Uploaded by kerisnangayatridevi

dokumen.tips kertas-cadangan-penambahbaikan-pusat-sumber-srias-2013doc

advertisement
SEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SAIDIYYAH
KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PERPUSTAKAAN SRIAS
BAGI SESI 2012
Struktur Organisasi Perpustakaan SRIAS 2013
Penasihat
Norhayati Baharum
(Guru Besar)
Pengerusi
Mohd Farhan
GPK Akademik
Naib Pengerusi
Haliza Ramli
(GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi
Norashikin Jamal
(GPK HEM)
Penyelaras
Noorerdawati
Harun
Setiausaha
Fazilah Mohd Reba
Bendahari
Norazlin
Timb. Setiausaha
Rohayah Rasol
Ahli Jawatankuasa
Semua Guru Bahasa
Kertas Cadangan Penambahbaikan Perpustakaan SRIAS
Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS)
2013
Tarikh
: 22hb Januari 2013
1.0 Pendahuluan
Perpustakaan ialah pusat yang dilengkapi dengan media cetak, bahan rujukan dan kemudahan lain
sebagai bantuan atau sokongan bagi tujuan pembelajaran untuk mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan secara individu dan kumpulan.
2.0 Matlamat
2.1 Menjadikan perpustakaan sebagai rujukan utama warga SRIAS dan melahirkan generasi
berilmu dan bertaqwa
2.2 Memupuk budaya suka membaca dalam kalangan murid dan warga SRIAS
2.3 Menyediakan bahan ilmiah yang terbaik sebagai rujukan guru dan murid
3.0 Fungsi
3.1 Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum
3.2 Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca
3.3 Menyediakan pengendalian yang sistematik untuk menyokong aktiviti pembelajaran
3.4 Berkhidmat sebagai pusat bahan ilmiah untuk individu atau kumpulan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran
4.0 Perancangan Penambahbaikan
Pada tahun ini pihak Perpustakaan SRIAS ingin membaikpulih dan menambahbaikan
Perpustakaan SRIAS.
4.1 Mengemaskini aliran kabel di dalam perpustakaan.(Rujuk Gambar 1). Saya harap pihak tuan
dapat menutup kabel tersebut, kerana ianya membahayakan pelajar. Sebelum ini kabel itu
terselindung di belakang almari. Penyelaras Perpustakaan SRIAS telah mengubah suasana
Perpustakaan SRIAS dengan meletakan almari ke tempat lain.
4.2 Pemasangan kipas di kaunter Perpustakaan SRIAS; selama ini kaunter tempat pustakawan
bertugas untuk peminjaman/pemulangan tidak selesa kerana tidak mempunyai kipas. Kipas
yang ada sekarang sudah uzur dan membahayakan (Rujuk Gambar 2) dan ianya juga memakan
ruang perpustakaan yang sempit. Penyelaras Perpustakaan SRIAS bercadang untuk memasang
kipas dinding (Rujuk Gambar 3).
4.3 Membaiki suis yang tidak berfungsi ; pihak Perpustakaan SRIAS berharap pihak tuan juga
dapat memebenarkan untuk membaiki suis eletrik yang tidak berfungsi dan rosak.
5.0 Anggaran Perbelanjaan
Pihak Perpustakaan SRIAS berharap pihak PIBG dapat mengeluarkan anggaran perbelanjaan untuk
penambahbaikan tersebut, ini kerana ia melibatkan kos bahagian eletrik. Kami sentiasa sokong pihak
tuan dalam perkara ini untuk keselesaan pelajar-pelajar di SRIAS.
Sekian. Terima Kasih
Disediakan Oleh
: ___________________
(NOORERDAWATI HARUN)
Penyelaras Perpustakaan SRIAS
Disemak Oleh
: ____________________
(MOHD FARHAN ABD. RAHMAN NAZRI)
GPK Akademik
Disahkan Oleh
: ______________________
(NORHAYATI BAHAROM)
Guru Besar SRIAS
DILULUSKAN OLEH
_____________________
(EN. HASRI BIN WAZIR)
Pengerusi PIBG
LAMPIRAN
Gambar 1
Gambar2
Gambar 3
Download