FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN / FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM (INFRASTRUKTUR) LAPORAN ULASAN BUKU / ARTIKEL Falsafah Pendidikan Kontemporari: Falsafah Moden Oleh: Shahrin Hashim & Noordin Yahaya DISEDIAKAN OLEH: Laporan Ulasan Buku / Artikel Dihantar Kepada Ustaz Zulkifli Bin Dahalan Dalam Memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk CTU 552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA) SEMESTER 2 SESI 2021/2022 1 ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN……………………………………………………………… 4 1.1 Tajuk Artikel………………………………………………………..... 4 1.2 Nama Penulis dan Latar Belakangnya……………………………. 4 1.3 Maklumat Tambahan……………………………………………….. 5 2.0 UlASAN KANDUNGAN ARTIKEL………………………………………… 5 2.1 Tujuan Kajian……………………………………………………….... 5 2.2 Konsep dan Tema Kajian………………………………………….. 5 2.3 Teori yang digunakan………………………………………………. 6 2.4 Kaedah Kajian………………………………………………………... 6 2.5 Hasil Kajian………………………………………………………….... 6 3.0 ULASAN KRITIS………………………………………………………………7 3.1 Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis…………………….. 7~14 3.2 Adakah isu itu menarik?.......................................................... 14~15 3.3 Adakah isu yang dibangkitkan oleh penulis relevan pada anda?...................................................................................... 15~16 3.4 Persetujuan dengan kandungan artikel………………………. 16~17 3.5 Metodologi yang digunakan oleh penulis……………….......... 17~18 3.6 Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan kepada pemikiran anda?...................................................................... 18~19 3.7 Penemuan baru yang diperoleh daripada artikel…………………. 19 4.0 KESIMPULAN…………………………………………………………………20 4.1 Rumusan daripada kajian ini……………………………………… 20 4.2 Langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti kajian ini……………………………………………………………………….. 21 5.0 SUMBER RUJUKAN………………………………………………………….22 2 Penghargaan Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan kami kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Hasil kerja ini adalah bantuan daripada pelbagai pihak dan juga sumber-sumber daripada laman internet. Selain itu, kami juga ingin berterima kasih kepada Ustaz Zulkifli Bin Dahalan, pensyarah kami yang telah membimbing dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau banyak memberi penerangan dan tunjuk ajar cara untuk melakukan kerja kursus ini. Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada keluarga kami dalam memberi sokongan dan dorongan untuk menyiapkan tugas yang diberikan. Dan kami juga ingin memberi penghargaan kepada rakan-rakan kami kerana mereka banyak membantu dan mencetuskan idea sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Dalam menyiapkan kerja kursus ini, banyak yang kami pelajari dan ianya memberi seribu satu makna kepada kami dalam menimba ilmu ini. 3 1.0 PENGENALAN Pada abad ke-17 kelahiran falsafah moden yang dipelopori oleh Rene Descartes (1596-1650) dari Perancis. Falsafah moden bermula dengan perdebatan tentang masalah epistemologi, atau sumber ilmu pengetahuan. Sebelumnya sumber ilmu berasal daripada agama, ataupun Tuhan tetapi kini ianya beralih kepada kemampuan manusia sendiri, baik daripada akal mahupun daripada pancaindera. 1.1 Tajuk Artikel Ulasan artikel yang dipilih oleh kami ialah bertajuk Falsafah moden yang di ambil daripada Falsafah Pendidikan Kontemporari. Konsep Falsafah moden menurut ahli falsafah, matlamat falsafah Pendidikan dan perkembangan falsafah Pendidikan. Artikel Falsafah yang ditulis oleh Shahrin Hashim dan Noordin Yahaya iaitu pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor Darul Ta’zim, Malaysia. Buku tersebut diterbitkan pada tahun 2008. Ia mengandungi 10 bab. Buku ini mengandungi 256 muka surat. 1.2 Nama Penulis dan Latar Belakangnya Berdasarkan laman sesawang, nama sebenar Noordin Yahaya ialah Professor Dr Nordin Bin Yahaya. Beliau merupakan Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sejak Mei 2019. Beliau bertanggungjawab untuk mengembangkan pemimpin Pendidikan tinggi yang kompeten, lincah, berkaliber dan bernilai tinggi melalui inisiatif kemajuan kepemimpinan untuk keperluan nasional dan antarabangsa. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Pro Naib Canselor (Antarabangsa) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di mana dia bertanggungjawab untuk merancang, menyusun strategi dan melaksanakan dasar dan inisiatif pengantarabangsaan serta reputasi global di UTM. Beliau, kini adalah anggota Lembaga Gabenor untuk kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC), Wakil Presiden untuk Ge4 Network dan ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa untuk Universiti Amity, India. 4 1.3 Maklumat Tambahan Seterusnya pemilihan artikel ini untuk dianalisis kerana ia adalah topik yang menarik untuk dianalisis dan mengenali lebih mendalam. Hal ini kerana, kami dapat mempelajari sumbangan ahli-ahli falsafah terdahulu dan memahami setiap hujah yang dikemukakan oleh ahli falsafah. Selain itu, ia juga untuk mempelajari konsep ilmu yang benar, mempunyai kepercayaan tentang apa yang kita pegang. 2.0 ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL 2.1 Tujuan Kajian Artikel ini menghuraikan tentang falsafah moden. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk menjelaskan tentang kepercayaan dan bukti yang kukuh untuk manusia terhadap perkembangan sains dan teknologi. Falsafah moden ini telah menjadikan kehidupan manusia lebih teratur dan tersusun hasil daripada sains dan teknologi dalam kehidupan. Selain itu, ia juga untuk membantu pembaca mendalami dan mempelajari pengetahuan asas tentang sains dan teknologi. 2.2 Konsep Dan Tema Kajian Tema dan konsep yang sesuai untuk artikel ini adalah merupakan tentang penjelasan dan informasi tentang perkembangan ilmu sains. Terdapat pelbagai penjelasan tentang tokoh-tokoh yang terdahulu seperti Rene Descartes yang digelar ( Bapa Falsafah Moden ) yang telah memulakan perdebatan tentang masalah epistemologi. Konsep kajian ini adalah untuk memahami tentang asalnya sumber ilmu, permulaannya ilmu yang berasal daripada agama, ataupun tuhan tetapi kini ianya beralih kepada kemampuan manusia sendiri, baik daripada akal mahupun daripada pancaindera. 5 2.3 Teori yang digunakan Teori yang digunakan oleh penulis dalam artikel ini adalah berasaskan teori-teori ilmu sains. Penulis telah menggunakan dan menerangkan semua aspek yang berkaitan dengan sains dan jugak kebolehan manusia baik daripada akal mahupun daripada pancaindera. Selain itu, Rene Descartes membuktikan bahawa kewujudan alam semula jadi melalui idea, atau ilmu semula jadi yang nyata dan jelas. Alam semula jadi meliputi mesin dan daya gerakan adalah digerakkan oleh tuhan. Rene Descartes juga telah menegaskan bahawa moral ditetapkan secara bebasnya oleh Tuhan dimana tuhan berhak menetapkan sesuatu tentangan dengan perkara yang normal. 2.4 Kaedah kajian Kaedah kajian yang dilakukan oleh penulis ialah kaedah analisis dokumen. Penulisan penulis adalah berasaskan fakta dan sejarah yang telah wujud. Penulis juga merujuk kepada majalah, jurnal, buku, kitab, laporan bertulis, biografi dan sebagainya. 2.5 Hasil Kajian Berdasarkan analisis yang dilakukan, terdapat pelbagai cabang-cabang atau aliran yang mengemukakan ideolagi yang berbeza antara satu sama lain. Secara amnya, sains dan teknologi merupakan perkembangan terhadap manusia, ia merupakan aktiviti yang rasional. Bagi yang beragama islam kita percaya bahawa agama adalah berasaskan kepada wahyu dan tuhan manakala masyarakat barat banyak menggunakan aspek ilmu sains yang berlandaskan kepada akal dan logik semata-mata. 6 3.0 ULASAN KRITIS Taksiran kali ini adalah bertujuan untuk menganalisa serta mengulas artikel yang telah diberikan kepada kumpulan kami yang bertajuk ‘Falsafah Moden hasil karya Shahrin Hashim dan Noordin Yahaya. Melalui kertas kerja ini, kami akan mengetengahkan dan memperincikan pendapat kami tentang isu-isu yang telah dibangkitkan oleh penulis serta menghuraikan lagi dengan lebih mendalam berserta hujah yang kukuh tentang kandungan-kandungan yang terdapat dalam artikel tersebut. 3.1 Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis Terdapat 4 isu yang dapat kami lihat didalam buku Falsafah Moden. Isu yang telah dibangkitkan oleh penulis ialah cabang-cabang atau aliran Falsafah Moden, Perkembangan Ilmu Falsafah Moden dalam Ilmu Pengetahuan, Falsafah Islam Moden dan Falsafah dalam Islam Hadhari Pendekatan Islam Hadhari. Didalam buku tersebut menerangkan falsafah dikembangkan di era moden dan berkaitan dengan kemodenan. Falsafah moden ini telah dipimpin oleh seorang tokoh bernama oleh Rene Descartes (1596-1650) dari Perancis pada abab ke-17. Beliau juga merupakan ‘Bapa Falsafah Moden’. Mengikut beberapa penyelidik, falsafah moden bermula dengan perbahasan mengenai masalah epistemologi atau sumber pengetahuanlebih-lebih lagi dalam perkembangan ilmu matematik. Sekiranya sebelum itu sumber pengetahuan datang dari agama atau Tuhan tetapi sekarang berubah menjadi kemampuan manusia itu sendiri baik dari akal atau dari pancaindera. Terdapat beberapa tokoh yang menyumbang dalam falsafah moden seperti Rene Descartes, Benedict Spinoza, Nicolas de Malebranche, Blaise Pascal, Gottfried Wilhelm von Leibniz dan Christian Wolff. Isu-isu yang dinyatakan adalah bentuk cabaran yang dihadapi dalam membentuk falsafah moden pada masa dahulu. Isu ini akan kami jelaskan dengan lebih lanjut. Isu yang pertama membincangkan tentang cabang-cabang atau aliran falsafah moden. Di dalam buku tersebut kami meyedari bahawa falsafah moden terdiri daripada pelbagai aliran yang mengemukakan ideologi yang berbeza antara satu sama lain. Setelah kami kaji terdapat 11 aliran yang terkandung dalam artikel Falsafah Moden. 