MODEL INSAN GURU PROFESIONAL MATEMATIK MOHD UZI DOLLAH Budaya •Budaya didefinisikan sebagai suatu sistem perkongsian pengetahuan, kepercayaan, nilai, dan amalan bagi suatu komuniti atau suatu kumpulan manusia (Mohd Uzi, 2009). •Matematik merupakan hasilan budaya yang dibina oleh pelajar melalui penglibatan mereka dalam aktiviti matematik. •Budaya dimanifestasikan melalui berbagai cara seperti simbol, hero, ritual, dan nilai, dan dalam hal ini guru adalah hero kepada para pelajar. •De Corte, Greer dan Verschaffel (1996) telah menegaskan bahawa pembelajaran matematik tidak akan berlaku dalam situasi tanpa pengaruh sosial dan budaya, tetapi dilihat sebagai suatu aktiviti konstruktif dalam lingkungan sosial dan budaya. •Dalam mendalami tentang pendidikan matematik, para pengkaji dan pendidik tidak seharusnya memberi tumpuan hanya kepada faktor kognitif pelajar semata-mata, tetapi perlu juga mengambil kira faktor budaya. •Guru merupakan komponen utama budaya sekolah dan bilik darjah, selain daripada pelajar sendiri akan menentukan matematik yang dikuasai pelajar. •Oleh itu, tingkahlaku, emosi serta tuturkata guru, yang merupakan manifestasi keperibadian guru menentukan apakah matematik yang yang dikuasai pelajar. Keperibadian guru matematik Tanggungjawab terhadap murid Tanggung-jawab terhadap ibubapa/ penjaga Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Tanggungjawab terhadap profesion Jiwa dan raga pendidik Keperibadian guru matematik Rajah 1: Jiwa dan raga guru memanifestasikan keperibadian guru yang berkembang dalam lingkungan budaya ahli-ahlinya. •Standard Guru Malaysia (SGM) merangkakan empat tanggungjawab guru dalam Pendidikan iaitu tanggungjawab terhadap profesion, tanggungjawan terhadap murid, tenggungjawab terhadap ibubapa/penjaga dan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. •Tanggungjawab ini dipikul oleh guru dalam lingkungan budaya mereka. •Tanggungjawab guru dan amalannya boleh mempengaruhi dan menentukan bentuk jiwa dan raga guru terhadap pendidikan matematik, yang dijelmakan melalui keperibadian mereka dalam pengajaran. •Oleh itu, keperibadian guru perlulah selaras dengan tuntutan matematik, agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. •Keperibadian seseorang guru adalah manifestasi nilai dan budaya matematik yang dimilikinya. •Nilai merupakan keutamaan peribadi berkaitan piawai (standard) individu untuk mempertimbangkan kepentingan atau faedah sesuatu perkara bagi mereka sendiri untuk berfikir dan bertindak (Mohd Uzi, 2007; Chin & Lin, 2001). •Krathwohl, Bloom dan Masia (1964) menjelaskan tentang nilai sebagai suatu hasilan sosial yang telah diinternalisasi atau diterima dengan perlahan-lahan dan telah digunakan oleh seseorang guru sebagai kriteria dirinya sendiri. •Oleh itu, guru seharusnya terbina dengan nilai yang baik dan selaras dengan kehendak Pendidikan matematik agar perlaksaanya benar-benar memberi manfaat kepada para pelajar. •Paling malang adalah sekiranya guru bukan sahaja tidak “membina”, tetapi menjadi “pemusnah” pelajar dalam pembelajaran matemaik. Keperibadian guru matematik dalam Pendidikan matematik Keperibadian umum guru Keperibadian guru matematik Keperibadian khusus guru matematik Penghayatan matematik Rajah 2: Komponen keperibadian guru matematik yang meliputi keperibadian umum guru, penghayatan matematik dan keperibadian khusus guru matematik. •Keperibadian umum guru membabitkan nilai murni yang dimiliki oleh guru matematik yang dijelma dalam bilik darjah [telah dibincangkan dalam kuliah sebelumnya]. •Penghayatan matematik menekankan