Uploaded by Shawn Emmanuel Palmer

CTU 552 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

advertisement
FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI
SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI (KEPUJIAN) AGRONOMI
CTU 522 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA
FALSAFAH ISLAM DAN KEPENTINGANNYA DI ERA KONTEMPORARI
(M3AT2221B)
NAMA PENSYARAH
: PUAN NORIZAH MOHAMED @ HAJI DAUD
TARIKH PENYERAHAN : 11 JULAI 2020
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
NO ID
MUHAMMAD ZULAZLI BIN ZABIDI
2020519919
NUR FATIHAH HUSNAR BINTI KAMARUDDIN
2020993101
SITI MIRZA BINTI AZLAN
2020958407
MOHAMAD AZREL AIDED BIN NORAZIMI
2020971367
MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD YUSOFF
2020980235
MUHAMMAD NOOR AZIZAN BIN MOHD KHIDZIR
2020963431
NUR AINI BINTI MOHAMAD
2020991389
NUR FADLIYANA BINTI MOHD RAMLI
2020978817
SITI NUR WAHIDAH BINTI BUSTAMAM
2020957813
ISI KANDUNGAN
1.0
BUTIRAN ARTIKEL JURNAL YANG DIPILIH: ................................................ 1
2.0
ULASAN ARTIKEL JURNAL ................................................................................ 2
2.1
PENGENALAN .................................................................................................... 2
2.2
TEORI YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN .............................................. 3
2.3
OBJEKTIF KAJIAN ............................................................................................ 5
2.4
PERSOALAN KAJIAN ........................................................................................ 6
3.0
RUMUSAN ............................................................................................................. 10
4.0
RUJUKAN .............................................................................................................. 11
TUGASAN 4: ULASAN ARTIKEL JURNAL
1.0 BUTIRAN ARTIKEL JURNAL YANG DIPILIH:
a) Nama Penulis
: Asmawati Suhid dan Fathiyah Mohd Fakhruddin.
b) Tajuk Artikel
: Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan Islam:
Hala Tuju dan Cabaran
c) Nama Jurnal
: Jurnal Islam dan Pengajian Arab
d) Tahun Terbitan
: 2012
e) Bil. Muka Surat
: 14
f) Muka Surat
: 57 - 70
1
2.0 ULASAN ARTIKEL JURNAL
2.1 PENGENALAN
Pengkaji di dalam artikel jurnal ini iaitu Asmawati Subid dan Fathiyah Mohd
Fakhruddin, telah mengupas beberapa isu mengenai “Gagasan Pemikiran Falsafah
dalam Pendidikan Islam dari aspek Hala Tuju dan Cabaran”. Di dalam artikel ini, telah
membuktikan bahawa keutuhan dan keunikan tentang pemikiran falsafah Islam
semestinya kerana dari sumber rujukan yang menjadi asas pegangan dan panduan iaitu
kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Seterusnya, falsafah juga merujuk kepada
tiga cabang iaitu metafizik, epistomologi, dan aksiologi yang dapat menentukan
matlamat, tujuan dan isi kandungan mengenai pendidikan islam. Menurut pengkaji,
falsafah dalam pendidikan islam pada era kini amatlah penting dalam kehidupan dan
wajib diketahui oleh setiap individu itu. Hal ini kerana, ia dapat membentuk
keperibadian diri, visi dan misi seseorang individu itu dengan lebih baik demi menjaga
nama baik diri, keluarga, Negara dan lain-lain.
Selain itu, didalam artikel ini juga telah membincangkan tentang pendidikan
islam. Pendidikan islam merupakan pendidikan yang sangat relevan dan komprehensif
berbanding matlamat pendidikan lain. Hal ini kerana, pendidikan islam banyak
menekankan dari pelbagai faktor seperti pembangunan insan dengan seimbang dan
bersepadu sebagai asas pembinaan masyarakat yang berilmu, maju dan cemerlang di
dunia serta akhirat. Oleh yang demikian, menurut pengkaji apabila adanya gagasan
pemikiran falsafah dalam pendidikan islam dari aspek hala tuju dan cabaran ia dapat
memberi panduan dan halatuju yang jelas dalam kehidupan seseorang individu itu
untuk menjalani kehidupan dengan lebih tenang, dan harmoni.
2
2.2 TEORI YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN
Terdapat beberapa teori yang digunakan pengkaji dalam kajian, antaranya
adalah keutuhan dan keunikan pemikiran falsafah. Pertamanya, artikel ini
membangkitkan pemikiran falsafah dalam Pendidikan Islam yang semakin
mengembangkan sistem Pendidikan Islam. Dua sumber yang berautoriti yang tidak
dapat dipisahkan dari falsafah ialah al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah S.A.W.
