Uploaded by nurul hashim

pdf

advertisement
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bab ini akan menerangkan secara keseluruhan tentang kajian yang ingin dilaksanakan dan
dihurai dalam beberapa bahagian topik kecil iaitu perbincangan mengenai latar belakang,
pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian. Selain daripada itu kepentingan skop juga
turut dibincangkan. Latar belakang kajian merangkumi segala aspek yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung di dalam kajian yang dilaksanakan bagi mengupas tentang
kajian ini. Pernyataan masalah pula menerangkan tentang faktor-faktor yang mendorong
kajian ini dilaksanakan hasil daripada masalah-masalah yang timbul apabila tidak
mengeringkan pakaian dengan cara yang sesuai iaitu menjemur pakaian disiang hari dimana
terdapat cahaya matahari dan udara untuk mengeringkan pakaian. Tetapi apabila hujan dan
sibuk bekerja pengguna tidak dapat menjemur pakaian dengan cara tersebut. Jadi sebuah
mesin pengering pakaian telah dicipta bagi mengatasi masalah tersebut. Terdapat dua jenis
mesin pengering pakaian iaitu mesin pengering yang menggunakan tenaga elektrik bagi
memanaskan pakaian didalam mesin dan mesin pengering yang menggunakan sumber gas
LPG. Tetapi apabila menggunakan mesin pengering elektrik jumlah tenaga elektrik yang
diperlukan adalah banyak dan memerlukan kos yang tinggi bagi memiliki dan
menggunakannya. Mesin pengering yang menggunakan gas LPG pula lebih jimat dari segi
penggunaan tenaga elektrik daripada mesin pengering elektrik tetapi kos untuk membeli atau
menambah semula gas LPG adalah tinggi. Kami menggunakan konsep mesin pengering yang
sama seperti mesin pengering gas tetapi mengubah sumber gas LPG kepada sisa udara panas
yang dibebaskan oleh kondenser pendingin hawa, yang mudah didapati dan merupakan
sumber tenaga yang percuma dapat mengurangkan kos dan juga dapat mengurangkan
pemanasan global. Secara am, kebanyakkan hotel dan dobi menggunakan pendingin hawa
yang beroperasi selama 24jam sehari, begitu banyak udara panas terbebas begitu sahaja, jadi
kami ingin mengguna pakai sisa udara panas ini untuk mengurangkan kos yang perlu
ditanggung oleh pihak hotel dan dobi disamping dapat mengurangkan pemanasan global
kerana sisa udara panas ini percuma dan mudah didapati. Ia juga kerana kebanyakkan hotel
Page | 1
dan dobi menggunakan pendingin hawa secara 24jam sehari. Amat sesuai menggunakan
mesin kami kerana menepati kriteria yang diperlukan oleh mesin kami untuk beroperasi.
Selain daripada itu, objektif dan persoalan kajian juga turut dibincangkan yang
mana menyingkap tentang persoalan yang ingin dicapai dan diketahui melalui kajian
ini.Seterusnya di dalam bab ini juga kepentingan kajian iaitu sasaran hasil kajian yang
diharapkan dapat memenuhi tuntutan kumpulan tertentu turut dibincangkan disamping skop
kajian yang menerangkan tentang apa yang dinilai dan ingin dicapai dalam kajian ini.
Projek ini merupakan alat pengering pakaian yang menggunakan sisa haba
daripada kondesor. Projek ini dicipta untuk membantu pengguna mengeringkan pakaian
semasa hujan dan jika tiada masa untuk menjemur pakaian sekiranya pengguna sibuk bekerja
dan hendak menggunakan pakaian dalam waktu terdekat.
1.2 Latar Belakang Kajian
Masalah yang menjadi isu dikalangan masyarakat hari ini adalah mengenai cara-cara
mengeringkan pakaian semasa hujan dan ketika waktu malam kerana sibuk bekerja untuk
kegunaan harian. Kebanyakkan pengguna bertindak mengeringkan pakaian dengan menyidai
pakaian didalam rumah sehingga pakaian menjadi berbau busuk atau meletakkan pakaian
dihadapan kipas untuk pengudaraan yang optimum dalam membantu pengeringan pakaian.
