KERTAS KERJA KURSUS PENGOPERASIAN SISTEM AUTOMASI EZPSS DAN PROSES TEKNIK BAHAN PENGAWAS PUSAT SUMBER [NAMA SEKOLAH] TARIKH TEMPAT ANJURAN KURSUS PENGOPERASIAN SISTEM AUTOMASI DAN PROSES TEKNIK BAHAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH [NAMA SEKOLAH] 1.0 MATLAMAT Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada Pengawas Pusat Sumber tentang ilmu dan kaedah pengendalian sistem automasi baru sejajar dengan matlamat KPM untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam era teknologi maklumat kini. Selain itu, ilmu proses teknik bahan juga perlu dikuasai dengan baik oleh Pengawas Pusat Sumber bagi memastikan pengurusan stok (buku dan bahan bukan buku) dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna. Dengan adanya kursus sebegini, Pengawas Pusat Sumber akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik dan dapat memberi sumbangan kepada sekolah. 2.0 OBJEKTIF 1. Memastikan Pengawas Pusat Sumber menguasai cara pengendalian sistem automasi EZ PSS dengan baik. 2. Memastikan Pengawas Pusat Sumber dapat mengurus stok pusat sumber dengan berkesan. 3. Memberi pendedahan kepada disiplin dan kerjasama pasukan demi memajukan sesuatu organisasi. 4. Menjalani kursus dalaman PSS untuk memajukan lagi Pusat Sumber SMK 3.0 KUMPULAN SASARAN Pengawas PSS [NAMA SEKOLAH] Tingkatan 1 hingga 4 4.0 MAKLUMAT PERLAKSANAAN Tarikh : Tempat : Masa : 5.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran 1 6.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI Rujuk Lampiran 2 7.0 BELANJAWAN 1. Anggaran perbelanjaan BIL 2 3 4 4 5 6 7 8 PERKARA Sarapan pelajar Makan tengah hari pelajar Minum petang pelajar Fail poket Pen Tag peserta Nota edaran kursus sticker buku A4 70x37 mm KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN 2. Sumber kewangan BIL PERKARA 1. JUMLAH PCG Pusat Sumber JUMLAH KESELURUHAN 8.0 PENUTUP Kursus ini diharapkan dapat menyuntik minat dan semangat rajin bertugas dalam kalangan pengawas PSS. Di samping pendedahan mengenai pengoperasian dan pengurusan stok Pusat Sumber Sekolah. Untuk tujuan tersebut, kursus dan latihan secara formal adalah diperlukan agar kerjasama guru dan pengawas PSS dapat dipupuk dan dibentuk ke arah kecemerlangan fungsi PSS. 9.0 SOKONGAN PENASIHAT / PENGIRING / PEGAWAI / PENGETUA Disediakan oleh, …………………………………………………… [NAMA GPM] Penyelaras Program Disemak oleh, …………………………………………... [NAMA PKP] Penolong Kanan Pentadbiran Diluluskan oleh, ………………………………………………………………. [NAMA PGB] Pengetua LAMPIRAN 1 TENTATIF PROGRAM Hari Pertama 11 Oktober 2019 (Sabtu) bertempat di Pusat Sumber SMK 07.00 - 7.30 pagi Pendaftaran 07.30 - 9.00 pagi Pengenalan Kepada Sistem Automasi EZ PSS (Software & Hardware) 09.00 - 9.30 pagi Minum pagi 09.30 - 12.30 ptg Teori Pengendalian Sistem Automasi EZ PSS 12.30 - 02.00 ptg Makan Tengah Hari/Solat Zohor 02.00 - 04.00 ptg Praktikal pengendalian Sistem Automasi EZ PSS 04.00 – 05.00 ptg Minum Petang 05.00 ptg Bersurai Hari Kedua 12 Oktober 2019 (Ahad) bertempat di Pusat Sumber SMK 07.00 - 7.30 pagi Pendaftaran 07.30 - 9.00 pagi Pengenalan Kepada Proses Teknik Bahan 09.00 - 9.30 pagi Minum pagi 09.30 - 12.30 ptg Praktikal Pengurusan Stok 12.30 - 02.00 ptg Makan Tengah Hari/Solat Zohor 02.00 - 04.00 ptg Praktikal Proses Teknik Bahan 04.00 – 05.00 ptg Majlis Penutup & Minum Petang 05.00 ptg Bersurai LAMPIRAN 2 AJK INDUK AJK PELAKSANA Penaung (Pengetua) AJK Aktiviti AJK Persiapan Tempat Dan Makanan Peserta Penasihat (Penolong Kanan Pentadbiran) AJK Fotografi Dan Dokumentasi (Penolong Kanan Petang) AJK Sijil & Hadiah Penyelaras Program (Guru Perpustakaan dan Media)