Pemansuhan hukuman rotan di sekolah telah menyebabkan kemerosotan akhlak pelajar.Bincangkan. Pada pendapat saya, pemansuhan hukuman rotan di sekolah tidak menyebabkan kemerosotan akhlak pelajar. Hal ini disebabkan kerana terdapat faktor-faktor luaran seperti faktor pengaruh rakan sebaya dan media sosial. Dewasa ini, tidak dapat dinafikan bahawa peranan rakan sebaya sangat penting dari segi pembinaan akhlak seseorang pelajar. Rakan sebaya akan membinasa akhlak seseorang dari segi tingkah laku dan pemikiran. Contohnya, cubaan penggunaan bahasa kasar pelajar akan berlaku apabila rakan persekitarannya menggunakan pertuturan bahasa kasar dan telah mencerminkan kepincangan akhlak pelajar akibat pengaruh rakan. Tambahan pula, media sosial mempengaruhi pelajar melalui penyiaran video dan multimedia yang berkaitan dengan gejala sosial negatif seperti budaya kuning dan keganasan. Maka, pelajar akan mengambil seseorang watak sebagai teladan hidup tanpa pertimbangan dan penilaian keperibadian watak tersebut. Selain itu, pemansuhan hukuman rotan di sekolah bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar, malah boleh meningkatkan akhlak pelajar. Melalui hubungan yang erat, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar melalui kaunseling lalu mengukuhkan tahap akhlak pelajar. Berdasarkan pengalaman saya, hukuman rotan hanya merupakan pemangkin pergaduhan antara guru dan pelajar. Kesimpulannya, pemansuhan hukuman rotan di sekolah tidak menyebabkan kemerosotan dan kepesongan akhlak pelajar. Sementara itu, hukuman rotan juga menyusahkan proses penerapan nilai-nilai murni guru terhadap pelajar. (198 patah perkataan)