Uploaded by YUSRI BIN KIPLI KPM-Guru

REFLEKSI BIG LAWATAN

advertisement
REFLEKSI
Pada 2 Februari yang lalu, kami telah mengadakan lawatan penanda aras ke
sebuah sekolah yang telah dianugerahkan sebagai sekolah kluster. Lawatan itu
adalah sebahagian daripada program Bina Insan Guru yang wajib kami lalui
sepanjang pengajian kami. Untuk melaksanakan program lawatan ini, kami telah
berpakat dan sebulat suara memilih Sekolah Kebangsaan St. Mary yang terletak di
pusat bandar Kuching.
Pada mulanya, saya tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan
Sekolah Kluster ini. Selama ini saya hanya pernah mendengar tentang anugerah
sekolah cemerlang dan sekolah harapan sahaja. Dilema dengan persoalan tersebut,
saya telah pergi ke Google dan mencari apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah
Kluster. Hasil carian yang saya dapati menyatakan bahawa Sekolah Kluster ialah
satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam
klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan
sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem
pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah
dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. Sekolah Kluster
diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan
Malaysia. (sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_kluster)
Daripada definisi yang telah saya perolehi dari wikipedia tersebut, saya mula
membuat tanggapan bahawa sekolah keabangsaan St. Mary ini adalah sekolah yang
hebat, serba maju, moden dan mempunyai kelengkapan dan kemudahan yang
mencukupi berdasarkan kepada reputasinya sebagai sekolah kluster. Saya berasa
teruja untuk melawat sekolah tersebut. Selama ini, saya hanya melalui sahaja
sekolah tersebut sewaktu pergi ke bandaraya Kuching sama. Lawatan ini memberi
peluang kepada saya untuk melihat keadaan di dalam sekolah tersebut yang
menjadikannya dianugerahkan anugerah sekolah kluster sekaligus membuktikan
sendiri tanggapan yang telah saya buat mengenai sekolah tersebut. Untuk lawatan
ini nanti, kumpulan kami akan melihat kepada aspek pengurusan, kepimpinan, iklim
dan juga infostruktur dan infrasturktur yang terdapat di sekolah tersebut.
Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang bertanggungjawab
membuat analisis dan pemerhatian terhadap aspek yang telah disenaraikan. Saya
telah diberi kesempatan untuk membuat pemerhatian terhadap aspek kepimpinan
yang telah diketuai oleh saudara Alifah Mohamad. Sememangnya aspek ini sangat
bermakna bagi kami kerana sebagai guru umumnya dan sebagai manusia khasnya,
kami pasti akan melalui saat-saat menjadi pemimpin dan kami seharusnya
mengambil peluang ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan,
pengalaman dan iktibar dari sekolah tersebut.
Sebaik sahaja kami tiba dipintu pagar sekolah tersebut, kami telah disambut
sendiri oleh Guru Besar sekolah tersebut iaitu Madam Liaw Hui Lin. Apabila melihat
keadaan ini, serta merta saya terfikir, tidak hairanlah sekolah ini terpilih menjadi
sekolah kluster dengan Guru Besar yang begitu komited dan sangat berkarisma.
Guru-guru yang lain turut bersama menyambut kedatangan kami dan ini
membuktikan kerjasama yang kukuh terbina disekolah tersebut. Kami telah diberi
taklimat oleh Guru Besar sendiri, Penolong Kanan dan guru subjek matematik.
Sepanjang taklimat, guru-guru lain yang ada bersama kami begitu berdisiplin dan
memberi kerjasama yang baik kepada kami.
Melalui taklimat tersebut saya mendapati sekolah tersebut begitu teratur
aspek pengurusannya dan semua asoek yang perlu kami ambil kira bagi BIG ini turut
dibentangkan. Ini membuka mata kami betapa sekolah ini mempunyai pihak atasan
yang begitu berkepimpinan dan bertanggungjawab. Ini dapat menjadi contoh kepada
guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain. Buktinya, sepanjang taklimat, guru-guru
yang lain yang ada bersama kami dan kakitangan sekolah yang hadir memberi
perhatian penuh kepada isi taklimat. Tidak ada antara mereka yang nampak
mengantuk ataupun hilang fokus melainkan kami sendiri sebagai pelawat. Ini
membuktikan bahawa mereka begitu komited terhadap apa yang mereka lakukan
dan ini juga menunjukkan kepimpinan yang berkesan oleh Guru Besar sekolah
tersebut yang dapat menyatu-padukan anak buahnya dan memberi imej tertentu
yang telah diikuti oleh kakitangan lain di sekolah tersebut.
Selepas taklimat tersebut, kami dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah
berkenaan. Saya begitu terkejut melihat kawasan sekolah yang begitu sempit dan
kekurangan bangunan dan kemudahan tertentu terutamanya kemudahan sukan. Ini
amat bercanggah dengan tanggapan saya sebelum ini yang menjangkakan bahawa
sekolah tersebut merupakan sekolah yang serba moden dan mempunyai
kemudahan yang mencukupi. Saya difahamkan oleh Guru disekolah tersebut
bahawa Sekolah Kebangsaan St. Mary turut aktif dan cemerlang dalam sukan
walaupun kekurangan kemudahan. Keadaan ini membuka mata saya bahawa
walaupun kekurangan kemudahan mereka mampu mencapai kejayaan dan ini
membuktikan peribahasa ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.
Lawatan tersebut benar-benar telah memberikan kesedaran kepada saya
bahawa kepimpinan dan pengurusan yang baik akan membawa kepada kejayaan
sesebuah institusi. Pemimpin yang cemerlang seperti Madam Liaw sudah pasti akan
dapat
membentuk anak buahnya
menjadi sebuah pasukan
yang mampu
menghadapi apa sahaja untuk mencapai kejayaan. Kepimpinan yang ditunjukkan
oleh barisan pihak pentadbiran sekolah telah mampu membentuk sebuah komuniti
yang saling bekerjasama dan mampu membawa sekolah mencapai kecemerlangan.
Ia memberi kesedaran kepada saya bahawa jika kita ingin berjaya, tidak ada
halangan yang tidak mampu kita tempuhi.
Saya sangat bersyukur kerana telah berpeluang menyertai lawatan tersebut.
Banyak input yang berguna yang telah kami perolehi. Secara peribadi, saya terasa
diri saya terlalu lemah jika dibandingkan dengan guru-guru bersemangat waja
disekolah berkenaan. Mereka begitu bersemangat, komited dan sangat hebat. Ia
benar-benar memberi saya cabaran untuk menjadi sehebat mereka dan menjadi
guru yang baik suatu masa nanti.
Disediakan Oleh:
____________________
(Yusri Bin Kipli)
SMPMT1108
Download