Mohamad Amir bin Azhar 132052 YWP 307 – Ekonomi Politik Media 2. Perkembangan teknologi media baru dan kebangkitan media sosial memberikan gambaran yang kebebasan adalah meluas dalam lanskap media, manakala demokrasi pula semakin diperkukuhkan dalam masyarakat. Bincangkan penyataan ini secara kritis. Perkembangan kaedah berkomunikasi telah berkembang sejak perkenalan teknologi dalam sektor media, dan ini telah memberikan teknologi media kuasa untuk membentuk kaedah berkomunikasi. Masyarakat massa kini bebas untuk berkomunikasi dengan lebih cekap oleh kerana perkembangan teknologi media. Menurut Kurmia, N. (2005) media baru telah membina mode komunikasi yang baru. Kemajuan ini telah membawa kepada cabang baru dalam komunikasi – dalam media kepada media berita ”baru”, media bukan berita “baru” dan media tradisional. Watie, E. D. S. (2016) Sebutan media baru (new media) ini merupakan pengistilahan untuk menggambarkan kerakteristik media yang berbeza dari yang telah ada selama ini. Media seperti televisyen, radio, majalah, akhbar digolongkan sebagai media lama (old media), dan media Internet yang mempunyai laman-laman interaktif digolongkan sebagai media baru. Sehingga pengistilahan ini bukan bererti kegunaan media lama menjadi tidak relevan dan digantikan oleh media baru, namun ini merupakan pengistilahan untuk menggambarkan karakteristik yang muncul sahaja. Dengan dunia yang kian pesat membangun, kadar komunikasi dan perkongsian maklumat juga perlu seiring. Perkembangan dalam pembangunan Internet telah membawa kepada perkembangan dalam industri komunikasi. McQuail telah membahagikan media kepada 4 jenis: interpersonal communication media ( telefon bimbit dan sistem pesanan ringkas), interactive playing media ( komputer, permainan video, dan permainan dalam talian), information searching engine ( portal carian informasi seperti Google dan Yahoo), and information exchange media ( seperti Internet untuk perkongsian maklumat dan pendapat malah menjalinkan hubungan). Kini dapat dilihat dalam masyarakat yang 4 jenis media ini kian digunakan dalam kehidupan seharian, hal ini juga telah membuka tirai kepada dunia perkongsian maklumat yang luas tampa batasan dengan capaian yang amat tinggi. Media baru sememangnya berkembang pesat oleh kerana tarikan yang dapat memberikan kemudahan kepada si pengguna untuk berinteraksi dan berkongsi pandangan di dunia maya sebagaimana yang diperkatakan oleh Flew, (2002) Kemampuan menawarkan suatu laman interaktif inilah yang merupakan konsep sentral dari pemahaman tentang media baru. Pada era globalisasi kini pelbagai ruangan diskusi dan laman-laman perdebatan yang timbul dari kemajuan media sosial ini. Tambahan pula ruangan dan laman sedemikian boleh memberikan kebebasan untuk mengeluarkan idea dan buah fikiran tampa tertakluk pada apaapa tapisan atau sekatan dan ini juga telah menimbulkan fenomena pemalsuan identiti dalam laman interaktif sedemikian. Hal ini disokong oleh Flew (2002) kerana menurut beliau fenomena ini muncul kerana media baru membolehkan penggunanya untuk menggunakan ruang seluas-luasnya di media baru, memperluas jaringan seluas-luasnya, dan menunjukkan identiti yang palsu di alam maya yang bercanggah dengan identiti sebenar pengguna tersebut di dunia nyata. Longgokan informasi kini sedang dikongsikan dari segenap pelusok dunia dari pelbagai lapisan masyarakat seperti yang dibincangkan oleh Zakariya, N., & Mohamad, A. D. (2013) iaitu dengan adanya media pada hari ini, masyarakat mampu memperoleh maklumat dan berbincang di alam maya walaupun