Perspektif Falsafah Islam juga mengutarakan peranan dan kepentingan insan di bumi
didalam artikel ini.
Teori yang kedua adalah berkenaan insan. Insan merupakan sebahagian yang
sangat penting didalam Falsafah Islam kerana unsur-unsur umat Islam iaitu material
dan spiritual membenarkan insan berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.
di muka bumi ini. Proses pendidikan adalah sebagai mekanisma untuk membentuk
manusia yang akhirnya dapat mecapai kriteria-kriteria tujuan kepada penciptaan
mereka dan juga peranan yang akan dipikul sebagai seorang insan. Al-Quran juga telah
menyatakan berkenaan tentang kriteria dan peranan insan iaitu untuk mengabdikan diri
dan mengajak manusia berdakwah kepada Allah S.W.T. Seperti didalam firman Allah
didalam yang membawa maksud
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.”
Surah Al-Dzariyat (51):56
Selain itu, artikel ini membincangkan berkenaan teori metafizik, epistemologi
dan aksiologi dalam falsafah pendidikan Islam. Metafizik yang merupakan salah satu
cabang utama ilmu falsafah. Yang membincangkan tentang hakikat realiti, kewujudan
dan dunia yang sebenarnya di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Sebagai contoh
kita sebagai umat Islam yang mempercayai kewujudan Allah S.W.T. dan berada
dimana-mana sahaja. Dia tidak boleh dilihat tetapi umat Islam masih mempercayai
kewujudannya. Epistemologi pula merupakan kajian tentang sifat pengetahuan,
justifikasi dan rasionalisme kepercayaan. Yang juga memerangkan tentang ilmu
pengetahuan atau teori keilmuan. Didalam al-Quran, ilmu sering disertakan dengan
iman, begitu juga orang berilmu digandingkan dengan orang beriman. Seterusnya,
3
Falsafah Pendidikan Islam juga memfokuskan aspek aksiologi. Ia merupakan cabang
falsafah Islam yang mempertanyakan bagaimana manusia menggunakan ilmunya.
Perbahasan aksiologi menyangkut masalah nilai kegunaan ilmu. Pendidikan Islam
bertujuan melahirkan insan yang baik dan abadi, juga memiliki pandangan hidup Islam
yang benar dan menyeluruh. Falsafah Pendidikan.
4
2.3 OBJEKTIF KAJIAN
Pengkaji telah mensasarkan tiga objektif sepanjang kajian ini dimana setiap satu
objektif ini akan menjawab persoalan yang berkaitan tentang gagasan pemikiran
falsafah dalam pendidikan Islam dalam aspek hata tuju dan cabaran.
Objektif yang pertama adalah merumus maksud gagasan itu sendiri dimana
akan memberi pendekatan yang berbeza sekiranya diletakkan di dalam konteks
pendidikan Islam. Objektif yang kedua adalah membahas aspek aspek yang terdapat di
dalam falsafah Islam seperti metafizik, epistemologi dan aksiologi. Objektif yang
terakhir yang akan dirungkai oleh pengkaji adalah implikasi falsafah Islam sekiranya
ia diterapkan di dalam pendidikan.
5
2.4 PERSOALAN KAJIAN
Pengkaji telah membina beberapa persoalan kajian di dalam artikel dengan
sangat jelas serta berpandukan objektif yang hendak diperhalusi sepanjang penulisan.
Pengkaji telah membina lima persoalan kajian.
REKA BENTUK KAJIAN
Dalam kajian ini penulis mengemukakan kaedah kajian secara kuantitatif untuk
menganalisis data. Dengan kaedah kualitatif ini penulis menerangkan secara terperinci
tentang situasi atau gambaran sebenar apa berlaku pada umat Islam dalam aspek
perkembangan Falsafah Islam di Malaysia pada fasa sebelum merdeka, fasa selepas
merdeka dan fasa selepas 1988. Secara ringkasnya, fasa sebelum merdeka diceritakan
oleh pengkaji adalah elemen falsafah pendidikan islam yang dititikberatkan ketika itu
ialah penyampaian ilmu berkaitan bacaan al-Quran dan bacaan solat. Terdapat juga
ilmu fiqh, tauhid, tafsir dan sebagainya tetapi terbatas. Pada fasa selepas merdeka pula,
menjadi saksi dimana Falsafah Pendidikan Islam dimasukkan kedalam sistem
pendidikan negara. Pendidikan Islam pada fasa tersebut kurang menitikberatkan aspek
akhlak, keperibadian, penghayatan dan amalan. Pada fasa selepas 1988 pula, mata
pelajaran Pendidikan Islam telah mencerminkan Falsafah Pendidikan Islam yang telah
dibina. Kurikulum Pendidikan Islam dengan jelas telah menitikberatkan aspek
keimanan, ilmu, akhlak, penghayatan, amalan serta matlamat bagi melahirkan pelajar
yang beriman, beramal soleh, dan berkeperibadian hingga memiliki kebaikan di dunia
dan akhirat.