7 Aliran yang pertama iaitu aliran rasionalisme. Aliran rasionalisme adalah suatu kaedah penyelidikan dan uji kaji yang menyatakan bahawa akal adalah sumber utama pengetahuan. Rasionalisme mengukur bahawa daya intelek yang wujud secara semulajadi dalam diri manusia mampu mencari dan menganggap ia kebenaran. Rasionalisme menganggap akal sebagai sumber tertinggi untuk mendapat kebenaran dan mencapai segala ilmu pengetahuan. Rasionalisme yang berasaskan nilai-nilai saintifik menolak adanya wahyu dan mukjizat atas tanggapan bahawa kedua-dua benda ini dilihat tidak logik. Ukuran sama ada sesuatu itu saintifik atau tidak juga terletak pada sama ada ia logik ataupun tidak. Aliran yang kedua adalah aliran skeptivisme. Skeptivisme berasal dari bahasa Yunani iaitu siasatan. Aliran skeptivisme adalah suatu sikap yang meragui, atau tidak percaya kepada kemungkinan mendapat pengetahuan, sehingga diperoleh buktibukti yang meyakinkan. Aliran ini telah terbahagi kepada 3 aliran iaitu Pyrrhonik, Akademik Tengah dan Sensaniolistik. Seterusnya, aliran empirisisme adalah aliran yang dibentuk daripada aliran rasionalisme. Aliran ini adalah suatu aliran falsafah yang mengatakan bahawa semua pengetahuan diperolehi atau berdasarkan pengalaman atau pancaindera. Selain itu, ia juga mengatakan bahawa semua kenyataan berkenaan pengetahuan terhadap dunia hanya boleh dibuktikan dengan pengalaman. Menurut John Locke (1632-1704) beliau menyatakan tanpa pengalaman yg dirasai oleh seseorang itu, alkal fikiran juga akan kosong. Hal ini kerana melalui pengalaman yang dirasai barulah kita dapat berfikir langkah seterusnya. Aliran yang keempat ialah aliran liberalisme. Disebut oleh John Locke, liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara. Beliau merasakan liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Seperti yang diperkatakan dalam artikel Falsafah Moden. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliranaliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian pasaran bebas dan kejujuran sistem pemerintahan. Didalam buku ‘The Wealth of Nations’ oleh Adam Smith menulis bahawa pemikiran John Locke telah memberi kesan yang amat mendalam terhadap 8 ‘sistem laissez-fairre’(sistem ekonomi bebas). Hal ini kerana, John Locke menegakkan atas asas-asas individualisme dan atomisme, iaitu manusia dalam keadaan semula jadinya adalah sama, bebas dan dapat hidup berdikari. Aliran Liberalisme berubah kepada aliran utilitarianisme seiring dengan perkembangan falsafah moden. Aliran utilitarianisme ialah suatu aliran falsafah moral yang mengutamakan faedah, atau utility sebagai ukuran nilainya. Aliran ini menilai baik buruk sesuatu perkara berdasarkan dengan perbuatan dan kesan akibat yang dilakukan. Namun, aliran ini juga mendatangkan negatif kerana perbuatan seseorang itu akan dinilai melalui perbuatannya. Oleh itu ramai yang berpura-pura baik bagi mengelakkan dihukum. Ini telah melahirkan masyarakat yang bersikap hipokrit. Aliran yang keenam ialah aliran aliran idealisme. Aliran ini wujub Ketika belakunya konflik diantara aliran rasionalisme dan aliran empirisisme. Aliran ini berlawanan dengan aliran utilitarianisme yang tidak menghargai niat, atau motif seseorang dalam perbuatannya, kecuali akibat dan kesannya sahaja. Diketuai oleh Immanuel Kant (1724-1804) aliran ini lebih menekankan motif pelakunya. Mengikut beliau idealisme adalah falsafah yang memuliakan jiwa. Seperti pertemuan antara jiwa dan fikiran melahirkan impian, iaitu dunia idea. Beliau percaya bahawa wujudnya Tuhan di Hari Akhirat. Selanjutnya, pada abad ke19 muncul pula aliran komunisme yang diasaskan oleh Darwin dan Karl Marx (1818- 1883). Aliran ini adalah ideologi politik dan struktur sosio-ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial. (Wikipedia, 2021) Aliran yang kelapan ialah aliran pragmatisme. Pragmatisme adalah satu aliran falsafah yang berasal dari Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, aliran pragmatisme menekankan bahawa kehasilan, kepenggunaan, kepraktikalan adalah komponent utama untuk kebenaran. Aliran ini juga merupakan satu kaedah bagi menyelesaikan sesuatu masalah ataupun menilai masalah interlektual serta teori mengenai jenis pengetahuan yang dapat dicapai. Didalam 9 artikel Falsafah moden ada dikaitkan aliran dengan metafizik yang menerangkan aliran ini tidak mempersoalkan tentang kewujudan tuhan itu atau tidak, malah mementingkan kepercayaan kepada Tuhan dan manfaat kepada kita. Aliran yang kesembilan ialah aliran eksistensialisme yang lahir pada abad ke-19 oleh Soren Kierkegaard (1813- 1855) namun hanya diketahui oleh orang ramai pada abab ke 20. Aliran ini muncul sebagai satu reaksi terhadap masyarakat moden telah hilang arah akan ciri-ciri individualismenya. Kierkegaard menganggap manusia tidak mungkin akan mencapai pengetahuan yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi dalam situasi yang gelap ini, manusia memahami wujudnya keraguan dan kesangsian, dan dia haruslah percaya bahawa akan berlaku suatu transformasi terhadap dirinya. Dengan kepercayaan itu barulah dia akan diberi petujuk oleh Tuhan untuk memperoleh pengetahuan sebenar yang nanti akan mengubah hidupnya secara radikal. Jean Paul Sarte besetuju dengan pandangan Kierkegaard tentang maslah manusia namun tidak bersejutu dengan isu menyelesaikan masalah dengan hanya bergantung kepada tuhan dan agama. Bagi beliau manusia perlu bergantung dan percaya dengan dirinya sendiri kerana Jean Paul Sarte berasa tidak ada bezanya jika bergantung dengan tuhan kerana tidak dapat mengubah apa-apa melainkan kita sendir yang menolong diri kita. Seterusnya ialah Aliran Positivisme yang muncul di Perancis pada abad ke-19. Menurut Auguste Comte (1798-1857) aliran ini berkait rapat dengan sejarah manusia. Beliau megatakan sejarah manusia mempunyai tiga tahap perkembangan, iaitu peringkat teologi, metafizik dan positif. Comte berpendapat, positivisme adalah cara melihat memahami dunia berdasarkan sains. Akhir sekali adalah aliran pascamodenisme