Mesin pengering pakaian yang telah dicipta ini dapat membantu pengguna untuk
mengeringkan pakaian dengan kadar segera mengikut kapasiti yang diteteapkan sekiranya
pengguna mahu menggunakan pakaian semasa hujan dan ketika tiada masa untuk menjemur
pakaian akibat daripada kesibukan bekerja. Mesin ini hanya berfungsi bersama dengan
pendingin hawa kerana menggunakan sumber haba buangan dari sisa haba pendingin hawa
yang dikeluarkan melalui kondenser.
Page | 2
1.3 Penyataan Masalah
Seperti sedia maklum, dalam sistem pendingin hawa, bagi menyejukkan sesuatu ruang,
udara panas seharusnya disingkirkan daripada kawasan tersebut. Udara panas yang
disingkirkan melalui kondenser biasanya akan terbuang begitu sahaja ke ruang atmosfera dan
secara tidak langsung meningkatkan pemanasan global. Kebiasaannya bagi hotel dan
bangunan yang bersaiz besar sudah tentu menggunakan sistem penghawa dingin. Sudah tentu
haba yang terbebas dari condenser terbuang begitu sahaja ke ruangan atmosfera. Hal ini
membuka idea kepada kumpulan kami untuk menghasilkan sebuah mesin pengering pakaian
yang mengguna pakai sisa udara panas tersebut. Akibat daripada kesibukan bekerja akan
menyebabkan pengguna tiada masa untuk menjemur pakaian di siang hari. Jika mereka
bertindak untuk mengeringkan pakaian dengan menjemur di dalam rumah dengan keadaan
pakaian yang lembap walaupun terdapat pengudaraan yang optimum seperti menjemur
pakaian berhampiran kipas, pakaian akan kering tetapi pakaian akan berbau dan tidak selesa
untuk dipakai.
1.4 Objektif
Antara objektif utama projek mesin pengering pakaian ialah :
i.
Menghasilkan alat pemerangkap haba dari kondensor untuk digunakan mengeringkan
pakaian.
ii.
Menguji tahap keberkesanan alat pemerangkap haba bagi tujuan mengikut ketetepan
masa dengan jumlah berat pakaian.
iii.
Membuat perbandingan mesin pengering yang direkacipta berbanding mesin
pengering pakaian yang sedia ada di pasaran.
Page | 3
1.5 Skop Kajian
Skop atau had pelaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan setiap
pelaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop pelaksanaan projek
ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek. Oleh itu, projek ini mestilah tidak
melampaui matlamat dan fungsinya. Skop yang dicapai pada projek ini adalah :
i.
Kapasiti pakaian yang boleh dikeringkan tidak melebihi 8 kilogram
ii.
Pakaian hendaklah diperah (spin) terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam mesin
pengering pakaian bagi membantu proses pengeringan pakaian dan supaya proses
pengeringan dapat berjalan dengan optimum.
iii.
Beroperasi dengan menggunakan tenaga elektrik tetapi dalam jumlah yang kecil untuk
menghidupkan mesin pengering dan untuk pergerakkan motor. Ia tidak memerlukan
banyak tenaga elektrik kerana sumber tenaga utama bagi mesin ini ialah sisa udara
panas dari kondenser pendingin hawa.
1.6 Kepentingan Kajian
Dalam melaksanakan sesuatu projek, menjalankan kajian adalah amat penting bagi
memastikan projek yang dihasilkan mengikut serta memenuhi kehendak pengguna. Kajian
yang dilakukan dapat membantu pelajar untuk memastikan projek yang dijalankan mampu
terhasil mengikut masa yang ditetapkan serta spesifikasi yang diinginkan dapat dipenuhi.
Kajian yang dijalankan mampu membantu pelajar membezakan kos serta kemudahan untuk
mencari bahan yang diperlukan. Jika kajian tidak dilakukan terlebih dahulu, pelajar mungkin
akan menggunakan kos yang berlebihan serta projek yang dihasilkan mungkin tidak
memenuhi spesifikasi yang ditetapkan
Page | 4
1.7 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dinyatakan untuk mencapai objektif yang
bertepatan dengan tajuk kajian ini. Beberapa persoalan kajian telah dikenal pasti iaitu:
i.
Berapakah pakaian yang boleh dikeringkan dalam suatu masa?
ii.
Berapakah saiz mesin pengering pakaian ini?
iii.
Berapakah kos yang digunakan untuk membina peti pengering kasut ini?
