م ِسب ر ِب ِ َن ِمح ِبْس ِ َنمْ َّح ِب ْ ِِ ِ Ya Allah , Tuhan Semesta Alam Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru pada pagi yang berbahagia ini. Ya Allah Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah, mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata . Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri . Kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .