Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma jannah halil :: smk kalumpang, kkb @icebearrawrr Membran plasma terdiri daripada dwilapisan fosfolipid dan molekul-molekul protein yang tersebar di seluruh membran plasma Fosfolipid, molekul protein dan kompenan yang lain tidak statik dan boleh bergerak bebas menyebabkan struktur membran plasma dinamik dan fleksibel Molekul protein terapung dalam dwilapisan fosfolipid untuk membentuk corak mozek yang sentiasa berubah-ubah, menyebabkan membran plasma bersifat bendalir Dwilapisan fosfolipid : • Menjadi penghalang yang mengasingkan kedua-dua belah membran Protein pembawa : • Molekul protein yang berfungsi sebagai pembawa molekul bersaiz besar seperti glukosa, asid amino dan asid nukleik Glikoprotein : • Lipid dengan karbohidrat yang melekat padanya Protein liang : • Molekul protein yang membentuk liang dan membenarkan molekul kecil dan ion melaluinya Kolestrol : • Mengikat asid-asid lemak bersama • Menjadikan membran plasma lebih stabil, kuat, fleksibel dan kurang telap terhadap bahan larut air seperti ion @icebearrawrr Membran plasma membenarkan molekul kecil seperti air melaluinya dengan mudah tetapi tidak bagi molekul-molekul bersaiz besar seperti glukosa dan kanji Faktor yang menentukan keupayaan sesuatu molekul boleh merentasi membran plasma adalah saiz molekul, kekutuban molekul dan cas ion Pengangkutan pasif merupakan pergerakan bahan merentasi membran plasma dari satu kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah Bahan bergerak merentasi membran plasma melalui struktur dwilapisan fosfolipid, protein liang atau protein pembawa @icebearrawrr @icebearrawrr Pengangkutan aktif merupakan pergerakan ion dan molekul merentasi membran plasma dari satu kawasan berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi Bahan bergerak melawan kecerunan kepekatan, maka tenaga metabolism digunakan Tenaga dalam bentuk ATP hanya dapat dijana oleh organisma melalui respirasi sel @icebearrawrr PENYERAPAN AIR OLEH SEL RAMBUT AKAR TUMBUHAN Penyerapan air oleh sel rambut akar tumbuhan adalah osmosis Sap sel rambut akar dengan keupayaan air rendah (kepekatan mineral tinggi) berbanding air tanah Oleh itu, air dari tanah meresap masuk ke dalam sel rambut akar mengikut kecerunan kepekatan PENYERAPAN FRUKTOSA DALAM VILUS Penyerapan fruktosa dari lumen usus kecil ke dalam vilus adalah secara resapan berbantu Kepekatan fruktosa di dalam lumen usus kecil adalah tinggi daripada dalam vilus Oleh itu, fruktosa meresap masuk ke dalam vilus mengikut kecerunan kepekatan @icebearrawrr ISOTONIK molekul air meresap masuk dan keluar dari sel darah merah pada kadar yang sama secara osmosis Isi padu sel adalah stabil Sel darah merah mengekalkan bentuk normalnya @icebearrawrr HIPERTONIK molekul air meresap keluar dari sel darah merah secara osmosis Sel darah mengecut Fenomena ini dikenali sebagai krenasi HIPOTONIK molekul air meresap masuk ke dalam sel darah merah secara osmosis Sel darah merah mengembang dan akhirnya meletus disebabkan ketiadaan dinding sel Fenomena ini dikenali sebagai hemolisis HIPERTONIK Air meresap keluar dari vakuol secara osmosis Vakuol mengecil dan sitoplasma mengecut membran plasma tertarik daripada dinding sel dikenali sebagai plasmolisis @icebearrawrr ISOTONIK Air meresap masuk ke dalam dan ke luar sel pada kadar yang sama secara osmosis Sel tumbuhan flasid HIPOTONIK Air meresap masuk ke dalam vakuol secara osmosis Vakuol mengembang dan menolak sitoplasma dan membran plasma ke dinding sel Sel berada dalam keadaan segah