1.8 Takrifan Istilah / Operasi
Takrifan istilah merupakan definisi konseptual dan operasi bagi terminologi atau konsep
unik yang digunakan dalam kajian yang dijalankan bagi membantu pemahaman
pembaca.Definisi istilah adalah sangat penting dalam sesuatu kajian kerana dapat
mengelakkan sebarang kekeliruan kepada pembaca.Selain dari itu, definisi istilah juga dapat
menerangkan maksud sebenar pengkaji terhadap penggunaan sesuatu istilah di dalam kajian.
Mesin ini menggunakan konsep pengudaraan panas menggunakan sumber haba buangan
dari kondensor penghawa dingin. Haba secara langsung disedut masuk dari kondensor
penghawa dingin melalui hos dan bantuan pengudaraan dari kipas kecil yang menggunakan
tenaga elektrik yang kecil.
1.9 Rumusan Bab
Dalam bab ini dibincangkan tentang objektif yang ingin dicapai dalam melakukan projek
ini. Selain itu, disertakan skop kajian dimana serta penyataan masalah. Tujuan penyataan
masalah ini dibincangkan kerana projek yang ingin dijalankan ini perlu mengatasi segala
masalah-masalah yang telah dikenal pasti bagi menarik minat pengguna serta memuaskan
keinginan para pengguna. Kepentingan kajian yang dinyatakan di dalam bab ini ialah tentang
perkara yang perlu dititik beratkan bagi melaksanakan projek ini. Antara aspek yang paling
penting ialah projek ini harus mempunyai ciri-ciri keselamatan serta memenuhi kehendak
pengguna.
Page | 5
Bab 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan secara ringkas mengenai reka bentuk terdahulu dan konsep mesin
pengering pakaian yang diperlukan oleh masyarakat, bersama dengan maklumat tentang alat
yang akan digunakan semasa proses pengeringan berlaku.
Hal ini demikian kerana, pengguna dapat lebih mengetahui tentang kajian-kajian yang
membolehkan projek ini digunakan sebagai kemudahan. Hasil dari kajian literatur
mengatakan bahawa setiap kemudahan yang dilakukan membawa kebaikan kepada
penggunanya sendiri. Seterusnya, pengguna juga dapat mengetahui formula yang diguna
pakai dalam penghasilan projek ini.
2.2 Konsep/ Teori
Bahagian ini menerangkan tentang teori yang digunakan untuk mendapatkan bacaan
untuk data yang dikehendaki semasa uji lari. Selain itu, dalam bahagian teori ini juga ia
menerangkan tentang formula-formula yang terlibat dalam pengiraan data projek ini. Semua
formula yang digunakan telah dirujuk dengan penyelia projek bagi mendapatkan penerangan
tentang formula yang akan digunakan.
Page | 6
2.2.1 Konsep
Pakaian adalah salah satu kelengkapan dalam pemakaian setiap individu baik dari kanak
kanak, ramaja mahupun dewasa. Penggunaan pakaian juga begitu meluas dari segi alam
persekolahan, pekerjaan dan juga industri. Secara tidak langsung, penggunaan pakaian harus
dititikberatkan supaya seseorang itu tampil dengan sempurna dari segi pemakaian seharian.
Dari segi penjagaan pula, pakaian perlu dibasuh atau dibersihkan untuk mengelakkan
fabric atau material pakaian rosak dan sebagainya. Pembuatan pakaian pada masa kini banyak
menggunakan material daripada kulit dan kain dimana pakaian harus dibasuh dengan betul
bagi mengelakkan kerosakan dan mengekalkan kualiti pakaian. Pakaian juga harus
dikeringkan dengan suhu dan keadaan yang optimum supaya tekstur dan kualiti pakaian tidak
terjejas. Risiko kehilangan ketika menjemur pakaian menjadi salah satu masalah untuk
masyarakat. Kehilangan pakaian boleh berlaku apabila pengguna menjemur pakaian di
kawasan luar bilik hotel dan juga tempat terbuka. Pengguna juga mengalami masalah untuk
menjemur pakaiam sewaktu hujan dan musim tengkujuh kerana udara lembab dan terkena air
hujan sekiranya pengguna meletakkan pakaian di kawasan terbuka.