atau post-modernism aliran yang paling baru. Pada tahun 1930an istilah pascamodenisme telah digunakan buat pertama kalinya oleh Frederico de Onis menandakan reaksi kecil tehadap modenisme. Kemudian pada tahun 1960 aliran ini menjadi popular di New York apabila digunakan oleh tokoh penulis seperti Rauschenberg, Cage, Borroughs, Barthelme, Fielder, dan Sontag merujuk kepada suatu gerakan di luar modenisme yang dikatakan sudah kehabisan tenaga dan wibawa. Aliran in telah berkembang dalam kesenian dan budaya pada tahun 1970 dan 1980. Kemunculan aliran pascamodenisme yang sedang berkembang kini, seringkali ditanggapi dan dinilai sebagai suatu bentuk reaksi atau suatu bentuk cabaran terhadap pemikiran yang wujud dalam aliran modenisme. Oleh sebab itu, aliran pascamoden telah banyak meresap masuk ke dalam pelbagai bidang ilmu seperti kerohanian,agama, pendidikan, kesenian dan kebudayaan serta banyak lagi bidang-bidang lainyang telah dipelopori oleh aliran pemikiran moden sebelumnya. Pertembungan yang telah 10 berlaku antara kedua-dua aliran tersebut akhirnya telah membawa kesan perbincangan yang pelbagai dalam lapangan ilmu pengetahuan. Ramai di kalangan golongan intelektual yang telah cuba membincangkan aliran-aliran ini daripada pelbagai aspek perkembangan dan kemajuan dunia kini. Perbincangan yang dilakukan termasuk jugalah berkaitan dengan gaya hidup dan keperluan masyarakat kini.Kebebasan merupakan elemen penting yang telah di dukung oleh aliran pascamoden. Isu yang kedua yang penulis ingin bangkitkan adalah mengenai perkembangan Ilmu Falsafah Moden dalam Ilmu Pengetahuan, di dalam artikel ini penulis menceritakan bagaimana falsafah moden dikembangkan kepada beberapa bahagian iaitu mekanistik, optik, kosmologi, geologi, arkeologi dan kaedah saintifik. Semua ini telah banyak membantu dalam mengembangkan falsafah moden dalam ilmu pengetahuan. Mekanisme adalah kepercayaan bahawa keseluruhan semula jadi (terutamanya makhluk hidup) adalah seperti mesin atau artifak yang rumit, terdiri daripada bahagian yang tidak mempunyai hubungan intrinsik antara satu sama lain. Doktrin mekanisme dalam falsafah wujud dalam dua deria yang berbeza. Kedua-duanya adalah doktrin metafizik, tetapi berbeza dari segi skop dan cita-cita. Iaitu yang pertama adalah doktrin alam dan yang kedua adalah doktrin tempatan mengenai manusia dan fikiran mereka . malah skop ini juga hangat diperdebatkan. Oleh itu, kita dapat membezakan kedua-dua doktrin ini sebagai mekanisme universal dan mekanisme antropik. Seterusnya, optik merupakan salah satu cabang fizik yang menerangkan ciri dan sifat cahaya dan hubungan cahaya dengan jirim. Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham(96510140) merupakan ahli sains dan polymath Muslim serta terkenal sebagai Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan telah mendapat pendidikan di Basra dan Baghdad. Ibn al-Haitham membuat sumbangan besar dalam bidang optik, dan juga bidang-bidang fizik, ilmu falak, matematik, oftalmologi, falsafah, persepsi penglihatan, dan kaedah saintifik (Wikipedia, Wikipedia, 2021). Selain itu bidang kosmologi juga banyak menyumbang kepada falsafah moden. Hal ini dilihat didalam buku falsafah moden menerangkan kosmologi moden bermula dengan penolakan terhadap konsep geosentrik oleh Claudius Ptolemy, iaitu konsep bumi sebagai pusat alam di mana semua benda di langit bergerak mengelilinginya. Istilah kosmologi pertama kali digunakan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1656 di 11 Thomas Blounts Glossographia, dan pada tahun 1731 diambil dalam bahasa Latin oleh Ahli falsafah Jerman Christian Wolff, dalam Cosmologia Generalis. (Luminet, 2008) penulis juga menceritakan terdapat beberapa tokoh yang menolak idea Claudius kerana menjumpai teori yang matahari merupakan pusat yang dikelilingi oleh planet-planet yang lain. Dari teori itulah muncul pelbagai teori moden yang dikemukakan berkenaan permulaan alam dan perkembangannya. Seterusnya penulis menerangkan tentang bidang geologi, pada mulanya ia dipengaruhi oleh ajaran Kristian. Tetapi semakin lama bidang geologi mula renggang dari sisi agama. Hal ini kerana ahli falsafah menentang konsep bencana, terutama banjir sejagat melalui kaedah proses sekularisasi ilmu. Seterusnya ialah teori arkeologi, arkeologi adalah kajian saintifik mengenai sesuatu kebudayaan, terutama kebudayaan prasejarah degan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalannya seperti kaji purba (Kamus Dewan Edisi Keempat). Didalam artikel falsafah moden, penulis menekankan melalui bidang ini dapat kita lihat bagaimana sejarah and ilmu sesuatu tempat dapat diperolehi seperti dalam bidang pembinaan, agama, ilmu serta sejarah bagi membuktikan muncul nya zaman terdahulu. Akhir sekali ialah kaedah saintifik. Penulis menceritakan kaedah eksperimental di Eropah bermula sebagai reaksi kepada dominasi logik klasik yang lebih bersifat rasional. Kaedah inilah yang menjadi asas kepada cara eksperimen, atau dipanggil kaedah uji kaji. Pada abad ke-19 hasil kajian kaedah eksperimental menjadi titik permulaan dan perubahan dalam sejarah sains Eropah dan dunia sains pada ketika itu. Oleh itu, terdapat pelbagai cara yang telah ahli falsafah wujudkan. Sesetengah dari kaedah itu ada yang diterima dan ada juga yang dibantah. Walau bagaimanapun kaedah-kaedah ini telah memainkan peranan yang besar perkembangan falsafah moden di dalam ilmu pemgetahuan. Selain itu. Kaedahkaedah ini juga ada dipraktikkan sehingga hari ini seperti kaedah arkeologi dalam mencari khazanah purba bagi tujuan pendidikan. Isu ketiga yang dinyatakan oleh penulis dalam buku Falsafah Moden ialah Falsafah Islam Moden. Isu ini menceeritakan tentang pandangan dalam islam moden serta kajian falsafah dalam islam. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah tanpa logik dan akal. Islam adalah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya 12 sebagai kalam Allah. Memahami Barat ialah memahami proses sejarah ketamaduannya dalam orientasi yang berbeza. Hal yang sama terjadi kepada sejarah ketamadunan Islam. Sebelum kebangkitan Islam, Barat pada waktu tersebut berada dalam zaman kegelapan. Namun pada abad ke-7, Islam mengalami proses pencerahan yang amat menyumbang kepada tamadun dunia termasuk Eropah. Sejak petengahan abad ke19, ahli-ahli falsafah cuba untuk cuba mengembalikan kebenaran dalam falsafah Islam. Penulis ada meyebutkan dua orang tokoh yang cuba memberikan gambaran dan tafsiran falsafah Islam kepada dunia barat untuk kepentingan global dan menyiapkan agenda untuk keharmonian sejagat. Penulis juga ada menyebutkan kesinambungan tradisi dalam pencerahan dan alam ghaib. Penulis juga ada meyebutkan terdapat banyak pemikir Islam yang telah berusaha untuk menyesuaikan dan mengukuhkan lagi falsafah islam daripada falsafah barat dalam proses menyelesaikan masalah serta memahami sesuatu konsep. Malahan, ramai ahli falsafah Islam dari pelbagai bangsa di seluruh dunia mengkaji falsafah yang sesuai dan relevan dengan konsep Islam seperti Hegeliasme dan eksistensialisme. Selain itu, penulis ada menyebutkan tentang kajian falsafah moden dalam islam. Kajian itu bertujuan untuk menyelesaikan keraguan dan ketidakpastian yang bermain di minda ahli falsafah pada abad ke-19. Falsafah Islam adalah unik kerana dalam semua jenis topik dan isu masalah yang perlu dihadapi pasti terdapat kaedah yang dapat digunakan untuk menyelesaikannya. Falsafah islam juga sangat prihatin dalam pelbagai perkara yang berada diluar kemampuan akal untuk berfikir. Contohnya adalah hubungan tuhan dan alam semesta. Tujuan falsafah ini adalah untuk menjelaskan tentang pengetahuan tentang kepercayaan, agama dan falsafah serta untuk menunjukkan bahawa alasan dan pendedahan tidak bertentangan antara satu sama lain dan agama ini akan diterima oleh orang yang tidak memeluk agama dengan mudah apabila falsafah ini disampaikan dengan bijak. Islam itu merupakan agama yang mudah dan ahli falsafah islam telah cuba memudahkan falsafah ini dengan mencari kebenaran agar tidak lari dari pendirian agama. Isu yang terakhir ialah isu berkaitan dengan Falsafah Dalam Islam Hadhari Pendekatan Islam Hadhari. Islam Hadhari (Arab: )اإلسالم الحضاريatau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam daripada al-Quran. Konsep dan idea asalnya dizahirkan dan diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa ucapan dasarnya pada 13 perhimpunan agung UMNO ke 55 pada 24 September 2004. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia ialah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas Islam menurut yang terkandung dalam alQuran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam. Visi Islam Hadhari ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah contoh negara Islam. Manakala misi utama ialah melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. Objektif Islam Hadhari ialah melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai. Islam Hadhari sama sekali tidak mengurangkan prinsip akidah, undang-undang dan moral dalam Islam, tetapi Islam menekankan penghayatan yang menyeluruh, holistik dan realistik untuk menafsirkan agama dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan membuktikan bahawa ajaran Islam dapat mendorong umatnya menjadi umat yang maju untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Sepuluh prinsip Islam Hadhari dirancang untuk mendorong perubahan pemikiran terhadap umat Islam secara menyeluruh dan sistematik. Idea Islam Hadhari mencerminkan hasrat pemerintah untuk menebus martabat umat Islam daripada terus disalahtafsirkan oleh orang luar. Usaha sedemikian dianggap baik dan berharap mereka yang mendengarnya dapat mengubah pemikiran mereka yang telah berprasangka buruk terhadap Islam akan mengubah pendirian mereka. 