Selain itu, pengkaji juga menggunakan dua jenis sumber bagi proses
pengumpulan data iaitu dengan sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer
dilaksanakan melalui pemerhatian umat islam di seluruh dunia yang dijalankan secara
kualitatif. Manakala sumber sekunder merupakan maklumat yang penulis telah perolehi
daripada bahan bacaan seperti buku, majalah, keratan akhbar dan juga laman sesawang
di internet.
6
INSTRUMEN KAJIAN
Pengkaji mengambil langkah untuk melakukan penyelidikan dengan
menganalisa kandungan menggunakan pelbagai sumber seperti di laman-laman web
atau perpustakaan bagi merujuk dan mengumpul bahan demi melengkapkan kajian.
Secara amnya, pengkaji telah banyak menghabiskan masa di perpustakaan dek kerana
banyak sumber sumber yang boleh didapati di situ. Antara sumber bacaan seperti jurnal
yang digunakan untuk menyempurnakan jurnal tersebut adalah naskah “Curriculum
Guide for Islamic Studies” yang ditulis oleh Talat & Sultan, “Explorations In Islamic
Science” oleh Ziauddin Sardar,. Namun begitu, pengkaji juga menggunakan medium
internet untuk mengkaji bahan bahan lanjutan.
KESAHAN KAJIAN
Pengkaji melakukan kesahan kajian dengan merujuk kepada naskah Curriculum
Guide for Islamic Studies yang dikarya oleh Talat Sultan pada tahun 1992. Pengkaji
mengambil teori tujuan hidup dalam Islam dari buku ini dan kemudiannya mengambil
beberapa inisiatif untuk menbuktikan kesahan kajian dan kebolehpastian dapat
diyakinkan lagi.
1. Pengkaji telah mengumpul pelbagai bahan bacaan dan rujukan dari banyak sumber
untuk memastikan isu yang ditunjukkan dan seterusnya hal hal berkenaan isu
tersebut dapat diperhalusi dengan menyeluruh.
2. Pengkaji juga membuat carian di perpustakaan untuk mengumpul dan menelaah
bahan rujukan, keratan akhbar, jurnal untuk mengukuhkan lagi kesahan kajian
3. Pengkaji juga melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan
sesuatu isu seperti laman web berkaitan dan sebagainya.
7
ANALISIS DATA
Pengkaji telah menggunakan kaedah deskriptif kualitatif untuk menganalisis
dapatan kajian dalam bentuk teks berdasarkan naskhah “Explorations In Islamic
Science” yang ditulis oleh Ziauddin Sardar. Penulis telah menyatakan bahawa falsafah
tidak boleh dipisahkan daripada dua sumber berautoriti iaitu al-Quran dan as-Sunnah
dimana pada masa ini terdapat segelintir umat Islam yang masih kabur tentang perkara
yang berkaitan dengan falsafah dimana mereka menganggap falsafah, al-Quran dan asSunnah adalah perkara yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan. Sumber primer
tamadun Islam ialah al-Quran dan juga evolusi pembentukan sains Islam yang mana di
sekitar seratus tahun pertama hijrah ia mempunyai hubungan erat dengan epistemologi
pengajian Islam. Al-Quran dan as-Sunnah menganjur serta mendorong umat Islam
menuntut ilmu, mempelajari, menganalisis dan menggunakan akal semaksimum
mungkin untuk manfaat dimana al-Quran dan al-Sunnah sarat dan padat sebagai sumber
rujukan. Selain itu, penulis juga menyatakan di dalam artikel tersebut bahawa falsafah
tidak akan memeberikan impak kepada seseorang insan apabila dia tidak bertindak
untuk mengaplikasinya dalam kehidupan.
DAPATAN KAJIAN
Pengkaji telah membuat penerangan yang jelas terhadap dapatan kajian yang
diperolehi dan hubungkaitnya dengan objektif kajian yang telah ditentukan. Pengkaji
tidak langsung membiarkan pembaca membuat interpretasi sendiri berhubung dapatan
kajian yang dipersembahkan.