Oleh itu, mesin pengering pakaian ini akan dicipta untuk mengatasi masalah yang berlaku
dalam penjagaan dan pengeringan pakaian. Mesin ini boleh ditempatkan di kiosk
bersebelahan hotel serta berfungsi mengeringkan pakaian dengan menggunakan haba
buangan dari kondensor penghawa dingin.
Page | 7
2.2.2 Teori
Dalam projek yang kami hasilkan ini, sumber tenaga elektrik perlu digunakan untuk
membantu proses pengeringan. Sumber tenaga digunakan perlulah mampu mengurangkan
kos pengeluaran produk supaya mencapai objektif kajian yang telah dibincangkan. Antara
sumber tenaga yang telah di kaji bagi mengerakkan mesin ini ialah :
a)
Tenaga elektrik
Tenaga elektrik boleh dihasilkan melalui pelbagai cara dan sumber. Terdapat berbagai
jenis loji penjanaan seperti loji tarbin gas, loji tarbin stim dan loji diesel yang menggunakan
sumber fosil seperti minyak, gas atau arang batu sebagai bahan api. Tenaga elektrik juga
boleh dihasilkan dengan kuasa hidro, angin, ombak, nuklear, pancaran matahari dan pelbagai
punca lain.
Di Malaysia, tenaga elektrik adalah dijanakan dengan sumber bahan api fosil seperti
minyak, gas asli, arang batu, dan kuasa hidro. Pada masa ini, lebih kurang 60 peratus tenaga
elektrik dijanakan dengan sumber asli. Bakinya menggunakan sumber lain seperti minyak,
arang batu dan kuasa hidro.
Masa kini tenaga elektrik antara keperluan penting bagi menghidupkan peralatanperalatan
elektronik atau pun mesin-mesin. Hal ini menyebabkan permintaan yang tinggi tenaga
elektrik kini telah menyebabkan kadar bayaran tenaga elektrik semakin meningkat. Bagi
kilang-kilang menggunakan tenaga elektrik sebagai tenaga utama amat terkesan pada kos
pengeluaran dan pembuatan produk untuk penghasilan mesin penggupas mangga yang
dihasilkan adalah tidak sesuai kerana tidak mengikuti objektif yang diminta. Tenaga elektrik
ini tidak sesuai digunakan didalam mesin pengupas mangga berdasarkan objektif kajian yang
ingin dicapai iaitu menjimatkan elektrik. Hal ini juga, dapat memudahkan mesin digunakan
dimana sahaja tanpa memerlukan tenaga elektrik.
Page | 8
b)
Tenaga haba
Tenaga haba adalah tenaga yang bergerak dengan perbezaan suhu. Unit SI bagi haba ialah
joule. Haba bergerak dari suhu tinggi rantau rantau suhu yang rendah. Setiap objek
mempunyai tenaga dalam yang berkaitan dengan pergerakan rawak atom atau molekul juzuk.
Haba juga terhasil apabila berlaku geseran antara dua permukaan yang bersentuh. Tenaga ini
tidak digunakan kerana ia tidak melibatkan suhu.
2.3 Kajian Terdahulu
Pengering pakaian atau mesin pengering adalah perkakas rumah yang digunakan untuk
mengeluarkan kelembapan dari pakaian dan tekstil lain, selepas dicuci dalam mesin basuh.
Sudah tentu, salah satu cara yang paling menjimatkan kos adalah mengeringkan pakaian
tanpa menggunakan mesin pengering pakaian. Menggunakan haba daripada matahari dan
angin. Pengering pakaian yang telah dicipta sebelum ini banyak menggunakan sumber
elektrik sebagai sumber haba untuk mengeringkan pakaian.
Page | 9
Rajah 2.1: Mesin Pengering Pakaian
Woodford (Woodford, 2010) telah mengkaji proses pengeringan pakaian. Proses ini
adalah penyejatan yang mengubah cecair pada pakaian menjadi wap seterusnya singkirkan
wap tersebut. Air yang digunakan ketika mencuci pakaian dalam mesin basuh ialah kira-kira
20 liter (5 gelen).Air didalam mesin yang berputar pada kelajuan tinggi dan kemudian
dibuang. Walaupun air telah dibuang dan mesin berputar pada kelajuan tinggi, ia belum
cukup untuk mengeringkan pakaian. Cara yang paling mudah untuk mengeringkan pakaian
basah adalah dengan memanaskan pakaian tersebut. Molekul dalam air lebih rapat dan
bergerak dengan perlahan, dan mempunyai tenaga yang kurang daripada molekul dalam gas.