3.2 Adakah isu itu menarik? Pada pendapat kami, isu yang dizahirkan oleh penulis amat menarik untuk dibaca dan mudah untuk difahami konteksnya. Hal ini demikian kerana penulis telah menghuraikan setiap maklumat mengenai isu tersebut secara terperinci, maka konteks hujahan penulis di dalam artikel tersebut jelas. Pada pendapat kami Falsafah Barat Moden mempunyai perbezaan konsep dengan falsafah islam, namun perbezaannya tidaklah amat ketara. Falsafah-falsafah barat hanya menumpukan perkara asas sahaja dan mereka lebih bersifat praktikal dan pragmatik. Dalam bidang keilmuan mereka hanya bersumberkan akal dan pengalaman sahaja. Manakala falsafah islam lebih berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Setelah dikaji 14 tentang falsafah islam dan falsafah barat moden dalam aspek pendidikan, kami dapat fahami bahawa terdapat beberapa perbezaan pandangan daripada falsafah islam dan falsafah barat moden. Walaupun terdapat perbezaan pandangan ianya tetap mempunyai hala tuju yang sama disamping mempunyai objektif yang tersendiri. Seperti yang kumpulan kami perolehi ddalam karya penulis, falsafah islam berpandangan bahawa proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan ini memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia. Maka matlamat falsafah pendidikan Islam ialah membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. yang bertakwa. Selain itu, kami juga merasakan bahawa masyarakat Malaysia diharap berfikiran positif dan melihat jauh ke hadapan terhadap potensi yang boleh dimajukan dalam pembangunan insan melalui pendidikan yang berteraskan Pendidikan Islam. Umat Islam menghadapi cabaran globalisasi, caturan politik dunia yang sentiasa berubah pada era sains dan teknologi. Ini membawa keupayaan dan kekuatan dalaman umat Islam bagi membangun peradaban untuk memakmurkan dunia. Menurut Mustafa Abdul Rahman (Rahman, 2007) bagi melaksanakan visi pendekatan Islam Hadhari, kerajaan telah merangka fasa-fasa pelaksanaannya berdasarkan kepada situasi masyarakat, isu-isu serta keupayaan semua pihak untuk menghayati pendekatan ini. Ini kerana pembangunan berasaskan modal insan yang ingin dibangunkan dalam Pendekatan Islam Hadhari tidak mudah untuk dicapai dalam masa yang singkat. Ianya melibatkan proses perubahan sikap dan budaya yang akan menyumbang kepada pengukuhan nilai-nilai ketamadunan dalam kehidupan seharian. Kesimpulanya, kita boleh lihat bahawa falsafah falsafah ini mempunyai hala tuju yang sama iaitu kepentingan dan cara memperoleh ilmu pengetahuan. Namun ianya berbeza matlamat bagi setiap falsafah berikut. Kedua-duanya amat penting sekali untuk diketahui oleh setiap individu untuk dijadikan panduan. 3.3 Adakah isu yang dibangkitkan oleh penulis relevan bagi anda ? Pada pandangan kami, isu yang dibangkitkan adalah relevan. Falsafah moden yang dibentuk oleh tokoh-tokoh terdahulu seperti Rene Descartes, Benedict Spinoza, Nicolas de Malebranche dan lain-lain lagi adalah tentang sesuatu yang difikirkan dan 15 dibuat oleh manusia di mana penggunaan akal sangat dititik beratkan. Tidak dinafikan manusia adalah makluk yang berada di tingkat tinggi kerana akalnya (A.Akmal,2019). Ini dapat dilihat di mana manusia berkemampuan membina tamadun yang serba indah. Daripada kajian tersebut maka lahirlah beberapa aliran dan cabang falsafah moden. Antaranya adalah aliran rasionalisme, sekptivisme, empirisisme, liberalisme, utilirianisme dan banyak lagi. Falsafah moden banyak berasaskan sains dan teknologi tetapi sesetengah daripada mereka telah mengasingkan falsafah dengan kepercayaan agama mengakibatkan timbul keraguan antara masyarakat suatu ketika dahulu. , menurut Delanty (2007,yang dinyatakan dalam Haris,2012) , modeniti juga dicirikan dengan tiadanya sesuatu yang pasti. Falsafah moden membantu kita mengetahui bagaimana teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah pada pasca zaman pertengahan. Penulis menceritakan di dalam artikel ini tentang perkembangan falsafah moden dan bagaimana sedikit sebanyak telah mengubah pemikiran dan kepercayaan manusia. Walau bagaimanapun, agama amat penting dalam sebuah kehidupan yang mana agar berlaku keseimbangan dari aspek ekonomi, pendidikan, masyarakat dan mampu membangunkan negara maju. 3.4 Persetujuan dengan kandungan artikel. Kami sekempulan bersetuju dengan kandungan dalam artikel ini setelah membaca dan memahami isinya. Falsafah moden merupakan zaman dimana manusia menggunakan akal. Penting untuk dicatat bahawa kemodenan dengan peranti epistemologi adalah kaedah penguasaan tamadun Barat (Harris. K,2012) Jelas dinyatakan didalam artikel ini falsafah moden terdiri daripada pelbagai aliran yang mengemukakan ideologi yang berbeza antara satu sama lain. Tidak dinafikan falsafah-falsafah ini banyak dicetuskan oleh tokoh-tokoh barat. Kemodenan berkembang di barat setelah falsafah barat berjaya meminggirkan ajaran agama, Harris. K (Delanty,2007). Maka mereka percaya kewujudan alam adalah untuk dikuasai oleh manusia itu sendiri. Banyak teori-teori yang telah menimbulkan keraguan dan kesangsian kepada manusia. Mengikut peredaran masa, dunia barat telah menunjukkan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Juga dikatakan oleh Heidegger didalam jurnal Harris.K, manusia menjadi obses dengan mereka dan mencipta sesuatu maka terjadinya krisis kemanusiaan. 16 Disebabkan itulah, amatlah penting untuk kita menyeimbangkan antara agama dan sains agar dapat mencapai keharmonian antara manusia dan alam. Ilmu pengetahuan dalam sains dan teknologi yang dikembangkan memudahkan manusia mengkaji lebih jauh tentang isi atau kekuatan alam. Bagi mewujudkan keharmonian sejagat daripada pelbagai agama, beberapat tokoh cuba untuk memberikan gambaran dan tafsiran tentang falsafah Islam kepada dunia barat. Oleh kerana itu, tujuan falsafah iitu sendiri diwujudkan bagi menjelaskan kepercayaan dan menunjukkan alasan itu sendiri tidak bertentangan antara setiap agama serta memastikan falsafah ini tidak lari dari dari pendirian sesebuah agama. Seperti apa yang diketahui umum, Islam bertamadun yang berasaskan Al-Quran bukanlah satu agama yang baru pada masa kini sebaliknya ia hanyalah untuk mengembalikan umat Islam kepada asas Islam itu sendiri bagi menjadikan negara Malaysia sebagai negara Islam yang dapat dicontohi orang negara-negara lain juga. Bukan itu, sahaja, Islam bertamadun dapat melahirkan masyarakat yang sempurna dalam melakukan apa-apa perkara serta setiap bidang yang diceburi sehingga dapat mencapai kejayaan dan mengubah pemikiran sesetengah masyarakat yang memandang serong kepada agama Islam. 