Penulis telah menceritakan hala tuju kajian iaitu bermatlamat untuk
menyeimbangkan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan di negara kita. Tujuan
Pendidikan Islam berkait rapat dengan tujuan hidup dalam Islam iaitu kesempurnaan
spiritual dan material (Sultan, 1992). Ini bermakna, setiap sekolah di negara kita adalah
termaktub untuk menekankan keperluan ilmu agama bagi setiap murid di sekolah agar
pemisahan antara ilmu dunia dan juga ilmu akhirat tidak berlaku yang boleh
mendatangkan pelbagai kecelakaan dan kerosakan di atas diri, agama, bangsa dan juga
negara tercinta. Walaupun pada permulaan pembinaan negara ini sudah berlakunya
pemisahan ilmu dunia dan akhirat, namun dengan kebijaksaan pemimpin Islam yang
mengembalikan kedudukan sebenar ilmu dan pemikiran Islam dalam kehidupan
8
seharian telah membuktikan bahawa walaupun menghadapi cabaran, namun pemikiran
dan falsafah Islam masih perlu untuk diguna pakai oleh orang melayu kerana majoriti
penganut agama Islam di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan adalah penduduk
melayu.
Tambahan lagi, sistem pendidikan yang memberi penekanan dari empat aspek
iaitu fizikal, intelek, spiritual dan juga emosi turut membantu dalam memberikan
kejayaan kepada hala tuju yang diimpikan. Aspek fizikal yang perlu dititikberatkan
adalah dari segi kesihatan tubuh badan iaitu tubuh badan perlulah dilatih untuk
bersenam agar dapat membentuk otak yang cergas. Selain itu juga, pengambilan
makanan yang seimbang tepat pada waktunya, meminum minuman yang baik untuk
kesihatan dan keperluan tempat tinggal yang selasa turut dititikberatkan dalam
pemikiran falsafah pendidikan Islam di negara kita. Kesannya, pasti tubuh badan
menjadi sihat dan bertenaga untuk menuntut ilmu pengetahuan untuk pengembangan
dari aspek intelek. Seterusnya, pendedahan terhadap ilmu yang baik dan bermanfaat
akan membuatkan otak menjadi cerdas untuk berfikir secara waras dan rasional.
Seterusnya, spiritual pula adalah berkaitan dengan unsur roh yang terdapat dalam diri
manusia. Unsur spiritual adalah elemen yang menegakkan keimanan di dalam diri
justeru haruslah dijaga dengan baik supaya tidak terpesong dari pemahaman Islam yang
sebenar. Maka, keimanan yang benar seharusnya diiringi dengan tingkah laku dan
pemikiran yang baik. Akhir sekali aspek yang dititikberatkan adalah emosi.
Sebagaimana yang kita ketahui, masalah emosi merupakan salah satu aspek yang
terlepas pandang sehingga boleh menyebabkan berlakunya pelbagai masalah mental
seperti depresi, kemurungan dan sebagainya. Jadi, seharusnya emosi perlulah dijaga
agar segala tindakan yang dilakukan adalah bukan mengikut hati dan perasaan tetapi
menggunakan akal dan fikiran yang telah dikurniakan oleh Alah SWT. Seterusnya,
persoalan berkaitan cabaran telah dijawab dan dikemukakan dengan tuntasnya oleh
penulis kerana cbaran telah dinyatakan dengan jelas dan terang di dalam jurnal tulisan
beliau.
9
3.0 RUMUSAN
Secara keseluruhan, pengkaji telah mengemukakan dengan jelas perbincangan kajian
tentang hala tuju dan cabaran di dalam konteks gagasan pemikiran falsafah dalam pendidikan
Islam. Pengkaji telah membincangkan berkenaan aspek metafizik, epistemologi dan aksiologi
dalam falsafah pendidikan Islam. Kemudian, pengkaji juga turut membincangkan tentang asas
pembinaan falsafah pendidikan Islam dimana terdapat pelbagai unsur dan syarat yang perlu
dipenuhi agar mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Selain itu,
pengkaji juga telah memperhalusi berkenaan tujuan dan matlamat pendidikan Islam. Tidak
dilupakan juga, pengkaji juga telah mengupas topik berkenaan perihal perkembangan falsafah
pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Negara di Malaysia yang terdiri dari tiga fasa; Fasa
sebelum merdeka, Fasa selepas merdeka dan seterusnya Fasa selepas tahun 1988. Akhir sekali,
pengkaji juga telah memberikan implikasi falsafah Islam dalam pendidikan.
10
4.0 RUJUKAN
1. Marimba, A. D. (1974). Filasat Pendidikan Islam. Bandung: PT al-Ma'arif.
2. Q., P. M. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.). Newburry
Park, CA: Sage Publications, Inc.
3. Sardar, Z. (1989). Explorations In Islamic Science. London & New York: Mansell
Publishing Limited.
4. Talat, S. (1992). Curriculum Guide for Islamic Studies. Makkah: Umm al-Qura
University.
5. Taylor, SJ & R. Bogdan. (1984). Introduction to Qualitative Research Methods: The
Search for Meanings. Toronto: John Wiley and Sons.
11
Download