepelbagaian, (h) menguasai aksi sedar dan tidak sedar, dan (i) menggalakkan kelenturan.
Dalam konteks pembelajaran murid di negara ini, peranan guru bahasa (Bahasa Melayu/Inggeris)
amat penting untuk membantu murid-muridnya menguasai bahasa dengan cepat dan berkesan.
Lantara itu, guru harus mempertimbangkan bagaimana murid dan guru boleh menggunakan
sesuatu strategi pembelajaran bahasa. Untuk itu, guru perlu mengenal pasti keupayaan muridmurid dalam menggunakan strategi pembelajaran bahasa yang berbeza berdasarkan jumlah
maklumat atau pengetahuan yang diterima setiap muridnya (Jais & Husin, 1990).
4.0
Cadangan Dan Idea Penyelesaian
Setelah menganalisa masalah di atas, saya berpendapat bahawa murid-murid ini harus
segera diberi perhatian. Beberapa cadangan perlu diusulkan. Antaranya adalah tindakan
program bacaan pagi serta kolaborasi bersama guru-guru lain seperti guru pemulihan dalam
menganjurkan aktiviti-aktivi yang bersesuaian. Kemudian, masalah murid boleh dirujuk kepada
guru pemulihan khas tetap disekolah ini dengan mengharapkan masalah ini dapat diatasi dengan
segera dan murid dapat mengikuti suasana pembelajaran yang kondusif (Zamri, 2010). Bersama
guru pemulihan, murid-murid yang berdepan dengan masalah 3M ini akan dapat menjalani
proses pengayaan dan pemulihan khas secara sistematik. Aktiviti-aktiviti yang bakal
dilaksanakan adalah mengikut kebolehan dan prestasi murid. Maka, besar kemungkinan minat
belajar akan wujud dari semasa ke semasa. Ini kerana murid akan merasa dihargai dan diberi
perhatian oleh guru mereka.
Di samping itu, saya sebagai guru BK dan Bahasa Inggeris harus memainkan peranan
dan melaksanakan tanggungjawab saya semaksimum mungkin. Melalui kelas-kelas Bahasa
Inggeris yang dijalankan, saya akan mengenal pasti masalah masalah 3M (membaca, menulis
dan mengira) secara pemerhatian, pentafsiran rekod prestasi, profil, ujian kertas dan pensel,
latihan harian serta soal jawab/kuiz (Wenden & Rubin, 1987). Saya juga akan menyenaraikan
masalah pembelajaran yang dikenal pasti serta dapat mengesan punca masalah dengan
menggunakan ujian tertentu menggunakan inventori atau terapi yang berpatutan seperti
biblioterapi (Zamri, 2010). Sementara itu, saya akan menggembleng tenaga dengan guru
matapelajaran Bahasa Melayu dan menyuarakan pendapat dalam membendung masalah yang
berlaku.
3
5.0
Tempoh Masa Penyelesaian
Satu Minggu
6.0
Tindakan Susulan
Saya telah mengadakan Pop Quiz bagi murid-murid tahun 4UM untuk mengukur
kemahiran membaca dan menulis seupaya saya dapat membuat analisis dengan berpandukan
ujian tersebut demi mengenalpasti murid-murid yang memerlukan latihan yang berlanjutan untuk
meningkatkan kemahiran 3M mereka. Pada masa yang sama, saya yakin sekiranya semua
usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak,
masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga harus menyedari kelemahan diri
mereka dan sanggup berusaha untuk mempertingkatkan prestasi diri.
7.0
Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan
25 Julai 2019 (Khamis)
8.0
Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan
Diharapkan langkah-langkah yang disarankan dapat memberi impak atau kesan yang
positif dalam usaha memperluaskan penguasaan dan potensi murid dalam kemahiran 3M. Saya
masih teragak-agak untuk menghujarkan betapa efektifnya idea yang telah cadangkan kerana
saya belum melaksanakan langkah tersebut tetapi saya pasti akan langkah tersebut
menyumbang kepada proses peningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran 3M pada masa
akan datang.
9.0
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, masalah 3M ini adalah isu besar yang mesti diatasi segera. Murid-
murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan
datang (Norzizah, 1999). Maka, setiap masalah yang melibatkan murid (khususnya akademik)
harus dipantau dari semasa ke semasa.
4
RUJUKAN
Dewi Mohamad Salleh. (2011). Penguasaan 3M Dalam Kalangan Murid-murid Pemulihan: Kajian
Kes Di Salah Sebuah Sekolah Rendah. Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia, (4453).
Jais & Husin. (1990). Pendidikan Pemulihan. Petaling Jaya, Selangor: Masa Enterprise.
Mohamed Amin Embi. (2000). Language Learning Strategies: A Malaysian Context. Bangi:
Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norzizah Yusof. (1999). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah di Seri
Kembangan: Kaedah Temu Bual. Serdang, Selangor: Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Wenden, A.L. & Rubin, J. (1987). Learners Strategies for Language Learning. New Jersey:
Prentice Hall.
Zamri Mahamod. (2010). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris Pelajar Cemerlang:
Iventori Strategi Belajar Bahasa. Bandar Baru Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
5
Download