3.5 Metodologi yang digunakan oleh penulis. Penulis menggunakan kaedah analisis dokumen metod dan kajian kepustakaan. Menurut Solehah (2018),Koentjaraningrat (1977,h.31) berdasarkan dalam jurnal kajiannya, kajian kepustakaan adalah proses di mana kami berkumpulan meneliti dan membaca bahan-bahan dan buku-buku ilmiah seperti jurnal-jurnal yang dikumpul berdasarkan kajian sejarah yang sedia ada bagi merumuskan tentang falsafah moden. Ini dapat dilihat bagaimana penulis menerangkan fakta berkenaan falsafah moden dengan teliti lalu mencetuskan komplikasi pembaca untuk membuat kajian dengan lebih mendalam. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami walaupun terdapat beberapa perkataan yang sedikit bombastik namun ia dapat menarik minat pembaca. Pada pandangan kami sebagai pelajar yang ingin mengulas semula kandungan artikel ini, metod yang digunakan amat sesuai. Hal ini kerana isu dan perkembangan yang dibangkitkan adalah mengenai fakta sejarah dan ideologi. Maka ia dapat 17 membuka minda pelajar bagi membincangkan persoalan yang timbul dengan menggunakan sumber maklumat yang pasti. 3.6 Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan kepada pemikiran anda? Artikel ini telah mengubah cara pemikiran kami terhadap cabaran yang dihadapi umat Islam di era moden ini. Sebelum mengkaji artikel ini, kami beranggapan bahawa cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di era moden ini tidaklah begitu kritikal. Dengan adanya artikel ini, telah membuka mata kami bahawa keadaan sebenar adalah sebaliknya iaitu, Islam moden berhadapan dengan penjajahan pemikiran dalam bentuk yang berbeza. Dapatan kajian yang diperolehi boleh mengubah dan memberi kesan kepada pemikiran kami. Hal ini kerana, penulis telah memberi bukti dan menyatakan dengan jelas sumber-sumber yang digunakan semasa penulisan sebagai contoh kajian buku, laman web serta pendapat-pendapat ilmiah daripada kajian yang lain. Selesai sahaja mengkaji artikel ini, kami telah mengenali pelbagai cabang atau aliran falsafah moden. Aliran rasionalisme yang menyatakan bahawa kebenaran itu dapat dicapai dengan berfikir yang bermula dari keraguan dalam satu pengetahuan. Budaya ini telah mencelarukan masyarakat Islam untuk mempertahankan kebenaran yang harus diperjuangkan. Kesan pada masyarakat akan menjadi keliru kerana tidak menerima apapun sebagai hal yang benar kecuali diyakini diir sendiri bahawa hal itu memang benar. Selain itu, aliran liberalisme yang meletakkan kebebasan individu. Dengan fahaman ini masyarakat akan merasa bahawa kebebasan berfikir dan bersuara adalah benar. Kesannya aka nada masyarakat yang akan ditindas kerana pendapatnya tidak diterima. Aliran ini memberi kesan negatif kerana perbuatan seseorang itu tidak dinailai dengan sama dan adil. Ini akan melahirkan masyarakat yang hipokrit antara satu sama lain. Seiring dengan zaman modenisasi, kami juga sedar bahawa masyarakat zaman sekarang mengenali ilmu pengetahuan dalam bahagian mekanistik, optic kosmologi, geologi dan sebagainya. Pada pendapat kami, dengan mengenali ilmu pengetahuan falsafah moden ini dapat memberi peranan untuk masayarakat zaman 18 sekarang lebih mendalami sesuatu ilmu itu untuk digunakan pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, masyarakat dapat membezakan antara mekanisme universal dan antropik. Kesannya adalah kaedah ini masih digunakan sehingga masa kini diseluruh dunia. Di samping itu, melalui artikel ini kami juga dapat berfikir tentang falsafah islam moden. Islam moden yang unik kerana setiap jenis topik dan isu yang dihadapi terdapat kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah tertentu. Selain itu, dalam Islam juga menitikberat tentang pelbagai perkara yang berada diluar kemampuan akal untuk berfikir. Oleh itu, orang bukan Islam akan lebih memahami apa itu Islam, kerana Islam itu mudah apabila Islam itu disampaikan dengan bijak. Kami juga sedia maklum bahawa penulis menceritakan satu persatu setiap cabang-cabang atau aliran dalam falsafah moden, ilmu pengetahuan dalam falsafah moden serta falsafah islam moden Jadi secara tidak langsung, penulis memberi impak kesan yang positif dalam pemikiran pembaca untuk menyedari bahawa falsafah moden terdiri daripada ideologi yang berbeza antara satu sama lain. Dengan itu, dapat membantu para pembaca memahami dengan lebih mendalam tenatng falsafah moden dengan lebih mendalam. 