1. PENDAHULUAN Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas. Setiap hari, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air secara purata yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbang kesihatan tubuh badan. Oleh itu, kita perlu tahu akan kepentingan pengambilan air yang mencukupi agar tubuh kita kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat. Mengambil kira akan keadaan ini, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah diketuai oleh Unit Pengawas Pusat Sumber Sekolah mengambil inisiatif dengan merancang program “Keep Hydrated’ untuk memastikan murid-murid SK Kahang sentiasa berada dalam keadaan hidrat. 2. NAMA PROGRAM “KEEP HYDRATED” 3.RASIONAL Memberi kesedaran kepada warga SK Kahang tentang pentingnya hidrasi dan mencipta peluang kepada warga sekolah untuk kekal hidrat sepanjang berada di sekolah. 4.OBJEKTIF 4.1 Memberi kesedaran mengenai kepentingan hidrasi dalam kehidupan seharian kepada warga sekolah. 4.2 Memastikan warga sekolah terutamanya murid-murid SK Kahang mempunyai akses yang mencukupi kepada bekalan air bersih untuk diminum. 5 .SASARAN 5.1 Warga sekolah Sekolah Kebangsaan Kahang. 6.TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM Sepanjang tahun 7. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM ‘KEEP HYDRATED’ PENAUNG Pn. Hjh. Sharifah Radziah Bte Syed Hashim (Guru Besar SK Kahang) PENASIHAT Pn. Sharulmiza Binti Shaharuddin (Guru Penolong Kanan 1) PENGERUSI En. Roslan Bin Mamat (Guru Penolong Kanan HEM) NAIB PENGERUSI En. Abdul Rahman Bin Mat (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) PENYELARAS En. Mohd Suzaidi Bin Suhod SETIAUSAHA Cik Puteri Aisyah Binti Noordin BENDAHARI Pn. Nur Addina Binti Baharudin AHLI JAWATANKUASA AJK Kerja Pusat Sumber Sekolah Pengawas Pusat Sumber Sekolah 8. PERBELANJAAN PROGRAM ‘KEEP HYDRATED’ 8.1 Perbelanjaan COWAY Core (bagi tempoh satu tahun) BIL 1. PERKARA Ansuran Bulanan COWAY Core ANGGARAN JUMLAH RM112.00 x 12 bulan RM1344.00 JUMLAH KESELURUHAN (tahunan) RM1344.00 8.2 Sumber Bayaran BIL 1. 2. PERKARA Sumbangan Individu Sumbangan warga sekolah ANGGARAN JUMLAH RM100.00 x 12 RM1200.00 RM12.00 x 12 RM144.00 JUMLAH KESELURUHAN (tahunan) RM1344.00 9. PENUTUP Diharapkan dengan terlaksananya program ini, warga sekolah akan mendapat kesedaran berkenaan kepentingan untuk kekal hidrat sepanjang masa ketika berada di sekolah. Hal ini kerana kita akan lebih fokus untuk melakukan pelbagai aktiviti jika tubuh badan kita berada dalam keadaan hidrat. Murid-murid juga akan lebih fokus dalam sesi pembelajaran dan mendapat bekalan air bersih yang secukupnya untuk keperluan mereka sepanjang masa berada di sekolah. Disediakan oleh, Disemak oleh, ………………………….. (MOHD SUZAIDI BIN SUHOD) Penyelaras Keep Hydrated, Sekolah Kebangsaan Kahang ……………………………. (MUHAMMAD SARIY SYAZANI BIN KAMARUDIN) Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Kebangsaan Kahang. Disahkan oleh, …………………………… (HJH. SHARIFAH RADZIAH BTE SYED HASHIM) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kahang