Uploaded by LEE MING HAN Moe

eleman,amalan dan kepentingan kitar semula

advertisement
2.Mengenalpasti jenis-jenis amalan kitar semula di kawasan Tambahan baru
Jelapang
Elemen 5R
Reduce(Kurangkan)
-Penduduk di kawasan kajian menggunakan kedua-dua belah muka surat kertas semasa menulis atau
membuat salinan untuk mengurangkan pembaziran kertas.
Reuse(Guna semula)
-Mereka juga membawa bekas makanan sendiri semasa membungkus makanan untuk
mengurangkan penggunaan bekas polisterin yang tidak dapat digunakan semula.
Recycle(Kitar Semula)
-Mengasingkan sisa mengikut kategori tong sampah yang disediakan
-Penduduk menggunakan sisa makanan untuk dijadikan baja kompos.Ini dapat menjimatkan kos
untuk menbeli baja di pasar raya.
Rethink(Fikir Semula)
-Telefon bimbit mengandungi komponen elektronik yang tidak boleh diurai secara semula jadi dan
memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.
Repair(Baiki)
-Membaiki alat-alat elektronik seperti kipas untuk mengurangkan pembuangan sisa pepejal.
-Membaiki kerusi yang rosak untuk digunakan semula.
Amalan Kitar Semula
Hari Tanpa Beg Plastik
-Pada setiap hari Sabtu, tiada beg plastik akan diberikan semasa beli belah.Pengguna yang
memerlukan beg plastik akan dikenakan RM0.20 bagi setiap beg plastik.Tujuan program ini adalah
untuk menggalakkan pelanggan membawa beg kitar semula sendiri semasa beli belah.
Amalan Kurangkan
-Penduduk di kawasan kajian membeli makanan mengikut keperluan mereka untuk mengelakkan
pembaziran berlaku.Selain itu,penduduk juga menggunakan tuala kecil untun mengantikan tisu yang
tidak dapat dikitar semula.
Amalan Guna Semula
-Penduduk menggunakan kreativiti mereka dengan menggunakan semula botol plastik sebagai
hiasan atau bekas alat tulis.Beg kitar semula dibawa oleh penduduk semasa beli barangan untuk
menggelakkan penggunaan beg plastic.
3.Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula di kawasan Tambahan
Baru Jelapang
Menjimatkan pendapatan dengan menghasilkan baja kompos
-Penduduk tidak perlu membazirkan wang untuk membeli baja yang mahal sebalik sahaja membuat
baja kompos dengan sisa makanan.Selain itu,baja kompos yang dihasilkan tidak akan mencemarkan
alam sekitar.
Mewujudkan persekitaran yang sihat,bersih dan selesa untuk dihuni
-Dengan adanya amalan kitar semula,kawasan persekitaran menjadi bersih kerana sampah di sekitar
berkurangan.Ini akan memberikan keselesaan kepada penduduk dan kesihatan penduduk terjamin.
Mengurangkan pencemaran apabila sisa diurus dengan sistematik
-Cara pengurusan sampah yang betul seperti mengasingkan sisa pepejal yang beracun seperti bateri
ke dalam satu beg yang spesifik dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran
udara.air dan tanah.
Download