3.7 Penemuan baru yang diperoleh daripada artikel. Penemuan hasil artikel Falsafah Moden dari Buku Falsafah Pendidikan Kontemporari ini, kami telah mendapat banyak pengetahuan baharu selain daripada maklumat-maklumat yang sedia ditulis di dalam buku ini. Antara pengetahuan baharu yang kami peroleh daripada artikel ini ialah falsafah moden amat menitikberatkan perkara asas sahaja dan ianya lebih bersikap praktikal dan pragmatik. Sebagai contoh dalam bidang keilmuan hanyalah bersumberkan akal dan pengalaman sahaja. Seterusnya, falsafah moden juga turut membincangkan tenatng falsafah Islam yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Ianya berpandangan tetap iaitu mempunyai hala tuju yang sama serta objektif tersendiri. Berdasarkan pengetahuan yang kami perolehi daripada artikel ini, kami akan mengunakan sebaik mungkin ilmu pengetahuan yang mengemabangkan falsafah moden dalam kehidupan. 19 4.0 KESIMPULAN 4.1 Rumusan daripada kajian ini. Berdasarkan kajian artikel yang bertajuk Falsafah Moden hasil karya Shahrin Hashim dan Noordin Yahaya, antara objektif didapati dari karya ini adalah untuk menjelaskan tentang kepercayaan dan bukti yang kukuh untuk manusia terhadap perkembangan sains dan teknologi. Terbukti bahawa, dari dapatan hasil kajian artikel ini, pelbagai isu telah dibangkitkan dan dirungkai satu persatu. Berdasarkan teori Rene Descartes yang mengatakan bahawa kewujudan alam semula jadi melalui idea serta alam semula jadi meliputi mesin dan daya gerakan adalah digerakkan oleh Tuhan telah terbukti benar. Kesimpulan dari penemuan hasil artikel yang bertajuk Falsafah Moden hasil karya Shahrin Hashim dan Noordin Yahaya ini adalah terdapat sebanyak 11 aliran falsafah yang berbeza antara satu sama lain iaitu rasionalisme, skeptivisme yang juga terbahagi kepada tiga aliran (Prryhonik, Akademik Tengah, Sensaniolistik), Emperisisme, Liberasisme, Utilitarianisme, Idealisme, Komunisme, Pragmatisme, Eksistensialisme, Positivisme dan Pascamodenisme. Selain itu, perkembangan ilmu falsafah moden dalam ilmu pegetahuan dikembangkan kepada beberapa bahagian seperti mekanistik, optik, kosmologi dan lain-lain). Penulis juga telah menekankan melalui bidang falsafah moden bagaimana sejarah and ilmu sesuatu tempat dapat diperolehi seperti dalam bidang pembinaan, agama, ilmu serta sejarah bagi membuktikan muncul nya zaman terdahulu. Di samping itu juga, kami telah memahami tentang Islam moden dan kajian falsafah dalam Islam dimana penulis telah menerangkan tentang dua tokoh yang cuba memberikan gambaran dan tafsiran falsafah Islam kepada dunia Barat untuk kepentingan global. Seterusnya, penulis juga telah menghuraikan tentang falsafah dalam Islam Hadhari berdasarkan pendekatan Islam Hadhari yang membawa maksud Islam yang bertamadun. 20 4.2 Langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti kajian ini. Artikel yang telah ditulis oleh Shahrin Hashim dan Noordin Yahaya ini memang tidak dapt dinafikan bahawa ianya penuh berinformasi dengan konsep dan juga maklumat asas yang diberikan sudah semestinya dapat menarik perhatian orang ramai. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh penulis untuk memastikan artikel ini menarik adalah dengan memperbanyakkan contoh supaya pemahaman individu terhadap isu tersebut jelas. Apa yang boleh dilihat melalui kajian ini, penulis memberikan huraian yang panjang tanpa memberikan penjelasan yang jelas untuk individu memahami isi tersebut. Contohnya, penjelasan yang diberikan mengenai Rene Descartes yang merupakan Bapa Falsafah Moden adalah secara terus dan nyata. Jika penulis meletakkan huraian yang bersesuaian bersama dengan contoh yang relevan sudah pasti pembaca dapat menggambarkan isu tersebut dengan mudah dan jelas. Selain itu, ia juga akan menimbulkan kesangsian dalam diri pembaca kerana penyampaian huraian yang kurang jelas. Pembaca kemungkinan tidak dapat fokus untuk membaca artikel atas sebab maklumat yang dikemukakan adalah bercampur dan bahasa yang digunakan adalah tidak mudah untuk dibaca oleh pelbagai umur. Seterusnya adalah dengan membangkitkan persoalan yang memfokuskan pelbagai salah faham dan tanggapan buruk terhadap kesan falsafah moden terhadap agama Islam. Membangkitkan persoalan sebegini dapat mencetuskan pemikiran dan pandangan daripada sudut yang berbeza. Tambahan lagi, sesetengah individu sangat berpegang teguh dengan fahamannya sendiri malah tidak akan mengaku fahamannya salah. Maka, dengan mengubah fahaman lama mereka, diharapkan agar mereka berubah pendapatan fahaman yang terdahulu dengan ilmu baru ini. Justeru, diharapkan juga masyarakat mampu mengambil iktibar dan pengajaran daripada isu yang dibangkitkan. Akhir sekali adalah untuk memastikan kajian ini lebih menarik adalah dengan meletakkan informasi semasa dan terkini supaya pembaca lebih memahami dan lebih tertarik untuk membaca kajian ini. 21 5.0 SUMBER RUJUKAN Azizi Yahaya, S. H. (2008). Falsafah Pendidikan Kontemporari. Penerbit UTM Press. Haled, M. H. (2019). Falsafah Ilmu dalam Pendidikan Islam dan Cabarannya di Malaysia. ResearchGate. Hambali, K. B. (2004). ISlam Hadhari Dalam Konteks Ketamadunaan, Budaya dan Agama di Malaysia. Jurnal Usuluddin. Haris, K. M. (2012). Pandangan Islam terhadap Tradisi dan Kemodenan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Istitusi Islam Hadhari UKM. Muizzaattaj. (2016, Mei 23). Muizzza Attaj. Retrieved from Rasionalisme dalam Islam: https://muizzaattaj.wordpress.com/2016/05/23/rasionalisme-dalam- islam/ Yahaya, P. D. (n.d.). World Technology University Network. Retrieved from https://www.wtu-n.net/delegates/professor-dr-nordin-bin-yahaya/ 22