kepada guru yang •Tahu dan faham “apa itu matematik” serta memiliki ketrampilan dalam matematik agar matematik “sebenar” dapat dizahirkan kepada pelajar. •Membuat refleksi kendiri tentang matematik dan pengajarannya secara berterusan dapat tingkatkan lagi qualiti pendidikan math. •Guru juga mestilah memiliki keperibadian khusus tentang matematik, iaitu tentang tindakan atau bagaimana matematik perlu disampaikan kepada murid. •Kegagalan mengambil kira faktor-faktor ini, memungkinkan pengajaran matematik kurang berkesan dan pelajar semakin “melarikan diri” daripada matematik. Keperibadian umum guru •Keperibadian umum adalah yang berkait dengan nilai murni yang dimiliki oleh guru [sudah dibincangkan dalam pelajaran sebelumnya]. •Keperibadian guru seharusnya terjelmakan agar dapat menggambarkan guru seorang yang mempunyai jatidiri yang tinggi, boleh menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masayarakat, negara dan dunia keseluruhannya. •Ini bererti guru mestilah berjiwa besar, agar dapat menjadi contoh dan teladan kepada para pelajarnya. •Pembelajaran yang berkesan adalah melalui contoh dan teladan daripada seorang guru, yang akan menjadi “symbol” atau “hero” kepada para pelajarnya. Penghayatan matematik •Guru matematik seharusnya memiliki “keperibadian matematik” berasaskan “penghayatan matematik”. •Untuk memastikan perkara tersebut, guru matematik seharusnya memiliki dua ciri utama iaitu: •Guru yang mengenali “apa itu matematik”. •Sentiasa membuat refleksi kendiri agar sentiasa fokos terhadap Pendidikan matematik. •Mengenali matematik amat penting, kerana agak mustahil untuk mengajar sesuatu yang guru sendiri tidak kenalinya •Berdasarkan teori nilai, antara ciri utama matematik adalah rasionalisme, perwakilan objek, kawalan, kemajuan, terbuka dan misteri. •Rasionalisme adalah tentang matematik berasaskan kefahaman, sebab dan hujjah – ia tidak boleh dipelajari secara hafalan. •Perwakilan objek adalah tentang matematik yang bersifat abstrak sebenarnya adalah perwakilan daripada objek sebenar. •Kawalan membabitkan kemahiran pelajar sediri dalam menguruskan dan mengoperasikan symbol-symbol. •Kemajuan adalah berkait dengan penyelesaian masalah yang bukan hanya tertumpu kepada kaedah penyelesaian, tetapi jauh lebih penting membina proses berfikir, andaian dan pembuktian kepada pelajar. •Terbuka merujuk kepada matematik yang menggalakkan amalan berhujah dan pertahankan hujjah – kefahaman matematik yang lebih baik dapat diganbarkan melalui hujjah yang berkesan dan jelas. •Misteri pula memperlihatkan matematik adalah menyeronokkan sekiranya murid sentiasa berpeluang meneroka. •Pengetahuan tentang ciri matematik akan membantu membina keperibadian guru matematik agar selari dengan subjek matematik yang diajar. •Keperibadian guru matematik terjelma berdasarkan penghayatan matematik mereka. •Membuat refleksi kendiri dari semasa ke semasa akan membantu guru membina keperibadian yang lebih positif. Keperibadian khusus guru matematik •Keperibadian khusus guru matematik adalah tentang keperibadian yang dijelmakan oleh seseorang guru matematik semasa berinteraksi. •Pembelajaran akan menjadi menarik dan menghiburkan, dan seterusnya boleh menarik minat murid terhadap matematik sekiranya dilaksanakan secara yang sesuai dan berkesan. •Lima keperibadian guru matematik yang harus diketengahkan kepada pada pelajar membabitkan pendidikan matematik: •Pembelajaran aktif •Membina perkaitan •Relevan •Kebolehcapaian •penaakulan Pembelajaran aktif •Matematik perlu dipelajari secara aktif [Bukan guru aktif, tapi pelajar