Page | 10
Rajah 2.2 : Graf Frasa
Rajah 2.2 dipanggil sebagai sebagai gambar rajah fasa yang merupakan cara mudah untuk
menunjukkan bagaimana bahan tertentu akan menjadi pepejal, cecair atau gas bergantung
kepada suhu dantekanan. Pada suhu yang tinggi, air akan di stim (wap) melainkan jika
tekanan air juga adalah tinggi. Pada suhu yang rendah, air yang biasa akan menjadi beku,
melainkan jika tekanan adalah rendah. Jadi dari Rajah 2.3, ais pepejal boleh dipanaskan untuk
membuat ia menjadi wap air (gas).
Page | 11
2.3.1 Kajian sejarah komponen yang akan digunakan
Satu lagi kajian yang dibuat oleh Woodford adalah berkenaan transpirasi.Transpirasi
adalah apabila tumbuhan kehilangan air disebabkan oleh ditiup angin. Sebagai contoh,
apabila angin bertiup melepasi pokok-pokok, air menyejat dari daun dan bertukar menjadi
wap air sejuk yang menyebabkan air pada daun menjadi kering. Dalam proses pengeringan
baju, angin yang bertiup melalui benda yang basah bermakna air akan kering lebih cepat Jadi,
ada tiga perkara yang menyebabkan penyejatan air dari pakaian yang basah.
i.
Suhu tinggi - untuk meningkatkan bilangan molekul yang boleh bertukar dari cecair
kepada wap.
ii.
pergerakan udara - untuk membawa air jauh dan menghalang udara berhampiran
pakaian menjadi wap.
iii.
kelembapan rendah - untuk membuat penyejatan terus berlaku dan molekul air tidak
akan kembali kepada pakaian melalui udara.
Pada hari ini, terdapat dua jenis mesin pengering pakaian prototaip. Pertama pengering
pakaian gelombang mikro yang berfungsi pada prinsip yang sama seperti ketuhar gelombang
mikro. Sebalik, mengenakan udara panas pada pakaian, ketuhar gelombang mikro terus
singkirkan semua air yang terdapat pada pakaian. Pengering pakaian gelombang mikro
menggunakan kira-kira 17 hingga 25% kurang tenaga dan pakaian kering kira-kira 25% lebih
cepat daripada alat pengering elektrik konvensional. Untuk mengelakkan masalah dengan
objek logam,prototaip beralih kepada pemanas rintangan elektrik apabila pakaian hampir
kering. Pengering baru ini berkos dari RM 30 hingga RM 395 lebih daripada model
konvensional yang terdapat di pasaran.Kedua, pengering pam haba yang menggunakan
kitaran sejuk untuk pengeringan air mendapatkan semula haba dari udara, yang kemudiannya
dikitar semula melalui pengering.Pengering haba pam nampak seperti pengering
konvensional tetapi memerlukan hanya 100 V hingga 120 V kuasa dan boleh dipasangmanamana sahaja di dalam rumah. Unit ini boleh menyimpan 60% daripada tenaga yang
diperlukan untuk mengeringkan pakaian konvensional, tetapi mungkin kos RM300 lebih
daripada pengering gas yang baru. Mereka kini dalam peringkat prototaip untuk penggunaan
dirumah.
Oleh itu, kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan menganalisis mesin pengering kasut
menggunakan haba yang terbuang, pengering pam haba boleh digunakan sebagai rujukan
dalam kajian ini
Page | 12
2.3.2 Jenis-jenis haba yang terdapat di muka bumi
Bahagian ini menerangkan sumber sisa haba daripada alam semula jadi yang boleh digunakan
untuk merekabentuk mesin pengering kasut.
i. Gas asli
Gas asli yang didapati sesuai dengan tenaga geothermal. Ahli geologi menganggarkan
bahawa terdapat kira-kira 42 juta megaWatt gas asli yang terperangkap di dalam
bumi, yang bersamaan dengan tenaga yang dibuat oleh 25 000 stesen jana kuasa. Jadi
gasgeothermal boleh dijana untuk membentuk pam haba untuk mengeringkanpakaian
tetapi malangnya tidak ada pembekal gas geothermal di Malaysia.
ii. Kondensor
Kondensor adalah alat untuk membuat kondensasi bahan pendingin gas dari
kompresor dengan suhu tinggi dan tekanan tinggi. Untuk penempatanya sendiri,
kondensor ditempatkan diluar ruangan yang sedang didinginkan, agar dapat
membuang panasnya keluar.
