Uploaded by ffmh79

KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SESKA 2023

advertisement
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH & KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SESKA
DAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SESKA 2023
1.0 Pengenalan
Program Kem Pemantapan Sahsiah&Kepimpinan Pemimpin Muda SESKA ini merupakan satu pendekatan terancang
oleh Badan Pengawas, Unit Disiplin, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta PSS SK Seri Paka yang boleh digunakan
untuk memberi pendedahan terancang ke arah pembentukan sikap yang positif, keyakinan diri, nilai-nilai murni,
perkembanganpotensi dan sifat-sifat kepimpinan bagi melahirkan pemimpin muda yang bertanggungjawab, beradab
dan berakhlak tinggi dan mampu menjadi suri teladan kepada pelajar-pelajar lain disekolah.
2.0 TUJUAN
2.1 Semua para pemimpin ini perlu diiktiraf dan diberi tauliah pelantikan supaya mereka dapat melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan penuh komited. Mereka perlu diisytiharkan dan diberi pengiktirafan supaya
murid-murid lain menghormati peranan/tugas dan tanggungjawab mereka.
2.2 Meningkatkan kualiti Badan Kepimpinan Pelajar dalam bidang kepimpinan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mencungkil potensi Pengawas Sekolah, PPS dan PRS untuk dipilih sebagai barisan kepimpinan pelajar
yang berkualiti untuk sesi 2023/2024.
3.2 Melatih Pengawas Sekolah, PPS dan PRS mengembangkan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka.
3.3 Mendapatkan Pengawas Sekolah, PPS dan PRS dengan penanda aras(’benchmark’) yang cemerlang dan
berkaliber.
3.4 Menaikan semangat para pemimpin pelajar untuk bertugas dengan lebih komited.
3.5 Menimbulkan rasa hormat dalam kalangan pelajar terhadap tugas para pemimpin pelajar.
3.6 Memberi pengiktirafan pelantikan pemimpin pelajar.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Kelas Sekolah
Kebangsaan Seri Paka sesi 2023/2024
5.0 Kem Badan Kepimpinan Pelajar akan diisi dengan program utama seperti berikut:
5.1 Ceramah Kepimpinan
5.2 Latihan Dalam Kumpulan
5.3 Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SESKA 2023/2024
5.4 Ceramah Motivasi
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SESKA 23/24
1
6.0 JADUAL PROGRAM KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KEMPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SESKA 2023/24
TEMPAT
: RUMBIA RESORT
TARIKH
: 16 & 17 JUN 2023 (JUMAAT/SABTU)
PESERTA PROGRAM
: BADAN PENGAWAS/PSS/PRS (100 PESERTA)
TARIKH
MASA
SLOT PROGRAM
TINDAKAN
JAWATANKUASA
2.00 P.M. – 3.00 P.M.
SESI ICE BREAKING
UNIT KAUNSELING
3.30 P.M. – 5.30 P.M.
LDK 1
UNIT KAUNSELING
16 JUN 2023
JUMAAT
BADAN PENGAWAS
6.00 P.M. – 7.30 P.M.
MAKAN MALAM
AJK MAKANAN
7.30 P.M. – 8.30 P.M.
SOLAT MAGHRIB / ISYAK
BIRO AGAMA
SESI KEROHANIAN
8.45 P.M. – 10.00 P.M.
LDK 2
UNIT KAUNSELING
UNIT PSS
17 JUN 2023
10.00 P.M. – 10.30 P.M.
MINUM MALAM
AJK MAKANAN
10.45 P.M. – 5.00 A.M.
KEMBARA MAYA
7.00 A.M. – 8.00 A.M.
SARAPAN PAGI
AJK MAKANAN
8.00 A.M. – 9.30 A.M.
LDK 3
UNIT KAUNSELING
10.00 A.M. – 12.00 P.M.
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN
SEMUA UNIT DAN JAWATANKUASA
12.00 P.M.
MAKAN TENGAHARI
SEMUA UNIT DAN JAWATANKUASA
SABTU
BERSURAI
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SESKA 23/24
2
7.0 ANGGARAN KEWANGAN PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN AKHLAK PEMIMPIN MUDA
SK SERI PAKA 2023
BIL
ANGGARAN BELANJAWAN
KOS
JUMLAH
1.
Minum petang 1x
Rm 4.00 X 100
RM 400.00
2.
Morning tea break 1 x
RM 4.00 X 100
RM 400.00
3.
Makan Tengahari 1 x
RM 7.00 X 100
RM 700.00
4.
Cenderahati
RM 200 X 1
RM 200.00
5.
Bahan-Bahan Kem (Alat tulis)
RM 300.00 X 1
RM 300.00
JUMLAH
RM 2000.00
8.0 PENUTUP
Di akhir program ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai
pemimpin muda di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam diri dan sekolah.
Program ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan membudayakan nilai-nilai
kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan
pemimpin yang berkebolehan dan membentuk barisan kepimpinan Pemimpin Muda yang berakhlak tinggi,
mantap sahsiahnya, kreatif dan inovatif. Di atas Keprihatinan dan sokongan pihak pentadbiran Sekolah
Kebangsaan Seri Paka, jutaan terima kasih diucapkan.
Disediakan oleh,
Disahkan oleh,
______________________
___________________________
( PUAN MARLIANA BINTI GHAZALI )
Setiausaha Badan Pengawas SESKA 2023
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SESKA 23/24
3
Download