Novel Leftenan Adnan Peristiwa menyentu perasaan Novel yang saya telah dipelajari iaitu novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib. Ayat pernyataan : Peristiwa tentang askar melayu yang diseksa sehingga mati. Ayat contoh : Contohnya, ketika Adnan dan askar melayu mempertahankan bukit candu, mereka telah bertempur sehingga kehabisan peluru. Adnan juga telah ditangkap dan digantung di atas pokok ceri serta diseksa oleh tentera Jepun dengan tejam sehingga Adnan meninggal dunia. Ayat Alasan : Peristiwa ini menyentuh perasaan saya / pembaca kerana tentera jepun sangat kejam dan sanggup membunuh demi membalas dendam mereka kepada Adnan. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------Ayat pernyataan : Peristiwa tentang seorang ayah yang berpendirian tetap Ayat contoh : Contohnya, Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun orang kampung menentang hasrat Pak Saidi kerana takut Adnan murtad. Ayat Alasan : Perisitiwa ini menyentuh perasaan saya kerana hasrat Pak Saidi tidak dapat dipercayai oleh orang kampung. Peristiwa mengambarkan kerjasama Novel yang saya telah dipelajari iaitu novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib. Ayat pernyataan : Peristiwa tentang askar Melayu dan British bekerjasama. Ayat contoh : Adnan dan tentera British turut sama membantu meringankan bebanan penduduk yang terpaksa berpindah secara mendadak ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ayat Pernyataan : Peristiwa tentang penduduk kampung menyimpan rahsia. Ayat Contoh : Penduduk kampung saling bekerjasama untuk tidak memberikan maklumat mengenai kelaurga Leftenan Adnan ketika tentera Jepun mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.