Page | 13
Bab 3
METADOLOGI
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, menerangkan bagaimana sesuatu bentuk itu dipilih dan faktornya.
Seterusnya, penggunaan kaedah pengumpulan data yang dilakukan serta aspek-aspek
mengenai pengumpulan data. Instrumen kajian juga turut dilampirkan pada bahagian ini agar
pengguna dapat mengenalpasti alat mengendalinya. Mengenai teknik yang diguna pakai
dalam pembikinan projek ini terdapat pada persempelan dan akhir sekali penganalisis data.
Bab ini akan memberi penjelasan perincian kaedah kajian itu yang dijalankan bagi
projek ini. Projek yang digunakan atau mencadangkan kepada perselisihan untuk keputusan
kaedah bertindak sebagai satu panduan atau melangkah bahawa keperluan untuk diikuti dan
ini akan memastikan projek itu sedang dilaksanakan menurut perancangan. Carta aliran telah
dibuat untuk menunjukan dengan jelas lagi arah dan skop projek. Maklumat dimasukkan
wujud spesifikasi sasaran dan syarat sempadan, menyemak pengiraan-pengiraan angka yang
dimensi dua penyelakuan komputer tiga dimensi, mereka pengoptimunan dan perbandingan
dengan keputusan-keputusan analisis.
Page | 14
3.2 Rekabentuk Kajian
Bagi projek Eco-Dryer ini, rekabentuk yang kami hasilkan berbentuk segi empat. Hal ini
kerana, rekabentuk ini mudah untuk ditempatkan. Selain itu, rekabentuk ini tidak
memerlukan ruangan yang besar untuk meletak peti ini. Kami memilih bentuk segi empat
juga supaya ia mudah dipindah. Eco-Dryer ini sesuai diletak di atas lantai, kerana hosnya
bersambung dengan peti ais. Kesimpulannya, alat ini amat mudah untuk digunakan serta
boleh memindahkannya dimana sahaja tanpa sebarang masalah.
3.2.1 Pemilihan Reka Bentuk
corong
Mesin
pengering
pakaian
kondensor
Rajah 3.1 : Konsep 1
Konsep peti pengering pakaian seperti ini tidak sesuai untuk digunakan kerana bentuk
yang tidak bersesuaian. Konsep rekabentuk ini akan mendatangkan masalah untuk pengguna
haba yang kurang disalurkan.
Page | 15
corong
kondensor
Mesin
pengering
pakaian
Rajah 3.2 : Konsep 2
Konsep seperti ini juga tidak sesuai digunakan untuk membuat projek kerana bentuknya yang
tidak baik. Dengan kedudukan pengeluaran haba ini, haba yang disedut masuk kedalam dari
kondensor penghawa dingin tidak mampu memenuhi ruang di dalam mesin pengering
pakaian dan tidak dapat mengeringkan pakaian mengikut masa yang ditetapkan.
Page | 16
corong
Mesin
pengering
pakaian
kondensor
Rajah 3.3 : Konsep 3
Konsep ini adalah yang paling sesuai untuk dijadikan mesin pengering pakaian kerana
rekabentuk yang mudah untuk ditempatkan di dalam ruangan kiosk hotel. Selain itu, saiz
yang sederhana membantu memampatkan haba buangan yang ditarik masuk dari kondensor
penghawa dingin untuk proses pengeringan pakaian.
Page | 17
3.3 Carta Aliran
MULA
PENYATAAN MASALAH
KAJIAN LITERATURE
REKA BENTUK PRODUK
PEMILIHAN REKA BENTUK
PROSES FABRIKASI
PRODUK
PENGUJIAN PRODUK
Gagal
Berjaya
TAMAT
Rajah 3.4: Carta Alir
Page | 18
Carta aliran projek akhir ini ditunjukkan pada rajah 3.3.1. Pertama sekali kami satu
kumpulan berkumpul untuk mesyuarat dengan penyelia. Ini adalah untuk menjelaskan tujuan
projek dan skop projek. Mesyuarat mingguan juga dijadualkan, tangga kedua adalah untuk
membuat tinjauan literatur. Satu tinjauan literatur pada dasarnya tentang satu kritikan dan
satu rumusan boleh dinilai tema, isu dan hujah topik kajian tertentu diperolehi dari
kesusasteraan yang wujud. Langkah ketiga akan membuat reka bentuk konseptual.