aktif] •Guru perlu beri peluang kepada pelajar melaksanakan aktiviti matematik dan penyelesaian masalah. •Guru tidak mudah mengambil sikap membantu pelajar, tetapi memberi peluang pelajar meneroka sendiri – guru perlu sabar. •Perlaksanaan boleh dibuat seperti: •berpasangan •Berkumpulan kecil •Perbincangan kelas Membina perkaitan •Guru perlu mengajar pelajar belajar matematik sebagai pelajaran bermakna, bukannya menghafal. •Pembelajaran melalui Tindakan membuat refleksi akan menjadikan pelajar lebih memahami seuatu konsep, serta melihat perhubungan konsep dengan konsepkonsep yang lain. •Contohnya, perkaitan antara konsep seperti: •Konsep luas dengan isipadu – eg: luas tapak x tinggi = isipadu kubus. •Konsep segitiga dengan konsep segiempat – eg segiempat boleh dibahagi kepada separuh untuk membentuk segitiga, dsb. •Perkaitan antara kandungan konsep peratus dengan konsep nisbah dan perkadaran. Relevan •Releven adalah tentang matematik yang melibatkan penyelesaian masalah dunia nyata. •Guru memberi peluang kepada pelajar menyelesaian masalah bukan sahaja secara teori tetapi juga pengalaman dalam masalah dunia sebenar. •Peluang pembelajaran boleh diberikan oleh guru seperti: •Main peranan / projek/ amali •Lawatan dan menyediakan laporan membabitkan penyelesaian masalah. Kebolehcapaian •Kebolehcapaian adalah membabitkan pekerti guru yang seharusnya memikirkan muridnya yang memiliki kebolehan yang berbeza-beza, memerlukan tindakan yang berbagai pula. •Setiap pelajar berhak untuk menguasai matematik, tidak kira samada pelajar cemerlang atau sebaliknya. •Pendirian guru untuk mengasingkan pelajar mengikut kebolehan adalah tidak sesuai lagi, kerana mengasingkan kepada kumpulan, khususnya kumpulan yang lemah berkemungkinan besar mereka akan diabaikan dan terbiar selama-lamanya. •Penguasaan pedagogi dalam kalangan guru matematik amat penting demi menjamin pelaksaan pengajaran dan pembelajaran yang sepadan/bersesuaian dapat dilaksanakan. Penaakulan •Guru seharusnya tidak berperanan untuk “menghakim” atau menilai, yang mana murid pandai dan yang mana murid lemah. Ini adalah kerana menjawab dengan betul mengikut kehendak guru tidak semestinya sesuai semasa belajar. •Jangan galakkan pelajar menghafal. •Sebaliknya tumpukan kepada penguasaan “proses” dan bukannya “product” semata-mata. •Pupuklah minat pelajar agar mereka terus berani mencuba, yang akan menjadikan mereka lebih memahami sesuatu konsep. •Melalui kefahaman proses akan dapat mengatasi masalah miskonsepsi dalam kalangan pelajar sendiri – iaitu menggalakkan murid menyedari kesilapan yang dilakukannya. Kesimpulan •Keperibadian yang sesuai perlu dimanifestasikan oleh seseorang guru matematik kepada parapelajarnya demi menjadikan pelajarnya lebih positif dalam pembelajaran matematik mereka. •Ingatlah bahawa, pelajar bukan hanya mempelajari apa yang guru tuturkan atau jelaskan sahaja, tetapi jauh lebih penting adalah penampilan dan perwatakan guru semasa berinteraksi dengan mereka. •Keperibadian guru yang baik adalah sentiasa memikirkan matlamat “pelajar dapat belajar” dan bukannya sekadar “guru dapat mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran”. •Matlamat proses perlu menjadi keutamaan guru kerana “mungkin guru bersusah-susah dahulu, tetapi setelah pelajar dapat menghayati pembelajaran mereka, pengajaran guru akan menjadi mudah”. •Tidaklah sebagaimana yang lazim “Guru bersusah dari awal hingga akhir” yang akhirnya mendorong guru memberi tumpuan kepada pelajar pandai pada kacamata guru sahaja. Terima kasih Dr Mohd Uzi Dollah FSM, UPSI Oct. 4, 2021