dalam jarak yang sangat jauh. Media merupakan satu saluran yang membawa kepada perjalanan maklumat daripada satu sumber kepada satu sumber yang lain. Informasi sedemikian mengalir dari satu portal ke satu portal dengan pantas, hal ini demikian kerana kebanyakan media baru yang dicipta melalui teknologi media tersebut tidak mempunyai tapisan atau dimiliki oleh mana-mana organisasi seperti yang dikatakan oleh Ward (1995) yang mengatakan bahawa media baru bergerak tampa campur tangan atau tapisan kerana boleh digunakan secara bebas tampa melalui organisasi media yang rumit seperti apa yang berlaku dalam media tradisional yang perlu memalui beberapa pihak sebelum dapat diutarakan. Hal ini juga dibincangkan oleh McQuail (2000) bahawa kebanyakan media baru ini menggalakkan komunikasi dua hala yang bersifat interaktif yang menggalakkan pengumpulan sekaligus perkongsian informasi yang boleh mendatangkan pelbagai impak. Dalam membincangkan dunia media dan sosial, terdapat satu golongan yang menggunakan malah ingin mengawal penggunaan teknologi sedemikian iaitu pihak politik. Hal ini demikian kerana ingin menyampaikan pemikiran dan mengawal media hanya untuk mencapai kepentingan yang tersendiri. Namun media kini tidak boleh dimiliki oleh satu identiti kerana ia dimiliki oleh semua orang untuk digunakan, dan dapat membantu masyarakat celik dan memberikan pendapat tentang sesuatu seperti yang dikatakan oleh Zakariya, N., & Mohamad, A. D. (2013) penggunaan ruang siber melalui peranan media altematif seperti blog, laman web, emel dan SMS dapat memperluas ruang bersuara sekali gus meningkatkan partisipasi demokrasi. Dalam konteks Malaysia, penggunaan media ini masih dianggap baru, muncul sekitar akhir tahun 1990-an. Peranan media altematif secara meluas dan signifikan ketara dilihat dalam kempen pilihan raya umum 2008, dan daripada situ ia memberi petanda pesatnya peningkatan demokrasi digital di Malaysia. Perkongsian maklumat adalah suatu aktiviti yang aktif dilakukan di dalam kalangan masyarakat. Aktiviti perkongsian ini juga merupakan sesuatu yang amat penting di dalam arena politik lebih-lebih lagi di Malaysia, hal ini demikian kerana pihak berkuasa menggunakan platform sedia ada untuk menyampaikan ideologi atau parti bertanding akan mengeluarkan isu berkaitan pihak lawan. Ada kebenaran dengan apa yang dikatakan oleh Ganley (dalam Ward, 1995) bahawa media baru memungkinkan individu memainkan peranan yang lebih aktif sebagai warga negara sekaligus sebagai konsumen kerana media baru meningkatkan peluang dari warga negara yang biasa menjadi lebih berinformasi dalam isu berkaitan politik yang memungkinkan peningkatan demokrasi. Meskipun begitu harus dilihat bahawa media baru juga tidak menutup kemungkinan adanya kesenjangan pengetahuan antara orang yang mempunyai informasi dengan yang tidak mempunyai informasi. Teknologi media moden telah menjadi aset kepada parti-parti politik hal ini kerana mereka dapat menyampaikan ideologi mereka malah menjatuhkan pihak lawan dengan hanya menggunakan media baru yang dapat mencapai ramai pengguna. Seperti apa yang dikatakan oleh Badlihisham (2012) melalui pendekatan yang sesuai dan selaras dengan tahap golongan sasaran melalui saluran media yang berkesan pada abad ini yang disebabkan oleh populariti dan peranannya sebagai senjata yang mempunyai serampang dua mata. Pada zaman kini yang memberikan kebebasan informasi kepada masyarakat, mereka kini sudah arif dan dapat berfikir dengan lebih celik dan berilmiah. Hal ini demikian kerana masyarakat mempunyai sumber aliran maklumat di hujung jari. Seperti mana yang diperkatakan oleh Zakariya, N., & Mohamad, A. D. (2013) dalam masa yang sama, politik baru yang lebih banyak menumpukan isu korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa menjadi isu utama laungan media ini. Rakyat tidak lagi terpengaruh dengan politik lama seperti isu etnik, bahasa, agama dan daerah. Perubahan trend ini memberi petanda bahawa media altematif wujud sebagai medium penting dalam penyampaian isu politik baru seterusnya memberi impak terhadap trend pengundian di negara ini. Tulisan Zaharom Nairn 2002 mengenai pengawalan pemerintah keatas media ini amat jelas menunjukkan betapa penguasaannya begitu kuat. Hampir kesemua media perdana dikuasai oleh UMNO atau MCA ataupun MIC, terutamanya di tanah semenanjung. Zaharom memberi ulasan lanjut akan kadar perkongsian syer atau modal penerbitan ini menjelaskan lagi betapa pihak penguasa amat mencengkam bidang ini. Hal ini juga akan menimbulkan permasalahan kepada masyarakat atau konsumen kerana mereka akan diberikan informasi yang hanya berat kepada perkumpulan tersebut, dan hanya menjadikan media sebagai satu alat pengumuman dan bukan sebagai suatu medium perbincangan dan perdebatan. Meskipun media perdana telah lama wujud namun pembentukan komuniti media kini lebih banyak merujuk kepada kemajuan media baru yang dikenali sebagai media alternatif. Menurut Noam Chomsky (1994) (dipetik dari Atton 2002), media alternatif merupakan media yang dikawal oleh rakyat melalui proses kawal dan imbang (check and balance) ke atas media aliran perdana yang dikuasai oleh pemerintah dan penguasa korporat. Malah, kebangkitan media ini seperti penggunaan laman sesawang dan blog sebagai medium sosialisasi di kalangan khalayak dapat membentuk revolusi media seterusnya mewujudkan gerakan sosial (social movement). Masyarakat sebenarnya sememangnya menjadi “Watch Dog” iaitu pemerhati yang melihat dan mengkritik kepimpinan serta berkongsi dan berdebat tentang pandangan masingmasing kepada masyarakat yang tanpa ada sebarang sekatan . Sememangnya seperti yang dijangkakan ruang partisipasi masyarakat sivil Malaysia telah menjadi lebih luas dengan kehadiran media alternatif ini pada masa kini. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Huntington (1993) dan Lipset (1959) media memang menjadi pendorong utama kepada perubahan masyarakat. Perubahan pedemokrasian dunia di dalam The Third Wave: Democratization in the Late Twentieth Century, Huntington ada menyatakan perubahan kepada banyak negara membangun kepada lebih demokratik adalah kerana peranan yang dimainkan oleh media ini. Kurangnya media pada zaman dahulu menyebabkan individu lebih bergantung kepada pemimpin dan ini menyebabkan wujudnya pemerintahan autoritarian dan penyalahgunaan kuasa. Namun kini masyarakat mempunyai sumber yang tersendiri yang dapat memberikan maklumat tentang pemimpin serta melihat kepimpinan di negara lain. Selain itu juga sumber masyarakat iaitu sumber Internet tidak boleh dikawal oleh mana-mana pihak dan masyarakat dapat menyuarakan pendapat secara terbuka sama ada menggunakan identiti sebenar mahupun identiti yang palsu. Wujud beberapa faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Faktor kepimpinan, keangkuhan pemimpin BN, peningkatan korupsi, ekonomi dan politik boleh dilihat sebagai factor penyebab kebangkitan drastik parti pembangkang. Namun, dapat dikatakan bahawa peranan media altematif yang menjadi medium perantaraan ahli politik dan rakyat selain menjadi wahana kebebasan berkomunikasi yang meluas merupakan faktor terpenting yang membawa kepada kebangkitan pakatan pembangkang ketika PRU-12 lalu. Blog, akhbar dalam talian seperti Malaysiakini, emel dan Iain-lain telah memainkan peranan yang penting dalam mendedahkan kelemahan BN, kepincangan pemerintahannya sekali gus membentuk pemikiran baru dan sikap politik baru dalam masyarakat. Massa kini sudah mempunyai sumber rujukan dan sumber untuk double check ke atas sesuatu perkara.Ruang partisipasi masyarakat sivil Malaysia dengan itu semakin lebar saiz Politik Malaysia sering kali dikaitkan dengan konsep feudalisme, hegemoni, limited democracy, semi-democracy atau soft autoritarian. Agensi State atau pemerintah seringkali memiliki kuasa yang tinggi untuk mencengkam kebebasan dan penentangan seterusnya dapat mengekalkan status quo. Sehingga Pru yang ke-14, Barisan nasional tidak pernah berganti dalam pemerintahan pusat semenjak Malaysia merdeka pada tahun 1957. Umumnya, State menguasai agensi penting pemerintahan seperti polis, SPR, tentera, badan kehakiman, Jabatan Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri. Malah, State yang berperanan menentukan peraturan permainan dan boleh mempengaruhi pihak mana yang menangnya. Jika sebelum ini masyarakat boleh di selindung dari kebenaran dengan menyekat artikel dan berita keluar dari akhbar merana mempunyai pemilikan syer dan kepentingan terhadap masyarakat, kini masyarakat boleh bangkit dari kegelapan yang di buat oleh kerajaan dan berada dalam persada yang sebenar untuk menilai pemimpin yang telah dipilih dan menjadi pemerhati yang akan menilai setiap daripada yang memimpin. Teori ini dikenali sebagai teori media radikal dan diutarakan oleh John Downing (1984, 2001). Atton (2002) di dalam bukunya Alternative Media mengklasifikasikan media radikal sebagai satu bentuk perubahan sosial dalam kalangan masyarakat atau lebih dikenali sebagai proses revolutionary. Media radikal pada umumnya tidak berlandaskan kepada aspek politik dan penentangan ke atas media semata-mata, tetapi dalam masa yang sama mewujudkan satu bentuk budaya baru yang dikenali sebagai budaya hybrid iaitu percantuman proses komunikasi dan hubungan melalui medium elektronik (Zakariya, N., & Mohamad, A. D. 2013).. RUJUKAN Atton, C. (2002). Alternative media. London: Sage Badlihisham Mohd Nasir. 2012. Islam dan Dakwah Dalam Zaman Kebangkitan Awal Islam dan Era Penjajahan Barat di Tanah Melayu. Jurnal Islamiyyat. 34: 5-12. Downing, J. (2001). Radical media: Rebellious communication and social movements. London:Sage Flew, Terry, New Media: An Introduc-tion. New York: Oxford Universi-ty Press, 2002. Huntington. S.P. (1993). The third wave: Democratisation in the late twentieth century. Princeton University Press: New York Kurmia, N. (2005). Perkembangan teknologi komunikasi dan media baru: implikasi terhadap teori komunikasi. Mediator: Jurnal Komunikasi, 6(2), 291-296. Lipset, S.M. (1959). Some social requisites of democracy. American Political Science Review.53(1): 69 135 Mc Quail, Dennis. 2000. Mc Quail’s Communication Theory (4th edition). London: Sage Publications. Ward, Ian. (1995). Politics of the Media. Melbourne: Mac Milan. Watie, E. D. S. (2016). Komunikasi dan media sosial (communications and social media). Jurnal The Messenger, 3(2), 69-74. Zaharom Nain, (2002) The structure of the media industry: Implications for democracy, in F. Loh & B .T Khoo(eds) Democracy in Malaysia: Discourses and practices, Richmond: Curzon Zakariya, N., & Mohamad, A. D. (2013). Media sebagai wasilah dakwah. Al-Hikmah, 5, 9299.