Rekabentuk konsep melibatkan perhimpunan fakta tentang produk yang akan dibuat.
Terdapat asas fasa ini, seperti maklumat memasukkan generasi konsep dan penilaian
konsep. Maklumat input akan mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti dari
fasa frasarana dan spesifikasi dan sumber-sumber lain digunakan untuk memudahkan
generasi konsep, penilaian dan pembangunan. Generasi konsep ialah generasi dan
pembangunan konsep manakala penilaian konsep ialah proses penilaian dan penghalusan
konsep menghasilkan berkaitan dengan tujuan projek dan skop. Selepas penilaian konsep dan
menyelesaikan konsep dibuat, langkah seterusnya adalah untuk membuat pemilihan bahan
dan teruskan kepada proses rekaan. Kemudian, semasa atau selepas proses rekaan menurut
keperluan produk akan diuji. Jika ia berjumpa spesifikasi, projek akan meneruskan untuk
menyelesaikan dan melaporkan penulisan. Bagaimanapun,jika ia masih tidak bertemu
penentuan,pindaan akan dibuat.
Page | 19
3.4 Kos Bahan
Bil.
Bahan
Unit
Harga Seunit
Jumlah
1
Kondensor
1
RM20.00
RM20.00
1
RM53.70
RM53.70
RM7.90
RM7.90
10UF 450V
2
Hos Aluminium
3
Horusdy
Set 1
9pcs
4
Cat Sembur
2 tin
RM5.30
RM10.60
5
Corong minyak
1
RM18.90
RM18.90
6
Besi
4
RM8.75
RM75.00
7
Temperature & 1
RM35.00
RM35.00
1
RM300.00
RM300.00
2
RM6.51
RM13.02
Humidity Sensor
8
Mesin
Pengering
pakaian
9
Strip Adhesive
Jumlah
RM534.12
Jadual 3.1: Kos bahan mentah
Dalam menghasilkan projek, kos keseluruhan dalam menyiapkan projek amat ditikberatkan.
Kos pengeluaran dapat dinyatakan sebagai segala perbelanjaan yang terlibat dalam operasi
sesuatu projek.
Page | 20
3.5 Instrumen Kajian
Setiap projek memerlukan alat dan juga bahan untuk digunakan. Oleh itu, berikut adalah
senarai bahan dan alatan yang digunakan semasa menjalankan projek:
3.5.1: Bahan yang digunakan untuk menghasilkan Eco-Dryer
a) Hos tahan haba
Rajah 3.5 : Hos tahan haba
Hos tahan haba banyak digunakan di dalam sektor perindustrian seperti industri
kimpalan, automotif dan sebagainya. Ia berfungsi sebagai pengalir haba buangan dari mesin
yang menghasilkan haba.
Page | 21
b) Cat sembur
Rajah 3.6: Cat sembur
Cat semburan digunakan untuk mengatomisasikan cecair, pada umumnya cat. Dengan
menggunakan cat semburan, cat akan menjadi lebih baik dan menyimpan penggunaan cat
daripada menggunakan berus. Untuk mendapatkan hasil lukisan yang baik apabila
menggunakan cat semburan, kita memerlukan latihan dan pengalaman
Page | 22
c) Plat besi
Rajah 3.7 : Plat besi
Plat besi adalah sejenis bahan mentah dalam pembuatan pelbagai jenis jentera dan
keperluan perindustrian yang lain seperti pembuatan kereta, kapal dan pelbagai lagi. Di
samping itu, plat besi juga boeh digunakan untuk pembuatan pelbagai keperluan di rumah
seperti tangga, rak kasut dan sebagainya. Secara keseluruhannya, plat besi ini juga banyak
digunakan dalam kehidupan kita untuk mencipta sesuatu produk
Page | 23
d) Ribet
Rajah 3.8: Ribet
Sejenis bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan
logam pada rangka projek secara kekal. Diperbuat daripada bahan logam yang lembut seperti
aluminium atau loyang. Saiz ribet ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya. Ribet
digunakan bersama riveter.
Page | 24
e) Temperature & Humidity Sensor
Rajah 3.9: Temperature & Humidity Sensor
Sensor suhu & Kelembapan ini adalah versi kabel DHT21, dalam badan plastik yang
besar. Ia adalah asas, suhu digital kos rendah dan sensor kelembapan. Ia menggunakan sensor
kelembapan kapasitif dan termistor untuk mengukur udara sekeliling, dan meludahkan isyarat
digital pada pin data (tiada pin input analog diperlukan). Ia agak mudah digunakan, tetapi
memerlukan masa yang berhati-hati untuk merebut data.
Page | 25
3.5.2: Alatan yang digunakan untuk menghasilkan Eco-Dryer
a) Mesin kimpalan
Rajah 3.10 : Mesin kimpalan
Mesin kimpalan adalah alat yang digunakan untuk mengimpal atau bergabung dengan
dua logam atau aloi bersama-sama menggunakan komponen logam lain sebagai pengisi.
Biasanya struktur-logam kurang dan aloi bersama-sama menggunakan mesin kimpalan untuk
memberi mereka bentuk yang diingini dan menjadikannya lebih kuat daripada mereka jika ia
satu keeping
Page | 26
b) Pemotong besi
Rajah 3.11 : Pemotong besi
Mesin pemotong besi terdiri daripada dua jenis iaitu Mesin ‘Gullotine manual’
pemotongan plat dilakukan dengan tuas penekan yang digerakkan oleh tangan pekerja.
Proses pemotongannya digerakkan dengan sistem hidraulik. Mesin pemotong besi ini
hanya pemotongan plat plat lurus dan juga paip besi yang berdiameter kecil. Ketebalan plat
yang dapat dipotong dibawah 0.6 mm sehingga 10 mm.
Page | 27
c) Mesin gerudi
Rajah 3.12 : Mesin gerudi
Mesin gerudi ialah mesin yang digunakan untuk menggerudi lubang. Saiz mata gerudi
akan menentukan saiz lubang yang hendak dibuat. Selain itu, mesin ini juga digunakan
untuk kerja-kerja lain seperti menggerek, melulas dan membenam.
Page | 28
d) Alat pematri
Rajah 3.13 : Alat pematri
Proses di mana logam yang sama atau berbeza yang bergabung menggunakan aloi yang
biasanya termasuk atau berasaskan timbal digabungkan dengan timbal, perak, antimoni,
bismut dan indium.Solder juga termasuk proses di mana logam disalut atau dipateri dengan
plumbum.Proses pematerian termasuk julat suhu 60 ° C - 440 ° C / 140 ° F - 825 ° F.Solder
digunakan dalam aplikasi elektronik, paip, talian kuasa, kaca berwarna dan sebilangan
kegunaan perindustrian dan komersil.
Page | 29
3.6 Carta Gantt
MINGGU PELAKSANAAN
Tajuk
amali/bengkel
1 Pendaftaran
Pelajar
1
2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
X
2 Taklimat projek
& Perbincangan X
Proposal
Perjumpaan
dengan
penyelaras projek
kelas dan
pengagihan
kumpulan
mengikut
X
3 penyelia
Perjumpaan
bersama penyelia
4 masing-masing
X
Perbincangan
5 idea projek
X X
Perlaksanaan
proposal projek
6 bab 1
X X X
Pembentangan
7 kali pertama
X
8 Penulisan
Laporan
sambungan bab
2-3
9 Pembentangan
kali ke-2
X X X X X
X X
X
X
10 Penyerahan
laporan buku log
dan proposal
X X
Jadual 3.2: Carta Gantt
Page | 30
3.7 Proses Kerja
a) Kimpalan
Rajah 3.14 : Litar kimpalan arka
Dalam proses cantuman ini alat yang digunakan merupakan mesin kimpal jenis M.I.G.
Setelah selesai memotong plat mengikut ukuran, plat tersebut akan dicantumkan mengikut
bentuk yang diinginkan. Hal ini kerana,bahagian plat yang sudah dipotong telah dicantumkan
dengan teknik kimpalan supaya cengkaman lebih kuat. MIG digunakan dengan meluas untuk
kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi, contohnya dalam kilang pembuatan.
Page | 31
Download